Tuesday 14 August 2018

A Simple Gesture Of Kindness

Sorry, poor lighting. Bateri 8%. Haha..
And you must be wondering.. kenapa mamat nie update blog memalam hari... or pepagi buta dalam jam hampir pukul 12.00 pagi nie?

Well, i'm helping a friend recover her lost Facebook account. She trusted me to help her and I'll try my best with my effort. InsyaAllah, kalau kita tolong orang.. Allah akan tolong kita. As simple as that.

Which reminds me of a J-Drama I currently binge-watch for now that is Dele. Yup, as a short word for delete. Kisah tentang satu syarikat IT yang akan menghapuskan semua data pengguna atau klien sekiranya alat atau gadget mereka tidak menunjukkan tanda-tanda aktif dalam 48 jam or so.

Meaning that the client is dead or missing (for now I see more death than missing.. heh). So, tugas syarikat nie sebenarnya untuk delete data dan akaun user @ klien diorang. Tapi pada masa yang sama menjadi satu misteri kenapa diorang nak delete data selepas diorang mati. Sebab data diorang dalam ada macam-macam.

And not all are pretty little secrets. Some are just bad enough that it will burden those who know it. For the rest of their life. Agak menarik drama nie, lebih kepada 'hacking', misteri dan rahsia disebalik setiap data yang ingin dipadam. Nanti aku akan review balik dalam post berikutnya.


There. Done. Selesai dalam sejam lebih aku tolong dia dapatkan balik akaun. At the same time aku suruh dia reset balik phone kepada factory setting. Mungkin phone dia kena hack. Sebab bila buka kat phone Encik Somi (Suami) no problem. Akhirnya beliau boleh membuka dengan hati gembira tanpa perlu sakit kepala.

Serius, benda nie efek kot kat diri. I mean aku pernah hilang gambar zaman matrik aku. Almost all of it kat USB. Nasib baik aku ada upload sikit dalam Myspace. Kebanyakkan time zaman matrik aku, aku upload kat Friendster, which is now dead btw. Buka je page Friendster dah jadi page gaming community. Hahaha..

Anyway.. mata dah rabak sangat. Nite. Oh and butt still hurts. 

Sunday 12 August 2018

Strepsil Purple Peneman Lara..

Song accompanied my blog today - Hikayat Ben Laden - Ben Laden

Assalamualaikum. Ambil peluang yang ada untuk menaip. Sambil layan lagu nie. Kejap. Aku tukar kain dengan seluar. Selesa sikit. Heh.

Seminggu nie penat memandangkan aku keje double shift semalam dan shift pagi hari ini. Kerja banyak. Rehat tak menentu. Kerja shift, sekejap pagi sekejap petang. Mujur minggu nie minggu last aku kerja sini. Mula hari Sabtu nie aku akan kerja di Felda Chiku 3. Ada unit dialisis sana. Moga perjalanan perpindahan dengan kerja berjalan lancar.

Dua tiga hari nie pun aku tak berapa sihat mana. Hari nie rasa panas sikit badan. Batuk dengan kahak hijau nie dah lama. Then punggung aku pun sakit. Mungkin bisul. Hahaha.. nampak benor tak jaga kesihatan brader nie, walaupun staf kesihatan. InsyaAllah moga aku kembali sihat dan aktif seperti sedia kala. Doa sakit punggung nie hilang.

Kerja dengan macam-macam individu nie mengajar aku banyak perkara. Tak semua leh ngam tapi tekad diri untuk bertahan dengan sikap serta personaliti setiap individu itu penting. Tak semua se'skema' macam aku. Hahaha.. serius aku skema beb. Keje datang awal. Nak kejar berkat gaji tue.

Sebulan lebih aku kerja sini, macam-macam perangai aku jumpa. Baik dan buruk. Ambil nafas kejap nak menaip. Semput duduk bersila. Hahaha.

Ok. Aku dah duduk kat meja dan kerusi. Minggu last baru nak pakai. 'Thor'baek la. Cheit. Hahaha..
Tak sangka selesa lak menaip lagu nie. Dah macam student lak pakai kerusi dengan meja nie. Untuk pengetahuan semua, aku still duk kat asrama hospital. Bilik dia sememangnya macam bilik student universiti. Ada tilam dan katil, almari dan sebagainya.

Promote asrama lak. Hehe..


So, aku kena hadap dengan pelbagai perangai staf baru. Kesabaran tue sememangnya diuji sebab aku senang marah cuma tak pandai nak lepaskan kemarahan tue. Mungkin leh masuk Anger Management kot. Haha.. Kematangan staf tue jelas boleh nampak sorang-sorang. Yang boleh terima, yang tak boleh. Untuk aku? Aku boleh tolerate as long as kerja aku tak terganggu.

Buat la perangai macam mana pun. Ingat. Kena balik nanti. Aku dah berapa kali kena disebabkan perkara nie. So, aku beringat sangat. Hehehe..

Fuh, panas beb malam nie.

Aku baru lepas habis tengok drama Aimu Homu (2015) lakonan Kimura Takuya. Terbaik tapi tak sebagus drama drama dia yang lain seperti Priceless, Hero dan Mr Brain. Drama nie lebih bersifat kekeluargaan dan misteri. Kalau minat silalah tonton. Ada masa aku review panjang kat blog.

KALAU AKU ADA MASA. Hehehe..

Done. Aku nak luang masa malam keluar kejap memandangkan esok aku kerja petang. Mungkin layan blues kat cafe. Hahaha.. ala-ala hipster. Pui.

Thanks for reading.


Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...