Saturday 26 November 2022

Long Hiatus.. Tup Tap PM Baru

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

It has been a long hiatus. Hahaha.. Apa khabar pembaca semua? Harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Aku alhamdulillah sihat with my wife and also both of family. Dalam pemberian kesihatan yang baik alhamdulillah. Ada la selesema dan letih-letih badan sikit. 

Hari nie aku kerja half day. Isi data kat SMRP atau sistem data pesakit sambil dengar lagu dari telefon aku. Mengantuk lepas isi data, biasalah. Main dengan tulisan kecik dan belambak nie lepas nie aku akan tertidur la. Hahaha.. kebetulan isteri aku pun kerja juga half day hari nie. Jadi alang-alang aku buat la OT hari nie. 

Plan pun nak buat post pendek jer nie tapi rasanya macam makin panjang jadinya. Hahaha..

Aku pun sekarang dah kerja di klinik berpakar di Kota Bharu. No more pusat kuarantin for me. Aku start kerja dalam bulan April selepas semua pusat kuarantin di arahkan tutup setelah jumlah kes Covid-19 semakin berkurangan. Jadi aku memula masa datang masuk kerja tue agar cuak sebab klinik aku kerja nie sibuk yakmat awal paginya. But then dah masuk November dah. Aku pun dah biasa dengan kesibukan klinik itu. Hehehe..

Aku dan isteri pun dah berpindah masuk ke kuaters hospital setelah hampir setahun lebih mohon untuk duduk di kuaters. Banyak ujian dan dugaan masa nak pindah barang but it's really worth it for both of us memandangkan aku dengan dia kerja dekat KB dan kalau kira rumah lama, it's quite far. Duk jer sini traffic jammed memang tak hadap dah, banyak masa boleh spend dengan wife dan tak sepenat aku drive seperti kebiasaan.

Oh dan minyak kereta juga dapat dijimatkan. Hehehe..

And oh yeah.. baru je kita dapat Perdana Menteri ke 10 yang baru iaitu Datuk Seri Anuar Ibrahim setelah Pakatan Harapan berjaya menubuhkan kerajaan perpaduan dengan gabungan dari PKR, DAP, GPS dan juga Warisan. Tahniah aku ucapkan. Hopefully negara yang ditadbir beliau bakal berubah dari segi ekonomi dan sosial terutamanya penduduk Malaysia. Perikatan Nasional telah memberikan tentangan yang sengit namun akhirnya kemenangan berpihak pada PH.

What else eh? Jap aku simplify kat bawah. Hahaha..

1. Aku baru didiagnosa dengan Diabetes Mellitus. On ubat Metformin 2 kali sehari. 
2. Adik perempuan aku dah kahwin. Alhamdulillah.
3. Covid-19 masih ada tapi rate case kurang. Cuma masih dalam keadaan berjaga-jaga.
4. Habib dah ada kereta baru. Hebat anak muda. 

Aku rasa tue jer kot. Dah panjang da aku taip nie. Karang kerja tak jalan lak. Hahaha.. 
Apa-apa hal aku akan kembali update blog tapi tak sekerap dulu memandangkan aku dah jual laptop aku. Hahaha..

So, thanks for reading and see you later.



Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...