Sunday 17 May 2020

Norma Baru Raya PKPB



Kami tak ramai tapi kami meriah..
Assalamualaikum.. 

Apa khabar semua? Harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah, aku sihat dan masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini. "

Hari ini 5 Syawal 1441 H bersama
an 28 Mei 2020. Baru jer habis kerja untuk hari Khamis, insyaAllah berterusan sampai ke Khamis minggu depan. 

Non-stop setelah 4 hari bercuti di rumah.

It's Hari Raya Aidilfitri but with a twist, it can only be celebrated on the first day. Hari raya ke 2 and next would be like the first since kerajaan tidak membenarkan aktiviti ziarah menziarahi melainkan 1 Syawal sahaja.

So for me and most of my family, kami berkunjung hanya 3 buah rumah untuk beraya. Selebihnya makan juadah dan kuih muih di rumah serta menyambut tetamu yang hadir untuk beraya.

It's isn't as festive since we are now in the midst of overcame the C-19 o
utbreak. Ini satu kelonggaran dan kesyukuran bagi aku sebab boleh juga meraikan Hari Raya Aidilfitri walau dalam keadaan norma baru.

- Rumah tidak boleh melebihi 20 orang tetamu.
- Aktiviti berkunjung hanya pada 1 Syawal sahaja.
- Solat Hari Raya Aidilfitri dan bacaan khutbah hanya di rumah masing-masing.

Ada la pros dan cons dalam menyambut Hari Raya dengan suasana sebegini. For first time dalam hidup aku, balik kampung tak hectic dengan traffic jammed which biasanya menjadi makanan bagi perantau dan mereka yang sudah tinggal di kampung.
So, bercampur aduk la diri aku. Seronok sebab jalan lengang tapi tak semeriah la.

My bro and his wife di perantauan.. 

Lepas tue the vibe of raya tue tak terasa sangat. I remembered my dad mandi lambat dan memang betul xder mood nak raya disebabkan kena duk rumah dan tak boleh pergi mana-mana. 

Tak dapat beliau nak merentas sempadan negeri disebabkan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Same goes to all my aunts/uncles dan sepupu sepapat yang mostly duk di KL. 



Another thing I realize is that aku x belanja sangat untuk raya tahun nie. Beli kurta dua helai je. Duit raya pun aku banyak bagi kat adik-adik aku jer. Aku langsung tak standby duit raya memandangkan aku kena kerja pada hari memasak iaitu one day before raya.

Nak tak nak memang aku tak sempat langsung tukar duit. Heck, apatah lagi nak membeli sampul. Hahaha..

Overall, for me.. Raya tahun ini tak meriah disebabkan mereka yang dirantauan tak balik beraya. Like my bro who lived in Seri Kembangan with his wife. 

Video call sebagai pengubat rindu di kala berjauhan. Hahaha.. dah macam duk oversea dah. But hey, inilah norma baru dalam tempoh PKPB nie. 

Hopefully for me and all, raya pada tahun depan lebih meriah. Tiada lagi penjarakan seperti mana yang kita amalkan dan wabak C-19 akan beransur hilang. Kalau tak hilang pun wabak itu, harapnya ia dalam kawalan. 

Satu pengajaran yang berharga buat umat Islam dan manusia umumnya disebalik wabak yang Allah telah ciptakan ini. Supaya mereka sentiasa bersyukur dan berserah diri kepada Allah pada setiap usaha dan amal ibadah. Agar kita dapat faham bahawa wabak ini bila Allah berikan.. ianya memberi kesan tak kira bangsa, umur dan pangkat. 

Kekuasaan Allah yang tiada taranya.

Thanks for reading. 

Saturday 16 May 2020

Pecutan Terakhir Mencari Lailatul Qadr..


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Apa khabar semua? Harapnya semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Diberikan kesempatan untuk beramal ibadah dan berjuang dalam misi melawan hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Aku macam biasa selepas habis je kerja aku spend quite some time kat tempat kerja sebelum bergerak membeli makanan dan bekalan untuk berbuka dan bersahur. 

Aku tengah tengok video Kokom bertajuk Selamat Tinggal Sahabat. Sedih sebab Kokom cerita kembali kisah macam mana dia memulakan karier sebagai seorang Youtuber yang menyampaikan mesej-mesej dakwah. Setiap permulaan mesti ada yang menjadi pembakar semangat atau inspirasi. Salah satunya adalah sahabat sejati yang sentiasa bersama tatkala susah dan senang hingga ke akhir hayat. Moga roh sahabatnya, Indra berada dalam kalangan para solehin.

Sambil dengar nasyid aku meneruskan blog ini. 

Puasa macam mana? Alhamdulillah setakat ini puasa aku ok. Walaupun banyak kali rebah dan tewas dengan nafsu. Biasanya selepas berbuka sememangnya masa itulah rasa ngantuk la, lalai dengan menonton video dan movie la, tidur la. Sedangkan puasa dan selepas berbuka, seharusnya diri lebih rajin dan produktif. Malangnya aku selalu struggle untuk melakukan kebaikkan. Aku rasa korang pun sama macam aku. Hmmm..

Nie pun dah masuk 23 Ramadhan. Sekejap jer masa berlalu. 

Aku rancang untuk habiskan masa aku berpuasa selama seminggu ini untuk memperbanyakkan ibadah dan amal kebaikkan. Mengurangkan setiap perkara yang boleh membazirkan masa aku. Tambah, minggu ini merupakan pecutan terakhir Ramadhan di mana malam Lailatul Qadr dijanjikan Allah kepada hambaNya yang taat serta ikhlas beribadah kepadaNya.

So, doakan aku menjadi semakin sabar, rajin dalam ibadah dan taat perintah Allah serta menjauhkan diri dari dosa-dosa kecil dan besar. Really need that boost of iman di minggu terakhir Ramadhan ini. Minggu nie memang aku straight kerja non-stop dan hanya akan balik ke rumah pada hari sebelum raya. Moga masa kosong itu diisi. 

Thanks sebab dengar celoteh ringkas aku. Assalamualaikum.

Friday 8 May 2020

Ramadhan Yang Berbeza


Assalamualaikum.

It's been a while now. Apa khabar? Hopefully that everyone is healthy dan menjalankan norma baru kehidupan. Yup. Norma baru seperti penjarakan sosial 1 meter dari manusia lain, amalan membasuh tangan dengan hand sanitizer atau sabun serta mengamalkan perintah kawalan pergerakan di mana kebanyakkannya stay at home dan tidak menghadiri apa-apa majlis melibatkan mass gathering seperti majlis makan atau keraian.

Hari ini dah masuk 15 Ramadhan. In a blink of an eye, kita dah berpuasa hampir 15 hari. So far so good? For me alhamdulillah. Ramai kat rumah since PKP dilaksanakan. Even my 2nd siblings pun dah boleh balik kampung setelah almost one and a half month kat KL. Itu pun balik bersyarat memandangkan she have an appointment with doctor at hospital. Kalau tak memang dah tak boleh balik dah la. 

Hopefully agar wabak C-19 yang berlaku di negara ini dan di lain-lain negara akan semakin berkurangan. Banyak perkara yang aku dah tak boleh buat, like for example keluar membeli di ma
ll (which for now baru boleh disebabkan PKPB or Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). The one thing that I miss the most is that to have a Friday Prayer kat masjid, memandangkan masjid juga tidak dibenarkan untuk solat beramai, untuk mencegah dari penyebaran wabak C-19. 

Kata mufti masih dalam peringkat perbincangan. Mungkin solat nanti tidak merapatkan saf malah menjauhkan saf? Who knows. Other countries dah mula solat berjemaah secara penjarakan. Malaysia belum lagi mula. Gosh I really rindu solat Jumaat sambil dengar khutbah Jumaat although biasanya aku tertidur. Hahaha..

Even terawikh tahun nie pun banyak dilakukan di rumah secara berjemaah. Terkial jugak la aku dan famili nak buat solat terawikh berjemaah. Aku lak imam. Maka printlah segala kertas panduan untuk melakukan sol
at terawikh oleh aku dan famili dan berterawikh lah kami setiap malam. Unless kalau aku balik rumah sewa. Aku kadang malas. Hehehe.. Penat dengan kerja di siang hari. Supposedly bukan alasan untuk tidak mengerjakan amalan terawikh.

Ramadhan tahun ini juga berbeza sebab tiada bazar. Another thing that menjadi kebiasaan bagi aku dan yang lainnya. Sekarang, sesiapa yang nak menjual makanan untuk berbuka puasa harus menyewa tapak di kedai makan atau restoran. Tiada lagi gerai tepi jalan atau khemah yang menempatkan pelbagai peniaga makanan yang menjual berbagai makanan dan minuman untuk berbuka. Dari segi kekurangan tue tak banyak pilihan makanan. But dari segi positifnya, kurang berlaku kesesakan dan pembaziran dek makanan yang tidak habis. Something to ponder for me.

Banyak hikmah sebenarnya dari hadirnya wabak C-19 dalam kehidupan manusia di dunia ini. InsyaAllah kalau aku sempat nanti aku buat post baru khas untuk menceritakan hikmah dari wabak ini. 

Ok. Done celoteh for today. Thanks for reading. 

P/S; Ambil masa untuk boleh terima interface baru Blogger. Blogger yang dulu bukanlah yang sekarang. Hahaha..





Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...