Saturday 21 November 2020

Kereta Iswara Turbo Ramnya..


Good evening peeps! It's Saturday.

Hari cuti yang paling dinantikan oleh setiap mereka yang bekerja tidak kira makan gaji atau berniaga. Untuk menghabiskan masa dengan keluarga setelah 5 hari bertungkus lumus membanting tulang mencari rejeki demi sesuap nasi. Masa yang diberikan untuk bergaul mesra dengan isteri, anak-anak serta sahabat handai dengan perancangan yang rapi untuk bersiar atau melancong.

Dan adanya aku, antara mereka yang hari cuti juga bekerja demi sesuap nasi demi diri, keluarga dan masa hadapan. Ada yang kerjanya hakiki, ada yang kerja lebih masa. Mana-mana pun sama kerna harinya tetap serupa, hari Sabtu.

Kalau ikutkan diri rasa sedikit stress dengan salah faham berlaku semasa bekerja, dari hari Khamis lagi. Cuma situasi berbeza. Nak dekat sampai masa nak bertukar nie lah macam-macam benda berlaku. Perselisihan faham dan miss communication. Itu adalah asam garam kehidupan seorang M.A cabuk seperti aku. Bukan semuanya lancar. Namun akhirnya ia akan berakhir dan dilupakan, Hopefully.

Kelantan memulakan hari Sabtunya dengan Program Kawalan Pergerakan Bersyarat atau (PKPB) disebabkan kes yang saban hari semakin meningkat. Bermakna, surat arahan bekerja dan sticker staf kesihatan haruslah diletak pada kenderaan sekiranya aku nak ke hospital atau balik dari kerja. Kawalan ketat bagi setiap daerah negeri Kelantan khususnya daerah zon jingga dan merah.

Kereta lama aku ada jer sticker ngan surat tue tapi disebabkan ianya total lost, aku tak dapat nak ambil sticker dan surat tue. Habis keronyok impak dari kemalangan. Haih.

And aku lak tak balik minggu nie disebabkan pakar visiting yang sepatutnya esok namun ditukar tarikh pada saat-saat akhir, disebabkan ketiadaan transport untuk ke Gua Musang. Mungkin kenderaan banyak digunakan untuk kes-kes Covid-19 di daerah yang terjejas. 

So a bit boring. But aku isi masa dengan tengok Community dan as usual Agito. Hah!

Actually aku ok je awal kerja tadi tapi hari nie banyak lak isu. Enjin air rosak then arah pesakit untuk dialisis kat tempat lain disebabkan air tak dapat dibekalkan secukupnya untuk mesin dialisis disebabkan enjin air rosak. Luckily semuanya selesai dengan teratur. Ada la salah faham sikit dan kemarahan yang meledak dek salah faham. But everything is running smooth. Alhamdulillah.

Nie esok nak buat majlis makan untuk perpisahan aku lak. Aish, den lekat perangai tak gomar sebenor eh benda-benda nie. Biar la aku transfer sesenyap camtue jer. Senang. Hahaha..

Tak perlu susah-susah. Hahaha..

Dah-dah.. Habis dah.. Thanks baca celoteh ngarut aku nie. Hahaha.. 

Monday 16 November 2020

Celoteh Petang - Peaceful Evening..

Food is heaven..
It's Monday peeps! 

Ada yang Monday Blues. For me, it's just like any other day since aku kerja dah dari hari Sabtu lagi. 3rd day yeay? Hahaha..

Driven by Hujan's song list, aku merajinkan diri menaip untuk separuh bulan. It's 16 November. Kerja seperti biasa. Makan pun. Well, just now makan quite pricey. Nasi Goreng Chicken Chop with Nescafe Ais. Rm 16.50. Burp. Kenyang dalam kesedihan. And that's the reason why aku jarang makan kedai tue. Nasib-nasib.

Starting to berzikir for the past couple of days. Alhamdulillah masih lagi istiqamah. Mom made a group for us siblings untuk update berapa banyak zikir buat hari nie. Mostly berselawat. 1000 per day. InsyaAllah. Right now I'm at 400 something. Bakal menghabiskan baki-bakinya selepas ini.

Cases are started to rise especially now in all states, termasuklah Kelantan. Semakin banyak kes dengan kebarangkalian untuk menurun itu agak rendah. But on the plus side, jumlah sembuh pun semakin bertambah. Kalau dulu aku selalu gak tengok kat apps yang aku download untuk tahu jumlah cases pulih, new cases dan death. Now aku banyak tengok kat story Whatsapp sebab dah jadi biasa.

Most of this cases sebab mereka lalai dan tak ambil langkah pencegahan sepatutnya. Pandang enteng je virus C-19 nie.  Semua pandang ringan dan anggap ianya sebagai kebiasaan.

And that kebiasaan itu actually frightening for me.  Hopefully diri selalu aware and jaga-jaga. Cukuplah kena kuarantin 2 minggu for two times. Serik. Dalam kereta aku memang standby dah hand sanitizer and also mask sekotak just in case. Mask is mandatory dah, kalau tak melayang la RM 1k.

And dengan situasi C-19 yang semakin menular nie, banyak isu yang timbul dan tular. Kalau aku buka je Twitter, banyak kes kereta kena curi. Dalam pagar rumah kot. And bukan jarang-jarang. Everyday ada. Jenayah pun semakin menjadi-jadi dengan mereka semakin terdesak untuk mencari sesuap nasi setelah banyak perkara disekat disebabkan PKP.

Tue belum dikira kes budak bunuh kawan sekolah sampai putus tangan. Aku tak dapat hadam, I mean kejam sangat dah tue. What drives her to do such a thing? Sedih dan takziah kepada keluarga terlibat. Sayu je aku tengok. Allahu..

For the past couple of weeks, aku banyak layan The Queen's Gambit, Kamen Rider Saber dan Agito (baru nak tengok setelah banyak tahun keluar.. hahaha.. ). Recently aku baru lepas tengok The Last Skywalker. OK la.. Quite nice ending. Boleh expect dah actually ending dia macam mana. With Ben Solo return to the good sides and the last fight against The Sith. Tak sangka lak Emperor Palatine hidup lagi. Hahaha...

Dah, banyak lak
celoteh aku hari nie. Hahaha.. Thanks for reading. 

Sunday 1 November 2020

1 Month Left..


It's Sunday. 1st of November. Permulaan bulan baru bagi aku. Hehehe.. 

Apa khabar? Alhamdulillah aku sihat walafiat. Sakit-sakit badan and sometimes sakit kaki disebabkan berat berlebihan. Need to loose a couple of kilos in this month. Doakan aku supaya dapat mengawal nafsu makan dan nafsu lain-lainnya since it's really affect my life and work. InsyaAllah.

It's a mixed feelings to type this post since aku dah lama tak berblogging (ayat trademark.. hahaha..)

Anyway, bulan lepas menyaksikan peningkatan kes Covid-19 disebabkan PRU yang dijalankan di Sabah. Kluster pak menteri dari apa yang netizen cakap, which is true sebab tiada penjarakan sosial dan tiada proper SOP followed. Highest was 1,200 something. I dunno. Sebab kalau dulu duk follow gak chart kes Covid-19 nie. Now aku banyak tengok kat story IG atau Whatsapp member jer.

Banyak langkah KKM jalankan untuk mengurangkan kadar kes di Sabah dan lain-lain kawasan. Kelantan pun sekarang ada kes tapi jarang-jarang sekali. Kawasan-kawasan yang terkesan teruk termasuklah Selangor, KL, Negeri Sembilan. Lain-lain negeri juga ada peningkatan. 

And boleh pulak dalam duk lawan Covid-19 nie, golongan doula, pseudoscience dan anti-vaks duk kecam KKM dan frontliner dengan kata Covid-19 nie hoax, katanya ini adalah langkah untuk mengurangkan populasi manusia dalam negara and goes on with theory Iluminati dan Freemason. For me yang kerja kat medical field, apa yang KKM buat ini adalah usaha dan ianya tak patut diperlekehkan.

It's kinda irresponsible for them to panic others by stating things that tak ada kebuktian sahih. Banyak spekulasi jer. Benda nie makin menjadi-jadi bila salah seorang staf KKM kalah saman fitnah disebabkan keterangan yang diberikan mangsa berlainan dengan mahkamah (from what i read on several articles).

Geram weh sebab effort frontliners disia-siakan. Tak dikira lagi makhluk-makhluk yang taknak patuh arahan SOP.

Hopefully the curve will flatten after lots of effort has been put. InsyaAllah.

Btw, aku pakai font yang lain dari yang lain. Roboto Condensed font. Kinda like this new font. Kemas dan rapi. Teratur jer susunan tulisan dan perkataan aku taip. Dulu main Arial, Verdana ngan Trebuchet jer. It's great to have a new font to use. Sedap membaca.

Bila aku stuck nak menaip blog sebab idea tak dapat nak dicambahkan, aku akan pasang lagu easy listening. Mostly Hujan songs. Lagu dia catchy dan easy to faham. Deep meaning too for other songs like Neon or Kotak Hati. Especially Bila Aku Sudah Tiada.
 
Moving on..

InsyaAllah kalau tiada aral melintang, maybe this month will be the last for me to work here in Gua Musang. Aku bakal berpindah ke Kota Bharu, berdekatan dengan rumah aku terutamanya. New enviroment, new friends and comrades. It's been a long time since aku berpindah. Last was 2018 masa aku kerja kat Padang Rengas, Kuala Kangsar. Lots of memories in Kuala Kangsar. Pahit dan manis.

Aku tak tahu detailnye transfer nie cuma around the end of November. Surat official pun tak keluar lagi. Its really a good news for me. Dekat dengan keluarga. Tak perlu memikirkan long drive yang aku hadap untuk masuk kerja setiap minggu. It's tiring. Hikmah dari aku eksiden la nie, dapat berpindah this year jugak, syukur Alhamdulillah.

So kena kemas barang la jawabnya aku nanti.

Banyak kenangan aku dengan staf dan pesakit kat sini. Nanti dah habis aku berkhidmat sini, aku akan mention aku kerja kat mana. Some of them already know but banyak yang tak tahu. InsyaAllah soon.

Well, thats about it. If aku ada masa nak update, aku akan inform. Thanks for reading.




Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...