Thursday 8 September 2011

Agungnya Secebis Pengalaman..

Ilmu itu mengalir apabila ianya disebarkan.. Seperti sebatang sungai yang jernih..

Pabila ilmu itu disampaikan kepada generasi seterusnya.. Maka pahala itu juga sama seperti sungai tersebut..

Mengalir tanpa putus.. Begitu jugalah pahalanya.. Tidak akan terputus pahala ilmunya..

Kerana ianya diamalkan dan disebar hingga ke akhir zaman.. Amin..



Ilmu.. Sains Sebagai Kebenaran.. Agama... I.S.L.A.M
Assalamualaikum pembuka bicara..

Kadang kala aku sebagai insan biasa.. Sama seperti semua.. Belajar dari pengalaman..

Baik buruknya seseorang.. Teruk atau hodohnya perangai..

Yang jernih kita ambil.. Yang keruh kita buang jauh.. Itu yang sentiasa tersemat dalam minda aku..

Hari ini mari bercerita sikit pasal perangai manusia..

Iyerlah.. manusia ada banyak perangai..

Ape kaitan intro atas dengan post nie? ( Buat-buat tanye lak erk? Hehehe.. )


Ianya mengenai 'KEDEKUT ILMU'.. Pernahkah anda berada dalam situasi berikut?


Bro A : Aiseyman, susah lak soalan nie.. Kena tanya member nieh.. Er.. Bai ( Bro.. ) tolong leh x? Tak faham la soalan no. 1 nie...

Bro B : Hallamak ( Dengan penuh riak x ingat.. ) ini kacang jer ar.. Ko leh buat sendiri.. Ikot jer ape dalam buku tuh..

Bro A : Aku habis bace khatam semua dah.. X paham lagi... Mintak ajar leh?

Bro B : Sibuk weyh aku nie.. Ko pergi cari orang laen ar.. Aku terangkan nanti ko tak faham..

Bro A : Xper la.. Ko pandai.. Tolong la...

Bro B : AH! TAKDE! BLAH!! Aku sibuk nie.. SIBUK!! ( Sambil menaip mesej kepada aweknye.. )

Bro A : .....


Ha! Nampak x? Pernah alami? Aku selalu sangat alami benda nie...

Dari zaman sekolah rendah, sekolah menengah sampai matrik.. Ada jer orang pandai.. Kedekut ilmu..

Xpernah nak tengok sama-sama senang.. sama-sama belajar tinggi..

Kalau yang malas tue.. Dibiarkan jer macam tue.. Xder pesaingan sket..

Busuk hati betul manusia macam nie..

Kedekut ilmu ini satu penyebab utama kita susah nak excel dalam studies..


And those who are repeatedly failing will lost their confidence in life..

Itu jadinya bunuh diri.. Gila x pasal.. Sebab tiadanya orang mahu share ilmu.. Mahu share apa kefahaman mereka terhadap sesuatu subjek..

Aku kalau faham sekalipun aku ajarkan balik kepada diorang.. ( Although semua buat muka tongga sebab aku baru dapat pick-up.. Whereas.. Diorang dah lame tahu.. Hahaha.. )

At least orang tahu kita faham.. Kan?


Berbalik kepada cerita aku tadi.. Hari nie adalah seorang hamba Allah yang aku rasa...

Dalam dirinya perlu ada sifat berkongsi pengalaman bekerja dan ilmu.. Kerana aku pasti..

Ilmu di dalam dirinya dan pengalaman kerjanya AMATLAH BANYAK sekali..

Namun diri aku rasa tensen memanjang.. Disebabkan dia tak mahu share pengalaman kerja..

Mahupun memberi peluang kepada kitorang untuk melihat cara dia bekerja..

Dia cakap kitorang nie PEMALAS...

Dan orang PEMALAS patut dilayan cara PEMALAS.. So, dia pun tak ajar kitorang..

Tak pernah bagi kitorang peluang pun.. Atas sebab kitorang nie student..

Ini aku memang aiming sebagai KEDEKUT ILMU..


Aku tahu bila kitorang tak faham  barulah boleh jumpa beliau.. Bertanyakan soalan..

Namun xkan setakat itu jer? Tak der mengajar kitorang... Share pengalaman dengan kitorang macam mana bekerja..

Apatah lagi nak berkongsi pendapat.. Apa yang ditanya.. Itu yang dijawab.. TITIK..

Malah.. Lain-lain soalan bukan akademik xdilayan..

Bagi aku.. Sikap macam nie memang aku tak boleh terima..

Apabila ko malas nak berkongsi pengalaman dan ilmu.. dan KEDEKUT dalam segalanya..

Trust me.. aku rasa tunggu masa jer ko merasa balik apa itu perkongsian ilmu...


Aku sebenarnya memang marah dengan golongan nie.. Sebab diorang sendiri rugi dan dalam kerugian..

Allah dah kurniakan pahala yang tak akan putus-putus kowt kalau mengajar dan menyebarkan ilmu..

Takkan ko xnak kan? Pengalaman berharga itu penting bagi kami student..

Nak melangkah ke alam pekerjaan..

Sukar bagi aku terima.. Ada jugak yang jenis macam nie.. Sayang sekali pahala free depan mata xmerasa..


Takpelah.. Aku rasa biarlah.. Lama-lama dia sedar juga.. Yang ilmu di dunia nie.. Tak boleh dibanding dengan ILMU ALLAH.. Yang luas terbentang..

Segenap bumi semesta alam..

Allah berfirman dalam Surah Al-Luqman Ayat 27 yang bermaksud :

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta),  

dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah
Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.  "


Jadi.. Siapa yang kedekut atau kurang berkongsi ilmu tue..

Belajarlah untuk menyebarkannya.. kerana benda baik itu haruslah dikongsi..

Agar kita sendiri dapat berubah dan mendapat manfaat darinya.. InsyaAllah...

Agar sama-sama beroleh rahmat dan kesyukuran..

Dan bersama mendapat keredhaanNYA di sana.. Amin..


Sang Penyair.. AHmad.IQBal.HAKim

1 comment:

  1. orang kedekut ilmu nih ada kat mana2 ja..penah jadi kat aku gak..selalu aku tnya kawan aku sorang nih cmna nak buat soalan nih..ayat kerek dia"aku x tau la wei"bila time result mak ehh result dia sentiasa power..pastu buat muka x bersalah ja..tapi aku redha ja la..dia pandai kan..

    ReplyDelete

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...