Saturday, 25 July 2026

Nasi Kuning Makcik Tanjung Chat Sedap!

Makcik Nasi Kuning kembali!
Assalamualaikum.

Dear self, how are you? If you are reading this, it means that you have already gone through this hardship years of struggle. You have already won. Alhamdulillah.

Mesti banyak perkara berlaku di masa anda membaca post ini. I don't wanna predict it. Itu suratan dari Ilahi. Baik buruk semua dari Allah. Yang penting pengalaman mematangkan diri. Like you read all the previous post before this. 

I feel like I wanna share more about what's happen in this past months since my last post on January. Alhamdulillah aku dan isteri bahagia dengan kehidupan kami. It's been 5 meaningful year. 

Baru beberapa lepas aniversary ke 5 aku dan my baby boo. This year bersederhana, tiada sambutan di cafe atau mengambil masa bercuti. This year is hard on us. Financially especially. 

Homestay wasn't always have its day. Kadang ada customer kadang tak ada. Rezqi Allah tue ada cuma cukup-cukup buat kami berdua. Bak kata isteri, titik terendah kami tahun ini dan tahun lepas. Banyak dugaan kewangan yang kami telah hadapi.

InsyaAllah, mungkin selepas ini ada sinar hikmah dari ujian yang Allah beri pada kami berdua. Mungkin sebagai peringatan dan sebagai kekuatan bagi kami meneruskan kehidupan kami sebagai suami isteri dan supaya mendapat keberkatan Allah dikemudian hari.

Hectic bulan ini dengan kerja OT. Aku pun ada banyak on call yang panjang jadi masa bersama dengan famili pun tak banyak mana. Aku cuba juga cari ruang untuk bersama dan spend quality time dengan both parents dan in laws aku.

Sometimes memang penat, letih sebab kerja. Harapnya aku dapat kurangkan mengeluh nanti tak berkat rezqi Allah beri. Aku pun alhamdulillah usaha istiqamah dalam amalan peribadi. Usaha sehabis baik cari peluang untuk buat ibadah sunat.

Kalau free aku banyak habis masa tengok K-Drama dengan isteri. Dah banyak kami tengok bulan nie. Fifty Professional, Husband In Action, The Legend Of Kitchen Soldier dan Wonderfool. Semua cerita lucu dan aksi. 

Untuk hilangkan rasa stress dan penat bekerja seharian. 

Anak sedara, Mat Akeel pun dah macam-macam ragam dah sejak masuk setahun lebih nie. Berjalan memang laju, main mainan dan memang tak boleh renggang dengan mama dia. Memang jadi buah hati jantung pengarang semua sekarang. Termasuk Baba Long dan Ibu Long (that's us!)

Habib pula sibuk kerja simpan duit untuk majlis perkahwinannya. Kak Teh pula dengan Ikhmal, expecting baby. So jadi mak buyung dah beliau, insyaAllah bakal dapat anak sedara kedua. 

Akok pun sekarang menghadapi ujian terbesar baginya, urusan rumah tangga dengan Epul. Abe Chik dan Idah pula Allah uji dengan pembedahan. Qayyum baru odw balik ke kampung setelah selesai urusan mahkamah manakala Arifillah pula tekun belajar di SP.

Abah mama alhamdulillah sihat, abah umi pun alhamdulillah sihat. Irfan baru je balik ke KL setelah bercuti hampir 2 minggu. Umi baru bertolak balik dari KL lepas sambut early birthday dengan Fan. Tinggalah abah, adik Rifhan dan Angah di rumah dengan aktiviti harian mereka.

Pok Bey pula dengan Iba di Johor dalam proses surviving sebab mereka baru berkahwin tahun ini. Dalam fasa nak adapt dengan kehidupan berumah tangga yang ada pasang surutnya. Dengan Iba pun tengah alahan dan sarat mengandung. InsyaAllah moga Allah permudahkan segala urusan. 

Ok. Cukup kot sesi perkongsian hari ini. InsyaAllah kalau ada masa dan ada idea, bila? Wallahualam Bissawab. Thanks for reading.



Tuesday, 6 January 2026

Eira Mee Rebus Setambung

Masa settle ambil kes dari Hospital Bachok.

Aku takut sangat yang aku bakal stop menaip lepas dah habis idea. Atau aku takut nak share apa yang berlaku dalam life aku sekarang. Aku tahu blog aku nie kalau baca pun ada la dua tiga orang, termasuklah isteri aku yang selalu beri support suruh aku menaip balik macam dulu.

Menceritakan kembali segala apa pengalaman yang aku alami dan cerita dengan baik agar dapat menjadi pengajaran pada diri aku sendiri. Untuk aku ambil iktibar.

Jadi aku mulakan. 

Assalamualaikum. 

Hari ini 6 Januari 2026, cantik tarikh tue. Aku bercuti dan sekarang berada depan komputer, menaip sementara anak sedara aku tengah tonton Didi & Friends bersama isteri dan adik aku. Mama pula tengah beradu rehat setelah seharian penat berjalan hari ini.

Anak sedara aku yang sekarang hampir 11 bulan baru sahaja selesai TCA dengan OT (Occupational Therapist). Re-appointment balik sebab OT yang biasa attend anak sedara aku tak sihat. Jadi, seharian mereka berada di Kota Bharu sementara menunggu ketibaan adik bongsu aku dari Sg Petani, Kedah untuk saringan hafazan bersempena Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kelantan.

Manakala abangnya yakni aku pun hari nie baru je nama dimasukkan dalam peserta azan untuk majlis yang sama tapi peringkat jabatan hospital. Aku pun tak ingat yang aku dah register masuk. Hahaha.. al-maklumlah, HRMiS aku tahun lepas sumbangan 3 jer, satu tue jadi ahli manakala yang lain jadi AJK.

Awal tahun nie memang besar ujian aku, kaki aku sakit. Lutut sebelah kiri aku sakit for no reason dan aku sampai sekarang terpaksa solat duduk. Mungkin terlebih kerja atau over extend/hyper-flex kaki aku masa kerja. 

Wife aku lak sekarang nie dalam persiapan untuk praktikal tengah bulan 1 nie. Aku on the other hand sibuk dengan overtime di hospital sebagai escorter, hantar kes pesakit stabil ke hospital-hospital yang telah MO arranged untuk warded. Ada yang sedekat Hospital Tumpat dan sejauh Hospital Gua Musang. Kerja boleh tahan, penat pun sebab seharian dalam ambulan monitor pesakit.

Life in 2025 ada ups and downs dia. Macam-macam perkara berlaku. Akan kurangkum satu persatu andai aku ingat dan aku rasa nak share. So far life was ok. Quite nice Alhamdulillah. Bersyukur atas setiap apa yang Allah beri. Baik atau buruk.

Doakan sahabatmu ini rajin-rajin membuka kembali blog lamanya dan rajin
jejari ini menaip insyaAllah.

Thanks for reading.



Nasi Kuning Makcik Tanjung Chat Sedap!

Makcik Nasi Kuning kembali! Assalamualaikum. Dear self, how are you? If you are reading this, it means that you have already gone through th...