Saturday 29 April 2017

Thundering Ending April..

Ini muka rabak namanya...
Good day peeps. Semoga dalam keadaan sihat walafiat dan dirahmati Allah sentiasa. Memperingati tentang dosa dan pahala dalam menyelusuri kehidupan seharian sebagai seorang muslim dan hamba hanya kepada Allah Yang Esa.

Assalamualaikum.

It's nearly the end of April. I'm working currently. Bawa laptop siap untuk siapkan borang permohonan untuk sambung belajar. Pengkhususan pos basik pengurusan diabetis. Memandangkan in-charged aku pun dah peringat banyak kali maka hari ini aku ambil peluang untuk isi form dan print yang mana patut.

Sebab esok sampai Selasa aku akan bercuti selama 3 hari. Buat kali pertama aku rasa dalam tempoh aku kerja, aku bercuti pada Hari Buruh. Alhamdulillah. Planning belum ada tapi ada kawan aku cadangkan untuk keluar bercuti. Ke mana? Belum pasti. Mudah-mudahan berjalan lancar. Kalau tak jadi pun aku ok. Sebab boleh luang masa kat rumah. Buat kerja apa yang patut.

Bulan nie memang aku banyak makan. Aku pun tak tahu. Awal April memang aku jaga betul makan. Tengah hari aku skip. Perut berbunyi tapi digestion ok. Sekarang main taram je semua makanan yang ada. Ish.. ish.. ish. Mana misi 10kg? Rasanya hanya tinggal mimpi kot. InsyaAllah, aku taknak janji tapi penurunan berat badan tue akan diusahakan. Dalam masa terdekat. 


It's Sya'ban already? Aku buka jer Beetalk dan terus ada ucapan salam 2 Sya'ban. Sekejap je masa berlalu. Lagi sebulan nak berpuasa. So, boleh sangat la kalau nak slow down intake makanan. Hahaha..

Lawyer case hampir selesai. Tunggu masa settlement jer. Baitulmuslim aku subscribe balik. After all this years. Cari balik calon isteri. Hahaha..

Other than that, semuanya ok kot? Cuma malas tue semakin menjadi-jadi. Hahaha.. kadang tidur tak ingat dunia bila dah pulun kerja sakan. Balik tue menghadap laptop dengan phone lak. Nampak sangat addiction tue.

Maka aku kena kurangkan. Harap ianya bukan kata-kata manis dari mulut sahaja.

Guardians Of The Galaxy Vol 2 adalah epik. 5 bintang bagi aku. Pedulikan mereka dengan ekspektasi tinggi. Sebab filem nie memang bukan untuk mereka. Bagi aku, ok dan superb. Cukup untuk melangkaui jangkaan aku. Padat dan mampat. Mereka yang komen kata plot kurang atau lawak sama yang berulang, mungkin ada yang tak kena pada minat mereka.

Yang penting, siapa yang peminat Marvel, aku amat-amat sarankan. Kudos to James Gunn sebagai direktor filem ini.

Ok, penat celoteh. Asar dah masuk. Hamba mengundurkan diri. Moga tidak lagi tertinggal kunci bilik atas. Leceh lak nak pakai kunci spare in-charged. Kasihan beliau. Hahaha..

Tata. Adieu.

Thursday 13 April 2017

Muhasabah Diri - Dilema Seorang Muslim...

Keinginan untuk buat post baru di blog amatlah tinggi. Ditambah dengan perkara yang berlaku sejak 2 minggu ini. Sememangnya minggu yang sibuk dan agak stress. Bukan mudah untuk meneruskan hari-hari dengan tenang dan senyum, kerana diri dapat agak bahawa dalam hari itu pastinya dosa akan dilakukan.

Sama ada sikit atau banyak, sedar atau tidak. Itulah kepayahan diri aku alami sekarang. Menjadi seorang muslim yang baik dan seorang manusia yang memahami manusia yang lain.

Aku dah lama tak balik kampung. Bekerja dari Mac sehingga hari ini. Minggu ini aku buat kerja lebih memandangkan kawan aku menduduki peperiksaan untuk semester ijazah dia.

It's a give and take. Kerja alhamdulillah biarpun hectic dengan pesakit tapi masih lagi gagah meneruskan jam-jam kerja dengan jayanya. Mungkin akan balik kampung juga dalam pertengahan bulan nie. Sebab hujung bulan nie aku ada urusan mahkamah.

Tipulah kalau kata tak tertekan dengan pesakit, staf dan pelbagai urusan yang nak diselesaikan pada masa yang ditetapkan. Bagi aku setakat nie ok. Boleh lagi bertahan semampu mungkin. Balik pun siapkan diri dan tidur. Esok sambung balik kerja. Mujur kerja aku mula pukul 10.00 pagi. 12 jam kerja seharian, boleh agak la macam-macam benda berlaku. Hahahaha..

Aku banyak habiskan masa dengan Beetalk. Kononnya mencari jodoh. Cari soulmate la katanya. Macam-macam jenis orang aku jumpa kat sini. Ada yang jenis warak, ada yang nak yang setia, ada yang sukakan lelaki chubby.

Now, everytime aku klik kat profile Beetalk orang, secara terus aku leh nampak future aku macam mana kalau berkahwin dengan orang macam nie. Walaupun ianya kebarangkalian tapi aku tak mahu ambil risiko.

Sememangnya tanggungjawab lelaki adalah untuk membimbing isteri. Bila suami itu sendiri masih cuba perbaiki diri, agak kau boleh ke dia bimbing zaujah dia? InsyaAllah boleh kan? 

Pada pendapat aku, biar diri aku ini berubah perlahan ke arah lebih baik dengan perlahan lahan. Aku masih mencari erti diri ini. Seronok bila ingat balik zaman sekolah menengah di mana diri benar-benar ikhlas dalam ibadah dan beramal kepada Allah, walaupun dipaksa. Sebab terbit diri ini rasa gembira dan tenang dalam amal.

Bila dah dewasa, dosa pahala kita boleh hitung sendiri. Dosa itu tanpa henti ia akan berlaku sama ada sedar atau tidak. Amal dan ibadah itu dilakukan tapi ia sering kali terhakis dek fitnah, mengata orang dan memperlekehkan manusia.

Jahatnya mulut manusia dek ikut nafsu yang beria berkata semuanya betul. Bagai diri tiada salah. See? Struggle aku dengan benda hari demi hari. Allah jer tahu betapa aku ingin hentikan semua ini.

Astaghfirullah...

Same as typing this blog, I need to be careful in selecting my words. Ikutkan hati semua diluahkan. Namun peribadi individu, perangai dan segala keburukannya takkan aku nak kongsi di sini. Cukuplah sebagai pengajaran bagi diri untuk berubah. Supaya tidak berperangai sebegitu.

Zaman sekarang semuanya ingin ditunjuk. Ingin dikongsi agar menjadi 'viral'. Sama ada yang baik atau yang buruk. Syaitan mudah untuk beri manusia leka dengan semua berita yang didengar tanpa diselidiki, membangkitkan rasa cemburu dengan nikmat yang dikongsi, mewujudkan rasa riak dan takabur dengan setiap pemberian agar dipertunjukkan serta paling dahsyat bagi aku, menyuburkan rasa cinta dunia kepada manusia agar mereka leka dalam mencari saham akhirah.

Itu termasuk aku.

Jadi, saat aku berfikir panjang menaip post ini, bolehkah diri untuk tidak terjebak lagi dengan trend dunia? Tidak melihat telefon untuk notifikasi baru atau post baru? Bolehkah diri meluangkan masa yang ada untuk menatap ayat-ayat Al-Quran di telefon? Mendengar tazkirah tentang hari Qiamat dan peringatan diri?

Kuatkah iman aku? Kuatkah diri untuk meneruskan legasi Rasulullah. Moga Allah permudahkan. Kerna aku hanya bergantung padaNya saat iman rapuh dan diri ditenggelami nafsu serakah dan hasutan syaitan. Kerna diri terkapai dalam lautan dunia yang menjanjikan segalanya. Sedangkan layar iman itu nyata lebih indah menuju ke destinasi syurga abadi.

Dengan dayungan keikhlasan dan ketaqwaan. Penyerahan diri hanya pada Allah Yang Esa.

Jom. Berubah.

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...