Friday 31 January 2020

Bila Mana Kemalasan Melandaku..

Assalamualaikum.
Apa khabar semuanya? Harap berada dalam keadaan sihat walafiat.

Currently aku sedang menaip dalam waktu kerja. Sambil memantau pesakit dialisis. Multi-tasking. Selalunya pesakit dialisis ambil masa 4 jam untuk habis rawatan untuk satu sesi. Sambil memantau, sambil aku menaip, memerah idea. Dari awal tahun lagi aku nak menaip post terbaru.

Apa kan daya, banyak sangat benda merencatkan perancangan aku. Semalam pun aku sakit kepala teruk sampai terbaring kat rumah lepas habis kerja. Migraine melampau. Dalam minggu nie dan minggu depan kena selesaikan sample darah pesakit untuk review result bagi upcoming TCA dalam bulan Februari.

Agak kelam kabut sedangkan boleh selesai je sebenarnya. Diri nie kelam kelibut teramat.

And continue to type back after severe distraction by phone. Hahaha..

It's a new year. 2020. Tahun di mana katanya akan ada kereta terbang seperti diwar-warkan. Dah basi dah kot lawak nie. It's 9th January 2020. Aku pun dah berusia 30 tahun dan 5 hari. Thanks. Birthday pun dah lepas. Aku tak sambut mana. Cukup sekadar ucapan dari orang-orang terdekat like my family and friends.

Especially for Akram Hj Ramli, dah macam abang kandung sendiri dah. Hahaha..

Kerja kembali setelah bercuti hampir seminggu, banyak spending masa dengan kawan-kawan kolej. Sambut New Year katakan. Padahal masing-masing penat sebab berjalan kerap sekitar kawasan resort. Alhamdulillah. Rezeki.

Hadiah aku pun dah beli awal dah. Xiomie Redmi 9T Pro. Atas suggestion dari phone expert aku setelah phone lama aku rosak teruk. Tercabut skrin dan pecah at the same time. Agak mahal tapi aku memang dah simpan plan nak beli yang baru sebenarnya. InsyaAllah, harapnya bertahan lama.

Tak explore lagi apa kelebihan phone nie. Ada masa aku akan buat review. Cewah!

Aku kena atur susun balik life aku nie. Sebab dah tahun baru kan?

Contoh dari sudut pemakanan aku, aku sememangnya suka makan. Bedal je makan apa-apa. Tolak benda bukan makanan jer. Hah! Jadi untuk 2020 nie aku rancang sket pemakanan. Jaga badan kan?

So, now aku makan pagi pun makan sikit je. Tengah hari makan heavy sket dan malam makan simple macam biskut or minum susu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


So aku continue balik where I left off. Sekarang 31 Januari. Means that tomorrow will be 1st of February. Post bulan nie of course satu sahaja memandangkan aku serabut dengan kerja and lack of holiday. Minggu nie aku curi masa sikit ambil cuti hari Khamis memandangkan straight aku kerja cuti sehari jer. And it's now 9:29 pm. Kena tidur awal.

Esok aku nak kena drive balik ke Gua Musang untuk bekerja. Kembali kepada rutin harian. Hahaha.. Dengan several things that needs to be settled.

Ok. That's all. Malas aku nak menaip. Hahaha..

See you in the next post. Thanks for reading.

p/s: Take care of yourself. Always wash your hand with soap and anti-bacterial hand rub. Wear mask if you have a cold or flu. Get medical treatment sekiranya batuk selesema semakin teruk. Ini sebagai langkah pencegahan dari mengelak menularnya virus CoronaVirus yang semakin merebak di seluruh dunia khususnya di China.

Assalamualaikum.

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...