Tuesday 7 April 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Ihsan HMetro. Roadblock sepanjang tempoh PKP
Assalamualaikum to all my friends and family which are reading this post right now. It's 7:58 pm, Tuesday 7th April 2020.

Currently I'm sitting and typing a new post for April since I have a lot of free time right now. Kita dah masuk minggu ke-3 dalam Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 untuk mengekang penyebaran wabak Covid-19 yang semakin menular di seluruh dunia, termasuk Malaysia.


Hari ke-16 kalau tak silap aku (kalau silap tolong betulkan, ehehehe..).

PKP dijalankan diseluruh negeri di Malaysia bertujuan untuk memutuskan rantaian penyebaran wabak Covid-19 yang mudah tersebar dan mudah menjangkiti manusia menyebabkan berlakunya simptom-simptom seperti batuk-batuk, demam berpanjangan dan simptom teruk seperti sesak nafas.

Rakyat diwajibkan untuk berada di dalam rumah dan melakukan aktiviti hanya di kawasan rumah. Sekolah, universiti, pejabat dan lain-lain perniagaan ditutup kecuali kedai runcit dan serbaneka, kedai makan (hanya untuk pembelian makanan bungkus) serta agensi-agensi lain yang penting seperti hospital, polis, bomba (to name a few).


For me as a medical frontliner, aku bekerja seperti biasa di tempat kerja. Bezanya aku treat pesakit dengan lebih detail dengan mengambil kira sejarah pesakit atau famili sama ada terdapat kontak dengan pesakit Covid-19 atau ada sejarah menghadiri perhimpunan seperti perhimpunan tabligh.

Alhamdulillah setakat ini tak ada masalah. Pesakit patuh pada arahan dan rawatan seperti biasa. Aku pun tak dapat balik ke kampung memandangkan cuti dibekukan dan salah seorang daripada staf aku dikuarantin 14 hari selepas dia ambil sample kahak di klinik, risau sebab takut berjangkit dengan kontak pesakit Covid-19.

Alhamdulillah sekarang dia menunggu keputusan kedua sample kahak setelah sample pertama negatif.

Aku cadang nak balik juga minggu ini sekirannya staf aku dah mula kembali bekerja. Penat kerja tue ada. Staf lain takpe balik jer jumpa famili, beza dengan aku yang balik rumah sewa, makan, mandi dan terus tidur. Hahaha.. (nampak sangat lonely giler..)

Kat sini suasana sama cuma kedai yang menjual selain runcit ditutup disebabkan arahan PKP dan pemantauan oleh polis dan askar. Check point/road-block dibuat untuk memantau pergerakan rakyat dan tindakan di ambil bagi mereka yang ingkar arahan. Aku dengan kena denda sampai Rm 1000 sekirannya ditangkap. Rm 3000 jika ingkar arahan.

Gulp!

So, kepada semua.. patuh arahan yang telah dibuat oleh kerajaan untuk kepentingan negara. Putuskan rantaian jangkitan wabak ini. InsyaAllah kita akan berjaya.

Jangan pentingkan diri sendiri. Berkorban demi negara. Like me and others. 


InsyaAllah. 

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...