Sunday 12 October 2014

A Minute To Ponder Myself..

Bismillahi Rahmani Rahim...

Assalamualaikum.. Lama benar aku tak update blog.. dalam kira-kira sebulan juga.. dan dalam sebulan itu jugalah pelbagai benda berlaku.. yang pergi menunaikan haji di Mekah telah selamat pulang di Malaysia, AidilAdha disambut sederhana tahun nie di rumah.. pengurangan subsidi minyak dari rm 2.10 kepada rm 2.30 dan rakyat kita diculik oleh militan Filipina, memohon bayaran tebusan sebanyak rm 2 juta ( dalam akhbar lain kata rm 10 juta.. kita tak tahu.. )

Dalam masa sebulan saja dah pelbagai perkara terjadi.. Belum lagi kalau kita tengok diri kita nie kan? Naik turun iman.. Istiqamah yang belum tentu berterusan dan kerap kali tersungkur dengan godaan syaitan.. Tapi itulah kehidupan seorang manusia yang diciptakan Allah.. sering kali yang berdosa akan diam.. berfikir sejenak tentang perbuatannya yang sering kali mengikut kemahuan diri, disulami dengan benang benang nafsu syahwat..

Setiap manusia punya ujian tersendiri yang telah Allah sediakan agar mereka menjadi lebih kuat berusaha.. lebih peka pada Yang Esa dan menilai setiap baik dan buruk... Jarang sekali nikmat fikiran dan rohani bersama-sama digunakan dalam melakukan setiap pekerjaan.. Apa yang manusia mahu adalah agar pekerjaan itu diselesaikan tidak kira sama ada melalui cara haram atau terkutuk..

Kalau dibaca kembali setiap episod blog yang aku telah war-warkan.. banyak penulisan aku yang membawa diri kembali kepadaNya.. penyesalan atas setiap perkara bodoh yang aku lakukan.. dan aku akui sehingga kini belum ada lagi cara untuk atasi masalah aku.. aku akui ada banyak cara untuk atasi tapi diri ini terlalu mudah mengikut duniawi.. dengan pengaruh media masa.. khususnya media sosial yang menjadikan setiap perkara kecil satu isu yang besar..

sumber rujukan dan juga berita bukan lagi dari akhbar ataupun berita di televisyen.. semuanya di laman sosial dan internet.. kemudahan ini yang semakin lama semakin meranapkan setiap perkara dalam kehidupan.. dari masalah keluarga dan rumah tangga hinggalah penyebaran fitnah.. malah media sosial mempunyai satu pengaruh yang kuat hingga menghilangkan fokus setiap manusia dari nilai nilai kemanusiaan.. kekeluargaan.. berapa banyak yang kita nampak berbual dan membaca dari membuka pad elektronik dan telefon pintar?

kembali kepada main poin.. dek media sosial dan internet.. akses kepada video-video menyebabkan setiap hari aku terjaga akan terfikir untuk melihat video.. masa diluangkan berjam jam semata mata untuk memuat turun.. itu bukan satu kebanggaan bagi aku.. dosa yang kita lakukan adalah terlalu banyak.. melihat aurat... menerima yang fitnah.. dan lain-lain..

membuatkan aku bertanya.. adakah kita hidup untuk internet? atau hidup untuk mentadbir.. mengawal diri serta menegakkan amal makruf nahi munkar? perkara ini bermain main di fikiran aku..

i guess what i'm trying to say is that i hope for myself.. and for others who's reading this stop for a while.. istighfar and ask yourself.. is it a NECESSITY for me to be online all the time? all the posts.. the wall and for what? you look at the clock ticking from 8 am and u realize u spend too many hours and not a single minute for yourself.. nor to Him in obedience..

aku mengeluh seketika... dan berdoa dalam diam.. moga Allah tak hilangkan kesedaran ini..

moga Dia tetap kekalkan aku dalam landasanNya..


Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...