Thursday 31 December 2020

Goodbye 2020!

Assalamualaikum. 

How's it goin'? Harapnya semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendakNya. Currently kat tempat kerja just chillin' sambil menunggu masa untuk habis shift. Last work for today, and also for this year since esok dah masuk tahun 2021.

Tak terasa vibe of excitement pun of new year. Same as other years I think. But this year is very challenging due to Covid-19. Even now. Like adik aku and his wife and her sis are already balik kampung from Selangor. And need to do test in order to elak dari C-19 merebak (aku prefer shortened it to easily type)

Nak masuk gelombang keberapa i dunno. Dua tiga hari lepas panas dan sometimes hujan in the evening. Work as usual. Bekerja dengan penuh dedikasi dan penuh alert since one of my staff admitted to the hospital due to stomach pain leads to chronic gastritis (ouch!) Plus beliau pregnant. Moga Allah menghapus setiap dosanya dengan setiap sakit yang Allah berikan ini. Aamiin.

I jarang shared my personal things in this post (or am I? hahaha..) but dah lama dah event nie berlaku, so I think i should shared it with all of you.

I'm ENGAGED!! Hahaha..

Alhamdulillah, I engaged with the love of my life. 2 tahun suai kenal. InsyaAllah next year around July aku akan melangsungkan perkahwinan. Buat pada 25 Disember 2020 dalam majlis yang sederhana. 

Dah kena ikat dah bro. Hahaha.. alhamdulillah.

Her name and photo aku kena rahsiakan dahulu la buat masa nie. InsyaAllah bila sampai masa nanti aku akan share. 

Masa pertunangan tue yang dibuat pada waktu selepas solat Jumaat, cuaca time tue amatlah lebat sekali. Aku datang dengan rombongan dalam 3-4 kereta ke rumah tunang and bermulalah event pertunangan (Kah kah.. aku tak tahu nak cerita detail macam mana).

Adat melayu berkunjung lepas tue memperkenalkan diri dan membahasakan diri sebagai wakil kepada sang teruna dan sang dara yang ingin mengikat tali persaudaraan antara dua keluarga. Sambil itu berbincang dan akhirnya tiba waku menyarung cincin antara dara dan teruna dengan ibu bapa dan mertua. 

Yup. That sums it all. Most of the time aku mengangguk tanda faham. Hehehe..

And habis jer event, aku balik solat Asar and drive back to Chiku sebab aku kerja kerja esok. Hahaha.. 

InsyaAllah, doakan yang terbaik buat diri aku dan pasanganku, Cik A,R

Thanks for reading. = )


Sunday 20 December 2020

Hikmah Yang Tersirat..


Assalamualaikum.

A very good evening today from me. 

The weather is nice. Cool. 

Hujan sudah berhenti untuk suatu masa yang lama. Means air semakin surut bagi kawasan-kawasan yang dinaiki air. Mungkin ada yang kembali ke rumah setelah lama berada di pusat pemindahan. Ada yang masih tinggal di sana menunggu sehingga keadaan kembali reda. 

Aku kembali bekerja setelah hampir 4 hari bercuti di rumah. Menghabiskan baki cuti tahunan yang masih ada kemudiannya disambung kepada cuti Jumaat dan Sabtu. Banyak habiskan masa di rumah memandangkan hujan turun tidak berhenti dari hari Rabu hingga petang Sabtu.

Aku plan nak buka juga laptop memandangkan aku dah bawa siap dari rumah sewa. But baru hari nie aku buka untuk update blog disamping menceritakan apa berlaku selepas aku post dalam 8-9 December lepas, which is now 20th December dah pun. Hehehe..

Aku sepatutnya melapor diri pada 15/12 di HRPZ 2 akan tetapi aku lambat dapat berita, berkemungkinan surat sampai lambat. Dan aku tak melaporkan diri atas arahan pengarah hospital. Salah satunya sebab pengganti aku sekarang menghabiskan pengajian pos basik beliau sebelum kembali berkhidmat menggantikan aku.

Mixed feeling dan dilema sebab penyelaras MA di sana aku lak suruh lapor diri. Tapi aku turutkan juga arahan pengarah disamping bertanya in-charged aku tentang situasi ini. Dah la kena minggu aku bercuti panjang pulak tue. Maka berhahahaha jelah aku..

Aku kena extend dalam 2 bulan sampai la pengganti aku habis program dia. Memang aku dah expect awal-awal benda nie akan berlaku. Sebab masa aku masuk kerja bahagian HD, aku prepare dalam 2 bulan kot untuk pasang mesin dan pasang blood line kat mesin HD.

So, aku bakal lapor diri dalam bulan Mac. Tempoh 2 bulan tue sekejap aku rasa tapi banyak benda boleh jadi. Staf aku sorang ODW untuk bersalin. Means dah tinggal dua. Maknanya merasa la aku every year kerja lack staf. Hahaha.. 

Aku redha dengan semua perkara terjadi sebab ini semua ketentuan Allah. Mungkin nak reflect diri aku nie yang aku kena bersedia mental dan fizikal sebelum masuk kerja kembali di HRPZ2 especially ED (ngeee..) 

Mungkin boleh rancang juga untuk kuruskan badan dan pada masa yang sama perbaiki amal ibadah dan elak dari buat onar dan dosa-dosa kecik. I mean its been a while now. Nak merasa berat badan yang pernah aku alami masa buat diet hari tue. 117 kot. Hahaha.. banyak turun.

But maybe bukan ambil supplement la kot. Hahaha..

Anyway, aku harap aku boleh improve diri aku every day seperti mana aku buat sebelum sebelum ini. Aku still ingat lagi yang aku ada amalan aku buat sebelum masuk tidur which aku dah lama tinggal. Kalau tak silap aku..

- Baca doa tidur.
- Ayatul Qursi.
- Tiga kali baca Surah Al-Ikhlas
- Ayat Seribu Dinar

Maybe aku akan mulakan balik amalan ini. Doakan aku semua. Thanks for reading. 

Wednesday 9 December 2020

Overnight Post

Old memories..

Assalamualaikum.

It's December. End of a whole year. A year full of ups and downs. Tahun yang memperingati kita tentang kesusahan dan mensyukuri setiap pemberian Allah. Pada masa yang sama membantu mereka yang memerlukan. Dari satu wabak yang Allah ciptakan, pelbagai senario kehidupan terpampang, setiap perilaku manusia terpamer. Yang baik, yang buruk, yang mengambil kesempatan dan lain-lain.

And it's 8th of December. I'm still here in my old place, working as usual.

Menunggu surat yang semakin lama semakin menipis harapannya. Kawan aku dan isterinya dah melaporkan diri di Gua Musang, masing-masing di hospital dan pejabat kesihatan daerah. Unfortunately, berkemungkinan aku akan dipostponed 3 bulan memandangkan both of them still undergo their Post Basic courses di Pahang. Great, another 3 months of waiting. 

Sigh..

Kawan sekerja aku kata berkemungkinan surat akan keluar selepas 2 minggu mereka lapor diri. Which is 25th November lepas. Kalau dikira-kira, maybe today or tomorrow. Aku pun tak meletakkan harapan sangat memandangkan biasa kena fake hope daripada pihak atasan. Menunggu dan terus menunggu la kiranya.

Dua tiga hari nie aku rasa kaki dan tangan aku sakit-sakit. Mungkin sebab terlebih berat atau over-work. And aku kerap tidur awal dari biasa. Makan tue memang dah tak terjaga sangat dah. Main taram jer makan tak kira masa which is bahaya. 

Entah bila diri nie nak start diet. Dilema setiap kali aku menaip post. Hahaha..

Mood aku pun kelaut jer. Ada sehari tue aku cucuk patient, semua tak kena. Memang bukan rezqi aku hari tue. Today, alhamdulillah. Kerja settle dengan cepat. Penat tue ada, mengantuk dan berpeluh (I sweat like a lot masa nak prepare machine dengan buka klinik). And if they asked me kenapa tak berjogging atau bersukan? Kerja aku nie pun dah berpeluh sakan dah, kecuali masa menunggu yang sememangnya lama. Hahaha..

Nie pun aku duk pasang Ayat Ruqyah Mandiri #37 by Mishary Rashid. Untuk menghindari iblis dan nafsu. Serta buat aku ingat Allah sentiasa. Since selawat lately tak mencapai 1 K kebiasaannya. Fuh, penuh dengan dugaan kalau nak buat amal nie. Ada jer gangguan. Allahu. Belum dikira bila terbabas. Bergelumang dengan dosa kecil dan besar. Nauzubillah.

It supposed to be posted yesterday but I went to bed a bit early. So yeah..

Thanks for reading. Hahaha..

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...