Saturday 22 July 2023

Pleyh Stehsiun 5 Punye Cerita..

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Termasuk diri yang membaca ini. Alhamdulillah aku dan isteri dalam keadaan sihat walafiat. Aku dengan isteri baru balik dari trip Cameron Highland sempena aniversary kedua perkahwinan kami. Alhamdulillah. Rezqi Allah. So now kat rumah di Kota Bharu, berehat sambil menunggu order makanan dari Grab sampai. 

Hari ini aku nak bercerita tentang kisah PS5. 

Alkisahnya aku nie memang suka main game. Sejak dari kecil masa umur aku 7-8 tahun aku main video game yang kotak kena pasang tape dekat konsol. Dulu game yang aku biasa main macam Super Mario, Contra dan Circus (Circus apa aku dah tak ingat). Ayah aku boleh baiki tv dan peralatan elektrik, so kebetulan dia repair konsol game satu nie dan dia bagi kat kami adik beradik untuk main.

Memang ralit sampaikan abah aku geram duk asyik main game dan taknak belajar, dia baling konsol aku dari luar beranda ampaian jatuh berkecai kat bawah (masa tue kami duk di rumah flat, tingkat duk pula time tue tingkat 9, jadi boleh agak la kan keadaan konsol lepas dibuang dari atas macam mana. Hahaha..

So, start dari situ aku mula berjinak-jinak main game. Tak kisah game komputer ke, game konsol ke semua aku bedal. Dari game GBA aku download guna disket sampai la aku memiliki sebuah konsol yang terhebat setakat zaman ini (which is this year) yakni Playstation 5.

Aku pun berbual la dengan isteri, planning nak beli kalau ada duit lebih nanti memandangkan aku pernah beli PS4 sebelum nie. Mata beliau pun bersinar-sinar sebab kena racun dengan aku. Hahaha.. iyerlah, dua dua kaki game. Aku dah tone down la sikit sebab banyak kerja, wife aku kalau belek phone dia memang banyak game. Kami main game phone sama-sama. Setakat ML tue memang selalu la dulu.

So, beli la kami PS5 dengan harga yang agak mahal sebab masa tue baru lepas Covid 19, barang tak banyak. Aku beli la sekotak and add on satu controller sekali untuk main dengan isteri. Aku ingat beli dalam tahun lepas kalau tak salah. Punya la eksaited nak main terus pasang dan main tak berhenti. 

So kadang kitorang main, kadang tengok Netflix kat konsol. Sampai la dalam tahun nie aku dengan wife dah lama tak main. Setelah berbincang, kami sepakat untuk jual konsol tue dengan harga yang kurang mahal dari harga yang kami beli. Malangnya disebabkan sekarang dah ada banyak penjualan, rupanya harga PS5 semakin menurun, dan buyer lak banyak beli 2nd hand. 

Nak tak nak lastly kami jual dengan harga kasih sayang dan harga yang boleh dibeli oleh ramai orang. Kenangan bersama PS5 tue tak banyak but at least bagi kami, dapat rasa jadi owner kepada PS5 dan ada pengalaman main tue pun dah cukup bagi kami. 

Akhirnya kami jual PS5 tue. Duit tue lak beli PC yang aku tengah taip sakan nie. Hahahaha..
Sekian terima kasih. Kakakaka..

For me kalau nak merasa main game konsol, sekiranya anda benar-benar hardcore gamer maka tak rugi beli, but kalau jadi macam aku dengan isteri yang terlalu sibuk dengan urusan kerja sampai tak termain, lupakan niat tue dan try spend duit dengan beli benda yang lebih bermanfaat dan memberi impak. Acewah. Ayat sedap je aku nie.

More or less, fikir dahulu sebelum membeli. Beli dulu fikir kemudian tue letak jauh-jauh. Trust me, it helps.   

Thanks for reading. Nak solat Maghrib lak. Bye bye.



Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...