Monday 19 February 2018

Hujan Raya Cina

It's really weird using a phone to make an update on the blog.. or is it? Rasanya dulu pernah gak update pakai telefon pintar but aku tak boleh nak menaip dengan banyak, dengan sepuasnya sebagai mana aku guna laptop. 

It's because I left my laptop at home and now I'm stuck at the hotel, a bit bored because the Wifi here aren't really fast. Aku lak kena pergi kat ground floor untuk dapat reception yang baik sebab honestly, signal phone kurang dalam bilik.

And you are guessing where am I rite? Hahaha.. 

Well, I'm back in Penang tapi kat Seberang Jaya untuk habiskan hari praktikal aku yang berbaki 4 hari, well.. 3 bila kira hari nie dah berlalu. Until Thursday. It's raining heavily here. Lama dah aku tak tengok hujan. It's been kinda hot for the past 3-4 days. Hari nie hujan rahmat. Bagi sejuk bumi Pulau Pinang. With barakah. 

Lapar? Baru terasa. Mungkin disebabkan hujan. So far ok staying here. Agak murah sebab kongsi ngan member. Around Rm 100 +. Bergantung pada promosi. Nanti aku habis duk aku bagi review pasal hotel aku duk nie. Hokeh?

Selesai sudah semuanya. Aku pun tak lama lagi akan bekerja seperti biasa. I hate to say it but reality kicks in really fast. Campur aduk sebab dah lama tak kerja. Macam aku baru start kerja lepas m.c lama eksiden. Only this time, aku sambung pos basik. 

What is my future plan? To be honest, it's still lingering in my mind. Every day. Bila nak kahwin, bila nak belajar jadi matang (i am not matured enough in making decisions and sacrifices). 

But do I wanna stay like this? Like until the end? Soalan tue yang selalu aku ingatkan pada diri. Diri aku sebenarnya dah lama satisfy dengan apa aku ada. Kena ada perubahan. Something that should impact me. With positive vibes of course.

What do I want other than blessing from Allah and my parents? 

I guess I'll have to find it soon enough. Thanks for reading. 

Tuesday 13 February 2018

Ending Of A Journey..

" it's done.. all of it..
my research presentation..
my final exam..
my farewell dinner..

it's ended.. dengan jayanya Alhamdulillah.."

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap berada dalam keadaan sihat walafiat. Currently at library and surfing the net, spending some time updating my latest entry.

Yup, seperti mana mukadimah di atas. Aku telah merdeka dan bebas. Alhamdulillah syukur. Stress pun hilang (obviously my headache too..). And last night was quite okay. The farewell dinner organized smoothly by all the participants. Ia adalah malam untuk release stress dengan nyanyian dan tayangan gambar sepanjang program 6 bulan di kolej dan di tempat praktikal ini.


Honestly banyak benda aku dah belajar especially on Diabetes Mellitus. So, balik dari program nie aku memang aim nak cuba hidup lebih sihat. Healthy living. I don't want to make promise but insyaAllah dalam masa terdekat.

In the meantime, esok aku akan balik ke kampung halaman. Banyak barang yang masih lagi belum dikemas, dilipat dan dimasukkan ke dalam kereta. Alhamdulillah dengan kereta besar jadi sekali angkut semua barang. Which happens to be a lot. Meja saja dah dua. Kecik dan besar. Semua aku bawa balik.

Tidak lupa untuk kemas rumah. I've done some sweeping yesterday, which also includes the infinite amount of spider webs. Hahaha. Ada la sikit sebanyak pembersihan aku dah buat. Nampak kemas dan rapi sebelum balik. Fuh. Tiring too.


What else?

Aku banyak tengok video kat Youtube, sekarang lebih suka dengan Phillip De Franco show di mana dia cerita tentang apa yang berlaku pada hari ini. From his point of view. Then banyak binge tengok series like Kamen Rider Build, The Flash dan The Blacklist. If there are some J-Dramas that really intrigue me, let me know in the comments down below. 


InsyaAllah Mac adalah bulan di mana aku kembali bekerja. Di manakah aku masih belum pasti. Memang ada dengar tentang perpindahan tapi kita tak tahu lagi kat mana. So, i just prepared myself, mentally and also importantly physically.

Man, it's been a while since I type blog like this. Like, using desktop komputer and keyboard with the clicking sound everytime I hit the keyboard. It really does satisfy me. Hahaha..
Kena riki cari desktop komputer nanti bila ada masa. And carry on menaip dengan eager dan passion. Hahaha..


and that is a wrap for today.. about yesterday..

thanks for reading..

adieu..


Friday 9 February 2018

Over-Relaxation Dude..

Assalamualaikum. Hey. Selamat tengah hari atau pagi? Sebab jam aku dah masuk pukul 11.00 am. Still morning right? Apa khabar? Harap semuanya dalam keadaan baik. Sihat dan bersedia untuk mengharungi hari Jumaat dengan penuh indah.

Sollu Ala Nabi. Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah.

It's really weird when you wanna type a lot but you can't. Biasa guna keyboard laptop, then all of sudden pakai USB keyboard since keyboard laptop rosak. It's good and bad at the same time. It's bad because banyak button aku xleh nak tekan, had to do it manually by using my mouse clicker. Oh, mouse pad laptop aku pun rosak so dah lama pakai USB mouse.

Especially bila mana kau suka menaip tentang pengalaman, menceritakan sesuatu dan memberi pandangan mengenai isu. Jadi agak kekok. Maka, aku akan cuba untuk membiasakan diri dengan semua item USB nie. Hahaha.. Being blogger is a hobby. A passion for me.

Ruangan untuk berkongsi segalanya but not entirely. Yup.

Well, for today, aku menghadapi mental block. Hari ini aku cuti, sewajibnya aku mula study. Baca mengenai topik yang akan masuk dalam final exam aku Isnin nie. But instead I watch Youtube, melalak dalam Smule, browsing through FB and so on. Kemalasan tue toksah cerita la. Level 50 malasnya. Hahaha..

Or maybe hari nie aku ambil masa untuk rehat sebab dah push diri baca dan jawab soalan semalam. Discussion dengan kawan pun dah buat. Kiranya satu hari nie adalah untuk reward diri sebelum hectic dengan dua hari menghadap buku dan study yang akan datang. Hmmm.. maybe.

Plus rumah sewa aku duduk sekarang sememangnya bersepah dengan barang aku. Scattered around. Dah macam rumah bujang. Oh wait, aku memang bujang. Hahaha..

So, as usual la masuk hari cuti nie ada chores yang dah dibuat dan belum dibuat. Kain baju aku dah settlekan semalam lagi. So tinggal kain nak dilipat, pack dan masuk dalam beg. Buku dan notes yang banyak which need me to stored in nicely. Rumah yang sememangnya kena sapu sebab da bersawang.


InsyaAllah, aku akan bersihkan but slowly. Bukan mendadak terus. Ikut kemampuan. Other than that, I miss family and my home at Sg Siput. Banyak nak kena selesai kat sana since aku maybe moving out. Cuma tak tahu bila. It's been 3 years since I stayed there. Elok juga keluar. And need to do cleaning jugak. Pfft...

Kalau hiring house-keeping ok gak kan? Take note, hire house-keeping untuk kemas rumah. Check.


Doakan aku rajin sikit. Sikit pun xper dari takder untuk mula minat baca buku, mula study because now.. I'm really afraid of this state of my mind right now.. state of over-relaxation. Hahaha..

Moga diberi kekuatan mengadap buku. Fuh..

Thanks for reading..

Tuesday 6 February 2018

A Nerve Wrecking Week...

Assalamualaikum.

It's February peeps. Meaning that it would be the last month for my studies. Yeay! Mengira detik masa untuk balik kerja setelah 6 bulan menghadap buku, pensyarah dan kolej. Kembali ke alam pekerjaan. Banyak memori pahit dan manis sepanjang aku berada di negeri Jelapang Padi ini. Making new friends and comrades along the way.

Semalam baru lepas selesai bentang HSR aku. Undergo a really harsh comment and nerve-wrecking time waiting, aku bentangkan segala apa yang aku buat. Komentar pedas diberikan oleh penyelaras program aku memandangkan penyelaras sebenar mempunyai urusan di Putrajaya.

Aku banyak habiskan masa stay kat library. Siapkan yang mana patut sebelum print malam nie dan kepilkan sekali dengan borang pemantauan HSR aku. Diorang dah start bincang nak buat majlis perpisahan yang akan dibuat selepas selesai exam 12 Februari nie. Aku follow je apa yang diorang nak buat. It's finally the end of all. So, I should cherish it. Right?

I know that it would be a good bye to someone. Well, it's great to know that person for a while. Hopefully that person will do the best in life. Amin. 

Banyak yang berlaku sepanjang bulan Januari. Kepala aku dah kurang sakit. Cuma serabut dengan semua perkara yang nak diselesaikan dengan segera. Exam lagi, rumah sewa lagi. Haih. Banyak merungut lak aku kat sini. But this is life. Right?

Semalam aku stress dengan pembentangan research aku yang dikatakan tak mencapai apa kehendak penyelaras program aku. Sakit kepala aku. But penyelaras kajian aku pula kata dia suruh teruskan print hasil kajian HSR aku. Edit yang mana patut je. Biar boleh nampak data dan aliran kerja kajian tue. Lega sikit hati bila baca mesej beliau. 


Mengantuk lak nak menaip nie.. Tadi punya la banyak nak cerita. Sekarang blur. Menatap skrin dengan muka serius bak kata member. Sedangkan taip post baru yang memerlukan keringat idea dan muka yang tegang tidak berkerut menyiapkannya.

OK. Done celoteh. Back to work. Thanks for reading.



Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...