Thursday 24 September 2015

Eid Adha Blues..

Berjubah Ke Kita..

Bismillahi Rahmani Rahim..

Aku mulakan blog dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Mengantuk bukan kepalang, tidur bukan pilihan sekarang. Memikirkan apa yang mahu ditulis, ditaip hari ini. Ide-ide semakin berkumpul di minda, hanya tunggu untuk disampaikan tuntas dengan halus bicara. Mungkin secara bebas atau tertib bicara bagi para pembaca. Blog aku. Kan? Haha..

Ya. Hari ini 10 Zulhijjah, Hari Raya Eidul Adha. Di mana di Kelantan pastinya meriah di setiap rumah famili dengan ibadah korban, sebagai tanda kita mensyukuri nikmat Allah yang tidak terhingga. Menghayati ibadah yang dianjurkan para anbia sebagai memperingati peristiwa Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS, pengorbanan seorang nabi Allah yang mematuhi perintah TuhanNya menyembelih anaknya Ismail, yang akhirnya diganti dengan seekor qibas ( biri-biri ).

Mama dan abah semalam mengerjakan wuquf di Arafah semalam. Hari ini mereka bergerak ke Mina. Moga perjalanan ibadah mereka dipermudahkan Allah. Suasana rumah riuh. Mak saudara balik dari KL bersama suami dan anak-anak. Sudah lama tak merasa meriah macam nie. Hehehe.. Gegar rumah dengan mereka berlari, bermain sama-sama, diselangi dengan gaduh dan tengkar keanak-anakan. Sememangnya tipikal cuti sekolah. Hectic.

3 hari aku kerja 12 jam. Penat hanya Allah tahu. Sampai hari Selasa, aku dah mind-set supaya manage patient properly. Mohon tak ramai. Allah Maha Mendengar. Pesakit tak ramai sangat dan aku manage diri tak stress sangat dengan karenah pesakit. Kami adalah pendengar yang paling setia selepas awek dan boifren. Sebab apa-apa kesusahan, kesakitan dan kesulitan kami akan dengar dan bantu semampu mungkin. Empati lebih pada simpati Tak semua manusia sihat, kaya dan bahgia. Tak semua. Termasuk aku.

Raya Haji tahun ini persiapan lebih kepada mengemas rumah. Kalau mama dan abah ada dah pergi ke tempat penyembelihan untuk mengagihkan daging. Menu selalunya sup kaki yang enak dan sama ada daging masak kunyit atau daging bakar. Jarang bakar. Selama seminggu menu utama adalah daging. Siapa penggemar daging sememangnya heaven dalam seminggu ini. Lembu yang dikorbankan setiap tahun banyak dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan. 

Sambutan tahun ini adalah secara sederhana. Adik beradik banyak duduk di rumah tengok tv, main game dan bersembang. Lagipun Abe Chik tak lama lagi akan pulang ke Jepun. Betul-betul nak gunakan masa sepenuhnya bersama famili. Sensitif dia kalau sebut pasal Jepun. Hahaha.. Faham sangat. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik hujan batu, sakit tapi ada hikmahnya ( pandai la aku reka. Hahaha.. )

Tengah fikir nak luang masa kat mana dengan adik-adik. Tak makan tengah hari lagi. Sekarang pun dah petang. Hahaha..

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...