Thursday, 29 December 2011

Ombak Iman.. Layar Dan Dayungnya..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Harap semua sihat walafiat.. Aku? Syukur alhamdulillah sehat dan segar bugar biarpun batuk tak elok-elok lagi..


Aku tak nak bergantung sangat dengan ubat.. Kalau boleh minum air suam atau cergaskan badan.. Itu jer penting.. Paling penting sekali bersyukur selalu atas nikmat Dia...


Sebab aku manusia sering kali lalai.. Bilangan benda baik kita buat nie boleh dikira dengan jari dari benda jahat dari mulut kita utamanya..


Nasib baik aku tak buat benda-benda teruk lagi la.. Tapi tinggal solat tue dah dosa besar tau.. Dan ngumpat tue pulak dosa lebih besar dari membunuh orang..



Kita tak perasan tapi sering kali kita buat.. Aku selalu sangat buat.. Benda remeh tapi dosa tetap dosa besar.. Bukan dosa kecil..


Jadi takut pula aku nak sebarkan kebaikkan atas sebab aku buat banyak kesalahan...


Banyak dosa aku dah buat.. Tapi sebenarnya tanggapan tue silap...


Iman manusia umpama ombak.. Kadang kala tinggi menggunung dan kadang kala pasang..


Sebarkanlah kebaikkan biarpun sedikit.. Jangan biarkan orang pengaruh anda..


Macam sebelum nie aku pernah mention pasal beri nasihat..


Tak kira la siapa atau apa status orang yang bagi nasihat.. Benda baik kita ikot..


Cuma jangan ikot orang tue jer la.. Simple..



Aku rasa itu sebenarnya ujian DIA.. masa lapang dan masa surut iman ni DIA nak tengok..


Aku macam mana.. Masih berpegangkah aku dengan Al-Quran..


Solat aku cukup ke tak? ( Serius, ada tinggal gak aku.. )


Masih bersyukurkah aku dengan nikmat DIA? Berzikir dan membasahkan lidah kepadaNya?


Rasanya blogging mungkin ubatnya.. Kita menulis dan menaip atas dasar ikhlas..


Tiada yang sembunyi.. Hanya kebenaran..


Thanks ALLAH.. Blogging nie buka minda aku yang crowded nie..



Kusut masai.. Lain aku nak citer.. Lain pulak yang keluar..


Mungkin itu kehendakNya kan? Siapa tahu? " KUN FA YAKUN... "


Ma'assalamah!



p/s : pengaruh malam Jumaat kot? huhuhu.. Allah Maha Besar...

Wednesday, 21 December 2011

Celoteh Rabu : Hujan Panjang Di Rumah..

Assalamualaikum..

Setelah menaip tentang solat semalam.. Hari nie aku nak menaip tentang perkembangan terkini diriku..

Familiku dan persekitaranku.. ( So, ini adalah santai.. )

Adik aku kat Bali dan juga pak sedaraku dari Kuala Lumpur nak tahu perkembangan famili Mat Yusoff kan? Hehehe.. Meh nak citer..


Adik arifillah bakal genap 1 tahun 8 bulan nanti menjelang bulan Januari.. Dia dah banyak cakap dah sekarang..

Mulut dia tak habis-habis berzikir nama-nama Allah.. puji pujian kepada Rasulullah..

Mama kata besar nanti mesti pandai.. Sebab awal-awal lagi dah pandai ajuk cakap orang..

Kalau sebut mama dengan abah tue dah biasa.. Siap ada semangat patriotik lagi nyanyi lagu Negaraku.. ( Biarpun lirik belakang je dia ingat.. Hehehe.. )


Luqman Hakim pulak mula belajar kereta mulai Selasa, Khamis dan Ahad... Kat tempat belajar kereta...

Mengikut jejak langkah abang dan kakaknya mengisi masa cuti 3 bulan lepas SPM ( ini dah dikira tradisi adik-beradik.. Hahaha.. )

Kepenatannya dalam memandu kereta dan motor dapat dilihat dengan keadaan beliau tertiarap di atas katil dan lena dibuai mimpi indah.. = )


Mama dan abah sihat walafiat.. Semakin berseri dan bahagia.. = D Selalu menjaga makan dan minum serta mengajar erti bersederhana dalam kehidupan..

Mama biasalah.. Masakan dia pasti buat anak-anak terliur.. Hihihi..

Dan abah.. Lucu dalam tegas.. Huhuhu.. ( Kalau mama dan abah baca.. abang segan.. Hahaha.. )

Adik-adik lain semua sihat seger buger..


Rumah depan kita nie dah pasang onin tau.. Pastu jalan dah tar baru.. nampak lain sangat rumah..

Kalau tidak dulu nampak kecik jer rumah xder tempat teduh..

Nie dah pasang.. Nampak lebih cantik.. Kemas dan jalan tar tue pun selesa kalau kita bawak motor..

Tak berlubang..


OK.. Cukop la kot update pasal rumah... Pasal abang.. tanya tuan punya badan sendiri la erk..

Apa-apa pun alhamdulillah syukur nikmat Allah.. kebahagiaan rumah dalam keadaan sederhana..

Seronok sebenarnya.. = )

So, Mekasih sebab baca... = D

Tuesday, 20 December 2011

Assalamualaikum.. Dah Solat? = )

Assalamualaikum.. Peace be upon you muslimin dan muslimat..

Sudah lama tak update.. Ada pulak permintaan dari famili suruh aku post something new.. updated my life and family..

And today mungkin tidak.. sebab there has been another topic yang bermain-main di fikiran aku sekarang..

2-3 hari idea nie kerap datang dalam minda aku.. Aku dah cuba banyak kali nak post tapi mulut tak terucap.. minda tak terungkap..

Sebab topik yang aku nak sebut nie agak sensitif sikit.. Biarpun diri sendiri masih tidak sempurna dalam amalan WAJIB ini namun aku beranikan diri untuk memberitahu..

Kerana topik ini telah banyak kali membuka mata aku.. dan seluruh hidup kita dipengaruhi oleh amalan wajib ini..


SOLAT.. atau dalam Inggerisnya PRAY..

salah satu dari 5 rukun Islam yang wajib dilakukan.. Tidak dilakukan BERDOSA BESAR maknanya..

belum dikira yang meringan-ringankan solat ( erti kata lengahkan waktu... )

dan juga setiap pergerakan wajib dalam solat yang haruslah betul dan tertib..

Solat bagi aku masa mula-mula aku kecik hanyalah 5 minit waktu berada di tikar sejadah ( mungkin lebih pendek.. ) yang aku rasa AMATLAH berat...

dan setiap kali aku tertinggal masa kecil.. aku akan diROTAN dan diPUKUL oleh mak dan ayah..

sememangnya benar kerna hadis ada menyatakan bahawa jikalau anak itu tidak mengerjakan solat dan dia sudah berusia 10 tahun ( minta maaf.. umur aku dah lupa.. ) maka pukulah anak itu bukan dengan NAFSU AMARAH namun dengan niat pengajaran..

bahawa si anak tidak tinggal solat..


Lama kelamaan solat telah menjadi sebati dalam hidupku.. ( Alhamdulillah berkat usaha mak ayah.. )

Namun bila meningkat dewasa.. LUPA dan LALAI antara faktor aku tidak bersamaNya..

Mengerjakan solat yang sepatutnya.. Dan meremehkan solat..

Setiap insan tidak sempurna.. Semua PERNAH ada waktu mereka meninggalkan solat..

Termasuk aku yang menaip ini..


Allah MAHA PENYAYANG lagi MAHA BERKUASA... menunjukkan aku satu demi satu keajaiban solat.. 


Bagaimana solat merubah seorang individu.. Solat itu sendiri mengajar manusia tertib dan merendahkan diri kepadaNya..

Dari masa aku bersolat.. dengan pengalaman aku bersolat.. Dan artikel aku baca..

Aku sedari.. kehidupan kita dipengaruhi oleh solat.. Kan ada hadis sahih menyatakan jika eloknya solat seorang itu, maka tercegahlah ia dari kemungkaran..

Atau dalam erti kata lain.. SOLAT mencegah dari KEMUNGKARAN..

Maka di situ timbul satu persoalan.. Adakah kita bersolat kerana menunaikan kewajipan sahaja..

Ataupun dengan ikhlas meluangkan masa kepadaNya sahaja.. fokus dan iltizam hanya di bentangan sajadah..

Manusia yang mencari ketenangan sebenarnya harus memperbaiki kualiti solat..

Bertanya pada diri.. Solatnya diterima atau tidak?

Masihkah ALLAH sayang padaNya.. Bagiku masih belum cukup.. Masih belum sempurna solatku..


Dan kepada yang meninggalkan solat.. Fikirkan.. Rasulullah telah melalui Isra' Dan Mikraj serta menurunkan perintah solat 50 waktu kepada hanya 5 waktu sahaja..

Dan kita masih lagi berdalih dan dengan alasan TERLUPA atau TERLALU SIBUK..

Solat adalah waktu kita bersamaNya... Dan amatlah cantik solat dengan bacaannya..

Jika anda terjemah sendiri.. Adalah puji pujian bagi Allah dan juga Rasulullah...

Serta doa kepada kita moga kita dapat perbaiki diri dan mencari keredhaanNya..

Itulah sebabnya solat harus khusyuk..


Aku rasa dah cukup terang aku jelaskan.. Ini semua dari ilmu dan pengalaman aku yang masih lagi mencari erti sebenar kehidupan...

Cukuplah sampai di sini.. Rasa dah panjang sangat dah kalau anda baca.. = D

Tapi hasil taip ini dari hati aku sendiri.. Tak pernah taip sepanjang ni.. = )

Jadi, solat lah dengan sempurna.. Perelokkan yang wajib.. Perhalusi iman kita..

Istiqamah insyaAllah menyusul belakangnya.. = D


AHMAD.IQBAL.HAKIM....

Tuesday, 6 December 2011

Seteguk Rootbeer.. Sejernih Fikiran..

Assalamualaikum.. Sudah lame aku tak blog.. Update blog amatlah kurang sekarang..


Dan aku takkan cakap pasal sebab aku tak post.. Sebab recent post pun mungkin korang dah bace..


Aku ber'blog' pun tak mengharapkan follower yang ramai..


Atau nak buat ayat terlampau 'obses' nakkan follower.. Sebab kita tahu..


Blog adakalanya untuk personal thing.. Dan kalau ada benda nak di'share'kan..


Aku share bersama..




Lepak dengan member kat kedai makan ber'wi-fi' sekarang.. Aku nampak ada ruang masa sesuai..


So, aku pun citer la sedikit sebanyak tentang aku sekarang..


Praktikal kembali di Kecemasan Dan Trauma HTA ( Hospital Tanah Merah )


Aku xnak cerita banyak sebab kalau tengok post lama aku dah ada tulis pasal kecemasan..


Jika anda memang suka bace blog saya.. Hahaha.. = D ( Promote diri sendiri.. )




Nak citer pasal life la senang siket.. Kehidupan seorang student sebenarnya amat menyeronokkan..


Bila dikenang kembali sekolah menengah.. mahupun zaman anda belajar di universiti..


Banyak kenangan dan memori bersama kawan tak kira anda spend masa kat mana-mana pun..


Macam aku la sekarang.. Kalau ada masa lapang sikit..


Jalan-jalan dengan kawan.. Masa nie la nak kenal kawan kita macam mana..


Pengalaman bersiar-siar ke air terjun ke.. pergi bandar ke..




Kebanyakkan member-member aku ( mostly yang muda.. ) tak sabar-sabar nak habis belajar..


Bagi diorang.. Belajar tue bosan.. Memboringkan.. Meletihkan dan macam-macam lagi..


Aku yang dah umur 21 tahun merasakan statement itu amatlah kanak-kanak sekali ( childish )


Sebab bila ko dah habis zaman belajar ko dan bekerja..


Responsibility amatlah berat dan tiada life.. Serius aku cakap..


Kebanyakkan member aku yang dah bekerja cakap seronok lagi zaman belajar dari zaman kerja..


Manusia kan.. Bila masanya dia berpuas hati..


Tapi buat kali nie aku bersetuju.. Sebab bila kita dah komited dengan kerja..


Masa meluangkan masa mahupun bercuti semakin sukar diperoleh..


Itu belum dikira jika ko dah berkahwin.. Dah ada anak.. Komitmen dengan anak lagi..


Dengan kerjaya lagi..




Niat aku cerita bukan nak menyuruh anda tak berkahwin ataupun tidak bekerja..


But hargailah masa anda di pengajian tinggi..


Bebanan assignment dan juga homework adalah halangan sementara..


Keseronokan anda belajar bersama kengkawan.. Manis pahit berjaga masa belajar.. Exam..


Bercinta masa sekolah hanyalah sekali..


Jangan persiakan.. Ini tidak.. Tak sabar-sabar nak bekerja.. Belum tentu anda dapat jumpa kawan anda balik..


Aku faham sebab aku pernah kehilangan dua kawan baik aku.. Aku tahu sangat-sangat..


Rasa menyesal tak dapat jumpa..


So.. Appreciate Every Life You Spend At College.. Ianya lebih berharga dari wang atau emas.. = D

Saturday, 26 November 2011

Hijrah.. Satu Ungkapan Yang Bermakna..

Sabda Nabi Muhammad SAW :
"Ingatlah, sesungguhnya syurga itu dipagari dengan perkara yang dibenci sementara  
neraka itu dipagari dengan pelbagai kesenangan hawa nafsu..."


Tergerak hati aku nak menaip hari nie.. Setelah masuknya tahun baru Hijrah iaitu 1433 Hijrah..

Hijrah.. Bagi aku satu perkataan yang indah.. Yang memberi seribu satu makna..

Bukan sekadar memperingati kisah sirah Nabi Muhammad berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah..

Namun mengenai perubahan diri.. Azam sang hamba yang ingin mengubah diri..

Menjadi yang lebih baik.. Pengorbanan dalam suatu perubahan diri..

Tak kira sama ada perangai.. Perspektif dalam kehidupan..


Kerana pada akhirnya kita akan mencari yang satu jua.. Kedamaian pada sisiNya..

Menanti sebuah keredhaanNya untuk tinggal dan beramal di muka bumi..

Dan dalam mencari erti ketenangan yang hakiki..

Aku akui selama ini aku sendiri hanyut..

Dan mengejar duniawi.. Namun lama kelamaan..


Dalam lubuk hati sanubari seorang insan bernama manusia..

Akan kembali kepadaNya.. Jika dia berusaha mencari cahaya..

Hijrah tidak seharusnya drastik.. Sememangnya ada azam setiap tahun baru..

Malah dalam tahun Masihi sekalipun kita sentiasa berazam..

Jadi, mungkin kita cuba pada tahun ini? Tambahkan ilmu..


Dan meletakkan azam itu bukan hanya pada tahun ini sahaja..

Malah pada setiap hari kita bangkit dari tidur..

" Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok insyaAllah lebih baik dari hari ini "

Moto anda sepanjang hari..

Agar menjadi pembakar iltizam dalam meneruskan kehidupan..


Gembira aku dengan sahabat-sahabat baru memeluk Islam..

Kerana mereka merasa nikmat itu.. Aku juga mahu merasai nikmat Islam itu..

Tidak mahu hanya dengan dituliskan pada kad pengenalan sahaja..

Nama sahaja Islam tapi harfiahnya sudah jauh terlepas dari landasan..

Aku mahukan ketenangan yang dirasai oleh saudara-saudaraku..


InsyaAllah.. Jalan yang kita pilih sememangnya sukar.. Jalan ke syurga bukanlah seperti jalan-jalan biasa..

Penuh onak dan duri.. Dugaan dan godaan syaitan dan nafsu kerap menguasai..

Teguhkan iman di dada.. Dan dekati sahabat yang memahami..

Carilah ilmu di mana sahaja.. Hampiri Yang Esa..

Bersihkan diri dengan mengingatiNya..

Kita pasti berjaya.. Jom sama-sama cuba berubah.. Secara perlahan dan istiqamah!


AHMAD.IQBAL.HAKIM.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433..

Wednesday, 16 November 2011

Celoteh Rabu : Never Ending Raindrops..

Courtesy of http://arickysuroso.wordpress.com
Bila aku mengadap jer laptop aku.. Sudden blur came into my brain.. As usual..

Simptom ' Tak Tahu Nak Post Ape ' dah keluar dah.. Mungkin banyak sangat benda aku nak share

sampaikan aku sendiri tak tahu nak cakap pasal ape.. ( Alasan xleh blah.. )


Musim hujan dah menjelma.. Jadi, bila nak sidai kain nie faham-faham la cuaca macam mana..

Memang tak kering kain jawabnya.. Terpaksa la sidai bawah kipas siling...

Musim hujan erk? Boleh jadi tajuk gak hari nie.. ( Biarpun post-post lepas DAH BANYAK mention pasal hujan.. rain.. etc )


Tinggal di negeri yang hujung tahunnya umpama winter ( sebab hujan tak berhenti.. cuaca sejuk dan kadang-kala anda boleh lihat banyak makcik jual ubi kayu dan cendawan di tepi jalan.. )

adalah satu suasanan yang kadang kala seronok dan kadang kala suram..

Suram bila dah tak boleh buat ape dah.. Duduk dalam rumah jer..

Seronok bagi kaki TIDO macam aku sebab boleh ber'hibernasi' dengan enjoynya...

Come on la.. Takkan tak ada orang tak suka nikmat tidur waktu hujan..

NAMPOK SANGAT NIPUNYE... Hahahaha..


Nak ke kedai.. Pergi mana-mana kalau ada kenderaan macam kereta.. Sememangnya anda bertuah la..

Kadang aku tengok macam-macam perangai orang bawak motor nie...

GAYA 1 : bawak motor pecut laju-laju ( sebab dia ingat kalau bawak lambat nanti habis basah baju... BIJAK! )


GAYA 2 : bawak motor dengan payung di depan ( selalunya member belakang pegang.. )  nak elak tempias air hujan..

GAYA 3 : ini paling extreme.. sebab dia dah pakai baju hujan.. kasut.. kepala... semua bersarung PLASTIK.. sebab nak pergi keje kan.. kekemasan kena ada ( GUA TABIK SPRING! )


Area tempat aku jarang banjir.. But pengalaman tentang banjir memang aku ada..

Zaman budak-budak dulu la.. Bukan macam sekarang.. Budak sekarang mengadap komputer jer..

Jadi, bila dah air takat lutut.. Kitorang terjun la dalam air tue..

Cakap je nak gaya apa.. Kuak lentang.. Kuak kupu-kupu... Semua ada..

Mandi bagaikan dah lama tak mandi dalam hidup..

Until one day my dad told me..


' Mandi la mandi oii.. Tau tak air ape korang mandi tue? Bekas-bekas tinja ( aku bersopan sikit... ) dari

tandas.. bangkai binatang.. air longkang semua dah bercampur... '

From that moment.. memang aku dah tak mandi masa banjir.. Geli dengar..

Hahahaha..


Dah la.. Kuat lak celoteh aku hari nie..

Taip blog nie perlu inspirasi ( Iyer la sangat.. ) lepas nie nak cari inspirasi lagi.. ( idea takde la tue.. )

Ok! Assalamualaikum..

Thursday, 10 November 2011

Gubra Dengan Tayar Empat..

Assalamualaikum..

Anda mesti tertanya tanya mengapa tajuk post saya begini? Hahaha.. well, it has been a long time for me..

To drive a car.. As i already have a driver's license..

Yup people.. Saya adalah seorang pemegang lesen kereta kompetant or in this awkwardly short form...

a C-driver's license.. ( Langsung tak berbangga dengan pencapaian ni.. LOL )


Aku memang cuak sikit bawak kereta nie.. Salah satunya sebab aku lebih gemar travel dengan motor..

Memng seronok men'cilok' sana sini.. Kalau jam kat jalan sekali pun aku mudah masuk lorong-lorong kereta..

Dan.. aku suka bawak laju ( adik-adik baca.. jangan tiru ape abang nie buat.. MARABAHAYA! )

Then, masa lepas SPM jer.. member lain dah mula cari part-time job..

Aku lak habiskan 3 bulan sebelum masuk matrik BELAJAR KERETA..

Naik tepu belajar bawak keter jer.. Motor memang aku x kisah sebab

dari form 3 lagi aku pandai bawak.. ( Again, kalau adik-adik nak

bawak jugak.. tunggu umur 16 tahun.. hihihi.. jangan jadi macam

saya.. )


Ada sebab kenapa aku x berkenan sangat bawak kereta.. Bukan sebab

letih lepas bawak kenderaan nie...

Sebab aku tahu.. Naik bas pun leh kebas punggung.. Apatah lagi

motor.. Sakit pinggang bila bawak lama..

Disebabkan ada dua kawan rapat aku meninggal disebabkan kemalangan

jalan-raya..

Tak perlu la mention nama diorang sini.. Tapi dua-dua masuk paper..

Langgar pokok..

Awal-awal lagi Allah panggil dia.. so, takdir dari Dia juga kan..

But since then, i become afraid of driving a car.. Benci sekali

dengan gear manual..

Nak seimbang clutch la.. Sekali dengan brek.. Nak accelerate...


Mak ayah nie lebih kenal kita sebenarnya.. So, they bought a nice

affordable car..

Which had an auto gear for me.. Nak bagi senang sikit kalau keluar mana-mana..

And now.. Boleh kata aku jadi makin berani bawak kereta kat mana-mana pun..

But the moral story is that jangan jadikan pengalaman serta memori lepas..

Menghalang kita dari mengecapi apa yang kita idamkan ( Herm.. berat sangat moral story aku nie.. )

Secara simplenye.. Beranikan diri dalam lakukan apa sahaja..


KECUALI MAKSIAT.. Tau? Hehehehe..

Thanks for lending your eyes reading this piece of experience.. Mekasih!

Monday, 31 October 2011

Fast-Track Clock Keeps Me Heads UP!!

sedar tak sedar dah 31 Oktober erk sekarang?


Hee... Holla peeps! How's it goin'?

Yup, i realize that it has been a while for me.. not to post anything on the blog...

Walhal there are so much thing to share does it? Hehehe..

Mungkin jemari-jari aku lemah gemalai dengan pressure exam seminggu nie..

Who knows.. Blogging mostly need some moods you know..

And for sharing your experience and knowledge.. There's some effort that had to be made..

So i did.. = D


Habis sudah posting 4 bulan aku di Kuantan, Pahang... Pelbagai pengalaman aku peroleh..

Pahit manis mencuka semua ada.. Banyak mengajar tentang rasa hormat dan juga pengalaman berkerja..

Bagaimana mewujudkan hubungan baik antara pesakit dan juga staf jabatan tersebut..

And ETC.. ETC.. ETC ( aku tahu bosan so i skip all those bored parts.. )

So, summarize semua.. I had a great time and knowledge..

Terima kasih kepada sesiapa yang mengajar insan ini.. Jasa anda memang saya tak dapat balas langsung..

Sebab ilmu dan pengalaman anda banyak mengajar saya bahawa ilmu di dunia nie luas terbentang..

Dan saya masih perlu pelajari lagi demi mencari kebahgiaan hakiki..


Here at Kelantan dah masuk musim tengkujuh.. Kalau bagi aku.. umpama winter la bagi kawasan bukan Garisan Khatulistiwa ( lame dah tak belajar Geografi.. Hehehe.. )

Basah lenjun serta pakaian yang tidak terkering antara perkara yang harus anda hadapi masa musim nie..

Bagi aku anak jati Kelate.. memang dah biasa dengan cuaca nie..

Masa-masa nie la ko akan jumpa makcik jual ubi kayu tepi jalan..

Masakan panas masa nie memang laku habis.. Dan payung-payung dijual dengan harga mahal ( kecuali 2nd hand punya sebab banyak rosak.. hihii.. )

Dan aku pun menjalani minggu exam sekarang..


Pressure masa exam? Well, tell me bout it.. Semua stress exam... Ditambah aku dengan banyak benda berlaku sejak 2-3 hari nie..

Motor ayah aku hilang.. Sakit kepala aku x ilang lagi...

Balik-balik posting terus exam.. Yer ar semua itu halangan besar bagi aku..

But i think back.. I realize that.. Thanks ALLAH..

Kalau tak sebab masalah nie... Aku dah jauh dariNya..

Ada kata-kata.. Dari setiap kesusahan ada kesenangan dikurniakanNya..

Jadi, aku berserah padaNya.. tapi selepas aku berusaha la..

Takkan nak tawakal saje kan?

Hehehe.. Dah.. Melalut dah posting nie.. Thanks for reading guys..


= P

Saturday, 15 October 2011

Fairytale Nightmare Realistic World..

Assalamualaikum..

Well, supposedly there's gonna be some words of wisdom before i started every blogging..

But I think what the heck.. Biarkan saja.. Hehehe..

Hello there fellow bloggers and followers.. Which i suspected to review my updates everyday..

( While I'm quite busy with works and practical.. )


Simply put memang xder masa langsung nak share pengalaman kerja mahupun bercerita..

Dan dengan kesusahan aku meng'akses' internet disebabkan tiada broad-band dan

peminjaman terhalang dek misunderstanding..

I keep my words on not entrusting someone again..

Until that guy remains calm and try to trace back what he done wrong..

Alamak, emo lak brader nie cakap pasal member gaduh.. Hahaha.. (Shucks!)


Masa-masa aku berpraktikal kat sini memang penat.. Ditambah pula dengan 2 minggu aku

berada di wad kanak-kanak..

Don't get me wrong here fella's.. I LURVE THEM.. seriously i do..

Kalau x sayang takder la aku jadi seorang abang yang pemaaf kepada keenam-enam

adik-beradiknya.. (Angkat diri sket.. ehem.. ehem..)

But kadang-kala kaki mencengkam tanah bersimen dibaluti kasut hitam dipedal dengan KIWI ini..

Sakit lagi memeritkan.. Iyerlah.. bayangkan anda berdiri dari pukul 8 pagi sampai 5 petang..

How was it? Sedap kaki kan? ( Try ar.. Kalau nak rasa.. )


Dan kerja aku dalam wad kebanyakkan amik observation pesakit and had to used hand-rub

bila dah selesai satu pesakit.. ke satu pesakit ( alah, benda alah yang cam cuci tangan tue..

yang kena tekan keluar air tue.. )

Sebab doktor takut cross-infection kepada kanak-kanak and as we all know..

Kids have low immunization system.. and that's why they need to be immunizationize..  ( Is

that even a word? Heck NO! Hahaha. )

Dalam wad lak ada banyak katil.. So, kaki aku agak tegap dan keras la di akhir setiap shif..

HAHAHAHA.. It hurts too.. (TT_TT)


Belum dikira kalau dimarahi atau suruh buat kerja macam-macam..

Aku xnak berdolak-dalik.. MEMANG BENAR! Anda jadi student praktikel nanti memang

kehidupan menyuruh tue dah jadi lauk pauk...

Aku siap kena marah dengan pakar.. Member kata buat slambe muke tenuk jer..

Aku? Herm.. dalam hati aku fikir macam mana nak buat muke tenuk tue..

And still i didn't have the nose as that animal do.. Thank you my friend.. LOL!


From all the nonsense aku cakap kat atas nie.. main key dia adalah satu jer..

Kehidupan bagaikan roda.. Ada atas ada bawah..

Jangan expect semua kehidupan senang belaka.. Jangan pula harap kejatuhan kita dalam

hari-hari itu berpanjangan...

Sebab seorang pejuang takkan menghargai perjuangannya dengan pingat mahupun wang..

Kehilangan anggota badan.. Sahabat handai dalam perjuangan.. Adalah satu perkara yang

mereka takkan melupakan dan sumber utama mereka..

Dalam mencintai sebuah perjuangan tersebut..

So, hari-hari mendatang ini bersedia dengan apa cara sekali pun..

SEBAB...


ADA HARI HUJAN... ADA HARI CERAH.. Thanks for reading!


AhMad.IqbaL

Saturday, 24 September 2011

A Simple Word But Meaningful.. Freedom..

'' As The Freedom That We Felted For Generations..

Thou Shall Must Acknowledge And Thankful For It.. As A Human.. Their Sanity Is Their Life..

When Those Which Insanity Lurks In Their Life..
Being Told And Being Pronounce As Crazy.. Their...

Hope And Dreams Of Walking Freedom In Life Are Had To Be Aided..

By A Word Call Friendship And Trust.. ''


Assalamualaikum.. 

Apa khabar semua? Harap sihat selalu.. Macam biasa la kehidupan nie..

Kadang kala sakit.. Bila sihat jangan lupa pula bersyukur..

Sebab rahmat dan musibah dariNya untuk kita berbakti dan saling memperingati..


So, hari nie agak free.. Cuti Sabtu sememangnya membuatkan aku seronok..

Boleh la aku rehat sikit... Basuh baju dan seluar..

Kemas tempat tidur sikit.. Ruang kerja aku..

Boleh kata sepanjang hari aku kat rumah.. Tak buat apa..

Boring? Itu dah jadi sinonim hidup aku.. Hehehe..

Tapi bila lagi nak merasa cuti kan? Takkan nak keluar memanjang je.. Habis duit..

Jadi.. aku indoor je hari nie..


Sepanjang minggu aku praktikal di wad psikiatri.. Aku tahu banyak perkara mengenai penyakit mental..

Kesihatan mental itu bagaimana.. Dan stigma masyarakat kepada mereka 'insan' istimewa..

Yang disisihkan.. Dan ditakuti oleh sebab minda mereka yang agak berbeza dari orang-orang norma...

Iaitu penghidap schizophernia dan bipolar...


Bagi perawat di sini.. Aku perhatikan bagi mereka bekerja dengan riang...

Ceria.. Tidak seperti apa yang dinyatakan umum.. Memberitahu bahawa orang yang bekerja di sana bermasalah..

Bagi aku TIDAK SAMA SEKALI.. oleh sebab mereka menyapa dengan mesra...

Tersenyum indah dalam menguruskan pesakit..

Tidak pula aku mendengar keluh kesah tidak berpuas hati bekerja di sini..


Namun aku mahu fokus pada perkataan ini.. 'KEBEBASAN'..

Di mana manusia yang berfikiran waras.. Sering kali tidak bersyukur.. Dengan nikmat Allah

paling tertinggi pada pandangan aku...

Apabila manusia bebas bekerja apa sahaja.. Bergaul dan berhubung.. Makan dan minum..

Serta melakukan aktiviti mereka suka..

Itu adalah pemberian Allah yang harus kita syukuri..


Mereka iaitu pesakit psikiatri masing-masing ingin keluar dari sel-sel yang usang..

Mahu bekerja dan menyara hidup keluarga.. Mahu mendirikan rumah tangga...

Pelbagai impian mereka mahu laksanakan jika mereka keluar..

Umpama seorang banduan yang menyesal atas kesalahan yang mereka lakukan...

Cuma bagi pesakit-pesakit ini.. Tiada kesalahan dilakukan..

Sebaliknya.. Cuma Allah lebih menyayangi mereka dengan memberikan pemikiran yang istimewa..


Aku tidak mahu memanggil mereka gila.. bodoh.. apatah lagi tidak berguna..

Setiap insan adalah bersaudara.. Dan diciptakan oleh Allah di dunia dengan matlamat yang sama..

Pesakit di sini dari bermacam-macam masalah.. Namun di wad mereka bersama..

Makan minum.. Tidur dan bergaul bersama...

Cuma nikmat kebebasan mereka masih tidak terasa.. Dek keterbatasan minda..

Oleh kerana masih tiada kewarasan dalam diri...


Cukuplah aku berceloteh.. Sebenarnya kita harus bersyukur dengan nikmat minda yang elok Allah telah berikan...

Serta kebebasan untuk melakukan apa sahaja asal tidak memudharatkan diri..

Ini tidak.. Penyalah-gunaan dadah.. Hedonism..

Dan pelbagai perkara yang sukar diterima akal dilakukan demi kepuasan diri..

Nikmat Allah sementara sahaja di dunia..

Takut azab seksaNya semestinya pasti.. Hargailah nikmat ini selagi ada masa..

Selagi Matahari belum terbit dari Barat..


Ahmad.Iqbal.Hakim..

Friday, 16 September 2011

Raya Tak Jadi...? Ape Tak Kena...

Herm.. 1/5 for me..


A Film That Is Worth To Watch For Me.. Is A Film That Have...


A Good Understandable Message In It.. A Strong Yet Tougher Plot To Be Know..

A Good And Well Balance Character That Supports The Story..

And A Really Stunning Camera Aspect Of View..

That's A Perfect Movie For Me.. = D


Assalamualaikum...

Sudah lama aku tak tengok wayang... Last citer kalau tak salah aku...

'Harry Potter And The Deathly Hollow II'. Itu pun sebab member ajak... aku ikut jer la..

So, dari hari memboringkan diri di rumah.. 

Baik aku ikut jer member aku ajak pergi tengok wayang hari nie..


Dan tibalah di GSC East Coast Mall.. Aku pun beratur beli tiket wayang..

Johny English dah habis lak dah.. 'Darn it'..

Yang ada Raya Tak Jadi.. And other malay story... Hantu Bonceng pun ada..

Disebabkan aku minat Johan Raja Lawak dengan Saiful Apek..

Aku tanpa segan silu membeli tiket.. dan tunggu hingga tukang koyak tiket..

Memanggil penonton masuk ke Hall 1...


Review pasal citer nie? Buat kali pertama aku masuk ramai orang dah ada..

Dalam Hall 1.. Tak sabar nak tengok filem lawak nie..

Aku baru perasan... Nie arahan Prof. A.Razak Mohaideen.. ( Sowi kalau silap sebut.. )

Konfem muke dia ada dalam nanti.. And most of his film were just above par je..

Tak la kata meletup ke ape.. Cukup sekadar menambah koleksi filem arahannya..


Rating aku bagi? 1/5 bintang.. Kenape terlalu sikit?

Pertama - Plot cerita yang terumbang-ambing... sekejap mayat hidup.. sekejap merompak

rumah si penyimpan mohor besar.. sekejap.. ada flashback bodoh... serius aku rasa cerita agak 

merepek..


Kedua - Watak pembantu yang amat kurang berkesan dalam citer nie.. Kononnye nak

diceritakan watak antagonis ada penolong 2 ekor yang dunggu dan baghal.. 

Namun dialog boss jahat dan kuncu agak mengikut skrip...
Nampak sangat bila bercakap tue tergagap-gagap.. EPIC FAIL!


Ketiga - Aku nampak terlampau banyak lawak sama diguna pakai oleh pelakon utama.. aku tak 

tak nak citer babak mana.. nanti korang tengok.. korang tahu la..

Keempat - Banyak sangat babak gedik dan scene yang aku rasa kalau tak ada pun lagi bagus.. 
tak la meng'komplikate' kan keadaan citer nie.. ( Banyak sangat scene 'HOT' dalam nie.. )


But citer nie dikukuhkan oleh satu bintang kerana lawak Johan Raja Lawak dan Saiful Apek 

yang agak kelakar dan mencuit hati.. 
Babak di mana Jalaludin Hassan pakai baju bayi.. Dan berlakon sebagai nyah memang aku 

gelak sakan.. Belum lagi termasuk bagaimana Shuib ( Saiful Apek ) dengan Bob ( Johan )

uruskan mayat yang diorang jumpa tue.. Hahaha..

Memang gelak sakan satu panggung wayang tue..

Terutama bila Johan Raja Lawak meniru cara percakapan orang Cina..

Hilarious indeed..


So, overall kalau nak tengok.. Sila la ke panggung berhampiran.. Tapi saya syorkan.. Bila dah 

xder option filem lain nak tengok.. baru la tengok citer nie..

Tak ada niat provoke.. but still.. tak mahu anda rasa rugi bila tengok citer nie...

Aku dapat gak la sikit pengajaran dalam citer nie.. ( Disebabkan bila nak bagi pengajaran jer.. l

lagu background jadi lain.. )

Jadi... Tontonlah citer nie.. And let me know what is your opinion on this movie.. Hihihi...


THANKS FOR READING!!


Thursday, 15 September 2011

Cari Jodoh.. Bukan Main-Main Punya Cerita..

When Someone Is Bored.. You Should Entertain Them.. Keep Them Smiling..

Coz.. When It Comes To A Moment That You Yourself Bored To Death...

That Same Person Will Try Hard Enough To Repay Back All Your Happiness..

Hehehe... ( Sendiri Tak Tahu Ape Tulis.. )
Jodoh Di Tangan Allah...

Assalamualaikum pembuka bicara...

Di kala semua kawan-kawan aku balik ke rumah.. menikmati keseronokan menonton televisyen bersama famili..

Aku lak terperap dalam hostel dengan member-member aku yang tak balik..

Boring terlampau.. Dengan duit keringnye...

Dengan masa terlampau banyak.. ( Ish.. x bersyukur aku nieh.. Allah bagi peluang rehat lama.. )

Senang cerita.. BOSAN!


So, i thought.. why not blog bout it? Hahaha.. ( I know.. it sucks! )

Kita sembang pasal erm.. Pasal ape erk?

Pasal cinta la.. ( Haiseyh.. jiwang lak malam Jumaat nie.. )


Old post aku ada cerita a bit bout my love story.. Cerita lama dan lapuk berabuk dah..

I wanna share about my personal taste on woman..

See.. Most man are really 'crocodile land'.. Hahaha.. ( Alah.. buaye darat da.. )

Bila melihat jer perempuan lalu.. Akan terdengarlah bunyi nyuut.. nyuut.. bunyi tikus..

Ntah dari mana bunyi tetiba aku pun x tahu..

But that's normal..


Dari pengalaman aku sebagai seorang berkromosom XY nie.. Cenderung lelaki adalah untuk berfantasi..

Seriously.. No wonder perempuan susah nak nampak pervert.. Wal-hal lelaki are ABSOLUTELY perverted..

Mereka suka bayangkan benda yang tak boleh terbayang oleh wanita..

So, mereka lebih sukakan fantasi dan angan-angan mengenai wanita..

Lebih lanjut.. sila tanya member lelaki anda ( for woman.. )


Lelaki mudah sangat dibaca oleh wanita.. Namun lelaki sukar memahami wanita..

Ini adalah fakta sebenar.. Kita sememangnya sukar memahami wanita ( kaum ADAM.. )

Entah apa kita buat kadang kala semua tak kena depan mata dia..

Hehehe...


Apa aku dah melalut pasal lelaki nie.. HIHIHI.. OK! Straight to the point bro..

What I want from a girl? Herm.. Aku dah letakkan pra-syarat kepada sesiapa yang aku nak cuba mengurat.. ( pecah rahsie.. hahaha.. )

=PERTAMA=

Mestilah memahami.. ciri ini amatlah penting bagi seorang wanita kerana dia seharusnya memahami lelaki itu sebenar.. benarnya...

For example.. Apabila lelaki tue nak keluar dengan member dia.. hendaklah dia beri peluang.. Dan tidaklah berburuk sangka..

Kalau tak.. masa kahwin nanti amatlah sukar sekali berkomunikasi..


=KEDUA=

Pandai jaga hati mak ayah aku.. INI AMAT PENTING! Kalau dengan mak ayah aku dia pandai jaga hati.. aku tabik spring!

Memang boleh bawak jadi bini.. petua orang lelaki kalau nak kahwin..

Bawak calon atau bakal bini anda ke rumah orang tua anda.. tengok macam mana dia layan..

Tak payah duduk sehari.. Cukup tengok masa jumpa jer..

BENDA PERTAMA ANDA PERLU LIHAT.. Adakah dia memanjang borak jer dengan orang tua anda? JADI DIA X LAYAK!

Adakah dia pergi ke belakang dapur.. buat air untuk mak dan ayah anda? LAYAK SANGAT JADI ISTERI!

Sebab orang yang pandai jaga hati orang tua akan tahu.. bila kita duduk di ruang tamu berbual.. Semestinya lah mereka akan buat air..

Untuk minum.. Nampaklah dia benar-benar menghargai orang tua anda..


Cukup jer la setakat nie.. Ape? Best bace? Hahaha...

Kalau bace sampai habis memang ar best.. Sebab banyak lagi nak share..

But rasenye dah cukup la.. Panjang pun bukan orang bace.. Hahaha..

So, dalam banyak-banyak nie.. Paling penting wanita itu adalah agamanya..

Kerana agamalah kita boleh dibentuk.. Dan keluarga yang tercipta bahagia.. InsyaAllah..

THANKS FOR READING!!


Thursday, 8 September 2011

Agungnya Secebis Pengalaman..

Ilmu itu mengalir apabila ianya disebarkan.. Seperti sebatang sungai yang jernih..

Pabila ilmu itu disampaikan kepada generasi seterusnya.. Maka pahala itu juga sama seperti sungai tersebut..

Mengalir tanpa putus.. Begitu jugalah pahalanya.. Tidak akan terputus pahala ilmunya..

Kerana ianya diamalkan dan disebar hingga ke akhir zaman.. Amin..



Ilmu.. Sains Sebagai Kebenaran.. Agama... I.S.L.A.M
Assalamualaikum pembuka bicara..

Kadang kala aku sebagai insan biasa.. Sama seperti semua.. Belajar dari pengalaman..

Baik buruknya seseorang.. Teruk atau hodohnya perangai..

Yang jernih kita ambil.. Yang keruh kita buang jauh.. Itu yang sentiasa tersemat dalam minda aku..

Hari ini mari bercerita sikit pasal perangai manusia..

Iyerlah.. manusia ada banyak perangai..

Ape kaitan intro atas dengan post nie? ( Buat-buat tanye lak erk? Hehehe.. )


Ianya mengenai 'KEDEKUT ILMU'.. Pernahkah anda berada dalam situasi berikut?


Bro A : Aiseyman, susah lak soalan nie.. Kena tanya member nieh.. Er.. Bai ( Bro.. ) tolong leh x? Tak faham la soalan no. 1 nie...

Bro B : Hallamak ( Dengan penuh riak x ingat.. ) ini kacang jer ar.. Ko leh buat sendiri.. Ikot jer ape dalam buku tuh..

Bro A : Aku habis bace khatam semua dah.. X paham lagi... Mintak ajar leh?

Bro B : Sibuk weyh aku nie.. Ko pergi cari orang laen ar.. Aku terangkan nanti ko tak faham..

Bro A : Xper la.. Ko pandai.. Tolong la...

Bro B : AH! TAKDE! BLAH!! Aku sibuk nie.. SIBUK!! ( Sambil menaip mesej kepada aweknye.. )

Bro A : .....


Ha! Nampak x? Pernah alami? Aku selalu sangat alami benda nie...

Dari zaman sekolah rendah, sekolah menengah sampai matrik.. Ada jer orang pandai.. Kedekut ilmu..

Xpernah nak tengok sama-sama senang.. sama-sama belajar tinggi..

Kalau yang malas tue.. Dibiarkan jer macam tue.. Xder pesaingan sket..

Busuk hati betul manusia macam nie..

Kedekut ilmu ini satu penyebab utama kita susah nak excel dalam studies..


And those who are repeatedly failing will lost their confidence in life..

Itu jadinya bunuh diri.. Gila x pasal.. Sebab tiadanya orang mahu share ilmu.. Mahu share apa kefahaman mereka terhadap sesuatu subjek..

Aku kalau faham sekalipun aku ajarkan balik kepada diorang.. ( Although semua buat muka tongga sebab aku baru dapat pick-up.. Whereas.. Diorang dah lame tahu.. Hahaha.. )

At least orang tahu kita faham.. Kan?


Berbalik kepada cerita aku tadi.. Hari nie adalah seorang hamba Allah yang aku rasa...

Dalam dirinya perlu ada sifat berkongsi pengalaman bekerja dan ilmu.. Kerana aku pasti..

Ilmu di dalam dirinya dan pengalaman kerjanya AMATLAH BANYAK sekali..

Namun diri aku rasa tensen memanjang.. Disebabkan dia tak mahu share pengalaman kerja..

Mahupun memberi peluang kepada kitorang untuk melihat cara dia bekerja..

Dia cakap kitorang nie PEMALAS...

Dan orang PEMALAS patut dilayan cara PEMALAS.. So, dia pun tak ajar kitorang..

Tak pernah bagi kitorang peluang pun.. Atas sebab kitorang nie student..

Ini aku memang aiming sebagai KEDEKUT ILMU..


Aku tahu bila kitorang tak faham  barulah boleh jumpa beliau.. Bertanyakan soalan..

Namun xkan setakat itu jer? Tak der mengajar kitorang... Share pengalaman dengan kitorang macam mana bekerja..

Apatah lagi nak berkongsi pendapat.. Apa yang ditanya.. Itu yang dijawab.. TITIK..

Malah.. Lain-lain soalan bukan akademik xdilayan..

Bagi aku.. Sikap macam nie memang aku tak boleh terima..

Apabila ko malas nak berkongsi pengalaman dan ilmu.. dan KEDEKUT dalam segalanya..

Trust me.. aku rasa tunggu masa jer ko merasa balik apa itu perkongsian ilmu...


Aku sebenarnya memang marah dengan golongan nie.. Sebab diorang sendiri rugi dan dalam kerugian..

Allah dah kurniakan pahala yang tak akan putus-putus kowt kalau mengajar dan menyebarkan ilmu..

Takkan ko xnak kan? Pengalaman berharga itu penting bagi kami student..

Nak melangkah ke alam pekerjaan..

Sukar bagi aku terima.. Ada jugak yang jenis macam nie.. Sayang sekali pahala free depan mata xmerasa..


Takpelah.. Aku rasa biarlah.. Lama-lama dia sedar juga.. Yang ilmu di dunia nie.. Tak boleh dibanding dengan ILMU ALLAH.. Yang luas terbentang..

Segenap bumi semesta alam..

Allah berfirman dalam Surah Al-Luqman Ayat 27 yang bermaksud :

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta),  

dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah
Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.  "


Jadi.. Siapa yang kedekut atau kurang berkongsi ilmu tue..

Belajarlah untuk menyebarkannya.. kerana benda baik itu haruslah dikongsi..

Agar kita sendiri dapat berubah dan mendapat manfaat darinya.. InsyaAllah...

Agar sama-sama beroleh rahmat dan kesyukuran..

Dan bersama mendapat keredhaanNYA di sana.. Amin..


Sang Penyair.. AHmad.IQBal.HAKim

Saturday, 3 September 2011

Raya? Saya Tak Terasa La..


Semua nak menembak bintang! Hahaha..

blogger sekarang dah baru erk? dah ada interface baru la..


nampaknye senang la aku nak update post aku... yang dah lama x diupdatekan..

hari nie hari Sabtu.. raya ke-5..

sudah lama tidak membuka profile blogku.. sudah lama tak bertemu follower setia..

hehehe... ( although hampir kesemua post aku tidaklah berapa menarik untuk di baca.. sedih.. = X )


tahun nie raya rumah aku agak biasa jer.. tidak semeriah dulu..

why? mungkin sebab salah satunya aku dah besar panjang ( selalunya every year aku fikirkan begini.. )

dan perasaan nak beraya ke rumah kawan-kawan tidak sesemangat dulu..

mungkin aku sendiri dah rasa hilang semangat 'raya' itu sendiri..


bila zaman kanak-kanak dulu.. meriah bagai tak ingat..

sampaikan raya ke-10 ke-11 tue pun nak beraya lagi.. ( seingat aku la.. )

collect duit raya rumah sorang-sorang.. yang dulu selama nie x pernah nak datang melawat..

bila dah beraya.. bantai masuk jer semua rumah..

( dah name rumah terbuka kan? hahaha.. )

mercun dan duit raya xleh ilang dari memori diri aku.. belajar main mercun..

hidup aku memang xleh lari dari main mercun biarpun benda tue bahaya..

tapi bila fikir balik.. kes-kes tangan putus semua..

sebab mercun diorang bikin sendiri.. so, aku cakap senang jer.. tanggung sendiri le jawabnye.. hehehe..

sebab bila aku start main... aku dah fikirkan dah risiko tueh..

so.. what the heck.. maen jer la.. = D


bace jer blog justkhai.. aku perasan yang ada sesetengah sebab yang dia bagi..

mempengaruhi ketidak berminatan aku beraya tahun nie.. ( ayat xleh blah.. hahaha.. )

antaranya salah satu permainan komputer..

aku balik rumah je dah set mind.. habiskan game Starcraft 2 : Wings Of Liberty..

sememangnya raya aku x terasa.. mata terpaku badan terkaku dan punggung kebas memanjang bila nak habiskan satu mission tue..

dan lagi satu.. social network like Facebook.. everytime aku balik dari menziarahi rumah sedara..

mesti ada jer nak update dalam FB.. bukan aku je..

yang lain pun ada agak..

aku? aku jarang sangat masa raya hari tue.. sibuk men'sibuk'kan diri..


harap next year raya dengan Ramadhan especially aku akan hargainya dengan baik...

menjadikan bulan kesabaran dan bulan kemenangan nie satu peluang..

meningkatkan amalan.. dan meraikan dengan penuh kesederhanaan..

raya tak perlu berlebih-lebihan.. dan janganlah pula berkurang-kurangan..

cukuplah tidak membazir.. kan?

nice to type it.. nice to read it.. thanks!

= D


Assalamualaikum...

IQBAL.HAKIM


next blog : tradisi raya orang bujang.. = D

Monday, 29 August 2011

Z... Z.. Z.. Darn It!

ketika semua makhluk ALLAH tidur dalam kesenangan dan segalanya aman..

mereka berehat dan mengumpul tenaga..

aku pulak membazirkan tenaga yang ada untuk awake.. buka FB.. dan chatting..

why? well, sebab saye selalu InsOmNia..


Term nie dah lame digune pakai.. maybe sejak zaman paleolitik lagi ( main hentam je aku.. )

di mana satu keadaan seorang manusia tidak tidur pada waktu malam..

atau erti bahase mudahnye.. susah nak tido..


pelbagai cara anda boleh buat nak bagi tido.. cam

- bacekan buku cerite ke.. ( kisah jack dan kacang soya ke.. si tanggang ke.. )

- kire bebiri yang melompat ( ini memerlukan daya imaginasi tinggi atas sebab kadang kala binatang lain juga akan melompat dari pagar imaginasi anda.. seram.. = X )

- minum susu suam ( tradisional sebenarnya.. tapi jika anda xleh minum susu.. jangan gedik atau terimalah sakit perut berpanjangan keesokkannya.. )

namun kesemua cara ini tidak berkesan..


kebanyakkan yang stay up dan peminum kafein jugak leh jadi InsOmNIa...

so, tak heran la aku masuk dalam group ini.. coz i'm ADDICTED to COFFEE..

tapi banyak pun xboleh gak.. rosak ginjal dengan hepar..


basicly, ape aku nak cakap.. try to get a good rest for those who xpernah lagi mengalami keadaan aku...

sebab bila dah rase same cam aku.. trust me..

esok anda akan 'lena' dengan lamenye.. ( sebab x cukop tidor pagi.. )


or else.. you would ended up messy and awake until all of your energy drain out..

( skali cam bateri lak.. drain power sumer nie.. hahaha.. )

okeh! cukop ar kowt share.. my eyes are tired..

dah habis effect kopi.. nak try tido..

TatA!

Thursday, 25 August 2011

Tazkirah Simple Sang Student...

belum raye dah main bunga api.. hehehe..
minggu nie aku praktikal kat dewan bedah or in english Operation Theater..

dari 8.00 am sampai 5.00 pm.. dalam dewan tue teramat la sejuk.. di tahap beku bekuan..

aku masuk sana.. kena dress up pakai baju OT..

sememangnya tak boleh pakai pakaian casual mahupun ala-ala gala sekalipun..

cukup baju dan seluar OT yang simple tanpa ada labuci mahupun bling-bling..

but pengalaman tue nanti jer aku citerkan.. hehehe..


jam struck 1 o'clock..

as the rest of my day... this time was precious.. sebab aku akhirnya boleh rehat..

and as a part of my muslim duty.. to perform Zohor solah is a must!

sampai jer surau aku baru teringat satu perkara..

alamak... USTAD SEMALAM SURUH AKU PREPARE UNTUK TAZKIRAH!

memang aku dah siap2 bawa buku akhlak muslim..

tapi lom bace lagi.. tak prepare ape pun.. ( cuak giler mase tue.. )


kalau nak diingat kembali.. zaman sekolah menengah aku dulu ada la..

orang panggil T-5.. atau tazkirah 5 minit... ( sowi la kalau salah.. sebab aku x ingat sangat.. )

masa tue aku ada la perform gak tazkirah untuk junior.. tapi masa tue masih berilmu..

fresh lagi kowt.. Al-Quran Sunnah dengan Syariah Islamiah aku bace..

siap amal lagi..

nie dah masuk kolej dah tinggal dah semua tue ( adik-adik jangan la jadi cam saye erk.. ilmu dimanfaatkan.. bukan hanya untuk pass exam saje.. )


berbalik pada citer tadi.. habis solat Zohor semua.. makmum duduk..

tunggu sape la yang nak bagi tazkirah pulak..

ustaz yang suruh aku bagi tazkirah nie bukan calang-calang.. tazkirah dia best!

tapi sayang.. aku asyik terlelap jer.. ( maklumlah.. dok dewan bedah berdiri memanjang.. mane leh duduk.. )

so, dah yang lain bagi tazkirah power... aku mulakan dengan salam..

dan bacaan zikir..


gugup bace tazkirah... sebab bace buku jer.. tapi, untuk tak menampakkan aku bace straight forward jer..

aku selitkan pengalaman aku berpuasa sekali..

sebab sebelum nie aku memang seronok bila puasa.. bulan Ramadhan nie jer la waktu kita beramal..

baca hadis dan firman Allah berkenaan akhlak muslim..

pada mulanya aku malu.. sebab bagi tazkirah nie.. diri pun kena elok..

sedangkan aku banyak dosa dengan DIA.. namun hari nie lepas tazkirah jer..

it open my heart a bit..

bukan saja-saja ia mendidik orang yang mendengar.. malah diri sendiri..

supaya apa yang dikatakan itu bakal diikuti.. InsyaAllah...

dalam erti kata lain... aku jadi terharu dengan ayat-ayat yang aku baca..

amalan yang aku ceritakan.. aku akan cuba lakukan...

dan tidaklah hanya sembang kosong sahaja..


habis tazkirah semua balik.. Alhamdulillah.. lega rasa...

namun aku puas.. biarpun banyak gagap dan tak la lancar mana.. at least aku dah sampaikan..

kebaikkan kepada setiap saudara seISLAM...

AMIN...


AHMAD.iqbal.HAKIM

Tuesday, 23 August 2011

Nukilan Diri : Siapa Sebenarnya Diri Ini..

Sunsets in New-Castle.. Kelantan..
Kinda weird topic.. but it's the truth.. I kept forgeting HIM..

Even in this Holy month i still always disobey HIS order..

Orang kata dalam bulan nie la kita nak nilai diri.. Sama ada selama ini memang kita didorong oleh syaitan atau tidak..

Bila melakukan sesuatu pekerjaan.. Guess that statement is absolutely correct..

Terdorong aku menaip blog pasal sifat selalu lupa solat nie sebab...

Aku dah cuba dan cuba...


Mungkin diri aku nie penuh sangat sifat x elok..

Dulu masa kecil sememangnya umpama kain putih.. Bersih, suci.. Aku masih ingat..

Biarpun tinggal solat.. Aku cepat-cepat Qada kan..

Kalau dah buat salah.. Cepat aku maafkan.. Dan mohon maaf jika kesilapan dah dibuat..


Bila dah besar.. Sifat manusia senang berubah...

Keremajaan hakiki bukanlah suatu nikmat yang berkekalan.. Bila masa melangkah ke alam dewasa..

Apabila kita dah terbiasa buat benda jahat..

Pastinya amalan itu tidak akan berhenti.. Sehinggalah kita sendiri mendapat tauhid dariNya..

Aku masih lagi tercari-cari jalanNya yang lurus..


Solat tak khusyuk.. Solat tak terjaga.. Selepas itu samalah dengan amalan lain..

Biarpun berpuasa di bulan Ramadhan.. Namun bila tak solat.. Sama sahaja...

Namun tak bermaksud aku tak berpuasa.. Masih lagi melakukannya..

Tahun ini aku rasa amat sedih sekali...

Tidak terasa nikmat Ramadhan sama seperti waktu kecil-kecil dulu..

Bila malam menjelma.. Tadarus.. Solat sunat hajat.. Amalan zikir..


Dah besar.. Sibuk dengan pelajaran.. praktikal.. sampai lupa arah tuju sebenar dunia..

Mengejar hakiki duniawi.. Ukhrawi aku masih belum pasti mencukupi...


Jadi, aku berpesan kepada diri sendiri.. Serta sahabat yang membaca post ini..

Kita cari Nur yang abadi.. cahaya Allah yang selama ini kita peroleh..

Namun sering kali kita abai hingga tercari-cari lagi cahaya itu...

Nikmat Islam kita diwarisi tidak sama dengan nikmat Islam yang baru diperolehi oleh seorang Mualaf..

Masa yang singkat ini..

Aku beriktikad... Untuk cuba berubah perlahan namun pasti..

InsyaAllah.. Akan aku cuba ubah diriku ini..


IqbalHakim..

24 Ramadhan 1431 Hijrah...

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...