Saturday 18 December 2021

Dissect Diri Disember

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Harapnya berada dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah aku sihat. Isteri serta keluarga pun. Serta sahabat handai disekeliling aku sekarang. Maaf aku tak buat posting baru bulan lepas. Sibuk atau terlupa antara dua tue. Kerja banyak, ditambah pula dengan honeymoon after lama dah merancang.

It's nearly at the end of December. 18th to be exact. Aku cuti. Kelepasan malam setelah 2 malam bekerja di pusat kuarantin. Yup, masih di pusat kuarantin. Cuma berbezanya aku dah lapor diri kat tempat kerja baru. No more pediatric after this. Selepas nie semuanya berkaitan dengan mata sahaja.

Which means dalam setahun nie sahaja ada 4 tempat kerja aku. Hahaha.. well termasuk Klinik Oftal walaupun aku tak start kerja lagi (aku lapor diri 1 November 2021). Dari extend masa kerja kat unit dialisis, ke wad NICU terus ke klinik pediatrik bahagian EEG kanak-kanak and then jaga pesakit di pusat kuarantin.

Banyak betul pengalaman kerja dan berbagai perkara berlaku sewaktu aku kerja di setiap unit. Memang setiap unit aku belajar balik basic. Dari belajar mesin dialisis ke mesin alat bantuan pernafasan kanak-kanak ke mesin EEG and now pengurusan pesakit wabak. 2021 sememangnya mencabar.

Dari aku bujang, bertunang dan berkahwin da. Hahaha.. it's nearly 5 months of pure happiness. Ada la ups and downs dia, tambah lagi kita baru belajar untuk hidup bersama. Susah senang pun bersama. Sambil kenal hati budi, baik buruk dan cuba memperbaiki kekurangan masing-masing.

Aku pun banyak gain weight sekarang. Nearly dekat 120+ kg. Bila nak start jaga makan aku pun tak tahu. Clearly obese kaw-kaw.

Alhamdulillah aku bersyukur sebab dipertemukan dengan isteri tercinta. Sama-sama mengharungi cabaran perkahwinan bersama-sama. Susah senang serta saling memperingati dan memperbaiki diri. Aku jarang share kat media sosial. Cukuplah gambar penuh dalam phone aku jer. Agar aku boleh tatap sentiasa.

Honestly aku terkejut juga aku kekal update blog sehingga ke hari ini. Dari aku umur 19 something sampai sekarang. Dah dekat 11 tahun kot. Hahaha.. Boleh nampak stail penceritaan berbeza. Now aku lebih citer tentang apa berlaku disekelililng aku. Aku jarang bercerita tentang hal kerja atau hobi.

Should I share about it? Maybe next post kot. Review pasal drama. Hahaha..

Thanks for reading this piece. Alhamdulillah selesai.




Thursday 14 October 2021

Hikmah Dalam Setiap Kesusahan..


Assalamualaikum. 

How are you? Harapnya berada dalam keadaan sihat walafiat. Sudah lebih sebulan aku tak update blog. And boy there were lots of things to share.  Aku alhamdulillah sihat bersama isteri tercinta. Kadang-kala batuk, letih badan. Bersyukur dengan pemberian Allah iaitu kesihatan yang baik serta masa terluang yang banyak untuk keluarga dan insyaAllah untuk ibadah.

Famili aku pun alhamdulillah sihat. Mama abah and also my umi and abah are fine. Sihat walafiat. My sis and bros are okay. Ada yang terseliuh kaki, ada yang baru nak mulakan praktikal days dekat hotel. Yang lain-lain lak meneruskan aktiviti harian seperti biasa. Adik bongsu aku pun semakin naik berat badan. Semakin meninggi. Kenalah dengan umurnya yang semakin lama semakin remaja.

Hari nie lak famili aku baru balik dari bercuti di pantai kawasan Melawi, Bachok. Dah lama tak berjalan-jalan. Sekali berjalan, satu hari suntuk. Hahaha.. Semua pakat nak lepas geram bercuti dan melancong memandangkan PM kita, Ismail Sabri membenarkan rentas negeri pada 11 Oktober 2021 bagi mereka yang telah lengkap vaksin 2 dos. Berduyun seantero negeri pakat nak rentas negeri setelah sekian lama duduk di rumah.

Dan esok pula bermulalah kebenaran untuk solat Jumaat dengan kapasiti masjid. Penjarakan 1.5 meter setiap sejadah dan pakai mask serta bawa kain sejadah, berwudhu' sebelum ke solat Jumaat. Maka tiada lagi lah alasan sang lelaki untuk tidak hadir ke solat Jumaat melainkan keuzuran atau atas sebab kerja yang berkaitan dengan nyawa. Aku baru fikir nak solat Jumaat di masjid kawasan Kubang Kerian, memandangkan aku sekarang bekerja di sana. Hahaha..

Negara Malaysia telah mencapai 90% kadar vaksinasi bagi populasi rakyat. Maka banyak perkara telah dilonggarkan agar rakyat dapat menjalani aktiviti seperti biasa. Aktiviti sukan dibenarkan, dine in pun sama. Kes seharian dari berbelas ribu kini hanya jadi ribuan. Namun Kelantan masih lagi mencatatkan kes yang banyak dalam sehari. Aku pun tak tahu la. Memang susah nak makan saman negeri sendiri nie. 

Sebab kebanyakkan dari rakyat Kelantan susah untuk terima nasihat dan pesanan. Degil dan bila dah dijangkiti baru nak salahkan semua orang. Sedangkan peringatan diberikan setiap hari dari segenap media. Aku perasan penguatkuasaan untuk saman mereka yang tak pakai mask pun tak sehebat dulu. Kalau tak, kena saman je melenting sebab banyak padahal salah sendiri tak pakai. Kalau yang buka sekejap tue aku faham sebab lemas.

Hopefully Malaysia semakin pulih secara menyeluruh dengan setiap sektor dibuka serta kelonggaran diberikan untuk memudahkan segala urusan, sektor ekonomi dibuka dan peluang pekerjaan semakin banyak untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat endemik ini. Bantuan-bantuan kewangan dan keperluan disalurkan dengan pantas agar negara kita kembali bangkit untuk memperkembangkan ekonomi dan meningkatkan sara hidup masyarakat.

Dah macam esei Bahasa Kebangsaan lak. 

Pendek kata, semoga kita mengambil langkah berjaga-jaga. Jaga kesihatan dan perbelanjaan kewangan diuruskan sebaiknya. Ini aku pesan untuk diri sendiri jugak nie. Hehehe..

Luangkan lebih masa dengan keluarga, dengan isteri dan anak-anak. Dalam pada masa yang sama mencari ruang untuk beribadah kepada Allah dan memohon keampunanNya atas segala kesilapan dan dosa-dosa besar yang kita sedar atau tidak dalam melakukannya.

Done celoteh panjang hari ini. Thanks for reading.

Wednesday 25 August 2021

A new place, A new experience! PKRC ILP PC

 Bismillahi Rahmani Rahim...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Apa khabar semua? Harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Aku dah isteri serta famili berada dalam keadaan sihat walafiat dengan izin Allah. Cuaca hari ini panas dan sedikit mendung. Aku hari nie kerja shif pagi di tempat baru. Masuk hari ke 18 aku kerja di sini. Atas arahan dari hospital, aku mula bertugas di tempat baru pada 8 Ogos. Nak tahu kat mana?

Aku sekarang bertugas di PKRC atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid di ILP Pengkalan Chepa. Tempat aku kerja menempatkan pesakit yang positif Covid-19 yang memerlukan kuarantin wajib sehingga lengkap tempoh kuarantin yang biasanya dalam 10-14 hari. Di Kelantan terdapat banyak PKRC yang disediakan KKM bagi menangani kes C-19 yang meningkat.

Tempat aku menempatkan pesakit kategori 1 dan 2 C-19 di mana sama ada mereka tiada simptom atau ada simptom tapi minimal. Tanda vital pesakit diambil hari-hari untuk memastikan pesakit yang dirawat di sini berada dalam keadaan baik, sihat dan terjaga dari segi makan dan minumnya. Biasanya kami akan buat pemeriksaan di awal shif bagi pesakit yang mengalami gejala dan pesakit yang mempunyai co-morbid.

Untuk pengetahuan semua, pesakit yang dirawat dan dikuarantin di sini hanya dirawat mengikut simptom yang mereka alami, seperti batuk, selesema, cirit birit dan sebagainya. Tiada rawatan untuk menyembuhkan C-19, hanya rawatan mengikut simptom dan sokongan dari staf serta sesama pesakit antara usaha untuk mengurangkan stress ketika menghadapi penyakit ini.

Kebiasaannya pusat kuarantin akan dibuat di kawasan luas dan mudah untuk diakses seperti dewan. Di ILP Pengkalan Chepa, asrama putri menjadi kawasan kuarantin bagi pesakit khususnya wanita dan anak-anak yang positif C-19. Kebanyakkan pesakit di sini redha dan kuat semangat untuk meneruskan kuarantin di sini biarpun berjauhan dengan keluarga.

Semasa pemantauan, sekiranya SPO2 pesakit iaitu peratusan kandungan oksigen dalam pesakit kurang dari 95%, maka pesakit akan diberi bantuan oksigen menggunakan alat bantuan pemberian oksigen seperti nasal cannula, face mask, venti mask dan high flow mask, bergantung kepada tahap oksigen pesakit. 

Sekiranya pesakit masih mengadu sesak nafas dan tahap oksigen rendah, maka pesakit akan TO (Transfer Out)  ke hospital atau PKRC berdekatan yang mempunyai kelengkapan yang lengkap. Prosidur doffing dan gowning adalah menjadi satu rutin harian bila kerja. 

Bila masuk kawasan pesakit kuarantin, staf seperti aku akan memakai full PPE dan masuk ke dalam untuk membuat pemeriksaan pesakit dan apa-apa perkara yang perlu diselesaikan di dalam. 

Selain itu, aku akan pergi TO pesakit mengikut arahan yang telah diberikan doktor. Sebab di sini kami hanya observed pesakit yang ada vital sign normal, sekiranya vital sign pesakit berubah, perlulah pesakit dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bagi aku buat masa ini alhamdulillah kerja di sini best. Banyak pengalaman baru dan ilmu baru yang aku dapat dari lebih separuh bulan aku kat sini.
Dapat kenal muka-muka baru, staf-staf dari hospital dan unit lain-lain. Serta bekerjasama dalam memastikan keadaan pesakit serta wabak C-19 dalam keadaan terkawal.

Doakan aku dan mereka yang bertugas sebagai front liner ini dilindungi dan dirahmati Allah atas segala usaha dan perjuangan kami dalam menentang penyakit ini. Aaamiiin.

Thanks for reading!

Saturday 31 July 2021

Aku Terima Nikahnya..

Assalamualaikum. 

Apa khabar semua? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Jaga diri dan kesihatan dari segi mental, fizikal dan spiritual. Kuat semangat dan usaha untuk dapatkan bantuan moral supports dan kewangan sekiranya diri berada dalam keadaan yang genting dan susah. Wabak Covid-19 sememangnya memberi kesan kepada semua orang tidak kira bangsa, agama dan negara.

Sekarang dengan munculnya strain baru iaitu varian Delta yang lebih pantas menjangkiti dan lebih berbahaya sehingga membawa maut. Tempoh jangkitan yang pendek dan kadar keterukan jangkitan yang tinggi sehingga membuatkan mereka yang dijangkiti mengalami sesak nafas dengan kadar segera membuatkan ramai bimbang.

Jadi jaga penjarakan, pakai double mask ketika berada di luar dan elakkan kawasan yang ramai dan elak dari berhimpun ramai. Gunakan hand sanitizer, imbas suhu badan pada mesin pengesan suhu, check in di MySejahtera untuk memudahkan diri berwaspada dan berjaga-jaga khususnya jika berada dalam kawasan zon Merah.

Terima kasih kerana membaca dan hadam. Back to the latest post.

Guys! I'm married!! Hahahaha..

Alhamdulillah. Terima kasih kepada both of my parents, Mama and Abah also to my in laws, Umi dan Abah atas penyatuan of me with my love ones, Amrina Rasyada Zuhaidi. It's been 7 months we engaged and alhamdulillah pada 21.7.21 we decided to tie the knot. Secara rasminya saya suami kepada isteri terchenta. Hehehe..

Majlis yang diadakan adalah secara kecil-kecilan memandangkan negara masih dalam Fasa 2 pemulihan dan kes masih lagi meningkat sehingga kini. Majlis berjalan dengan lancar dengan tok imam menjadi wakil untuk mengakad nikahkan aku. Tiada sentuhan dan hanya sekali lafaz. Alhamdulillah. Majlis dihadiri oleh sanak saudara terdekat dan tiada jamuan dibuat. 

Kami bungkus makanan dan diberikan kepada sanak-saudara yang tidak dapat hadir ke majlis. Ucapan dari mesej dan media sosial semua aku jawab kembali. Maaf kepada mereka yang tak dapat hadir atau dah ucap tahniah tapi tiada balasan. Aku akan cuba balas semampu mungkin.

Ada yang menghantar hadiah untuk kami, dari sahabat wife aku dan juga kawan-kawan aku. Alhamdulillah, kami bersyukur atas setiap pemberian yang diberi. Aku cuti agak lama dan banyak spend kat rumah jer dalam musim pandemik nie. Kira bonding dengan wife la. Hahaha.. she's a good cook and well mannered person. Alhamdulillah atas setiap pemberian Allah beri.

She's taking a good care of me especially cooking me food. Hahaha..

So the quest to find true love is over. And now it's time to find true Jannah. Tanggungjawab menjaga dan mendidik isteri ini besar. Hopefully I'll do my best to be the best in supporting, loving and caring her till the end of time.

Doakan kebahagiaan kami. Thank you for reading this.

Tuesday 29 June 2021

Be Strong Malaysians! Rakyat Bantu Rakyat!

 

Assalamualaikum. 

Apa khabar? Hopefully semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. I'm alhamdulillah. Sihat dan bekerja seperti biasa setiap hari. Same goes with my family. My siblings who are at Selangor and also Terengganu are also doing fine. It's nearly the end of June and boy, banyak benda yang aku nak kongsi kat sini. Itu pun setelah dua tiga kali cubaan update post gagal disebabkan leka. Hahaha..

Hari ini 29 Jun 2021. Hari Selasa. Kerja aku alhamdulillah lancar. Sibuk seperti mana hari biasa di bilik EEG. Pesakit hadir dengan temu janji mereka dan bermacam karenah. Ada yang aktif dan ada yang pasif. Yang mendengar kata dan ada juga yang tak boleh duduk diam. Nak buat macam mana, klinik pediatrik kan? Kebanyakkanya adalah kanak-kanak. So you can imagine the scenario when its clinic day. Hectic.

Semakin hari aku lihat Malaysia, berbagai perkara terjadi. Mixed feeling with sadness. Kadang gembira namun mostly sad and frustrated dengan kerajaan dan juga tindakan yang lambat oleh kerajaan. Belum dikira dari sudut langgar perintah atau arahan SOP (Standard Operative Procedure) yang aku perasan kebanyakkan rakyat patuh.

Walaupun ada yang langgar, denda dan hukuman yang diberikan tidak adil dan tidak setimpal dengan keadaan pesalah yang melakukan kesalahan. Yang ramai sebut di Twitter sebagai undang-undang kayangan di mana mereka langsung tidak terusik sekiranya melanggar arahan berbanding rakyat yang susah dengan kerja yang tidak menentu.

Guess what? Percentage of rakyat Malaysia yang mengalami masalah kesihatan mental meningkat sebanyak 10% dalam tempoh 2 tahun negara melawan pandemik. Mostly are in stress and under a lot of pressure dengan ketiadaan sumber pendapatan, tidak boleh menyara keluarga and it leads to suicide. Suicidal thought that leads to increase cases of people died of self harm. 

Ianya tidak mengenal bangsa and also agama. When conflicted with pressure and stress in life, they have no where to go to. Rakyat semakin sengsara oleh tindakan kerajaan yang semakin gagal dalam mengekang pandemik. If you are reading this, we are now 1 month in total lockdown and cases masih lagi 5,000 ke atas.

I don't want to talk more about this because kebanyakkan yang aku cerita nie semua ada di Twitter and TikTok (Yes, i now have an account.. Habis la..)

Belum lagi isu berkenaan pemberian vaksin yang amat perlahan bagi setiap negeri. Parlimen masih lagi belum dibuka biar pun YB dan lainnya telah pun divaksin sebanyak dua kali. (Ini aku baru dapat tahu..)

Dengan isu double standard kerajaan dan golongan VIP dalam isu pelanggaran SOP, kilang dan lain-lain perindustrian yang masih lagi dibuka despite lock-down. 

And latest (baru semalam) perkhidmatan penyediaan makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam setelah beribu-ribu aduan yang membangkang kerajaan membuat operasi 8 pagi - 8 malam. Kerajaan ini sememangnya tidak ambil peduli dan membiarkan rakyat sengsara, both fizikal dan mostly mental.'

Dan kes bunuh diri yang meningkat itu benar-benar satu perkara yang merungsingkan aku. Data jelas menunjukkan peningkatan namun kerajaan masih lagi perlahan dalam menyelesaikan isu ini. Geram kalau aku cerita satu per satu.

Itu belum masuk isu kakitangan kerajaan yang kontrak yang semakin hari semakin fed up, letih dan burnt out dengan kerajaan especially staf KKM. Aku up until now tak boleh ambil cuti kerana dibekukan. 


Yang kakitangan kontrak apatah lagi, seminggu cuti sehari sahaja. Mereka sampai hilang rasa keinginan berbakti kepada negara dan ramai quit dari KKM untuk masuk private. Some of them berhenti terus and others are stress sampai bunuh diri. Allahu..

Aku tahu isu ini amatlah sensitif sekali tentang suicide ini. Kepada mereka yang mempunyai masalah dan tiada tempat untuk mengadu or need someone to help them, aku sarankan hubungi mereka yang dapat membantu dalam menyelesaikan masalah dan membantu anda menangani apa jua perkara yang anda hadapi.

Dan sekarang juga telah pun dibuat satu inisiatif bagi mereka yang menghadapi masalah kewangan dan makan minum yang tiada agar kibarkan kain putih di


luar rumah agar rakyat iaitu kita membantu seboleh mungkin. Dari segi kewangan, makanan, pakaian dan lain-lain lagi. Kita tidak perlukan 'dinosor-dinosor' tua dan penjilat yang hanya memikirkan untung. 

Aku kepilkan bersama kat sini gambar serta nombor telefon untuk mudahkan korang menghubungi. 

Thanks for reading this rant. I feel much better after luahkan semuanya kat sini. Take care semua. Assalamualaikum.

Saturday 22 May 2021

Palestine, Tomrrow You Will Be Free..

 Assalamualaikum.

Aku tak tahu sama ada yang ini akan jadi post terbengkalai jugak seperti mana sebelumnya. Sebab aku malas nak menaip dan banyak fokus benda lain. Hehehe.. Harapnya post hari ini aku dapat publish dan aku dapat fokus pada apa yang aku nak kongsikan kepada diri aku pada masa hadapan dan pada yang membaca. InsyaAllah.. moga ianya menjadi panduan dan teladan kepada diri dan semua.

Ada dua perkara yang berlaku pada ketika ini, iaitu pertamanya serangan Israel terhadap penduduk Palestin serta kawasan sekitarnya. Ini termasuk Masjid Al-Aqsa dan kawasan utama iaitu Sheikh Jarrah yang telah dihalau penduduknya yang kebanyakkan dari rakyat Palestin dari rumah mereka sendiri oleh penduduk haram tanah haram Israel.

Yang kedua adalah peningkatan kes wabak Covid-19 serta wujudnya 3 varian mutasi baru virus Covid-19 yang merbahaya dan kadar jangkitannya pantas serta prognosisnya amat membimbangkan. 3 varian iaitu varian India, varian UK dan varian Afrika telah ada di Malaysia. Aku pun tak pasti macam mana varian baru virus ini wujud di negara ini. 

Jadi di Malaysia, dua isu ini amat berat dan perlu ditangani dengan segera. Isu Palestin ini bukanlah isu baru, ianya telah lama berlaku sejak daripada tragedi Nakba pada tahun 1948 dimana pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh laknatullah Zionis yang menyebabkan berpuluh ribu rakyat Palestin syahid dan beratus ribu lagi cedera oleh tentera Zionis.

Disusuli oleh beberapa serangan oleh Israel pada tahun-tahun berikutnya. Amarah umat Islam memuncak tahun ini apabila penduduk Palestin yang solat terawikh di Masjid Al-Aqsa telah diserang dengan peluru getah dan gas pemedih mata. 

Ramai yang cedera teruk dan kemusnahan banyak berlaku dalam ruang solat masjid serta perkarangannya. Amatlah jijik tindakan tentera dan penduduk Zionis yang menyerang penduduk Palestin yang mengerjakan solat terawikh pada malam 29 Ramdhan, bulan yang di mana suci dan diharamkan untuk berperang.

Tidak habis dengan itu, penduduk Palestin dihalau dari rumah mereka sendiri di Sheikh Jarrah oleh penduduk haram Israel dan mereka diugut akan dibunuh sekiranya mereka tidak keluar daripada rumah. Ketegangan memuncak apabila askar penakut Zionis melancarkan serangan demi serangan di kawasan penduduk Palestin seperti di Gaza, Haifa dan Sheikh Jarrah.

Kemusnahan harta benda awam, hampir beratus rakyat Palestin meninggal (217) yang antaranya terdiri dari bayi, kanak-kanak, remaja, wanita, pemuda dan warga tua. Bedilan dan tembakan roket dari pihak Zionis dari segenap arah telah membuatkan Hamas dan Briged Al-Qassam berikrar akan membalas kembali setiap titik darah rakyat Palestin yang gugur di tanah air mereka.

Briged Al-Qassam pula membalas serangan mereka dengan meletupkan kawasan-kawasan terpenting bagi Israel iaitu kawasan penjana elektrik, pemprosesan minyak, lapangan terbang dan kawasan kawasan prasarana. Mereka sama sekali tidak menyasarkan roket kepada kawasan penduduk haram Israel kerana mereka berprinsip. 

Aku yang mengikuti setiap update dari saudara kita di sana serta akaun-akaun twitter lain merasa berkobar dan memulakan perang internet di sosial media. Ramai yang mengunakan tanda pagar seperti #savePalestine #SaveSheikhJarrah dan sebagainya. Kita rakyat Malaysia bersatu hati menentang penduduk haram Israel, ketenteraannya dan mengutuk sekerasnya tindakan mereka terhadap warga Palestin.

Ternyata mereka koyak dengan serangan siber dari rakyat Malaysia yang telah membuka mata dunia tentang kekejaman dan penghinaan Zionis terhadap rakyat Palestin tidak mengira agama mereka. Ramai yang tahu dan berita kekejaman Israel telah tersebar diseluruh dunia dari sosial media segenap aplikasi. 

Tidak dilupakan kepada Dragon_Crew yang bersumpah akan menghancurkan sistem web Israel dengan menggodam setiap laman web kerajaan Israel, mengggodam video CCTV dan sistem mereka sehinggakan mereka tidak tidur lena diganggu dek maklumat diri mereka didedahkan di seluruh dunia. Pelbagai usaha dari media dan sekutu Israel dipatahkan oleh kumpulan ini.

Akhirnya gencatan senjata diumumkan pada hari Jumaat, 21 Mei 2021 pada 7.00 pagi waktu Malaysia. Cadangan gencatan senjata oleh Mesir disokong oleh Israel menandakan tamatnya serangan bertubi-tubi tentera Zionis terhadap bumi Gaza dan sekitarnya. Namun tidak sampai 24 jam, genjatan senjata itu telah dilanggar sendiri oleh Zionis ketika mereka menyerang penduduk Palestin ketika solat Jumaat kelmarin.

Situasi kini reda namun ketegangan pastinya akan berlaku kerana kita sudah pasti kenal bahawa Israel tidak pernah kota pada janjinya seperti mana dahulu. 

Aku doakan rakyat Palestin beroleh kemenangan yang mutlak dengan memperolehi kebebasan dan pembebasan diri dari cengkaman negara haram Israel yang Allah janjikan tiada tempat lain melainkan Jahanam bagi mereka yang merosakkan dan membunuh setiap makhluk ciptaan Allah. Janji Allah itu pasti. 

Terima kasih kerana sudi membaca update dari aku. InsyaAllah next post aku akan cerita detail pasal isu kedua. Tentang wabak Covid-19 dan Malaysia.



Saturday 24 April 2021

Kelantan dan Covid-19


Assalamualaikum.

Apa khabar?

It's Thursday. Malam Jumaat, Ramadhan ke 9 (nak masuk ke 10 if you consider break fast Maghrib tadi). Mata da pedih bagai sebab menatap skrin. Padahal baru je buka laptop usha-usha borang online perkahwinan. Hehehe.. Yup, dah tak lama da. Slow-slow kena start selesaikan borang-borang dan isi apa-apa yang patut.

Terawikh tak hari nie? Aku tak memandangkan imam kecik dah lena tidur kat tilam. Kekenyangan membantai nasi ayam feveretnya yang mak aku buatkan. Adik aku no 5 kerja sampai pukul 10. So, masih lagi bekerja. Mak ngan ayah aku kat tingkat bawah, menelaah telefon. Sambil-sambil ambil tahu perkembangan semasa especially berita berkenaan peningkatan kes Covid-19 di Kelantan.

662. Angka paling tinggi dalam 1 tahun lebih menangani wabak Covid-19 di Kelantan. Ada yang kata dari kluster guru, ada kata kluster majlis kahwin. Aku pun tak tahu. Angka itu sememangnya membimbangkan dan kebanyakkannya dari asrama sekolah. Aku sembang dengan member kerja kat makmal hospital. Memang tak menang tangan dengan sample yang banyak setiap hari.

Hampir 3000 sample mereka siapkan sehari. Letih toksah kata la. Penat bagai.

Belum dikira mereka yang jaga pusat kuarantin. Mereka yang tiada gejala dan ada gejala diasingkan. Biasanya tiada gejala akan duduk di dewan dan dipantau sehingga swab kedua negatif. Yang ada gejala pula diletakkan bersama dalam satu kawasan sama ada dewan juga atau wad hospital untuk dipantau.

Semakin hari semakin membimbangkan. Hmmm..

Tuesday 2 March 2021

A New Place. Paeds!!


 Assalamualaikum semua. 

Lama aku tak buka blog. Biasanya aku update jer setiap bulan. 
Tapi disebabkan banyak perkara yang aku perlu selesaikan, ditambah dengan penat seharian bekerja.. aku ambil masa sikit nak menaip dan menceritakan apa yang berlaku sepanjang bulan Februari ini. 

Dan nie pun dah masuk bulan Mac jadi amatlah pantas masa berlalu. 

Aku dah pun bekerja selama dua hari di HRPZ2 (google sendiri yer kat mana.. hehehe..) dan selesai lapor diri di pejabat dan bilik penyelia kelmarin.  Sebelum aku lapor diri tue aku bercuti agak lama selepas habis kerja di Chiku 3 pada 23 Februari lalu. Sedih campur terharu aku dengan setiap ucapan dah hadiah perpisahan yang staf dan pesakit beri pada aku. 

Aku amat menghargai setiap hadiah dan pemberian kalian. InsyaAllah ada peluang dan masa aku akan pergi melawat diorang di UDK Chiku 3. Aku suka kerja kat sana sebab persekitarannya yang tenang. Tapi tuelah, jauh dari kampung aku. 2 jam lebih drive kalau balik mingguan. So, aku bersyukur bila dapat bertukar ke tempat kerja yang lebih dekat.

But I really miss my patient especially 'anak-anak' jagaan aku. Hehehe.. charting diorang, perkembangan diorang dan kesihatan diorang semua aku pantau. Temu janji dan pada masa yang sama ada ikatan yang mesra antara aku dan pesakit-pesakit dialisis nie. Semoga perhubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat insyaAllah.

Dua hari aku bekerja di sini, diperkenalkan kepada satu jabatan baharu yakni Jabatan Pediatrik. Suatu pengalaman kerja yang lain dari yang lain. Dalam fikiran aku, apa tugas MA kat sini yer? Ternyata banyak sub-sub unit dan bidang kerja spesifik yang sememangnya membuatkan aku berminat untuk belajar. 

Yup, belajar benda baru. Especially tentang mesin mostly. Dan of course jangan dilupakan pesakit aku kebanyakkannya adalah kanak-kanak. I love kids. They are so cute walaupun kadang tue nakal. Hahaha.. 

So dari aku tour jabatan (which tak habis lagi sebenarnya due tue in-charged ada suntikan vaksin hari nie) banyak unit baru yang aku tahu but tak pernah lagi masuk. Some of it needs special care and intensive management which is PICU and NICU (again, google it..) Tipu la kalau kata aku tak takut untuk masuk unit nie sebab banyak perkara kena belajar..

But aku rasa it is interesting thing to learn. Nanti aku dah settle sesi orientasi aku akan citer balik in the next blog. InsyaAllah.

Dah masuk Isya'. Till then. 

Bye!

Sunday 7 February 2021

New People And Time To Move On..

Bismillahi rahmani rahim..

Assalamualaikum. Hi! 

Apa khabar? Harapnya berada dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah atas kesihatan yang baik serta diri yang masih sedar dan peka dengan kehidupan. Dengan amal ibadah dan dosa diri. 

Ia adalah satu anugerah Allah kepada kita manusia yang ambil tahu tentang perkara-perkara ini. Ada yang masih lagi lalai dan leka dengan dunia. Moga kita tidak terus terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan kealpaan.

Alhamdulillah aku pun sihat walafiat, as well as my family, my loved ones and my friends. Moga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. InsyaAllah. 

Lama dah tak menaip. Aku sibuk dengan kerja, ganti kerja orang di hospital berhampiran (HSIP) disebabkan staf mereka tak cukup disebabkan kuarantin. Duty calls. And at the same time aku sambil-sambil mengajar pengganti aku yang dah lapor diri 17 Januari lepas lagi serba serbi, selok belok berkenaan tugas di unit dialisis.

I know for her mesti blur dan ambil masa nak catch up. InsyaAllah lama kelamaan beliau akan biasa. Semoga terus maju dan berusaha dalam memberi khidmat baik dalam unit ini. Banyak liku cabaran yang akan dihadapi dalam proses membiasakan diri dengan persekitaran baru. Ilmu baru, pengalaman baru.  Ianya mematangkan diri. Proses pembelajaran itu sentiasa ada setiap hari.

Aku pun tak lama dah nak berpindah. Kira-kira dalam 16 hari lagi from now. Mixed feeling tue of course ada. Sayang nak tinggal sebab kerja dia tak memenatkan. Penat menunggu jer la sambil pantau pesakit. But life must go on. Pengalaman baru di tempat baru. ED kembali. Or maybe HD juga di HRPZ2. Who knows kan?

But need to do Post Basic first apa-apa pun. 

Persiapan perkahwinan? Dua tiga hari lepas berbual bersama si dia berkenaan hantaran. Dah boleh da kot slow-slow beli mana yang perlu. Tambah sale lak sekarang, barang ada less harga. Hopefully dapat beli dengan lancar yang mana perlu. Hihihi.. 

Barang aku kat rumah sewa pun belum kemas lagi. Malasnya diri ini Allahu.. Nak mengemas bukan main susah lagi. But dalam minggu nie memang kena bawa la sikit barang untuk letak kat rumah. Yang mana aku tak bawa tue mungkin aku akan jual kat member. Macam peti ais kecik. Untuk orang bujang boleh la nak simpan makanan atau air untuk sejukkan. 

Any how.. life alhamdulillah. Syukur. Self realization dua tiga hari ini disamping hari-hari lawan gejolak nafsu. Moga istiqamah diri ini dalam melakukan kebaikkan dan memperingati diri ini kepada Allah Yang Esa, Yang Maha Berkuasa. Aku beli minyak atar dan counter tasbih untuk self remind diri supaya berselawat sentiasa kepada Rasulullah. Harapnya tak luntur semangat itu.

Aaammiiin.

Thanks for reading.



Monday 1 February 2021

Hari Yang Sejuk

It's already 9:13 am. Hari Sabtu yang indah and sejuk. Hujan renyai-renyai bersama dengan diri yang setakat ini alhamdulillah, masih lagi bernafas dan mensyukuri nikmat Allah.

Working as usual for today. Hujan pun semakin kurang kekerapannya.

Air pun semakin surut terutama kawasan-kawasan berdekatan dengan banjir. Kalau tidak, kawasan jambatan mesti naik air sebab air melimpah ( wow, the explanation.. hahaha.. )

Aku dah masuk pertengahan bulan Januari dah nie. Bekerja until hujung bulan Februari. Surat aku pun dah sampai noting that aku kena masuk lapor diri pada 1 Mac 2021. So, around 6-7 minggu lagi la aku ada kat sini. 

At the same time aku tolong kawan aku dengan isteri dia cari rumah sewa sekitar tempat kerja aku which is quite hard considering kat sini banyak rumah sewa yang mahal. Kalah harga dekat bandar kot. Cekik darah. 

Typing masa waktu kerja for me is a bit relaxing and therapeutic.  Aku tak rushing nak keluarkan idea, biar ada jer benda nak disharekan aku akan taip dengan tenang. Plus, aku memang suka menaip. Memandangkan aku dah taip dengan laju dah nie. Kikiki.. blessed.

Sambil tue aku monitor patient and update apa patut kat komputer aku. Kebanyakkan kerja kat klinik aku da settle. Cuma tinggal charting pesakit and also indent ubat yang biasanya aku buat mingguan untuk diambil whether tomorrow or mana-mana tarikh yang free.

And now back to the drawing board where aku sambung balik menaip setelah membahan Nasi Goreng Tomyam ditemani berita jam 1:30. Hahaha.. Nampaknya SMRP masih lagi tidak diisi, maka marilah kita mengisi data pesakit pula. See? Sibuk kan?

Settle things. Actually aku ada banyak benda nak share but now xder dah idea. Hahahaha..  Susah gak nak fokus menaip isi untuk blog bila aku kerja dan at the same time nak fokus dua tiga benda. Although kerja tak banyak mana pun. 

Thanks for reading? LOL. 



Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...