Wednesday 22 June 2011

The End Of A Journey..

Assalamualaikum...

Long time no see erk? Ape khabar? Sihat?

Rasenye dah lame aku tak update..

Dalam 2-3 hari tak menaip blog.. Terase ketagih lak..

Bila dah tak menaip.. Gian nak menaip.. Tapi idea tak tersampai-sampai..

So, hari nie punya post aku xkan letak kat Sahabat Blogger..

Kalau aku rasa bagus untuk di'share'..

Aku sharekan..


Esok menandakan berakhirnya posting aku di Unit Hemodialisis selama 2 minggu..

Staf di sana amatlah baik sekali.. Tapi erm..

Maaf banyak-banyak erk akak nurse ngan abang-abang M.A sebab..

Tak pandai nak pasang wayar mesin dialysis.. ( Hehehe.. takut woo nak pasang wayar darah tue.. takut rosak ke.. )

Setakat tengok and belajar boleh la..

Tapi banyak la pengalaman aku belajar dari 2 minggu aku posting sini..


Pasal buah pinggang.. Ape leh minum.. Ape takleh makan..

Bila aku tengok orang pergi cuci buah pinggang..

Sayu aku tengok..

Hari-hari kena datang cuci darah kat unit nie..

Sebab hidup diorang 100 % bergantung kepada mesin dialysis..

Kalau takder la mesin nie.. Mungkin hidup mereka tak lama..

Kalau yang tua-tua tue menunggu masa jer..

Kalau yang muda dah kena cuci buah pinggang lagi sedih sebab life diorang takleh buat banyak keje..

Makan dah kena berpantang.. Minum tak boleh manis-manis..

Tapi itulah lumrah kehidupan..


Setiap pesakit aku tak nampak merungut pun pasal kehidupan diorang..

Mungkin sebab dah biasa hidup datang sini tiap-tiap hari..

Mengadap mesin cuci darah ( Diorang panggil mesin nie.. ) 4 jam setiap sesi..

3 kali seminggu..


Ada seorang pesakit aku kenal.. Bersembang pasal sejarah dia sakit buah pinggang..

Dah lama dia kena.. Dalam 4 tahun kena..

Doktor kata dia tak boleh berjalan.. chance cuma 50-50 jer..

But dia amatlah kuat semangat.. Berdoa pada Allah moga diberi kekuatan..

Dan aku nampak walaupun dia masih bergantung pada mesin ini..

Dia dah boleh berjalan.. Biarpun bertongkat..

Biarpun lemah namun masih lagi bersemangat..

Meneruskan kehidupan..


Dah la.. Kuat celoteh aku nie..

Ingat nak citer sikit jer pasal praktikal.. Dah melalut panjang da...

Hahaha... Ape la nasib..

Ok.. Cukup la kowt sini..
Mekasih sebab baca.. ( I think you do read it.. )


AHMAD.IQBAL.HAKIM

Penulis.Cerpen.Tak.Berpenghabisan

Rabu.Malam.22 Jun 2011



P/S : Dad.. Selamat Hari Bapa buatmu.. Biarpun lambat sehari.. setahun.. bagiku setiap hari adalah hari indah buatmu seorang bapa..
Thanks for raising me well...

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...