Sunday 21 May 2017

Marching Out May

Assalamualaikum.

Hopefully post nie takkan tersadai di draft. Betapa aku benci bila nak post tapi selalu aku lengahkan. Sama ada hilang keinginan nak menaip atau kekeringan idea. Tapi bila dah tutup laptop, baru idea datang. Usaha untuk cuba kuatkan semangat untuk menaip itu ada. Sentiasa ada. Blog diariku. Segalanya aku nak kongsi. Bila ada masa aku baca balik. Gelak ada. Sedih ada. Motivated pun ada. Kematangan itu jelas dilihat dalam setiap post baru aku.

Salam Ahad. Esok Isnin, hari bekerja bagi aku. Sampai Selasa, sebab malamnya aku akan pulang ke kampung untuk menyambut awal Ramadhan di sana. Tinggalkan kesibukkan dan keserabutan aku di sini dan biarkan aku menikmati masa lapang cuti bersama yang tersayang. Bangun bersahur sekali, solat Suboh berjamaah di masjid dan terhibur melihat telatah adik beradikku serta jenaka abah dan mama di rumah. Ya Allah, rindunnya. Haha..

Tinggal beberapa hari lagi nak menyambut kehadiran Ramadhan. Tahun 1438 H. Hari Sabtu merupakan 1 Ramadhan bagi rakyat Malaysia berpuasa. Iklan kurma dan rancangan berbentuk keagamaan mula disiarkan di televisyen walaupun aku banyak habiskan masa dengan laptop dan telefon. Bukan menjadi kebiasaan untuk aku tonton televisyen. Dah lama stop akaun Astro. Itu adalah keputusan yang tepat.

Menjelang Ramadhan nie ada banyak pengharapan aku. Selain bulan memperbanyakkan ibadah dan fokus amal, aku nak cuba untuk menurunkan berat badan. Yep, you heard it right. Aku makin naik berat. Penimbang aku pulak rosak. Jenuh aku cuba tukarkan bateri. Memang tak nampak langsung digit nombor untuk berat. Tengok, penimbang pun elok perli aku. Hahaha.. Jadi, harapnya dalam bulan tue aku boleh kurangkan intake makanan.

Hampir lari dari topik asal aku post.

Perubahan, ternyata perkara yang bukan semua boleh terima dengan redha. Bukan juga untuk aku. Perubahan drastik pulak tue. Pertukaran demi pertukaran staf serta perubahan jadual. Bagi aku, perubahan itu perlu. Drastik juga perlu. Ia buat kita berfikir secara positif dan menyemai sifat toleransi. Kesabaran dan kekuatan. Sampai bila kita nak selesa jika kita tidak pernah diduga. Untuk aku yang pernah selesa dan pernah tidak, perubahan merupakan satu proses pembelajaran.

In-charged aku ditukarkan ke hospital atas faktor kesihatan rakan sejawat. Mereka terkejut dan tidak percaya. Aku pun. Mungkin ingat 'prank' tapi itu realiti. Hadir in-charged baru untuk menggantikan yang lama. Ada yang ok, ada yang ambil masa untuk adapt. Tipu kalau aku kata tak sedih. Tapi itu adalah hakikat, takdir yang Allah tentukan untuk manusia. Bersyukur dan menerima dengan redha. Itu ketentuan Allah.

Jadi, kuatkan semangat untuk menempuh dugaan dan cabaran mendatang.

Thanks for reading this piece. Thank you.

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...