Monday 29 January 2024

Short Post : Al Fatihah Pak Cik Amir

Assalamualaikum. 

Apa khabar? Alhamdulillah aku dan isteri sihat. Cuaca hari ini cerah dan panas. Kalut sikit nak punch kad hari ini sebab lewat turun. Hahaha.. Hari ini kerja a bit penat, same goes with my wife. Balik ease everything with lagu and rehat-rehat. Cara kami untuk lepas stress kerja. Macam wife aku lak, memang habis masa main Candy Crush. Dah lepas level aku dah pun. 

Macam aku hari nie kerja di kaunter, beri nombor giliran kepada pesakit yang datang. Pada masa yang sama guide mereka ke bilik-bilik berkenaan. Panggil nama pesakit agar datang ke kaunter. So, boleh tahan perit tekak jugak la panggil satu-satu dengan nama masing-masing yang unik. Hahaha..

Semalam aku hadir ke majlis berzikir atau ngatip dalam loghat Kelate arwah suami kepada mak sedara aku iaitu Pak Cik Amir. Beliau rakyat Pakistan, jadi ramai yang hadir di rumah mak sedara aku semalam solat jenazah dan mengiringi jenazah ke van sebelum dihantar ke Pakistan untuk dikebumikan di sana, atas permintaan keluarganya.

Majlis malam itu dihadiri ramai sanak saudara belah ayah aku, sepupu sepapat dan jiran-jiran kampung. Tak banyak memori aku dengan arwah memandangkan dia sibuk menguruskan kedai runcit dan aku jarang jumpa dia atas kesibukan kerja. Dia seorang pak cik yang baik serta taat agama. Selalu nampak solat di masjid dan sentiasa menghadiri majlis agama kalau dia free.

Semoga rohnya berada dalam kalangan orang beriman. Aamiin.

Saturday 27 January 2024

Drama Review : Welcome To Samdal-Ri (2023)

Nampaknya semakin hari semakin aktif aku menaip. Hari nie pun bersemangat ya nak berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai apa yang aku alami. 

So hari ini, aku nak berkongsi berkenaan dengan drama yang aku dan wife layan baru-baru ini. K-Drama bertajuk "Welcome To Samdal-Ri". Lakonan Shin Hye Sun dan Ji Chang Wook (aku tahu nama karektor jer dalam ini, nama pelakon memang tak ambil port langsung. Hahaha..).

And wife aku baru je order makanan dari PK Tempayan (agak terkejut sebab tak expect langsung..)

Drama nie menceritakan tentang seorang jurugambar profesional iaitu Cho Sam Dal (atau nama samaran dia Cho Eun Hye..) yang telah menghadapi satu skandal yang menjatuhkan karier dia sehingga dia kembali semula ke kampung halamannya di Pulau Jeju iaitu di Samdal-Ri. 

Balik ke kampung bersama kakak dan adiknya, Jin Dal dan Hae Dal bersama anak saudaranya Ha Yul, mereka bersembunyi di rumah ibunda mereka malu kerana mereka berfikir bahawa mereka telah gagal di tanah besar. Sam Dal pula ada kenangan pahit manis bersama bekas kekasihnya iaitu  Cho Yong Pil. 

So drama nie banyak bercerita tentang kisah cinta dua orang sahabat baik dari kecil sehingga membawa kepada hubungan cinta yang suci. Tentang bagaimana pengorbanan antara mereka dalam memastikan bahawa cinta mereka tidak menghalang perhubungan antara kedua keluarga memandangkan terjadinya satu tragedi hitam yang menyebabkan mereka berpisah.

Drama ini lebih kepada light hearted dan banyak menerapkan nilai kekeluargaan dan persahabatan. Juga nilai-nilai murni semangat komuniti sesebuah kampung yang sentiasa membantu dan bersatu dalam apa jua perkara. Elemen cinta itu of course ada cuma tidaklah menjadi fokus utama.

Tema utama drama ini adalah bagaimana untuk bangkit dan berbangga dengan asal usul kita. Bagaimana asal usul kita adalah teras utama dalam membentuk diri kita yang sebenar. Walau sehebat dan sejauh mana kita pergi, kita akan terasa sunyi sekiranya kita tidak kembali semula ke tempat asal kita, tempat kita bersusah senang dahulu.

Pemandangan sekitar kampung Samdal-Ri dan persekitaran Pulau Jeju terutamanya amatlah cantik dan memukau. Desiran ombak serta cuaca di pulau tersebut sememangnya mencerminkan komuniti pulau tersebut yang sentiasa bekerja di kawasan pantai. Ah tiba lak rasa nak jejalan kat Pulau Jeju. 

Doakan kami dimurahkan rezqi untuk melancong ke sana. Aaamiin. 

Watak-watak di dalam drama ini balanced dan tidak over antara satu sama lain. Kisah side story juga interesting di samping setiap watak ada memori silam yang membuatkan aku dan isteri tertanya-tanya. Epilogue di setiap drama adalah wajib untuk ditonton untuk menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran.

Banyak juga terma Korea yang aku tahu setelah aku menonton drama ini seperti haenyou iaitu wanita laut, di mana penyelam wanita berenang dan menyelam untuk mendapatkan hasil laut seperti kepah dan rumpai laut. 

Ada juga pekerjaan lain seperti jurufoto dan juga peramal cuaca yang drama ini ketengahkan di mana kedua pekerjaan ini mempunyai berbagai cabaran dan rintangan. 

Overall, aku dan wife enjoy layan cerita nie sampai habis. Asalnya aku ingatkan drama nie tiru citer "Welcome To Waikiki", ternyata lepas tengok, beza amat. Hahaha..

Thanks for reading.

Friday 26 January 2024

Pok Hok Mung..

Assalamualaikum. Hari ini Jumaat, 26 Januari 2023. Hari terakhir aku on call untuk rotation kali ini. 3 hari berturut-turut aku balik lewat sebab sambung kerja kat OT. Dua tiga kali juga wife aku balik sendiri. Biasanya aku pick up lepas balik kerja. Nasib la seminggu jer. Kalau banyak minggu letih juga.

Hari ini spend masa dengan abah mama makan di Kedai Pok Hok di kawasan Tumpat bersama isteri terchenta dan adik hensem aku Habib. Makan nasi berlauk pada pagi Jumaat yang dingin. Cuaca hari ini berangin tapi tak hujan. Kalau ada mentari bersinar lagi cantik sebab tempat makan betul-betul berhadapan Ridel Hotel, seberang Sungai Kelantan.

Makan nasi berlauk dan akhirnya aku dengan isteri ke Aeon dan Lotus untuk beli barang dapur. Masa ini jer boleh spend kat rumah. Aku dapat mesej untuk standby sebab ada kes kecemasan. Last-last tau petang kes tue tunda esok lak. Mungkin budak yang nak dibedah tue lapar dan tak makan lama, so makan lah beliau dan kena puasa balik untuk buat pembedahan esok.

Kalau tak, dah ke Acu Tera dah kami makan celup tepung udang dan sotong. Hehehe.. Tak ada rezqi.
Hari ini isteri aku masa bihun goreng. Sedap. Lama dah tak makan bihun goreng. Dia lagi la. Sebab sibuk waktu kerja sampai tak sempat nak masak. Hehehe..

Itu lah life suami isteri kalau masa cuti. Mostly spend masa kat rumah, keluar beli barang kat bandar and jalan-jalan kalau cuti lama sikit. Mungkin minggu depan ok sikit kot sebab aku dah tak on call. Boleh la nak jalan jauh sikit. Masa bujang aku dulu pun bila on call memang radius 5 km jer aku duk. Tak jalan jauh sebab bila-bila masa jer pesakit boleh call.

Sekarang on call pun tunggu hospital call dulu sebab nak sedia OT room. 

Life alhamdulillah ok. Bersyukur atas segala pemberian Allah beri dan segala ujian yang mendatang. Perlahan bertatih dalam mencari keberkatan dan mengingati akan dosa yang telah dilakukan saban hari sambil berzikir memohon keampunan. 

Everyday.

Btw, wife aku dapat hadiah weh hari nie sempena belated birthday dia dari ibunda tercinta. Aku nak jugak. Hahaha..

Thanks for reading.


Saturday 20 January 2024

Saturday Slumberland...

Assalamualaikum. Aku pun tak tahu berapa kali draft aku dah buat kat post nie. Mungkin dua atau tiga kali. Banyak perkara yang sering terlintas di fikiran selepas aku taip beberapa baris ayat di post ini.

 Mungkin aku susah nak teruskan berblogging seperti mana biasa aku buat, mungkin aku dah hilang sentuhan atau idea untuk dikembangkan. Namun yang pasti minat aku untuk berblogging dan menulis tak akan padam. Mungkin ianya ambil masa untuk dihasilkan. 

Mungkin ianya terhasil dari keikhlasan hati sang penulis/penaip dan bukan dipaksa. Maybe.

Mukadimah dah nampak menarik. Hopefully boleh teruskan berblogging. Hahaha..

Hari ini Sabtu, 20 Januari 2024. Sudah masuk tahun baru ya. Sekejap sahaja dah masuk 24 kat belakang. Masih lagi diri terkial nak tulis 23 di setiap tarikh yang diisi hingga terasa ganjil dengan angka baru. Banyak habiskan masa di rumah dan hari ini juga aku mula kembali bertugas on call selama seminggu. Aku baru perasan setiap post aku buat adalah pada waktu on call.

Masa tue jer kot aku lapang nak menaip. Hahaha.. 
Kerja seperti biasa aku di klinik pakar. Pesakit seperti biasa ramai, perubahan ada satu dua perkara. Ada yang berubah tapi rasanya flow masih sama. Pesakit ramai juga walaupun dah ada orang yang uruskan temu janji pesakit. Oh dan sekarang pesakit lepas buat ujian mata terus ke tempat titik mata sebelum berjumpa doktor.


Tapi bilangan pesakit masih ramai. Hahaha..

Alhamdulillah famili aku dan isteri berada dalam keadaan sihat walafiat. Abah mama sihat dan ceria, especially abah yang semakin hari semakin lucu. Mama seperti biasa sentiasa memberi nasihat dan peringatan kepada anak-anaknya. Umi dan abah juga alhamdulillah sihat. Umi dengan video-video lucu dan abah dengan pengalaman kerjanya di balai bomba.

Alhamdulillah.

Isteri aku alhamdulillah sihat walafiat. Kerjanya masih di sana. Dengan melayan karenah pelanggan jalur lebar yang bermacam-macam. Sentiasa positif dan selalu mendambakan kasih sayang suaminya. Hehehe..

Rasanya dah tak ada apa-apa yang berubah melainkan sudah masuk tahun baru. Banyak perancangan baru dan cabaran pada masa akan datang. Doakan aku dan isteri kuat semangat untuk menempuhi setiap cabaran yang mendatang di masa hadapan. InsyaAllah. 

Thanks for reading this.



Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...