Thursday 7 September 2023

Pecutan Terakhir Ogos..

Bismillahi Rahmani Rahim..

Assalamualaikum.

Apa khabar? Semoga yang membaca berada dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah aku dan isteri berada dalam keadaan yang baik, sihat tubuh badan. Isteri ada selesema dan lemah badan sikit, rasa-rasa nak demam. So, aku dah beri makan ubat selesema dan mungkin ubat demam sebelum tidur nanti. InsyaAllah semoga kami diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik dari Allah. Aaamiin.

Hari ini hari Khamis, hari terakhir bekerja dalam minggu pertama bulan September. Sekejap sahaja masa berlalu, hari kemerdekaan pun dah lepas. Banyak benda berlaku dalam seminggu dua nie. Kerja dan pada masa yang sama famili aku tak sihat. Ayah mertua masuk wad disebabkan jangkitan kuman pada kaki. Baru hari nie discaj setelah seminggu lebih warded di HUSM.

Isteri aku pun baru hari nie buka komputer dan main game kegemaraannya iaitu Sim 4. Minggu lepas dan minggu nie risau dengan keadaan abah yang tak menentu kesihatannya dek jangkitan kuman. Alhamdulillah boleh nampak jelas keceriaan di wajahnya setelah abah dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Habib pulang ke kampung bercuti selama seminggu setelah hampir 2 bulan bekerja tanpa cuti panjang. Balik teman mama pula pergi ke Jom Heboh di RTC Tunjong. Dengarnya macam-macam gerai yang ada di sana. Aku pun teringin sebenarnya nak pergi sebab dah lama tak pergi expo grand macam nie. Tapi itulah, difikirkan balik 50-50 sebab ramai orang dan over-thinking kalau tak dapat parking. Hahaha..

Kerja 2 minggu nie sememangnya memenatkan. Dengan staf ramai ambil cuti sempena cuti penggal seminggu, dengan conference yang aku terlibat secara tak langsung di IBIS Hotel, minggu nie cover banyak kerja di klinik dan OT sebab tak cukup staf. Sampai satu tahap kaki aku dah tak rasa apa. Balik kerja masing-masing muka exhausted amat. Banyak beli makan luar dari memasak. 

Tapi 2 minggu nie juga meriah sebab umi banyak datang dan tidur kat rumah sebab nak menjaga abah di HUSM. Aku dan isteri seronok sebab meriah rumah kami ada ramai orang. Hahaha.. Makanan pun habis dan masa banyak luang berbual sambil tengok tv. Kalau biasanya aku dengan isteri jer kat rumah, Kadang dia seorang kalau aku keluar solat di masjid. So a bit sunyi.

And almost forgot yang dalam previous week juga aku pergi ke KL dengan famili untuk meraikan adik aku yang konvo di UiTM Shah Alam. Kami beramai-ramai ke Shah Alam untuk memeriahkan lagi suasana konvo sambil tangkap gambar dan luang masa Mek Jarah yang telah memperoleh segulung ijazah dengan selempang pink (WOW!). Tahniah Nurmaisarah adik kembarku. Hahaha..

Ok rasanya itu sahaja yang aku boleh recap untuk previous week yang aku tak menaip. Currently aku layan main game StarCraft II dan baru je kami habiskan the whole season of The Office. So, kena cari comedy series lain yang boleh buatkan kami gelak hilangkan kepenatan setelah seharian bekerja. 

Thanks for reading.

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...