Friday 13 October 2017

Panic With Sugary Smile

Assalamualaikum. Okay, I know that its been a while now. Naah, just kidding. Hey guys and girls. Apa khabar semua? Harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Moga berada dalam rahmat Allah. Amin.

Gaji masuk awal bulan nie. Maka berjimat cermatlah dalam berbelanja. 11 Oktober dan 23 November. Jauh tue gapnya. 43 hari. Maka bermulalah mengikat perut diri. Hahaha..

Jadi, aku dah malas nak menaip assignment yang menimbun. Belum print dan masih lagi terbengkalai. Dengan research aku yang belum nampak hasilnya, aku curi masa yang ada di sini untuk menaip satu lagi post tentang apa aku buat sekarang.

Pendek rasanya. So.. sit tight and read it while eating popcorns or something. Sekarang aku praktikal di Taiping. Kebanyakkan tempat yang akan aku masuk untuk posting aku adalah di wad dan di klinik pakar. Masuk klinik pakar, aku kena cari case study untuk kursus yang aku ambil, iaitu tentang diabetes mellitus. Kencing manis senang cerita.

Satu pesakit akan aku ambil maklumat pemakanan, aktiviti seharian, ubatan dan ujian makmal untuk tahu tahap gula dalam pesakit. Kebanyakkan pesakit patuh pada ubat, sebahagiannya tidak. Yang membuatkan aku seronok ialah mereka lebih arif tentang penyakit yang mereka alami dan cara untuk merawatnya.

Misalan contoh hypoglycemia atau kekurangan gula. Belum sempat aku cerita diorang dah terang tentang keadaan, macam mana nak elak dari kurang gula. Apa waktu terbaik untuk makan ubat atau cucuk insulin. Mereka lebih pakar dari aku. Cuma kadang kala mereka agak nakal. Hahaha..

Nakal macam mana? Contohnya seperti kenduri atau ada buat majlis makan, anak bawa buah buahan balik dari kampung. Siapa yang boleh menolaknya? Ia menjadi tidak sopan apabila kita mempelawa mereka makan tapi mereka menolak. Lagipun sejujurnya mereka bukan mahu kena kencing manis.

Jadi peranan aku untuk beri pendidikan kesihatan dan ajar pemakanan yang sihat, biarpun yang nasihat ini badan tong dram (bila nak turun berat nie?) Selain dari tue aku banyak belajar tentang penjagaan kaki serta kebersihan kaki bagi pesakit kencing manis, langkah senaman berkesan serta pembahagian makanan mengikut kalori.

Banyak juga ilmu aku dapat dari pos basik nie. Walaupun baru 1 bulan 2 minggu. Cuma stress dengan kerja yang tak siap serta research yang terlalu particular pada format dan detail. Walhal boleh je siap. Haish.

Berpraktikal dengan bermacam jenis orang buat diri aku judgemental, walaupun aku tahu itu adalah sifat paling teruk sekali bagi dir aku. Aku rasa lepas nie mungkin kena terima setiap kondisi sesuatu perkara, seseorang dan keadaan dengan redha. Mungkin selepas itu aku akan lebih tenang dalam meneruskan pos basik.

Itulah sedikit sebanyak yang boleh aku cerita kat dalam blog nie. Tentang perjalanan aku belajar kembali setelah hampir 5 tahun bekerja. 22 Oktober nie genaplah 5 tahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam di KKM. Amin. Masih bujang dan semakin berisi.

Meneruskan program pos basik dengan ketakutan dan insecure of all things. Haish! rimas diri ini. Sister nak jumpa aku dengan member lelaki yang lagi sorang. Untuk penilaian klinikal wad.

Dan sister kata aku tak pernah nampak aku kat wad. Oh well..

Thanks for reading. Until next time. 

Wednesday 4 October 2017

The 122 Kilometre Journey

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Loceng sudah berbunyi di sebelah menandakan masuknya waktu sembahyang jiran aku yang beragama Hindu. Jam dah nak masuk pukul 7.00 malam. Sambil aku tunggu masuk waktu Maghrib di Sg Siput, aku habiskan baki masa yang ada untuk menaik. Ada dalam lebih kurang 9 minit lagi.
Kire sempat la aku habiskan satu dua perenggan sebelum masuk waktu.

Hari kedua aku praktikal di Hospital Taiping, dalam program aku. Pos Basik Pengurusan Diabetes. Berulang alik dari Sungai Siput ke Taiping. Tegar tak tegar aku cuba juga. Walaupun aku tahu agak penat dan mungkin kerugian dari sudut kewangan. Setakat nie aku tengok ok, cuma kena ada usaha bangun awal sikit untuk mandi dan bersiap sebelum masuk Subuh. Selesai solat Subuh aku terus naik kereta ke Taiping.

Agak sedikit sebanyak stress memandangkan bebanan tugas log book dan assignment, research lagi yang nak kena selesaikan serta case study bagi pesakit diabetes. Minggu nie aku di pusat sumber diabetes. Local Perceptor yang berpengalaman dan sempoi. Banyak bagi nasihat dan tunjuk ajar untuk kami sebagai pelajar yang bakal menjadi Diabetic Educator atau D.E. Ianya lebih banyak kepada kaunseling dan tunjuk ajar kepada pesakit khususnya yang menghidap Diabetes Mellitus.

Jujur agak penat. Balik dari pemanduan 61 km (jumlah 122 km) ulang-alik sememangnya memenatkan. Aku tak dapat bayangkan macam mana mereka yang duduk jauh kerja dan hari-hari berulang alik dari Taiping ke Kuala Kangsar. Dengan perjalanan jauhnya, kewangannya dan sememangnya stress kerja kalau banyak yang nak diselesaikan. Sebab aku ada in-charged U32 yang selalu berulang alik dari Semanggol ke Kuala Kangsar untuk bekerja. Aku respect dia boleh tegar hari hari bawa kereta. =)

Ok, aku rasa cukup sampai ini sahaja. Nanti next post aku akan lebih rajin cerita tentang benda apa yang aku buat di Hospital Taiping dan cabaran-cabaran yang bakal aku hadapi sepanjang dua bulan aku kat sini. Setakat nie buku log masih kosong. InsyaAllah akan diisikan dengan kadar segera mengikut kerajinan diri. Hehehe.

P/S: Lain kali ingat diri supaya sentiasa simpan kunci dalam poket sebab nanti terkunci kereta dengan kunci kereta kat dalam. Menangis tak berlagu la diri.

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...