Wednesday 8 November 2023

Palestine For Life!

Assalamualaikum. 

Good evening atau selamat malam kepada semua. Jam menunjukkan pukul 10.10 malam. Isteri pun dah lena dibuai mimpi. Hihihi.. So, aku rasa macam nak update jer apa berlaku for the past month. Sebab sekarang pattern blog aku sebulan sekali. 

Sama ada tak ingat atau tak ada masa sesuai memandangkan sibuk dengan urusan kerja, famili dan sebagainya, update blog aku jadi semakin lama semakin lambat. Hahaha.. hari ini kebetulan terasa nak update. Previous post aku semua 7 haribulan. Hari nie terlebih sehari. 

Kira ok la kan dari tak update langsung. Hahaha..

Long post kot malam nie, banyak nak berkongsi. Yang mana sesuai dan menjadi peringatan diri apabila membacanya kelak. Adik-adik aku balik bercuti minggu nie. Yang sorang dah naik bas dari Sungai Petani (Abdul Qayyum), sorang lagi bertolak hari Sabtu (Nurmaisarah). Nak spend time kat rumah with parents setelah lama merantau di negeri orang.

Bulan lepas kerja banyak. Kerja luar dan juga on call. Aku pun tak pasti bulan lepas aku keluar berjalan tak. Rasanya ada cuma tak ingat. Kerja seperti biasa dengan beban kerja yang boleh dikatakan tolerable. Aku dengan isteri lak minggu nie baru ok dari batuk dan selesema. 

Mama abah alhamdulillah sihat walafiat. Bulan lepas pun adik-adik aku balik jumpa mama abah alang-alang ambil cuti sekali. Spend time and makan malam sekali kami semua. Abe adik isteri aku pun balik sebab nak sambut hari lahir Umi. Hari lahir Mama lak, Habib buat sesurpuris dengan balik awal sehari. Boleh la sambut birthday sekali.

Media sosial dan berita hari ini tak berhenti berkongsi penderitaan rakyat Palestine yang sekarang sudah masuk hari ke 31 serangan tentera Zionis terhadap tebing Gaza. Hampir 10,000 mangsa terkorban, banyak runtuhan bangunan seperti rumah, masjid dan rumah ibadah dan paling teruknya, hospital. Beribu lagi cedera dan kebuluran serta mereka kekurangan dari segi makanan, minuman dan elektrik.

PM Israhell dan Presiden Amurika bersekongkol mengatakan bahawa serangan mereka terhadap rakyat Palestine adalah untuk memerangi Hamas sedangkan tempat yang disasarkan adalah tempat awam dan mangsanya bukan tentera tapi anak-anak, ibu dan wanita serta warga emas di sekitar kawasan Gaza. 

Zalimnya mereka sehingga menghalalkan setiap darah warga Palestine demi alasan membanteras keganasan dan memerangi pengganas. Walhal mereka adalah syaitan yang tiada erti kemanusian dalam membunuh manusia yang tidak bersalah.

Alhamdulillah Malaysia dan banyak negara lain menyokong tindakan Palestine dalam mempertahankan tanah air mereka dan mengutuk serta memaki Israhell sekeras kerasnya. Boikot juga diadakan bagi meruntuhkan institusi kewangan Israhell dan melemahkan mereka dari segi kewangan. Mereka adalah Zionis yang pengecut yang hanya tahu menyerang lalu bersembunyi tidak seperti rakyat Palestine.

Setiap darah yang menitik di tanah air mereka Allah telah janjikan Syurga tempat para syuhada yang mempertahankan Islam dan negara mereka dari ditakluk Zionis Syaitan.

Semoga kemenangan rakyat Palestine hadir dalam kesabaran dan doa mereka yang tak putus bertahan. Moga Israhell dan Zionis dilaknat dan diberi balasan setimpal atas kekejaman dan kebinatangan mereka terhadap rakyat Palestine.

Aaamiin.

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...