Sunday 4 August 2019

Air-Cond Breakdown!

Assalamualaikum.

Currently in the clinic after 5. Menunggu kakitangan Radicare selesai membaiki air-conditioner yang sejak dari semalam lagi rosak disebabkan oleh litar pintas. Duk dalam bilik doktor dengan air-cond Acson yang kecil sebagai peneman diri yang mudah berpeluh.

Iqbal sememangnya tidak suka berpeluh. Hahahaha.. unless bila buat kerja or senaman. Worth of my sweat and energy. 


Disebabkan aku bosan dan banyak masa terluang sementara menunggu diorang selesai kerja, aku akan update a bit on what happen during the past month, which I remembered la.

Aku melancong (hahaha.. bunyi gempak jer..) dengan Mama, adik kecik ke Kuala Lumpur, singgah my bro's house and spend a day or two day. Tengok wayang, jumpa saudara mara and spending quality time with them. Exhausted tue of course tapi berbaloi dengan trip aku pergi. Hihihi..

Roadtax kereta aku dah selesai bayar seteleah giliran aku untuk dapat duit kutu. Spend a bit sebab aku ambil insuran bahagian cermin kereta sekali in-case kalau ada retak atau pecah, which already there before this.

Aku baru sahaja selesai habis drama Touch Your Heart dan Radiation House which is great. Easy to watch, xder la complicated sangat dari segi plot for these two drama. Yang TYH (aku shortformkan..) nie about an actress yang nak kembali berlakon setelah lama mendiamkan diri akibat skandal yang dihadapi beliau. Beliau bekerja di sebuah firma guaman untuk menghayati watak seorang peguam dengan bekerja sebagai seorang setiausaha peguam yang straight forward dan tiada emosi.

Ok jer drama nie but aku kureng sket bab jiwang melampau nie. Sweet bagai buat aku nausea. Hahaha.. But ok la. Xder la nampak kemesraan melampau dalam nie sebab dia banyak komedi. So, a totally RomCom kinda drama.

Radiation House pulak pasal seorang budak lelaki yang jatuh hati dengan budak perempuan. Mereka berjanji akan menjadi yang terbaik dalam bidang dan impian yang mereka kejari. Yang lelaki nak jadi juru X-Ray terhebat manakala yang perempuannya nak jadi Radiologist terhebat. So, bila besar mereka berjumpa kembali. Namun yang perempuan tue dah tak ingat janji dia. Hahaha..

Ini pun ada RomCom gak tapi slightly jer. Ia lebih memfokuskan kehidupan seorang juru x-ray dengan cabaran yang dihadapi setiap hari. Radiation House tue adalah nama unit x-ray hospital tersebut. Sempoi je nama unit. Aku pun ingat nak bagi nama sempoi bagi unit dialysis nie.

Maybe Renal Division? LOL.

Other than that, aku baru sahaja dapat keputusan darah tempoh hari. Kolestrol aku teramat tinggi, berkemungkinan boleh strok atau terjadi gejala berkaitan dengan jantung. A bit worried but at the same time aku boleh rancang dengan baik pemakanan aku. Berat pun semakin membimbangkan.

Mungkin aku kena mula berpuasa.

Selesai habis kerja diorang dalam pukul 6.00 pm. Aku pun dah berpeluh tutup habis semua suis dan plug. Biar hilang peluh nie dulu baru nak gerak. And I finish this post here.

Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Peace.

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...