Saturday 26 November 2011

Hijrah.. Satu Ungkapan Yang Bermakna..

Sabda Nabi Muhammad SAW :
"Ingatlah, sesungguhnya syurga itu dipagari dengan perkara yang dibenci sementara  
neraka itu dipagari dengan pelbagai kesenangan hawa nafsu..."


Tergerak hati aku nak menaip hari nie.. Setelah masuknya tahun baru Hijrah iaitu 1433 Hijrah..

Hijrah.. Bagi aku satu perkataan yang indah.. Yang memberi seribu satu makna..

Bukan sekadar memperingati kisah sirah Nabi Muhammad berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah..

Namun mengenai perubahan diri.. Azam sang hamba yang ingin mengubah diri..

Menjadi yang lebih baik.. Pengorbanan dalam suatu perubahan diri..

Tak kira sama ada perangai.. Perspektif dalam kehidupan..


Kerana pada akhirnya kita akan mencari yang satu jua.. Kedamaian pada sisiNya..

Menanti sebuah keredhaanNya untuk tinggal dan beramal di muka bumi..

Dan dalam mencari erti ketenangan yang hakiki..

Aku akui selama ini aku sendiri hanyut..

Dan mengejar duniawi.. Namun lama kelamaan..


Dalam lubuk hati sanubari seorang insan bernama manusia..

Akan kembali kepadaNya.. Jika dia berusaha mencari cahaya..

Hijrah tidak seharusnya drastik.. Sememangnya ada azam setiap tahun baru..

Malah dalam tahun Masihi sekalipun kita sentiasa berazam..

Jadi, mungkin kita cuba pada tahun ini? Tambahkan ilmu..


Dan meletakkan azam itu bukan hanya pada tahun ini sahaja..

Malah pada setiap hari kita bangkit dari tidur..

" Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok insyaAllah lebih baik dari hari ini "

Moto anda sepanjang hari..

Agar menjadi pembakar iltizam dalam meneruskan kehidupan..


Gembira aku dengan sahabat-sahabat baru memeluk Islam..

Kerana mereka merasa nikmat itu.. Aku juga mahu merasai nikmat Islam itu..

Tidak mahu hanya dengan dituliskan pada kad pengenalan sahaja..

Nama sahaja Islam tapi harfiahnya sudah jauh terlepas dari landasan..

Aku mahukan ketenangan yang dirasai oleh saudara-saudaraku..


InsyaAllah.. Jalan yang kita pilih sememangnya sukar.. Jalan ke syurga bukanlah seperti jalan-jalan biasa..

Penuh onak dan duri.. Dugaan dan godaan syaitan dan nafsu kerap menguasai..

Teguhkan iman di dada.. Dan dekati sahabat yang memahami..

Carilah ilmu di mana sahaja.. Hampiri Yang Esa..

Bersihkan diri dengan mengingatiNya..

Kita pasti berjaya.. Jom sama-sama cuba berubah.. Secara perlahan dan istiqamah!


AHMAD.IQBAL.HAKIM.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433..

Wednesday 16 November 2011

Celoteh Rabu : Never Ending Raindrops..

Courtesy of http://arickysuroso.wordpress.com
Bila aku mengadap jer laptop aku.. Sudden blur came into my brain.. As usual..

Simptom ' Tak Tahu Nak Post Ape ' dah keluar dah.. Mungkin banyak sangat benda aku nak share

sampaikan aku sendiri tak tahu nak cakap pasal ape.. ( Alasan xleh blah.. )


Musim hujan dah menjelma.. Jadi, bila nak sidai kain nie faham-faham la cuaca macam mana..

Memang tak kering kain jawabnya.. Terpaksa la sidai bawah kipas siling...

Musim hujan erk? Boleh jadi tajuk gak hari nie.. ( Biarpun post-post lepas DAH BANYAK mention pasal hujan.. rain.. etc )


Tinggal di negeri yang hujung tahunnya umpama winter ( sebab hujan tak berhenti.. cuaca sejuk dan kadang-kala anda boleh lihat banyak makcik jual ubi kayu dan cendawan di tepi jalan.. )

adalah satu suasanan yang kadang kala seronok dan kadang kala suram..

Suram bila dah tak boleh buat ape dah.. Duduk dalam rumah jer..

Seronok bagi kaki TIDO macam aku sebab boleh ber'hibernasi' dengan enjoynya...

Come on la.. Takkan tak ada orang tak suka nikmat tidur waktu hujan..

NAMPOK SANGAT NIPUNYE... Hahahaha..


Nak ke kedai.. Pergi mana-mana kalau ada kenderaan macam kereta.. Sememangnya anda bertuah la..

Kadang aku tengok macam-macam perangai orang bawak motor nie...

GAYA 1 : bawak motor pecut laju-laju ( sebab dia ingat kalau bawak lambat nanti habis basah baju... BIJAK! )


GAYA 2 : bawak motor dengan payung di depan ( selalunya member belakang pegang.. )  nak elak tempias air hujan..

GAYA 3 : ini paling extreme.. sebab dia dah pakai baju hujan.. kasut.. kepala... semua bersarung PLASTIK.. sebab nak pergi keje kan.. kekemasan kena ada ( GUA TABIK SPRING! )


Area tempat aku jarang banjir.. But pengalaman tentang banjir memang aku ada..

Zaman budak-budak dulu la.. Bukan macam sekarang.. Budak sekarang mengadap komputer jer..

Jadi, bila dah air takat lutut.. Kitorang terjun la dalam air tue..

Cakap je nak gaya apa.. Kuak lentang.. Kuak kupu-kupu... Semua ada..

Mandi bagaikan dah lama tak mandi dalam hidup..

Until one day my dad told me..


' Mandi la mandi oii.. Tau tak air ape korang mandi tue? Bekas-bekas tinja ( aku bersopan sikit... ) dari

tandas.. bangkai binatang.. air longkang semua dah bercampur... '

From that moment.. memang aku dah tak mandi masa banjir.. Geli dengar..

Hahahaha..


Dah la.. Kuat lak celoteh aku hari nie..

Taip blog nie perlu inspirasi ( Iyer la sangat.. ) lepas nie nak cari inspirasi lagi.. ( idea takde la tue.. )

Ok! Assalamualaikum..

Thursday 10 November 2011

Gubra Dengan Tayar Empat..

Assalamualaikum..

Anda mesti tertanya tanya mengapa tajuk post saya begini? Hahaha.. well, it has been a long time for me..

To drive a car.. As i already have a driver's license..

Yup people.. Saya adalah seorang pemegang lesen kereta kompetant or in this awkwardly short form...

a C-driver's license.. ( Langsung tak berbangga dengan pencapaian ni.. LOL )


Aku memang cuak sikit bawak kereta nie.. Salah satunya sebab aku lebih gemar travel dengan motor..

Memng seronok men'cilok' sana sini.. Kalau jam kat jalan sekali pun aku mudah masuk lorong-lorong kereta..

Dan.. aku suka bawak laju ( adik-adik baca.. jangan tiru ape abang nie buat.. MARABAHAYA! )

Then, masa lepas SPM jer.. member lain dah mula cari part-time job..

Aku lak habiskan 3 bulan sebelum masuk matrik BELAJAR KERETA..

Naik tepu belajar bawak keter jer.. Motor memang aku x kisah sebab

dari form 3 lagi aku pandai bawak.. ( Again, kalau adik-adik nak

bawak jugak.. tunggu umur 16 tahun.. hihihi.. jangan jadi macam

saya.. )


Ada sebab kenapa aku x berkenan sangat bawak kereta.. Bukan sebab

letih lepas bawak kenderaan nie...

Sebab aku tahu.. Naik bas pun leh kebas punggung.. Apatah lagi

motor.. Sakit pinggang bila bawak lama..

Disebabkan ada dua kawan rapat aku meninggal disebabkan kemalangan

jalan-raya..

Tak perlu la mention nama diorang sini.. Tapi dua-dua masuk paper..

Langgar pokok..

Awal-awal lagi Allah panggil dia.. so, takdir dari Dia juga kan..

But since then, i become afraid of driving a car.. Benci sekali

dengan gear manual..

Nak seimbang clutch la.. Sekali dengan brek.. Nak accelerate...


Mak ayah nie lebih kenal kita sebenarnya.. So, they bought a nice

affordable car..

Which had an auto gear for me.. Nak bagi senang sikit kalau keluar mana-mana..

And now.. Boleh kata aku jadi makin berani bawak kereta kat mana-mana pun..

But the moral story is that jangan jadikan pengalaman serta memori lepas..

Menghalang kita dari mengecapi apa yang kita idamkan ( Herm.. berat sangat moral story aku nie.. )

Secara simplenye.. Beranikan diri dalam lakukan apa sahaja..


KECUALI MAKSIAT.. Tau? Hehehehe..

Thanks for lending your eyes reading this piece of experience.. Mekasih!

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...