Tuesday 31 July 2018

Musim Buah Weh!!

Almost forgot. Musim buah sekarang. Here is a Durian.
Assalamualaikum WBT. Apa khabar semua? Harap semuanya dalam keadaan baik, sihat walafiat. It's the end of July which means tak lama lagi masuk bulan Ogos. Bulan kemerdekaan. Bet next post after this will be more patriotic. Hahaha.. Kalau aku sempat la nak menaip. Memandangkan kemalasan ini adalah satu rintangan besar aku dalam menyiapkan satu simple post blog. Ergh..

I'm fine here at Gua Musang. Life here is alhamdulillah. Although makanan is a bit expensive here. Mungkin sebab jauh dari main city I guess? Sebab dari rumah aku saja dah dekat 170 km. Dua jam lebih perjalanan kalau jalan clear. Kalau kereta banyak? Maka ber'hihihi' lah aku dalam kereta. Kerja so far ok. Dah biasa dah dengan mesin dialisis which I mention last post. Hopefully aku makin cekap dalam mengendali mesin dan menguruskan pesakit.

Semalam merupakan jamuan perpisahan bagi in-charged aku yang akan ke Kuala Krai, bekerja di unit HDU sana. Sedih dan pada masa sama gembira sebab dia dapat tukar. Berapa lama dia request baru dapat. Hopefully dekat la sikit beliau untuk balik bertemu isteri dan anak-anak setelah jauh berulang alik seminggu sekali. Better than here which is far. Good luck En. Z.

As for me, aku akan kerja last pada 16 Ogos di unit dialisis hospital. And 17 Ogos aku akan ke Chiku 3, which is 40 km from my hospital. Aku akan mula bekerja di sana. Campur aduk perasaan sebab takut tak ready. Pesakit sini semua aku dah biasa. Dah ada bonding even though sekejap. Paling kurang pesakit pun dah trust kat aku bila nak masukkan catheter IV kat lengan diorang. Walaupun aku tak cekap mana. at least aku usaha. Right?


Other than that, dalam dua bulan nie memang aku short of money. Banyak habiskan untuk beli barang dan bayar roadtax kereta. Aku pun dah mula jual balik barang-barang aku. Salah satunya adalah Ps4 aku yang berharga. Sebab aku mudah bosan dan lama dah tak main, aku jual kat adik aku. Dia janji nak bayar bulan-bulan dan Ps4 tue kiranya dah jadi hak milik dia bila habis bayar. Duit tue lak mak aku simpan.

Now my mother will save more money. Kalau aku ada duit lebih atau elaun, aku akan beri kat mak aku. Sebab aku dalam perancangan nak kahwin. Really? Am I dreaming? Hahaha.. Or kalau tak kahwin, at least duit tue boleh guna untuk bayar roadtax next year, memandangkan aku dah pinjam duit dari makcik aku untuk bayar roadtax tahun nie. Thehehe... Senang cerita aku mula balik menyimpan after all this years. Banyak sangat membazir. Especially bila dah utamakan kemahuan dari kehendak. Ish ish ish..

So, thats about it. Agak panjang dari biasa. Lots of thing happen in this month. Esok masuk bulan 8 dan aku balik kampung untuk kemas barang. Bakal masuk ke rumah baru about pertengahan bulan Ogos with monthly rent payment which is by far mahal dari biasa aku sewa. So Yippe? Nak tak nak terima dengan redha. Hahahaha..

Thanks for reading guys. Hopefully tangan nie makin rajin menaip dan tidak semalas dulu.

Budak Gemuk Nak Kurus,

Iqbal Hakim



Wednesday 11 July 2018

Hargai Renal Anda..

Assalamualaikum. Whoa, it's almost a month since I last updated my blog. Lots of things happen in my life. Yang baik dan yang kurang baik. It turns my life around a bit. But I'm still who I am.

Mungkin sedikit kemalasan melanda. Hahaha..

Sekarang aku bekerja di unit dialisis. Benda baru bagi aku. Mesin dialyzer, filter dan air RO atau Reverse-Osmosis adalah antara peralatan baru yang aku belajar. Lebih banyak mengetahui tentang proses membersihkan darah dari kekotoran dan kuman serta bahan toksik. Kebanyakkan yang datang ke unit dialisis mengalami masalah dengan ginjal atau buah pinggang mereka.

Aku paling tak suka bila nak update blog bagai, mengantuk dan hilang idea. Please jangan hilang passion tue wahai diri. Hahaha..

Jadi pesakit akan datang selang sehari untuk buat dialisis di unit ini. Jumlah air yang mereka harus minum juga dicatu agar ianya tidak membebankan jantung dan badan. Sebab bila ginjal rosak atau tidak dapat lagi menapis darah seperti biasa, lebihan air dan elemen lain dalam darah yang sepatutnya dikeluarkan akan berkumpul dalam badan.

Memberi kesan kepada pernafasan, pergerakan dan degupan jantung. Pesakit akan sesak nafas, pening kepala dan sebagainya. Secara umumnya. Jadi mesin dialisis adalah satu keperluan bagi mereka untuk mengekalkan jumlah air dalam badan dan pada masa yang sama mengeluarkan bahan kumuh dalam darah agar darah yang dialirkan ke dalam tubuh dapat memberi fungsi sepenuhnya kepada badan.

Dah jadi cikgu biologi lak aku taip panjang nie.. Hahaha. But itulah prosesnya.

Thanks for reading. Although it was a short one. Hahaha..


Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...