Assalamualaikum. Okay, I know that its been a while now. Naah, just kidding. Hey guys and girls. Apa khabar semua? Harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Moga berada dalam rahmat Allah. Amin.
Gaji masuk awal bulan nie. Maka berjimat cermatlah dalam berbelanja. 11 Oktober dan 23 November. Jauh tue gapnya. 43 hari. Maka bermulalah mengikat perut diri. Hahaha..
Jadi, aku dah malas nak menaip assignment yang menimbun. Belum print dan masih lagi terbengkalai. Dengan research aku yang belum nampak hasilnya, aku curi masa yang ada di sini untuk menaip satu lagi post tentang apa aku buat sekarang.
Pendek rasanya. So.. sit tight and read it while eating popcorns or something. Sekarang aku praktikal di Taiping. Kebanyakkan tempat yang akan aku masuk untuk posting aku adalah di wad dan di klinik pakar. Masuk klinik pakar, aku kena cari case study untuk kursus yang aku ambil, iaitu tentang diabetes mellitus. Kencing manis senang cerita.
Satu pesakit akan aku ambil maklumat pemakanan, aktiviti seharian, ubatan dan ujian makmal untuk tahu tahap gula dalam pesakit. Kebanyakkan pesakit patuh pada ubat, sebahagiannya tidak. Yang membuatkan aku seronok ialah mereka lebih arif tentang penyakit yang mereka alami dan cara untuk merawatnya.
Misalan contoh hypoglycemia atau kekurangan gula. Belum sempat aku cerita diorang dah terang tentang keadaan, macam mana nak elak dari kurang gula. Apa waktu terbaik untuk makan ubat atau cucuk insulin. Mereka lebih pakar dari aku. Cuma kadang kala mereka agak nakal. Hahaha..
Nakal macam mana? Contohnya seperti kenduri atau ada buat majlis makan, anak bawa buah buahan balik dari kampung. Siapa yang boleh menolaknya? Ia menjadi tidak sopan apabila kita mempelawa mereka makan tapi mereka menolak. Lagipun sejujurnya mereka bukan mahu kena kencing manis.
Jadi peranan aku untuk beri pendidikan kesihatan dan ajar pemakanan yang sihat, biarpun yang nasihat ini badan tong dram (bila nak turun berat nie?) Selain dari tue aku banyak belajar tentang penjagaan kaki serta kebersihan kaki bagi pesakit kencing manis, langkah senaman berkesan serta pembahagian makanan mengikut kalori.
Banyak juga ilmu aku dapat dari pos basik nie. Walaupun baru 1 bulan 2 minggu. Cuma stress dengan kerja yang tak siap serta research yang terlalu particular pada format dan detail. Walhal boleh je siap. Haish.
Berpraktikal dengan bermacam jenis orang buat diri aku judgemental, walaupun aku tahu itu adalah sifat paling teruk sekali bagi dir aku. Aku rasa lepas nie mungkin kena terima setiap kondisi sesuatu perkara, seseorang dan keadaan dengan redha. Mungkin selepas itu aku akan lebih tenang dalam meneruskan pos basik.
Itulah sedikit sebanyak yang boleh aku cerita kat dalam blog nie. Tentang perjalanan aku belajar kembali setelah hampir 5 tahun bekerja. 22 Oktober nie genaplah 5 tahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam di KKM. Amin. Masih bujang dan semakin berisi.
Meneruskan program pos basik dengan ketakutan dan insecure of all things. Haish! rimas diri ini. Sister nak jumpa aku dengan member lelaki yang lagi sorang. Untuk penilaian klinikal wad.
Dan sister kata aku tak pernah nampak aku kat wad. Oh well..
Thanks for reading. Until next time.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dugaannya..
Listen right now : Hujan - Dugaannya.. Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...
-
Assalamualaikum. A very good afternoon kepada aku dan yang lain yang membaca. It's 3rd Ramadhan 1445 Hijriah bersamaan 14 April 2023, ha...
-
It's really tiring this week. Kerja straight 3 hari 12 jam dengan bagi talk hari ini. Not to mention rumah dan depan rumah yang kotor. B...
-
mak aih sengih! hahaha.. seperti yang tertera di atas.. sememangnya saya menyambut Syawal dengan chill, sedikit happy dan sekelumit sedi...
ok x pb ni ? susa x ?
ReplyDeleteInsyaAllah. Ok rasanya. Tapi rushing dengan banyak assignment. Susah tue tak samgay cuma kena rajin sket. Erm.. student nursing ke?
DeleteYup. Asam garam kehidupan. Apa yang penting semuanya dah ditulis di sini. Kalau nak ingat balik boleh baca balik. Hahahaha..
ReplyDelete