Tuesday 16 April 2024

Movie Review : Animal

Assalamualaikum.

Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga hari ini. 

Animal. Filem Bollywood lakonan Ranbir Kapoor, Anil Kapoor dan Bobby Deol. Menceritakan tentang seorang anak yang teramat obseskan ayahnya sehinggakan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian ayahnya. Kisah Vijay dari kecil amatlah sayang dan hormat kepada ayahnya sehinggakan mendambakan perhatian ayahnya yang sentiasa sibuk dengan kerja.

Nampak macam simple jer cerita nie kan? Sesungguhnya filem ini dark teramat. The amount of violence, blood and gore serta nudity dalam cerita ini terlalulah banyak. Kau akan jadi mixed feeling bila tengok filem ini sebab first of all, cerita ini tiada moral. Kebanyakkan tindakan Vijay semua diluar pemikiran aku. Dengan keganasan dari segenap cara, you name it. Kena tembak, kena kelar, kena tikam, kena bunuh semua ada.

Aku enjoy jer tengok cerita yang ganas but this one really hits deep because of morality. Hero sembrono bukan tipikal baik hormat semua. Hero ini ikut kepala sendiri, ignorance dan kejam. Matlamat dia satu sahaja, untuk protect family dia at all cost, biarpun orang lain terseksa or triggered by the action hero does. The amount of gore and blood is horrifying. Rasa macam tengok citer slasher lak. Aku expect ganas biasa, bukan ganas terlampau. 

Memang betul tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak heck apatah lagi dewasa. Filem ini terlalu extreme bagi aku. Seksa juga la nak tengok sampai habis sebab nak tahu ending dia macam mana. Ends up bakal ada sequal lak. Kah kah kah.. 

And aku patut expect dah filem nie macam mana based on title itself. Animal. Memang Animal dari awal sampai habis. Siapa yang enjoy gore and violence hardcore maybe suka kot citer nie. Standby untuk triggered dengan morality filem ini. Kelaut habis.

Done review. Overall, it was a interesting film. Tak repeat dah kot. Adios.

Thursday 14 March 2024

Marhaban Tiba Marhaban TIba..

Assalamualaikum. A very good afternoon kepada aku dan yang lain yang membaca. It's 3rd Ramadhan 1445 Hijriah bersamaan 14 April 2023, hari Khamis. 

Sedikit penat sebab awal paginya cirit birit yang berkali-kali ke tandas. Pagi pun tadi sahur sikit jer, sebab rasa masih kenyang. Hari ini aku di bilik 43, untuk prosidur OCT dan fundus camera.


Pesakit hari ini kebanyakkannya kanak-kanak sebab hari ini fokus kepada kes-kes mata pediatrik. Ada satu dua kes kecemasan yang hadir di klinik mata hari ini. Tapi selalunya Khamis tak sesibuk hari lain memandangkan hari ini hari terakhir dalam minggu bekerja, plus balik awal dari biasa sebab puasa. Alhamdulillah.

Aku lama dah nak type post baru, ada jer perkara yang menghalang. Kemalasan juga salah satu faktor utama. Hahaha.. ideanya banyak sebab banyak benda berlaku sepanjang bulan Februari dan Mac nie. Cuma aku nak cari ruang masa yang sesuai untuk aku update. Kadang post itu datang random seperti hari ini. Yes. Hari aku kerja la aku update blog. Hahaha..

Bukan senang nak kekal konsisten ya menaip blog. Kena ada kerajinan dan semangat untuk ceritakan sesuatu perkara. Kena ada mood. Sekali mood datang baru rajin nak update.

Mama, abah dan Habib on the way ke Sungai Petani hari ini bersempena ifthar perdana anjuran Tahfiz Darul Iftak tempat Arif belajar. Tahun lepas aku dah pergi, tahun nie mungkin tak sebab aku ada on call lak minggu depan. So hopefully mereka selamat sampai ke sana. Balik terus tue keesokkan harinya.

Baru masuk azan Zohor (1:23 pm).

Hari ketiga puasa dan masuk malam keempat terawikh, semoga aku jadi lebih rajin dalam melakukan ibadah sunat ini. Kalau tidak, rajinkanlah aku dalam berzikir dan membaca Al-Quran serta kurangkanlah diriku ini dari buka TikTok, Youtube atau on phone sepanjang masa. Sebab aku nampak dah diri nie mula malas nak beribadah. Astaghfirullah.

Minta jauh dari kemalasan non stop. Aaamiin.

Wife aku hari nie cuti dari memasak sebab hari ini berbuka di luar. Alhamdulillah. Berbuka bersama famili dia hari ini. Kebetulan adik ipar (Abe) balik kampung cuti seminggu. Boleh la rehat cuti sehari dua nie. Di samping mengemas rumah sedikit sebanyak sebab masa kerja 5 hari memang tak sempat langsung. Balik kerja penat. Hihihi..

Masa nie juga la Dr Maya tanya aku pasal jadi ajk apa untuk sambutan hari raya peringkat
jabatan oftal. Haih. 

Potong mood terus nak bercerita lebih pasal pengalaman travel baru nie. Hahaha.. Tak apa. Next time lak aku post. InsyaAllah dalam pada masa terdekat.

Sunday 4 February 2024

Short Post : Pulangnya Anak Muda Tahfiz

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Selesai solat Maghrib dan mandi. Aku dan isteri berehat santai di rumah setelah penat bekerja seharian, berinteraksi serta menyelesaikan masalah manusia. Hahaha.. 

Tugas aku hari ini di kaunter, daftar pesakit dan beri nombor giliran mengikut jam temu janji. Macam-macam karenah pesakit aku jumpa hari ini. Ada yang terlepas tarikh temu janji, ada yang kelam kabut daftar dan ada yang senyap-senyap selit kad tak ikut waktu temu janji. Layankan sahaja semuanya sampai habis waktu bekerja. 

Adik bongsu aku bertolak kembali ke Sungai Petani untuk meneruskan pengajian tahfiznya di Darul Iftak, kelolaan Ustaz Wadi Anuar. Aku berbangga sebab adik aku dapat menyambungkan pengajian hafalan al-Quran di sana. Bukan senang-senang nak masuk sekolah tahfiz ini sebab ada tapisan dan juga temu ramah face to face dengan ustaz sendiri. 

Sedar tak sedar setahun lebih dah adik aku belajar kat sana. Alhamdulillah.

Aku dan isteri, well mostly isteri aku sebab suami dia nie memang pemalas untuk buat persiapan ke luar negara. InsyaAllah dalam bulan ini aku dan isteri serta mama abah akan ke luar negara untuk bercuti, menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Aku taknak cerita lagi kat mana, nanti bila dah selesai semuanya aku akan cerita secara detail. Buat masa ini banyak persiapan pakaian dan beg untuk ke sana.

Semoga kami dipermudahkan perjalanan pergi dan balik, insyaAllah.

It's already 4th February and sudah masuk 23 Rejab. Sekejap sahaja masa berlalu. Sekelip mata nanti masuk bulan Sya'ban dan seterusnya Ramadhan. Permudahkan urusan kami untuk mengalu-alukan kedatangan Ramadhan yang dicintai. 

InsyaAllah. Aaamiin.


Monday 29 January 2024

Short Post : Al Fatihah Pak Cik Amir

Assalamualaikum. 

Apa khabar? Alhamdulillah aku dan isteri sihat. Cuaca hari ini cerah dan panas. Kalut sikit nak punch kad hari ini sebab lewat turun. Hahaha.. Hari ini kerja a bit penat, same goes with my wife. Balik ease everything with lagu and rehat-rehat. Cara kami untuk lepas stress kerja. Macam wife aku lak, memang habis masa main Candy Crush. Dah lepas level aku dah pun. 

Macam aku hari nie kerja di kaunter, beri nombor giliran kepada pesakit yang datang. Pada masa yang sama guide mereka ke bilik-bilik berkenaan. Panggil nama pesakit agar datang ke kaunter. So, boleh tahan perit tekak jugak la panggil satu-satu dengan nama masing-masing yang unik. Hahaha..

Semalam aku hadir ke majlis berzikir atau ngatip dalam loghat Kelate arwah suami kepada mak sedara aku iaitu Pak Cik Amir. Beliau rakyat Pakistan, jadi ramai yang hadir di rumah mak sedara aku semalam solat jenazah dan mengiringi jenazah ke van sebelum dihantar ke Pakistan untuk dikebumikan di sana, atas permintaan keluarganya.

Majlis malam itu dihadiri ramai sanak saudara belah ayah aku, sepupu sepapat dan jiran-jiran kampung. Tak banyak memori aku dengan arwah memandangkan dia sibuk menguruskan kedai runcit dan aku jarang jumpa dia atas kesibukan kerja. Dia seorang pak cik yang baik serta taat agama. Selalu nampak solat di masjid dan sentiasa menghadiri majlis agama kalau dia free.

Semoga rohnya berada dalam kalangan orang beriman. Aamiin.

Saturday 27 January 2024

Drama Review : Welcome To Samdal-Ri (2023)

Nampaknya semakin hari semakin aktif aku menaip. Hari nie pun bersemangat ya nak berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai apa yang aku alami. 

So hari ini, aku nak berkongsi berkenaan dengan drama yang aku dan wife layan baru-baru ini. K-Drama bertajuk "Welcome To Samdal-Ri". Lakonan Shin Hye Sun dan Ji Chang Wook (aku tahu nama karektor jer dalam ini, nama pelakon memang tak ambil port langsung. Hahaha..).

And wife aku baru je order makanan dari PK Tempayan (agak terkejut sebab tak expect langsung..)

Drama nie menceritakan tentang seorang jurugambar profesional iaitu Cho Sam Dal (atau nama samaran dia Cho Eun Hye..) yang telah menghadapi satu skandal yang menjatuhkan karier dia sehingga dia kembali semula ke kampung halamannya di Pulau Jeju iaitu di Samdal-Ri. 

Balik ke kampung bersama kakak dan adiknya, Jin Dal dan Hae Dal bersama anak saudaranya Ha Yul, mereka bersembunyi di rumah ibunda mereka malu kerana mereka berfikir bahawa mereka telah gagal di tanah besar. Sam Dal pula ada kenangan pahit manis bersama bekas kekasihnya iaitu  Cho Yong Pil. 

So drama nie banyak bercerita tentang kisah cinta dua orang sahabat baik dari kecil sehingga membawa kepada hubungan cinta yang suci. Tentang bagaimana pengorbanan antara mereka dalam memastikan bahawa cinta mereka tidak menghalang perhubungan antara kedua keluarga memandangkan terjadinya satu tragedi hitam yang menyebabkan mereka berpisah.

Drama ini lebih kepada light hearted dan banyak menerapkan nilai kekeluargaan dan persahabatan. Juga nilai-nilai murni semangat komuniti sesebuah kampung yang sentiasa membantu dan bersatu dalam apa jua perkara. Elemen cinta itu of course ada cuma tidaklah menjadi fokus utama.

Tema utama drama ini adalah bagaimana untuk bangkit dan berbangga dengan asal usul kita. Bagaimana asal usul kita adalah teras utama dalam membentuk diri kita yang sebenar. Walau sehebat dan sejauh mana kita pergi, kita akan terasa sunyi sekiranya kita tidak kembali semula ke tempat asal kita, tempat kita bersusah senang dahulu.

Pemandangan sekitar kampung Samdal-Ri dan persekitaran Pulau Jeju terutamanya amatlah cantik dan memukau. Desiran ombak serta cuaca di pulau tersebut sememangnya mencerminkan komuniti pulau tersebut yang sentiasa bekerja di kawasan pantai. Ah tiba lak rasa nak jejalan kat Pulau Jeju. 

Doakan kami dimurahkan rezqi untuk melancong ke sana. Aaamiin. 

Watak-watak di dalam drama ini balanced dan tidak over antara satu sama lain. Kisah side story juga interesting di samping setiap watak ada memori silam yang membuatkan aku dan isteri tertanya-tanya. Epilogue di setiap drama adalah wajib untuk ditonton untuk menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran.

Banyak juga terma Korea yang aku tahu setelah aku menonton drama ini seperti haenyou iaitu wanita laut, di mana penyelam wanita berenang dan menyelam untuk mendapatkan hasil laut seperti kepah dan rumpai laut. 

Ada juga pekerjaan lain seperti jurufoto dan juga peramal cuaca yang drama ini ketengahkan di mana kedua pekerjaan ini mempunyai berbagai cabaran dan rintangan. 

Overall, aku dan wife enjoy layan cerita nie sampai habis. Asalnya aku ingatkan drama nie tiru citer "Welcome To Waikiki", ternyata lepas tengok, beza amat. Hahaha..

Thanks for reading.

Friday 26 January 2024

Pok Hok Mung..

Assalamualaikum. Hari ini Jumaat, 26 Januari 2023. Hari terakhir aku on call untuk rotation kali ini. 3 hari berturut-turut aku balik lewat sebab sambung kerja kat OT. Dua tiga kali juga wife aku balik sendiri. Biasanya aku pick up lepas balik kerja. Nasib la seminggu jer. Kalau banyak minggu letih juga.

Hari ini spend masa dengan abah mama makan di Kedai Pok Hok di kawasan Tumpat bersama isteri terchenta dan adik hensem aku Habib. Makan nasi berlauk pada pagi Jumaat yang dingin. Cuaca hari ini berangin tapi tak hujan. Kalau ada mentari bersinar lagi cantik sebab tempat makan betul-betul berhadapan Ridel Hotel, seberang Sungai Kelantan.

Makan nasi berlauk dan akhirnya aku dengan isteri ke Aeon dan Lotus untuk beli barang dapur. Masa ini jer boleh spend kat rumah. Aku dapat mesej untuk standby sebab ada kes kecemasan. Last-last tau petang kes tue tunda esok lak. Mungkin budak yang nak dibedah tue lapar dan tak makan lama, so makan lah beliau dan kena puasa balik untuk buat pembedahan esok.

Kalau tak, dah ke Acu Tera dah kami makan celup tepung udang dan sotong. Hehehe.. Tak ada rezqi.
Hari ini isteri aku masa bihun goreng. Sedap. Lama dah tak makan bihun goreng. Dia lagi la. Sebab sibuk waktu kerja sampai tak sempat nak masak. Hehehe..

Itu lah life suami isteri kalau masa cuti. Mostly spend masa kat rumah, keluar beli barang kat bandar and jalan-jalan kalau cuti lama sikit. Mungkin minggu depan ok sikit kot sebab aku dah tak on call. Boleh la nak jalan jauh sikit. Masa bujang aku dulu pun bila on call memang radius 5 km jer aku duk. Tak jalan jauh sebab bila-bila masa jer pesakit boleh call.

Sekarang on call pun tunggu hospital call dulu sebab nak sedia OT room. 

Life alhamdulillah ok. Bersyukur atas segala pemberian Allah beri dan segala ujian yang mendatang. Perlahan bertatih dalam mencari keberkatan dan mengingati akan dosa yang telah dilakukan saban hari sambil berzikir memohon keampunan. 

Everyday.

Btw, wife aku dapat hadiah weh hari nie sempena belated birthday dia dari ibunda tercinta. Aku nak jugak. Hahaha..

Thanks for reading.


Saturday 20 January 2024

Saturday Slumberland...

Assalamualaikum. Aku pun tak tahu berapa kali draft aku dah buat kat post nie. Mungkin dua atau tiga kali. Banyak perkara yang sering terlintas di fikiran selepas aku taip beberapa baris ayat di post ini.

 Mungkin aku susah nak teruskan berblogging seperti mana biasa aku buat, mungkin aku dah hilang sentuhan atau idea untuk dikembangkan. Namun yang pasti minat aku untuk berblogging dan menulis tak akan padam. Mungkin ianya ambil masa untuk dihasilkan. 

Mungkin ianya terhasil dari keikhlasan hati sang penulis/penaip dan bukan dipaksa. Maybe.

Mukadimah dah nampak menarik. Hopefully boleh teruskan berblogging. Hahaha..

Hari ini Sabtu, 20 Januari 2024. Sudah masuk tahun baru ya. Sekejap sahaja dah masuk 24 kat belakang. Masih lagi diri terkial nak tulis 23 di setiap tarikh yang diisi hingga terasa ganjil dengan angka baru. Banyak habiskan masa di rumah dan hari ini juga aku mula kembali bertugas on call selama seminggu. Aku baru perasan setiap post aku buat adalah pada waktu on call.

Masa tue jer kot aku lapang nak menaip. Hahaha.. 
Kerja seperti biasa aku di klinik pakar. Pesakit seperti biasa ramai, perubahan ada satu dua perkara. Ada yang berubah tapi rasanya flow masih sama. Pesakit ramai juga walaupun dah ada orang yang uruskan temu janji pesakit. Oh dan sekarang pesakit lepas buat ujian mata terus ke tempat titik mata sebelum berjumpa doktor.


Tapi bilangan pesakit masih ramai. Hahaha..

Alhamdulillah famili aku dan isteri berada dalam keadaan sihat walafiat. Abah mama sihat dan ceria, especially abah yang semakin hari semakin lucu. Mama seperti biasa sentiasa memberi nasihat dan peringatan kepada anak-anaknya. Umi dan abah juga alhamdulillah sihat. Umi dengan video-video lucu dan abah dengan pengalaman kerjanya di balai bomba.

Alhamdulillah.

Isteri aku alhamdulillah sihat walafiat. Kerjanya masih di sana. Dengan melayan karenah pelanggan jalur lebar yang bermacam-macam. Sentiasa positif dan selalu mendambakan kasih sayang suaminya. Hehehe..

Rasanya dah tak ada apa-apa yang berubah melainkan sudah masuk tahun baru. Banyak perancangan baru dan cabaran pada masa akan datang. Doakan aku dan isteri kuat semangat untuk menempuhi setiap cabaran yang mendatang di masa hadapan. InsyaAllah. 

Thanks for reading this.



Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...