Friday 3 June 2011

Appreciating An Advice..


Assalamualaikum...

Apa khabar anda semua membaca? Sihat? Hopefully well and healthy hendaknya..

I'm fine.. Healthy dan masih lagi bersyukur atas nikmat Allah ini...

Short post again.. Bout what erk petang nie?

Jom tengok situasi ini...


Mamat A sedang menghisap rokok.. Jalan di kaki lima yang sunyi..

Mamat A: Seronok betul hisap rokok nie..

Penagih : Brader... Jangan isap rokok wei.. Bahaya..

Mamat A : Apehal aku nak dengar nasihat dari ko mat pet? HA?? Aku ok lagi isap rokok.. Dari ko isap dadah..

Penagih : Brader... Aku mula dengan rokok ar.. Same cam lu... Pastu layan dadah lak.. Member punye pasal.. Aku pesan awal-awal.. Jangan jadi macam aku weyh.. Nanti merana..

Mamat A : Ah! Sudah ar.. Malas nak layan ko.. Orang tak guna cam ko ape nak nasihat aku.. CEH! PTUIH!!



Harsh isn't it? An advice that is really helpful.. Tapi ditolak mentah-mentah..

Siap kena kutuk lagi... Aku nak tanya..

Berapa orang mengalami situasi ini?

Kalau bukan penagih.. Orang yang ko benci.. Atau orang yang nampak tak guna..

Tetiba nak bagi nasihat sedangkan kita persoal balik dia tue 2 X 5 jer..


Sebenarnya, adalah lebih baik jika kita menerima teguran atau nasihat..

Daripada sesiapa pun.. Sebab kita terima nasihat itu..

Dan menjadi lebih baik dalam kehidupan..

Jangan mempersoalkan si pemberi nasihat.. Kerana biarpun dia jahat.. Dia nakal.. Bodoh.. Tak guna..

Dari pandangan kita.. Niat dia sebenarnya memberi nasihat dengan ikhlas..

And who knows.. Bukan untuk diri kita jer..

Untuk diri dia jugak... Supaya dia berubah.. Dan supaya kita tak menjadi at least seteruk-teruk seperti si penasihat itu..


Dalam surah Al-Hujerat ayat 10 menyatakan : Sebenarnya orang-orang beriman itu bersaudara.. Dan ada hadis menyatakan..

Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri dia sendiri..

Begitu indahnya hadis ini..

Jadi, terimalah nasihat sahabat seadanya.. Atas dasar mengasihi sahabat sendiri..

Dan berdoa agar kita sama-sama memperbaiki apa-apa yang buruk..

Serta terus beriman kepadaNya.. InsyaAllah.. Mudah-mudahan..

Thanks sebab reading!!


AHMAD.IQBAL.HAKIM

3 Jun 2011.Jumaat Penghulu Hari. Petang Yang Panas..

P/S : Masih mahu nasihat dari kawan.. Nasihat yerk.. Saya terima seadanya.. = D

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...