Monday 21 September 2020

Toothache Of Wisdom

Aku pun tak tahu kenapa aku beria sangat nak buat post hari nie. I mean.. hari nie dah la aku baru cabut gigi setelah beberapa hari tergendala dengan kerja. Sakit tak sangat tapi sengal. 

Aku dah siap sedia dengan ubat Panadol dan Ponstan kalau kesakitan tue berterusan (or in this case.. sengal gigi). Gedik juga nak post. Ah, lantak la. Hahaha..

Hati kering je aku masuk klinik gigi hari nie untuk cabut gigi bongsu or wisdom teeth. Cuak ada but little. Aku pernah kena lebih teruk dari nie in term of gigi sebab aku pernah pasang IMF dekat gusi dan gigi agar tak berganjak dek kerana patah tulang pipi. Long story short. It wasn't pleasant.

So, before mencabut tue aku dah bedal makan macam-macam. I mean cakap je apa aku makan. Keropok lekor, bebola ikan, mee celop dan Nescafe O ais (man, I really stated all the things i eat this afternoon). Aku sebenarnya nak cabut hari Rabu tapi aku dah nak balik hari tue. Jadi hari nie jelah aku boleh mencabut gigi bongsu yang menjengkelkan.

Not to mention.. tempat kerja aku hari nie ada gangguan elektrik. Bertambahlah kestressan.

Settle je Zohor aku gerak ke klinik. Daftar dan screening semua. Settle. Aku memang xder rasa takut apa pun. Staf aku pun cakap, suami dia cabut tak sakit. So I'm really buying it. Menunggu tue dalam setengah jam gak la. Then nama aku dipanggil masuk untuk duduk di kerusi. Sementara doktor gigi lak belek-belek kad gigi aku.

Mula prosidur pembuangan gigi yang dah takder rupa gigi. Dah pecah dan jadi serpihan. Masa bagi bius dan nganga aku ok lagi. Then after bius kebas gigi aku. Lepas tue bermulalah kesakitan selama 20 minit dengan segala macam alat dental yang digunakan doktor. Gigi tue tak sakit tapi bibir aku ngan mulut sakit sebab disumbat jari dan instrument dental tersebut.

Terasa weih setiap akar gigi tue dicabut dan dipulas sampai terkeluar semuanya. Doktor lak suruh aku relakskan badan. Habis rileks dah kot. Kalau tang leher memang xleh nak rileks sebab bekas aku eksiden dulu. Otot still sakit lagi. After selesai je cabutan gigi (cam cabutan bertuah lak) doktor suruh aku makan benda sejuk dan avoid makanan keras. 

Up until now gigi aku sengal dan continuously bleeding. Gauze tue ada je aku bawak tapi aku x bukak lagi buat masa nie. Berdarah habis mulut dan gusi. Entah bila nak berhenti berdarah. Now ok la sikit dari sebelumnya. Rasa payau dan masam air liur bercampur darah tue still ada sampai sekarang. Aku pun xmakan ubat lagi. Ingat lewat sikit la nak makan. Or bila sakit teramat.

Oh, staf aku masuk kerja dah mulai hari ini. Alhamdulillah. Lessen sket burden kerja. 

Ok dah. Ngeri tak cerita aku cabut gigi? LOL. Thanks for reading.



Saturday 12 September 2020

Peaceful Raindrops.

Assalamualaikum..

Apa khabar hendaknya? Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Aamiin. How was your day? Harapnya baik-baik sahaja. Ada hari baik, ada hari kurang baik. Ada yang dugaannya banyak, godaan dan hasutan syaitannya benar-benar menguji keimanannya. Namun, kembali kita kepada peringatan dan perintah Allah Taála. InsyaAllah. 

Aku struggle, kamu struggle, kita semua struggle untuk menjadi baik dan mencari redha Allah di bumi sementara ini. Yup.

Sementara aku ada masa, kena lak dengan hujan lebat di petang hari.. aku nak update sikit tentang apa aku buat sekarang and what is my plan after this. Tak salah kalau merancang bukan?

So, it is almost in the middle of September. Alhamdulillah kerja tue masih ada tapi tak sebanyak dulu. Boleh da juggle sikit kerja dengan life, although after kerja biasanya aku terperap dalam bilik rumah sewa nie, sama ada rehat atau layan phone sampai Maghrib (so productive.. -_-).

Aku pun duk berdua jer dengan roomate aku yang kerja di klinik. Selalunya kalau balik, bual-bual sikit petang tue then after selesai Maghrib, masing-masing buat hal sendiri. So far ok.

Alhamdulillah.. Staf aku yang cuti bersalin bakal masuk kerja pada bulan nie, maybe around 20-21 September ini. So aku pun a bit hype sebab 3 bulan kerja dua orang and aku dah lama tak merasa cuti hari Sabtu like others. 

Finally aku berpeluang off Saturday. Aku pun dah request cuti Sabtu sebab cadangnya nak pergi ke Perak, just jalan-jalan jumpa kawan dan staf lama aku.

Last aku keluar dari Kelantan rasanya awal tahun nie untuk raikan New Year di Pulau Pinang. So yeah, lama tak jalan. Hahaha..

It's a rough plan but kalau lancar, dalam 24-25 nie aku gerak. Next month pun ke Perak teman my family untuk walimah adik iparnya di Teluk Intan. It's gonna be exciting. InsyaAllah.

At the same time, aku masih dalam mood berjaga-jaga memandangkan kes Covid-19 di Malaysia semakin meningkat terutamanya di Kedah dan Sabah. And Sabah pula dalam perancangan untuk pilihan raya umum. Angka positif tue quite frightening to be honest. Triple digit kot.

Untuk semua, jagalah kesihatan. Pakai penutup muka ketika ditempat sesak. Hand sanitizer itu adalah kewajiban. Isi maklumat setiap kali berada di kawasan premis perniagaan atau mana-mana tempat. Jaga penjarakan sosial dan berjumpa doktor sekiranya ada tanda dan gejala seperti demam, batuk dan lemah badan.

Pesanan penaja. 





Tuesday 1 September 2020

1 Sept - Series Of Unfortunate Evening..


Assalamualaikum.

Baru perasan yang Blogger ada 'interface' baru. Ringkas dan mudah bagi aku nak edit. 

So yeah, another blog with a minor headache, ditemani dua kipas yang sentiasa bersama tika pa enas dan sejuk.

 Malam nie panas, mungkin nak hujan rasanya. Hari nie kurang bernasib baik sebab banyak benda berlaku selepas aku habis je kerja. Antaranya..

@ Kunci kereta/rumah aku tercicir. Aku ingatkan hilang ke apa. Ada la dalam 10-20 minit mencari kat dalam klinik tapi tak jumpa. Apa kan daya. Last-last aku jumpa ada dekat kerusi tempat menunggu. Duh!

@ Aku makan kat satu kedai nie, order Yong Tau Foo dengan kuah pedas campur manis. Makanannya dah sampai akan tetapi air aku belum. Aku kelaparan dan terus membaham Yong Tau Foo sambil menahan kepedasan. Air masih belum sampai, sehingga aku habis makan. Dek kerana frust menongeng sangat, aku bayar makanan jer memandangkan air belum buat lagi.

Nasib la owner minta maaf. Hahaha.. 

@ Headache until now. Frontal to be exact selepas meneguk air tin Nescafe Original. Nyut nyut sakitnya sehingga sekarang. Haih.

So aku gagahkan jua menaip benda yang berlaku hari ini agar aku boleh recap balik sambil berfikir what went down. Akhirnya conclusion aku dapat, mungkin sebab aku lengah solat Asar hari nie.

Yup. Definitely. 

Allahu.. rasa terkesan gila bila sedar benda nie. 

Actually, aku dah lama sebenarnya nak focus on this particular thing. For me and to all whom read. This is about solat. Aku perasan yang sekarang aku jadi semakin leka dengan kerja sehinggakan aku melambatkan solat. For sometime aku dahulukan kerja dulu lebih dari panggilan Ilahi untuk ke tikar sejadah dan sujud pada Yang Maha Esa.

Jadi semakin sibuk.. semakin kurang masa dengan Allah. Then what do you expect? Doa kita agaknya dimakbulkan tak kalau amalan seharian kita sebegini? 

Mungkin after typing all this, aku boleh mula amalkan untuk berkejaran solat seperti mana staf aku buat ketika setiap kali waktu solat masuk. Nampak macam simple but actually takes time to adjust and adapt to make it important.

Mengutamakan panggilan Allah lebih dari segalanya. 

InsyaAllah.

Doakan sakit kepala saya berkurangan. Maybe because of the caffein. Pfft..

Nite.






Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...