Sunday 23 November 2014

November Blues..


Bismillahi rahmani rahim..
Hopefully i'll be able to finish this blog.. becoz i have a lots of things to say.. Hehe..

Assalamualaikum.. Apa khabar? Lama tak update. As usual..
Menaip memerlukan idea.. dan kadang kala idea mencurah curah.. Tapi masa tak mengizinkan..
Kadang kala masa ada dan idea mencurah curah.. Tiba masa mood swing pulak ( even guys have their own mood.. =D )
Hari nie Ahad, 3.48 petang.. aku bersila sambil mendengar lagu-lagu dari Awesome Mix Volume 1 - Guardians Of The Galaxy yang sememangnya awesome.. cuaca panas dan redup sedikit..
Rumah? Half kemas.. Half lagi tunggang langgang.. biasa la budak bujang.. time management of course ke laut.. Hahaha..

Kerja? So far okayh.. Last day on-call today.. Pesakit pun tak seramai dulu.. Most probably because akhir tahun kot? ( Pola kehadiran pesakit sini sememangnya pelik.. tapi obviously menurun kalau nak dekat akhir tahun.. )


Dua orang staf berpindah keluar dari klinik bulan nie.. I will miss both of them which are in fact plays an important role in my life..
M.A Yusri a.k.a Abe Yuh dan JTMP Nik Mohd Azwan a.k.a Wan Lab.. both of them work for a very long time here.. Diberi peluang oleh Allah untuk berkhidmat di negeri kelahiran.. Kelantan. Siapa tak nak kan?
Diorang berdua banyak memberi tunjuk ajar dan kasih sayang.. guide aku yang mana baik dan buruk.. beri sokongan terutama mental dalam kerja yang penuh dengan karenah.. huhuhu..
Not to mention bantuan yang diorang berikan masa awal awal aku kerja.. insyaAllah..
I'll never forget the deeds they done.. nak cerita lebih tak boleh.. karang kembang hidung deme.. hehehe..

Life? Ups and downs.. Juggling lots of responsibilities.. Reten ( Argh, mention je buat aku sakit kepala.. ) jaga klinik dan staf. Silap-silap tak jaga perangai, boleh terlepas cakap. Aku dah pun terlepas cakap kat seorang JM disebabkan percakapannya yang buat orang panas telinga..
I'll have to admit, i'm not as patience as you know.. Bila terlalu stress, aku leh meletop..
My patience has it's limits.. Sometime you just don't wanna cross the limit..
InsyaAllah, trying my best to cope the stress.. Dan taknak lagi terlepas cakap..
Maybe kena buat silent treatment kot? Hahaha..
That's for the best i think..

Money management? Still poor. Masih lagi tak boleh nak menyimpan memandangkan diri nie duk asyik lapor mentekedarah lagi. Makanan dok ada, gatai tangan pi beli makanan luar. Sampaikan satu tahap duit dalam walet ada rm 20 je nak bertahan.. hehehe..
Tapi Allah tue Maha Pemurah.. OT hamba hina nie pun masuk ketika poket semakin kempis..

Sikap dan hubungan dengan Allah? Still working on it. Lots of lubang lubang dosa.. Solat terkadang tinggal. Terukkan aku nie? Belum dikira sikap pemalas lagi dan procrastination yang tak sudah. Semua nak bertangguh.. Ya Allah..
Just like this post.. Supposedly dah boleh post awal bulan.. tapi bertangguh dan bertangguh sampai kesudah..
Antara perkara yang contribute adalah internet, whatsapp, phone dan pelbagai perkara lagha duniawi sehinggakan ukhrawi hanya difikirkan selepas solat.. teruk... Aku kena kerap
Rindu saat nie.. Pegang adik bongsu.. =)
istighfar dan zikir.. Al-Quran pun dah kurang pegang.. Astaghfirullah..
Self reminder diri.. Hidup nie pun tak lama..

Conclusion post hari nie ( which is.. )
- Perancangan adalah sesuatu perkara yang harus dilakukan dan WAJIB dijalankan.. tapi kita harus tahu PERANCANGAN ALLAH lebih hebat.. so, He plan.. we try our best to follow and to do it..

- Allah adalah keutamaan utama dalam hidup. Biarpun di mana kau ada.. apa yang kau buat.. tekadkan diri untuk ingat pada Dia.. jangan jadikan kesibukan dunia nie sebagai alasan untuk kita tidak beribadah kepadaNya..

- Jauhkan diri dari kelalaian.. internet dan phone adalah nombor terakhir.. yang pertama Allah, kedua ibu bapa dan ketiga adalah rakan-rakan.. Tutup jika perlu.

- Duit adalah keperluan dan bukan keutamaan. Mencari duit perlukan kejujuran dan keikhlasan. Komited dalam kerja, sabar dalam menjalankannya dan sentiasa senyum biarpun batu stress menghempap aku. InsyaAllah..

banyak konklusinye.. hehehe.. insyaAllah.. will do my best to amal setiap benda.. secara istiqamah..

Assalamualaikum...

p/s - Disember pemansuhan subsidi.. sudahkah anda mengisi minyak? Hahaha.. ='(

Sunday 12 October 2014

A Minute To Ponder Myself..

Bismillahi Rahmani Rahim...

Assalamualaikum.. Lama benar aku tak update blog.. dalam kira-kira sebulan juga.. dan dalam sebulan itu jugalah pelbagai benda berlaku.. yang pergi menunaikan haji di Mekah telah selamat pulang di Malaysia, AidilAdha disambut sederhana tahun nie di rumah.. pengurangan subsidi minyak dari rm 2.10 kepada rm 2.30 dan rakyat kita diculik oleh militan Filipina, memohon bayaran tebusan sebanyak rm 2 juta ( dalam akhbar lain kata rm 10 juta.. kita tak tahu.. )

Dalam masa sebulan saja dah pelbagai perkara terjadi.. Belum lagi kalau kita tengok diri kita nie kan? Naik turun iman.. Istiqamah yang belum tentu berterusan dan kerap kali tersungkur dengan godaan syaitan.. Tapi itulah kehidupan seorang manusia yang diciptakan Allah.. sering kali yang berdosa akan diam.. berfikir sejenak tentang perbuatannya yang sering kali mengikut kemahuan diri, disulami dengan benang benang nafsu syahwat..

Setiap manusia punya ujian tersendiri yang telah Allah sediakan agar mereka menjadi lebih kuat berusaha.. lebih peka pada Yang Esa dan menilai setiap baik dan buruk... Jarang sekali nikmat fikiran dan rohani bersama-sama digunakan dalam melakukan setiap pekerjaan.. Apa yang manusia mahu adalah agar pekerjaan itu diselesaikan tidak kira sama ada melalui cara haram atau terkutuk..

Kalau dibaca kembali setiap episod blog yang aku telah war-warkan.. banyak penulisan aku yang membawa diri kembali kepadaNya.. penyesalan atas setiap perkara bodoh yang aku lakukan.. dan aku akui sehingga kini belum ada lagi cara untuk atasi masalah aku.. aku akui ada banyak cara untuk atasi tapi diri ini terlalu mudah mengikut duniawi.. dengan pengaruh media masa.. khususnya media sosial yang menjadikan setiap perkara kecil satu isu yang besar..

sumber rujukan dan juga berita bukan lagi dari akhbar ataupun berita di televisyen.. semuanya di laman sosial dan internet.. kemudahan ini yang semakin lama semakin meranapkan setiap perkara dalam kehidupan.. dari masalah keluarga dan rumah tangga hinggalah penyebaran fitnah.. malah media sosial mempunyai satu pengaruh yang kuat hingga menghilangkan fokus setiap manusia dari nilai nilai kemanusiaan.. kekeluargaan.. berapa banyak yang kita nampak berbual dan membaca dari membuka pad elektronik dan telefon pintar?

kembali kepada main poin.. dek media sosial dan internet.. akses kepada video-video menyebabkan setiap hari aku terjaga akan terfikir untuk melihat video.. masa diluangkan berjam jam semata mata untuk memuat turun.. itu bukan satu kebanggaan bagi aku.. dosa yang kita lakukan adalah terlalu banyak.. melihat aurat... menerima yang fitnah.. dan lain-lain..

membuatkan aku bertanya.. adakah kita hidup untuk internet? atau hidup untuk mentadbir.. mengawal diri serta menegakkan amal makruf nahi munkar? perkara ini bermain main di fikiran aku..

i guess what i'm trying to say is that i hope for myself.. and for others who's reading this stop for a while.. istighfar and ask yourself.. is it a NECESSITY for me to be online all the time? all the posts.. the wall and for what? you look at the clock ticking from 8 am and u realize u spend too many hours and not a single minute for yourself.. nor to Him in obedience..

aku mengeluh seketika... dan berdoa dalam diam.. moga Allah tak hilangkan kesedaran ini..

moga Dia tetap kekalkan aku dalam landasanNya..


Tuesday 16 September 2014

Lazy Snoozy Hot Summer..

Assalamualaikum.. 

Bismillahi Rahmani Rahim..
Maybe I need to be more patience..


1st of all.. Selamat Hari Malaysia peeps! 16 September setiap tahun adalah hari penubuhan negara kita yang tercinta Malaysia.. tanah tumpah darahku.. sedikit sebanyak menyuntik semangat patriotik cintakan negara..
Berusaha untuk sentiasa maju kehadapan.. ( Yeah! Macam ucapan YB lak.. )
Tak kerja hari nie dan seperti mana hari cuti yang lain.. Tak aktif, seperti sloth yang bergerak perlahan mencari makanan.. Hehehe..

Selalu kalau hari cuti aku bangun macam biasa... Solat and then sleep.. ( It's bad for your health.. Oversleep.. ) Orang kata tidur lepas subuh tak murah rezeki.. Seems they right.. Hehehe.. pagi-pagi dah ada dua pesakit datang... One of them might have dysentery ( google it.. ) dan makcik seorang lagi rasa gatal-gatal badan. Selalunya hamba akan membuka klinik untuk melakukan dressing bagai sama ada cuci luka diabetik atau old wound mahupun luka eksiden yang memerlukan penyembuhan..

Semalam ada la satu kisah di mana hati agak terasa.. Ada orang post kat wall tentang kualiti klinik dan juga keberkesanan staf. I must admit, memang salah kami jika tidak alert jika pesakit datang ke klinik pada waktu malam. Kadang kala kami sebagai perawat sakit, sama seperti manusia lain dan tidak kedengaran panggilan waris pada waktu malam menyatakan tentang sakit. Yang sedihnya, media sosial digunakan 'penuh efisyen' untuk meluahkan tidak puas hati. Menyatakan bahawa dialah yang benar, dia teraniaya, dia yang menjadi mangsa. Manakala kami sebagai antagonis yang tidak tahu menahu..

Betul juga orang kata, kebaikkan manusia biar seribu orang takkan pandang, namun kesalahan satu sekalipun akan dipertikai. Sememangnya amat terasa. Mohon sahabat berkenaan fikir dengan elok, dengan mata hati dan buang EGO seketika. Kalau dibuat aduan kepada yang berkenaan sememangnya tiada salah tapi ini menyatakan di laman sosial dengan sedia mendedahkan setiap keaiban.. saya rasa tak perlu. Jangan kerana hati panas, bara api menjadi api yang marak membakar.        


Sekarang nie dah chill sikit, minta pesakit yang datang pun supaya consider yang staf klinik juga punya masa untuk diluang..

Bukan sekadar melihat luka dan sakit.. kadang kala kami menjelajah bertanya danda, ruang anda kerana anda percaya kepada kami. Nasihat yang kami berikan biarpun boleh didengar di mana-mana, anggap kami sudah berusaha sedaya upaya untuk kepuasan anda. Kesembuhan dariNya.. kekhilafan kami adalah dari kami sendiri yang disandarkan olehNya.. untuk kami terus memperbaiki..

Dah banyak nasihat la pulak post kali nie.. Luahan hati dan perasaan lak.. Hehehe..

Thanks for reading...

A. Iqbal Hakim

Sunday 14 September 2014

Mari Layan Hindi..

Bismillahi Rahmani Rahim.. Assalamualaikum..


Semakin aktif diri nie update blog.. Oleh sebab saya banyak masa terluang di hari cuti dan saya tak ke mana-mana ( kalau keluar je mesti nak kena spend duit sekali.. haha.. alahai.. ), saya pun menonton tv dan melayari internet di laptop peneman hidup ini.. =D. 

OK, nampak sangat attitude terlebih baik hari nie.. Hahaha..

Dalam dua tiga hari nie kawan ada minta download filem Hindi. Yang latest dan best. Kalau dulu masa diri remaja ada banyak jugak citer best macam Mann, Kuch-Kuch Hota Hai, Duplicate dan senarainya akan berterusan. 

Filem Hindi ketika itu masih lagi terjaga dari segi maruah, tiada sentuhan melampau atau adegan adegan hangat seperti mana filem filem Hollywood.

Kalau ada pun ketika babak lagu atau nyanyian di mana si hero akan bergolek-golek dengan si heroin di padang rumput hijau nan luas.. bahagian produksi nie pandai cari tempat yang ada pemandangan cantik.. membuatkan siapa yang tengok terpukau.. bukan saja dari rupa hero dan heroin tetapi juga dari sinematografi.. pemandangan.. tarian yang memukau dan nyanyian yang merdu..

Anyway, member pun suruh la download dalam 3-4 movie yang dia cedok dari lagu-lagu Arjit Singh ( you can google it.. serious lagu-lagu dia semua best dan masyuk.. ) dan antara filem yang dimuat turun seperti Barfi! dan Jab Tak Hai Jaan. Both are nice movie and you should watch it tapi rasanya baik cerita sikit pasal movie Hindi sekarang...

It's a little bit censored and full of sexual approach.. Dulu kalau scene cium nie hanyalah di pipi atau paling ektrim laga hidung.. tapi sekarang rasanya dah hilang sekatan.. Kissing is like the next thing and it isn't good for others especially kid.. Bayangkan tengok cerita Hindi dengan anak.. cerita of course dah best tapi ada lak babak babak yang memaksa kita menutup mata anak atau tukar channel lain semata-mata untuk mengalihkan perhatian...

Another thing about Hindi movies nowdays is that.. Penekanan tentang budaya Barat yang sudah semakin lama semakin meresap dalam setiap filem... 

Perhubungan bebas yang tanpa batasan, hedonisma.. pakaian yang agak menjolok mata dan jalan cerita yang semakin lama semakin mengarut. 

You can see it for yourself.. Memang terselit kisah cinta tapi lawak lawak yang dihidangkan kadang kala lucah.. Mungkin kena letak penapisan sikit untuk anak-anak kecil yang nak menonton..

Tapi bukan semua filem Hindi begini.. Terdapat juga beberapa filem Hindi yang benar benar memberi pengertian tentang hidup, nasihat tentang persahabatan dan perhubungan antara manusia.. 

Seperti Barfi!, My Name Is Khan, Three Idiots dan Rab Ne Bana Ki Jodi.. This movies are awesome cuma ada sesetengah babak yang memerlukan guidance dari orang dewasa.. Misalannya dalam My Name Is Khan, perkahwinan berlainan agama adalah dilarang keras dalam agama Islam..
Jangan kita cedok budaya mereka, cukup kita menikmati filem dan mengambil pengajaran darinya.. bukan mengikut budaya mereka sepenuhnya.. Filem adalah hiburan.. Bukan pegangan.. = )

Sakit belakang lak berceloteh panjang nie.. Duk terbongkok menaip.. Hehehe.. Thanks for reading..

Iqbal Hakim

Hindi Movie lover.. = D

Friday 12 September 2014

UPSR.. Again?

= (
Bismillahi Rahmani Rahim..

Assalamualaikum.. Dimulakan dengan bismillah..

Hati bercampur aduk.. Diuji macam-macam.. Itulah manusia.. Kalau tidak diuji dengan kesusahan, akan diuji sama ada terkhilaf atau tersilap.. terlepas cakap dan sebagainya.. Makanya setiap kali melakukan sesuatu harus diucap bismillah.. dengan itu kita akan lakukan kerja dengan lebih tenang atau berfikir sebelum melakukannya..

Heboh tentang kertas soalan UPSR bocor.. Subjek Bahasa Inggeris dan Sains.. suatu yang bagi aku terkejut tapi tidak terlalu terasa.. Akan tetapi hairan bagaimana boleh bocor satu kertas yang boleh di anggap sulit lagi sukar untuk dilihat? Teknologi zaman ini benar benar canggih sehingga setiap perkara boleh dikongsi tanpa perlu ada wayar mahupun gigi biru ( bluetooth ) lagi..

Dulu zaman sekolah aku.. Susah nak bocor..
Pemeriksa pulak muka garang sangat.. Misai lentik ada.. Muka tebal ada.. Ada yang baik.. Setiap kali mereka datang masuk je ke dewan peperiksaan mesti dengan kertas bag hitam yang tidak dipotong.. dilekat elok-elok agar tidak terkoyak plastik simpanannya.. Betapa ketatnya kawalan kertas soalan ketika itu.. nak jenguk muka surat sebelum exam pun dah kena marah.. ini sekarang senang-senang je satu paper boleh download.. hehehe..


Tapi soalan spots tue biasa la.. Kita aim topik mana masuk dalam peperiksaan dan insyaAllah ada sebahagian yang dapat kita jawab.. 

Manakala yang lain sama ada hentam keromo atau sememangnya Allah beri bantuan di kala kita sudah baca tapi tidak ingat.. Kehidupan ketika sekolah semuanya based on papers.. dan grade.. sama ada gred A,B dan pada masa tue juga mula diperkenalkan pointer..

Siapa yang dapat pointer rendah akan kadang kala terasa malu.. Kertas result dan pointer terpapar untuk setiap tingkatan melihatnya.. Yang tinggi takpe la.. boleh berbangga. Macam aku  kadang suruh kawan je tengok, xnak cerita.. sedih..

Hehehe.. Sekolah mengajar pelbagai perkara.. Bukan sekadar pointer. Dan bila dah berusia, bila aku fikir balik betapa teruknya zaman sekolah aku, zaman sekarang mungkin kian parah.. Benar.. Kian parah..


Berbalik kepada kebocoran kertas peperiksaan.. Ini disebabkan teknologi yang bagi aku terlalu canggih dan advance.. mungkin rasa ingin tahu yang membuak-buak remaja ( bagi aku diorang dah masuk awal remaja dah.. 12 tahun nie umpama selangkah masuk alam keremajaan.. ) dan juga stress disebabkan expectation daripada ibu bapa ( mungkin.. aku rasa mungkin.. ) yang nak anak kalau boleh 5 A dalam exam.. Aku ada tanya budak-budak sekolah tentang cara pembelajaran diorang dan terus terang diorang tertekan kerana sekarang dah ada sistem band macam zaman MUET aku dulu..

Jika ok.. Maka mereka akan dikelaskan Band 6, dan jika tidak ok semakin menurun sehingga Band 1. Mereka juga ada soalan berkenaan kemahiran berfikir. Macam zaman sekolah aku juga tapi rasanya soalan pada zaman ini lebih hebat lagi.. Mereka juga lebih menekankan soalan berteraskan ayat dari bulat atau hitamkan jawapan betul. Mereka juga ada ujian lisan, ujian pendengaran and who knows.. Even more..
Aku bukan cikgu.. Apatah lagi pengajar.. 


Jadi tanyalah mereka yang berada di bahagian pendidikan tentang pembelajaran mereka sekarang.. ( dan betulkan kalau salah.. hehe..)

The point is they might afraid of their grades.. Murid-murid ini cuba mencari alternatif lain untuk mengurangkan bebanan dan salah satu cara adalah dengan mencari leak paper UPSR tahun ini.. And it wasn't a good way though.. banyak pihak yang akan terlibat dan bersalah..

Aku tak mahu komen tentang bahagian atas pendidikan.. They got their hands full.. Mereka dah lakukan terbaik untuk anak-anak watan kita agar lebih elok pelajaran dan terdidik dari segi rohani, jasmani dan pemikiran..  insyaAllah.. Harap kesemua perkara ini dapat diselesaikan..

Tiada lagi isu kertas soalan bocor untuk mereka.. Sudah cukup mereka berusaha setahun bersedia untuk menghadapi peperiksaan..

Kesian tengok anak staf klinik duk termenung kena re-seat paper UPSR 30 September nie.. belum dikira anak murid yang mahu bercuti di US dan telah merancang tapi tidak expect akan kejadian ini berlaku.. be strong kids..

Aku dah merasa reseat paper yang aku tertinggal.. Definitely didn't have a good feeling at all..

InsyaALLAH ANDA BOLEH ADIK-ADIK!! Semoga berjaya.. =)


Ahmad Iqbal Hakim

Thursday 11 September 2014

Semai Cintaku PadaNYA..

Astaghfirullah.. UjianNya tak kira masa..
Sinarkan cahaya nurMu..
Bismillahi rahmani rahim...

Assalamualaikum. Lama sudah aku tak update blog. Hehe.. InsyaAllah akan semakin rajin selepas ini, didorong oleh semangat istiqamah tidak hanya di sini.. malah untuk setiap amal kebaikkan..

InsyaAllah..

Hari ini banyak mengajarku tentang amarah seseorang yang kadang kala sudah tidak boleh dibendung, luahan perasaan dan kenaifan manusia yang sering kali terkapai dalam dosa..
Dan bagaimana sesuatu berita yang sedih benar benar menyentuh hati dan merobek jiwa..

Aku call mama hari nie untuk bertanya khabar famili memandangkan diri tak balik rumah dan adik lelaki balik ke Jepun setelah habis cuti sebulan di sini. Sedih dan pilu bila mendengar pelbagai perkara adik kelima alami. Tidak perlu ku ceritakan lebih mendalam tapi ia benar benar meruntun hati. Abang mana tak risau akan keadaan adiknya yang sering kali sakit. = (

Serta merta ia reflek balik setiap perkara aku lakukan.. banyak dosa dan juga sedikit amal. Jujur aku kadang kala leka dan lalai. Solat sering kali tertinggal. Al-Quran sudah lama berhabuk, tidak terbaca. Aku tersentuh apabila satu peringatan oleh sahabatku di Mesir menyatakan pada zaman khalifah dahulu ilmu adalah perkara utama dan mereka akan sentiasa membaca sehingga ke nafas yang terakhir sehingga ada yang membaca pada saat kematiaannya.. ' Aku khuatir hari dan waktu aku berlalu tanpa baca '..

Ya! Laman sosial sering kali dibuka, tangan tidak lepas dari telefon melihat setiap news feed dan notifikasi yang sering kali bergetar. Padahal pada masa kita kecil dan remaja belum pernah kita benar benar komited dengan telefon, hanya guna untuk bermesej dan telefon. Rugi aku dan kau yang membaca ini, tidak membaca malah menyentuh kalam ALLAH yang suci.. = (

Ingatan kepadaNya kian pudar.. dek hanyut ingin keluar malam, luang masa bersama kawan rapat yang lama tidak ketemu.. sebulan seminggu mungkin, dan apabila keluar lalai mengikut perintah 5 waktunya.. Ya Allah, aku malu.. Apakah mereka akan membantuku kelak di mahsyar ini? Benak hati kian terhiris saat menaip setiap kesilapan, kekhilafan yang aku lakukan...
Khamis yang benar benar memperingatkan aku tentang tujuan kehidupan ini bukan semata-mata membuka laman web melihat akaun duit bank..

Seharusnya masa yang aku rasa tidak cukup ini ku isi dengan memperingatiNya.. mana lagi amalan aku membaca Kursi dikala sebelum tidur? Surah Al-Mulk tiada kedengaran.. Hafalanku mulai kurang. Rapuh ya Allah..
Bagaimana aku harus teguh.. Sudah berpuluh post aku telah isi.. Mungkin inilah waktunya aku berubah.. ISTIQAMAH IQBAL HAKIM!!

Namamu seindah maknanya.. Semaikan cintaku ya Allah.. semaikan cintaku pada Rasulullah.. Sembuhkan penyakit adikku.. = (

Jangan lemahkan diriku.. Jangan sandungkan aku dari jalan berbatu menuju redhaMu..

Aku sudah cukup terluka dan terhina mengingati dosa lampauku..

Kepada ibu bapaku.. aku mohon ampunan dan keredhaan.. ku doakan kau bahagia dan sentiasa berada dalam cintaNya..

Kepada adik-adikku, abangmu ini tidak segagah dan sekuat kau sangka.. kadang tersungkur jua.. sebagai ingatan kepadamu akan bahana kau mengingati dunia semata mata.. kau akan dahagakan kasih sayangNya.. dan keredhaanNya hidup di bumi ini..

Carilah jalan istiqamah.. Kasih sayangNya.. Keampunan akan segala kesilapan dan dosa antaraNya dan juga antara manusia..

SEMAIKAN CINTAKU... SAYANGKU PADAMU YA ALLAH...




jangan jauh diriku daripadaMu..

Sollu Ala Nabi..

IQBAL HAKIM....


Sunday 24 August 2014

Hujan Renyai Lintang

hopefully this post would be a draft as usual.. as my brain is too tired to cherish all the ideas that i thought months.. and it wouldn't be post..

it would be same as other draft as the idea slips away.. and my passion to type it becomes absolute none after that.. so, better keep track on idea.. re-arranged it.. and edited if it is necessary..

bismillah... assalamualaikum..

alunan lagu malam thr gegar di komputer aku menenangkan jiwa gelodak.. dah beberapa kali aku nak taip blog tapi ada je alasan dan kemalasan dari dahulu.. tak tersiap dan terus tersadai tanpa isi..
aku ambil inisiatif untuk susun setiap perkara yang berlaku dalam sebulan nie..
maaf kalau tak ikut kronologi.. = )

22 Ogos 2014, Jumaat merupakan hari berkabung bagi rakyat Malaysia. Mayat mangsa MH17 telah selamat sampai di bumi Malaysia untuk penghormatan terakhir. Rakyat Malaysia termasuk aku dan staf klinik turut bersedih dan bersimpati. Syukur kerana mayat mereka telah sampai dan selamat dikebumikan. Ketepikan segala pra sangka dan juga pergaduhan dan masing masing senyap menghormati yang pergi serta berdoa mengikut agama masing-masing..

sepanjang aku tak update blog nie, macam macam berlaku.. setelah habis je raya kedua aku pun balik ke kampung.. cuti seminggu.. dan spend masa mostly bersama mak ayah serta famili..

there, it happen again.. hilang habis rasa nak menaip setelah begitu panjang cerita pasal MH17. bertahan iqbal.. bertahan.. hehehe.. aku menaip untuk mention tentang apa berlaku..
pendapat dan juga pengalaman aku..

kerja? setakat nie alhamdulillah.. hari nie pun baru lepas selesai buat pemeriksaan kesihatan di Sungai Krudda, ada majlis sambutan Hari Kemerdekaan.. ramai juga datang untuk buat pemeriksaan..

Ok.. Done.. nanti edit.. Hahaha.. As salam..

Monday 28 July 2014

Syawal Yang Chill..

mak aih sengih! hahaha..
seperti yang tertera di atas.. sememangnya saya menyambut Syawal dengan chill, sedikit happy dan sekelumit sedih.. mixed feeling la sikit.. hehehe...

sambil pasang lagu raya di laptop kesayangan.. peneman diri di kuaters klinik.. aku duduk di bawah kipas, menaip pada masa sanak saudara saling ziarah menziarahi, bermaaf-maafan.. tapi bukan aku sorang jer.. adik lelaki aku pun tak balik jugak dari Jepun..

dia lagi sedih, exam lak tue hari raya.. nak buat macam mana, adat perantau merantau negara orang.. aku pun sama... walau dalam negara, kerja adalah kerja.. dan soal menyelamatkan orang nie bukan benda remeh temeh.. kalau takder orang standby.. ada kecemasan nanti kesian keluarga yang datang ke klinik.. so, here I am on duty..

malam raya semalam aku pulun buat video perantau untuk anak-anak bujang.. dan terus terang aku xder sedih mana pun.. x la kata air mata keluaq sikit pun ( hehehe.. ) disebabkan masa tahun lepas aku dah merasa raya haji x balik.. and in Kelantan.. raya haji kami paling meriah dengan daging dagang ( yeke kate gande aku pakai nie? hahaha.. ) dan aktiviti melapah ( biarpun aku hanya tukang tengok jer.. )

so, buat la kami video sampai pukul 10.00 malam memandangkan adik nak kena study untuk exam esok.. aku lak dah siap pasang pelita, lampu lip lap luar rumah dari hari Jumaat lagi.. hehehe.. disebabkan on call tak dapat keluar jauh sangat.. kelengkapan dan juga persiapan raya semua aku dah settle awal..

rumah pulak.. memang seharian semalam aku kemas sampai berkilat.. hehehehe.. buang sampah, sapu sampah.. basuh pinggan dengan baju.. then iron baju baru hari nie ( tue pun pakai baju melayu je.. seluar tak pakai.. tak sempat sebab ada pesakit pagi tadi.. hehehe.. ). Solat raya pertama aku di Kampung Lintang, alhamdulillah dah diselesaikan.. suasana mana mana pun sama jer.. ramah mesra dan saling salam memaafi..

then keluar la aku pergi rumah rumah pesakit dan rumah staf yang aku kenal.. mostly area sini jer.. dah pergi dua tiga rumah aku pun duk la kat rumah sekarang.. tengah hari lepak sini la menaip blog..

that sums up today's punya aktiviti..

apa-apa pun aku harap dengan Syawal ini aku boleh secara perlahan berubah ke arah lebih baik..
mula amalkan apa yang aku selalu buat masa Ramadhan dulu.. makan pun sekarang kurang.. ( iye la ko.. hehehe.. )
cuba untuk berubah sedikit demi sedikit.. tiada sebab.. hanya kepadaNya..
solat pun kena awal selalu.. nie pun dah masuk waktu zohor sepatutnya.. hehehe..

so, thanks for reading this piece of work.. although xder climax atau suspen.. ini la catatan aku..
my life..
arigatou... thanks again!

Thursday 29 May 2014

Unbearable Thoughts..

sebagai seorang manusia.. aku tak dapat lari dari kesilapan dan dosa..

sebagai hamba aku gagal taat perintah pada Yang Esa..

sebagai lelaki aku tidak dapat mengawal nafsu dan dusta..

andai dihitung tidak terkira banyak dosa padaNya.. pada manusia..

benak yang tidak enak dari hati ini sering kali dahagakan istighfarNya..

mahukan setiap tahmid kepadaNya..

setiap hari bersyukur dan bertakbir atas kekuasaanNya..

namun.. hati kian rapuh dengan segala macam dugaan duniawi...


Diberi peluang meneroka ilmu tanpa sempadan tapi sering kali disalah guna...

Mengenal kawan tapi niat hati mahu mencari yang istimewa..

Menyebar dusta dan fitnah dan bulat-bulat terpedaya..

Masa lantas suntuk untuk yang wajib kerana yang remeh temeh diutamakan..

Termanggu aku duduk di kerusi malas menaip setiap benak dada..

Kesemua perkara yang aku alami aku baitkan dalam perkataan...

Hati siapa tidak takut dengan dosa.. Bila dah berdosa baru timbul penyesalan...


Itu makna Allah sayang namun kita rendah diri merasa tidak layak padaNya..

Berdosa dan terus takut seperti mana aku...

Taubat sang fasik yang entah selepas ini akan kembali merosakkan diri..

Leka dengan fatamorgana duniawi yang hanya abstrak dan fantasi maya..

Sedang masa dikurnia untuk terus mengingati mati.. mengingati Dia..

Bersholawat pada rasulNya.. adakah aku semakin alpa?

Adakah syaitan sudah menutup pintu hati? Membiarkan gelap hati.. minda dari menerima hidayahNya...

Buang segala kerisauan di dada ini Ya Rabbi..

Hilangkan segala keresahan ketakutan diri.. Penyesalan adalah pasti...

Dan kembali kepadaNya juga adalah pasti...


Jangan leka aku akan diriMu ya Allah.. Aku bukan kuat.. Aku bukan sang alim..

Aku bukan sang pendeta... Aku cuma hamba.. Dan mendambakan ketenangan..

Hapuskan ya Allah segala kegelisahan..

Jauhi aku dari dosa... = (

Wednesday 28 May 2014

The Elephant Crush..

mixed feelings.. i don't know..

feeling archiving something.. celebrate the awakening and at the same time bash down fall towards mother-earth.. from the ego and also the awkward moment...

being in a comfort zone does change you.. a lot..

i'm talking about changes people.. people do change.. and especially when it totally about you..

yup, i'm a change man.. to the worst jerk world has ever known...

and regretting these stupid behavior does change one point of view...

not all jokes can be accept.. not all the sarcasm they can handle..

and when one does feel a little comfy on his own zone.. entering someone zone..

should he appreciate and silent.. not to look down laughing hilariously...


seriously.. a simple trip really teach me a lot.. how i was behaving.. how i talked without think..

disrespect the opinion.. and even worse.. make fun of someones dream..

i blame myself totally.. and i know it hurts... having the close one talk like that..

i'm sorry.. if he is reading this..

i think i might....

Tuesday 29 April 2014

Rant - Fences Grilled To The Head ( Literally.. )

Sejuk.. bukan seram sejuk.. but chill.. Yerp, i'm in my clinic right now..

Just finish check-up.. dressing sikit ( meaning cuci luka ) dan jugak prescribe medication..

All in this wonderful life of a medical assistant.. on call week..

Nais! ( In both sarcastic tone and accept the fate.. )


Assalamualaikum.. Hehehe.. Just kidding.. Memang kadang-kala boring dan juga rasa tak enak bila aku on-call.. i have to confess..

Sometimes, it kinda worse when you having a mild SOB patient associated with heart problem come.. banging on your door at 3 am in the morning..

But nevertheless.. work is work.. and as far as i know.. Masa memula ketuk atau terima call..

Memang muka aku masam mencuka.. I find it hard to get used to be smiling and all happy accepting patient like my seniors..

Ya ALLAH.. totally different from my facial expression..

Well, believe it or not.. Our on call sources are from others pain ( Ouch.. )

Kalau ada pesakit hari tue.. adalah duit.. Every pesakit kita boleh claim masa..

And so the theories is true when you work.. it kinda means your boss pay your valuable thing..

Which is time.. And all agreed.. Time Is Gold..


Hahaha.. Putting things aside.. Tadi aku baru cuci luka pesakit.. Kalau time on-call nie sememangnya best! Kenapa? Timing..

Yerp, timing memang terbaik.. Sometimes i think i might have to be prepared at all cost..

Kena alert tahap kesatria baja hitam.. Kekadang macam ada spider sense..

Ok, kenapa? Asal aku makan jer.. Belum sentuh sudu dengan pinggan.. Call from unknown number..

Pesakit call.. Emergency!!! And you might have to finish your delicacies fast and without a proper thanks or digestion..

Then, bila dah sampai.. lain dari dijangka.. Sometimes demam pun pernah.. Well, tak perlu la nak rushing kan? Then again, this is NOT MY CLINIC.. this is just my work-place.. so, terima..

Dan bekerja dengan penuh dedikasi..


Rasenye bila aku type dan bace balik apa aku type sekarang.. I found that maybe i'm not thankful enough to work at KKM.. or to work in this clinic.. Membebel dan berceloteh..

Jujurnya aku suka.. Dan mungkin terbawa-bawa aku terlepas.. Tapi manusia mudah melakukan kesilapan..

And i just got a whole mountains of sins.. AND a heavy responsibility..

Adaptation to the work.. To restore my faith and to be diligence in my prayer and religion is always my obligation..

So, bila aku taip semua nie.. ia melambangkan bahawa ada lagi sekelumit minda yang masih alert, masih mengharapkan perubahan walau perlahan dan memperbaiki segala kesilapan diri..

Panjang atau tidak.. Ber'idea' atau sekadar mengisi masa.. Aku puas..

Alhamdulillah.. sekali lagi aku post benda yang aku nak luah.. Terbuku di hati yang lama simpan..

Maybe dah biasa sangat baca blog someone initiate my self conscious not to be afraid and face on my problems everyday..

That is through blogging..


Rasa lepas nie makin kerap la aku blogging.. oh yer.. Before forget.. Kali nie aku nak buat penutup sket..

Dah banyak sangat blog aku post tak ada penutup melainkan

' Terima kasih bace.. TQ READING.. TATA.. '

Nak jugak la selitkan sedikit nasihat dan pesanan diri dan saper yang bace blog nie...

1. Face your problem with passion and never give up.. Stress tue biasa dalam hidup.. Overload beban keje..
Ramai pelanggan atau patient.. Kerenah dan jugak 'pe-el' orang.. Kenalah bersabar dan teruskan kerja dengan diligent.. kita tahu lambat laun kerja akan settle.. orang akan kurang ramai.. perangai orang tue pun reflect perangai kita outside.. So, accepting and move on by positive thinking and positive effort is one of the best way..

2. Dear heart and soul.. Please don't forget Allah always.. Pesanan untuk diri nie.. Sebab aku perasan diri aku nie selalu sangat drifted.. Merasakan pinggan dalam dapur lagi penting dari azan solat asar atau isya'..
Makan timing je tepat.. Solat idak.. Dear Iqbal, change the way of life.. Living the way of Islam and accepting the light with keikhlasan diri.. Allah duga kita kehidupan nie.. Semakin perit dan semakin sukar kehidupan kita adalah dari bebanan yang kita boleh tanggung.. Dan Allah sendiri tidak membebani hambaNya melainkan apa yang termampu..

3. Lose weight.. Now try to eat less rice and try bread.. Early morning no nasi lemak.. HAHAHAHA..
Less caffein more water.. Less condense milk.. more sugarly... SMILE.. ( seriously sugar must cut also la.. )
AND A BIG NO-NO to KFC whatehek every fast food.. InsyaALLAH BOLEH.. Hehe..


Dah.. Kuat menaip dah diri nie.. Thanks! Arigatou!!

Assalamualaikum..  

Thursday 24 April 2014

Rant - Promises.. Leaping The Thorny Obstacles..

Sahaye.. Kuat! Kuat Harimau!
menaip dengan penuh rawak.. tanpa isi dan kosong pemikiran..

didorong oleh perasaan ingin update namun pengisian tiada.. yang ada hanyalah permainan kata-kata dan susunan ayat yang kadang kala menyukarkan pemahaman diri..

dan tidak mengharapkan pembacaan dari follower.. follower hanya follower..

belum tentu diorang baca post blog.. hehehe..



assalamualaikum.. again hi! menaip di rumah.. di kampung halaman yang sekarang nie menghadapi cuaca kering kontang sekering sahara.. mak aku cakap hujan pun jarang kat kampung..

teramat berbeza dengan Perak di mana setiap petang anda akan hidu bau rumput dan tar basah.. titisan rahmat Allah yang membasahi bumi kontang..

rumah tinggal adik-adik aku yang still struggling ngan study... exam.. dari sekolah menengah dan sekolah rendah.. bila tengok balik diorang siapkan kerja sekolah, teringat lak aku zaman sekolah rendah.. tapi semua keje buat last minit.. hihihi..

berat? sememangnya semakin meningkat.. dah banyak kali dah usaha masih xder hasil.. bukan sebab berusaha keras.. memang malas nak bersenam.. bayangkan balik je keje 8 jam.. kepala aku ingat nak makan dan tido jer...

maybe sebab tue la aku naik berat.. ( already 110 kg da.. so, it's kinda worries me.. a lot.. )

already cut my hair.. thinking, masuk je balik keje.. nak keje all out.. insyaAllah.. and struggling dengan amal dan juga positive thinking.. staf kate aku nie short tempered.. yerp, sori..

trying to change that.. dengan slow-slow..

rumah lak kelam kabut.. same ngan tuan dia.. so, hoping that sampai je Lintang nanti.. berubah semua.. don't hate changes.. accepting it..

will do dear self-advice... will do neatly.. hihihi..

okeh.. celoteh banyak... TQ..

Wednesday 16 April 2014

Rant - Flipping The On Button..

the urge to type things.. mention every moment.. priceless memories and experience..
even having a thought of something driven me to blogging..
and although others read and might think it is rubbish.. or gibberish..
for me.. it's an art.. a self-expression of myself..
that needs me and only me to tell it..

by blogging..

tue dia singkapan pemikir kolot aku nie.. hahaha.. assalamualaikum.. ( baru nak bagi salam.. )
sambil mendengar THR Gegar ( kebetulan time malam nie lak segmen 'Cinta Gegar'.. so, banyak luahan perasaan.. frust.. )
maybe timing tepat sangat dah nie.. Hahaha..
Ok.. back to the topic.. ape nak disembangkan erk?

oh yeah.. about my life.. and today wasn't harsh.. kerja ok.. takder masalah..
bonding of me to Him? well, let just say it wasn't work well..
teruk seh diri nie.. Solat tak boleh nak fokus.. but still ada sense of deen lagi..
insyaAllah.. semat dalam diri agar tidak malas..
even masa aku taip nie aku tak solat isya' lagi.. see? Astaghfirullah..
my mind thinks that.. Ok.. procastinate.. mungkin boleh solat dekat subuh nanti..
sampai tahap macam tue sekali nak berlengah sedangkan Allah murka..
self tepek balik la.. ( ingat iqbal.. dugaan Allah nie besar.. jauh lagi besar dari kau bayangkan... )
after this.. solat isya' then sleep.. nice!

budget spending? nice! teruk sangat spendingnye hari nie.. duk beli bertin-tin air gas ngan air kotak susu kopi sedangkan mind set xnak lagi kafein..
double trouble.. air pepsi dah ada kafein.. so does susu kopi kotak..
another miserable spending.. dan air masak lak kurang.. memang THORbaek la..
nak rosak buah pinggang le diri nie..


after this.. kena ingat..
- spending the right thing.. and think really hard what to buy and not to buy..
- try not to be so moody and bad mood...
- istighfar bebanyak Iqbal.. diri nie baru Allah duga dengan kemalasan dan jugak sifat amarah yang berpanjangan.. kalau itu pun takleh tahan tak tahu la nak merasa kesedihan..
baru je dah diuji dengan nikmat kesihatan..
Astaghfirullah..

maybe lay back.. istighfar sebelum tido.. dan perbetul balik yang tak terbetul..

bismillah...

Monday 14 April 2014

April.. Loafer..

My bro in Japan.. Sendai.. Yoroshikui!
Update adalah perkara yang benar benar basi pada diri aku.. Bukan apa..

Masa yang ada tidak dimanfaatkan sebaiknya.. sebaliknya diisi dengan loafing the net..

Tengok video menarik.. Lucu.. Baca meme atau artikel yang menarik..

Dan macam-macam lagi la sehinggakan aku terlupa untuk update blog..

Mahupun menyiapkan kerja tak tersiap seperti kemas rumah.. basuh baju..

Kemas area klinik..

Masa di'occupied' dengan buka internet tak sudah.. mendownload tak berhenti..

I got tons of movies and video to watch yet i'm eager to download a lot of new videos..

Unhealthy giler.. Hahaha...


Life? Well, it got ups and down.. just today i got my OT.. Alhamdulillah.. and i also got another job..

Changing my old tires with new one.. And struggle with car-jack to lift up the car..

And open all the nuts... Which reminds me.. Lupe, ketat nat nie kedai pasang..

Give up! Hahaha... Maybe esok jumpa sesape untuk buka nat..

And terus pasang tayar baru ( old one might need to be tampal.. there goes me money.. )


2-3 hari aku demam tak berhenti semalam and temperature paling tinggi pernah aku rasa..

39.9 C.. Whoa! Mak aih.. lama dah tak demam.. Sekali kena demam, teruk.. dan blood result was really really bad.. hematocrit aku kurang..

pause jap.. ralit dok tengok tv.. cerita ape ntah.. hahaha..

ok, let me see.. Ah, pasal demam.. well dah berbijik PCM aku amik.. ubat batuk dan jugak ubat selesema.. sampaikan satu tahap memang badan nie tak larat sangat..

Then bro Yusri suggest taken T. Iburpofen.. terbukti berpeluh habih badan..

Ok.. Moral of the story is..

Kita jarang sekali bersyukur menikmati setiap pemberian yang Allah beri.. tak kira sama ada duit, masa terluang mahupun kesihatan...

Biar pun di bibir kita ucapkan Alhamdulillah.. namun belum tentu hati dan diri ini benar benar bersyukur..

Semua boleh cakap aku bersyukur.. namun apa cara kita boleh lakukan untuk menyatakan kesyukuran kita kepadaNya?

Salah satu.. Bersedekah.. InsyaAllah.. rezeki makin bertambah.. Ok.. Dah kuat berceloteh..

Thanks for reading.. = )


Sunday 30 March 2014

Confession Of A Sinner..

there's a limit for every human.. every living things.. a limit that stands for change..

a better change perhaps.. and it supposed to be ever-lasting..

and in need change.. it thirst for effort, pray and tawakal..

and i lack every points there is..

sins kept hurdle me down.. towards a path.. an unhealthy addiction..

and the struggling to keep faith in Him.. worsening with every moment the devil steal..

to subconsciously drifted one away... far away from Allah...

to he.. it is a success..

to me.. a big failure of self-control.. freaks out every moment i spend my life thinking how stupid i am on doing it..

frustrating.. demolish all my bricks of work hard...


His plan are valid.. truth and always right.. and the qada' and qadar i have to take.. i accept it..

the cough.. the back pain.. it could get worse..

the absent mind.. the shallow of one body unable to resist temptation of madness.. of luscious being..

lust that attract being.. slowly making everything seems better if you follow your desire..

over the iman.. the thought of doing.. the after-effect..


pray and hope is just the thing... I kept.. forgetting..

may i have the strength.. the will to survive your world ya Allah...

the addiction is never ending..

the pain is always there..

the sins kept numbering...

and my life kept shortening... so bare with Him.. Iqbal Hakim..

it's not to late..

Wednesday 26 February 2014

Kering Di Dunia... Berkat Di Akhirat..

It's time.. all out.. ada atau tidak isi aku tak peduli.. 
blank paperwith pen in front of me ain't gonna write itself..
so does results.. that's came after effort.. 
although so little.. this precious little effort with a good intuition...
i think.. sincerely think.. i can hold on.. and keep going..
InsyaAllah..

Assalamualaikum.. epik jer ayat-ayat mula nie.. Heh! sebenarnya aku dah lama nak update.. and as usual diri nie dengan takder isi.. dengan kesibukan kerja (kalau kire blog-post aku banyak kali dah alasan basi ini berbangkit..) and so on..
mendengar ceramah dari TGNA perlahan lahan aku pupuk diri nie untuk suka pada ilmu..
cinta pada agama.. bukan hanya patuh dan taat..
agama dan ilmu itu nur.. insyaAllah...

kerja? sememangnya sibuk.. dan kesibukkan bersama dengan kesempitan kewangan hampir melalaikan diri nie.. sengkeknye manusia bila tiada duit.. dah fikir macam nak hampir mati..
jujur aku citer memandangkan aku pernah alami... sedangkan tidak pernah sesekali diri nak mind-set..

rezeki Allah ini luas terbentang.. dan tidak pernah sesekali Allah melupai hambaNya.. kecuali kita yang sering kali lupa diriNya...

pernah dalam bulan nie aku kat tangan hanya tinggal rm200.. berhutang dengan kawan dan menunggu duit OT aku masuk.. (aku ada on-call kat klinik.. so, sesekali duit tue leh aku simpan..)
bunda aku meminta duit pada aku.. kekurangan duit.. dan note dalam bank aku ada 4 keping rm50..
honest memang tak cukup untuk tunggu hingga gaji..
aku cakap mungkin x sempat nak bagi.. duit pun cukup-cukup makan..
then senyap-senyap aku transfer duit kat mak aku..

why? aku dah diajar biar sekering mane duit kita.. insyaAllah rezeki Allah itu luas... mungkin lambat duit aku masuk.. aku tak boleh nak berbelanja.. asalkan..
mak aku dapat bantuan dari aku.. cukup.. alhamdulillah...
4 hari lepas aku hantar.. duit masuk.. SYUKUR YA ALLAH...
serius terkejut.. sujud.. alhamdulillah..
amik peluang untuk beli peti ais dan duit baki simpan.. kalau ada baki beli barang-barang peti ais..

now.. duit gaji dah dapat.. 1st thing i do is to settle all my debts and bagi duit kat mak ayah.. semampu mungkin..
jangan kita janji.. hanya bagitahu kita boleh beri semampu mungkin..
nanti makan janji..
insyaAllah.. Allah tolong..
cuma kali ini aku pohon... moga hati, minda dan badan ini dijauhkan godaan nafsu dan syaitan..
mudah sangat la diri nie drifted.. enough dengan post sedih.. post menyesal lepas buat dosa..
it's time to man up and face your addiction..

walau aku merangkak.. perlahan aku hampir kepadaMu.. berkati dan redhai perjalananku ya Allah..
Aamiinn..


Beli barang bujang kebujangan... Hehehe..

Wednesday 5 February 2014

Feb Bukan Sabun Fab..

( sile abaikan tajuk... ruang tue memang aku suke bantai taip tajuk sesedap rasa.. Hahaha.. )

mulekan blogging aku dengan sakit belakang.. straining kat belakang dari awal kerja sampai sekarang..

hopefully sakit nie hilang as i didn't wanna depend much on meds.. although aku nie medical assistant..

bismillahi rahmani rahim.. assalamualaikum...
yup, it's free-style today ( or tonight as i type my post in deep dark 10.30 pm.. ), pejam celik pejam dah masuk 5 bulan aku kerja sini dan aku dah pun ada SKT kat sini.. yey!

( SKT - Sasaran Kerja Tahunan bagi kakitangan kerajaan.. untuk tengok prestasi kerja.. )
Work-load? Sememangnya banyak dan bertimbun namun tidak mematahkan semangat aku untuk terus kerja.. berbakti kepada masyarakat dan rakyat Malaysia terchenta.. ( Hahahaha.. skema giler.. )

Tak pernah lagi aku se'eksaited' macam nie untuk menaip post baru blog.. mungkin sebab banyak benda nak share.. mungkin sebab ini free-style di mana aku tak fixedkan berapa banyak benda aku nak share.. sebab ini blog aku.. bukan karangan rumusan mahupun ringkasan.. hehehe..

Bulan lepas agak letih jugak la memandangkan aku kerja tanpa henti.. on call for almost 2 weeks... tapi nasib baik la tak straight 2 minggu kerja.. ada GAP jugak la.. dan gap tue jugak la aku mengambil keputusan untuk balik kampung..

So much la sangat dengan azam kurang balik kampung.. kalau kira sampai bulan Februari nie aje dah 3 kali aku balik.. ( Thehee... ). Better balik dari duk rumah tak buat apa.. Menghabiskan duit minyak untuk spending tengok wayang.. hang out..
aku duk rumah macam anak dara.. jarang keluar.. tapi kalau ada majlis tahlil, majlis maulud aku pergi la..

life is alhamdulillah.. so far so good... kerja no problem.. masalah sana sini boleh dihandle dengan ikhtiar dan juga paling utama... pengharapan.. Doa kepada Dia untuk terus teguh diri...
tak driftedkan diri sangat...

But from spiritual.. Still finding a way to subtle the heart.. removing and cleansing the rohani..
Pembelajaran itu tak terhenti sehingga universiti.. Sifat manusia itu sendiri ingin belajar dan mencari kebenaran... mencari cahaya dikala mereka dalam kegelapan dan kelekaan..

ok.. i think thats all... celoteh panjang karang jem tak ada benda nak share lagi.. hahaha...


nite!

Saturday 4 January 2014

Repent...

assalamualaikum.. everytime i have trouble.. problem with myself.. i seldom wish i can erased it..
but then again things have been done.. it shows how weak your heart.. your iman is..
as the advice from the holy book tells us to lower our gaze.. be gentle.. and avoid zina..
seems like every word from Him we disobey it..
ad-dunnia seems like heaven for them who their soul drifted like a leaves through the river..
as a sailing ship blowing by wind without setting course...

and as day passed.. months and years gone.. new revelation.. hope and dreams we set up..
to burn the desire to do good and be a pious man..
the truth is every single one of human.. is being tested.. whether they hold to their promises..
whether they can undeniably fight the needs of doing wrong..
filter their eyes and ears as girls.. money seduce them..
avoiding thinking.. I MIGHT BE LIVE TOMORROW..

regreting and cry as you want.. before the suns shines from the West..
when deeds and sins can no longer be gain.. sins can't be repent.. deeds aren't be judge..
door of forgiveness closing tightly as the wave of destruction come upon us insani..
there are no exits what so ever.. when your wealth.. your looks.. your power..
are defeated by His own power.. His WILL..
The End is near yet we didn't care at all..
the signs are there.. the Quran has told us.. each and every one of religious preacher warn us..

aren't we still be stupor.. and accepting our sins..
REPENT..
EVALUATE.. THINK..
and THANKFUL as Allah shown us the path.. Even though we are completely dirty with sins..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah....



Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...