Mengantuk di pagi hari Isnin. Hari kerja hari ini. Nasib baik masuk kerja petang. Jadi ada masa untuk aku kemas rumah sikit, basuh baju seluar dan cuci pinggan. Sarapan dengan elok ditemani kipas Cornell yang kuat meniup rambut aku yang semakin panjang. Niat nak pergi isi tong air dan beli apa barang yang patut. Sikat rambut aku dah hilang, berus gigi tertinggal. Ternyata tak teratur hari ini. Hehehe..
Niat untuk luangkan masa di kampung terlaksana apabila aku balik juga cuti 4 hari di Kota Bharu. Cuaca cerah dan hujan pada masa yang sama. Aku banyak habis masa kat rumah, tengok televisyen sambil berbual dengan mama dan abah. Kadang kala tengok berita dan layari internet. Macam-macam. Dari kesempitan wang oleh setiap keluarga yang menyiapkan kelengkapan anak-anak untuk buka sekolah sampaikan isu-isu semasa yang sentiasa diselit bersama kematian.
Aku lihat dalam seminggu ini banyak benar kematian disebabkan lemas, tak kira sama ada di sungai atau di pantai. Kehilangan orang yang tersayang sekaligus membuatkan aku sendiri rasa simpati. Yang jadi anak yatim piatu sekelip mata, yang kehilangan anak-anak yang dirindui dan disayangi. Membuatkan aku berfikir tentang ajal dan maut yang Allah tentukan. Mereka yang pergi ini adalah antara yang Allah janjikan mereka syurga, dari latar belakang agama yang baik. Macam mana dengan aku?
Jujur aku rasa bertatih diri nie nak buat baik. Allah lebih mengetahui hari-hari yang aku alami. Dosa dan pahala sama-sama diraih seharian. Tapi lebih ke arah bahu kiri yang tak mengira waktu menulis setiap kemungkaran yang aku dah lakukan. Ya Allah, adakah sudah kecik cahaya Nur yang aku doakan bersemat di dalam hati ini. Jika ya maka bersihkan hati aku ya Allah. Bait-bait tulisan yang aku nukilkan adalah jujur dari hati. Moga tenteram hati dan jiwa.
Telinga, mata dan mulut adalah 3 bahagian utama punca dosa. Allahu Rabbi aku pohon dengan Kau Yang Maha Besar. Lindungi diri ini dari mudah melakukan dosa, hampiri diri aku untuk membuat amal ibadah kepadaMu. Mudah sekali diri ini melakukan dosa, tanpa sedari. Andai syaitan dan nafsu penjana kekhilafan diri ini, maka Allah ku mohon perlindunganMu. Aku lemah.
Matikan aku dalam kalangan yang beriman. Kurangkan masa diriku dengan keduniaan, dengan telefon dan laptopku. Habisi masa pemberianMu ini dengan zikir dan ingatanku padaMu Ya Allah.
Habiskan tahun 2015 ini dengan keinsafan, dengan ketenangan. Doakan hambaMu beroleh syafaat dari Rasulullah. Aku hanya hamba fasik yang meluahkan segala keperitan diri di dalam blog ini. Kau Yang Maha Melihat, saksi akan segala apa yang aku luahkan ini.
Moga kita semua berada dalam rahmatNya, dalam pengampunanNya selagi mana ingatan kita hanya pada Allah Yang Maha Esa.