Tuesday 23 August 2011

Nukilan Diri : Siapa Sebenarnya Diri Ini..

Sunsets in New-Castle.. Kelantan..
Kinda weird topic.. but it's the truth.. I kept forgeting HIM..

Even in this Holy month i still always disobey HIS order..

Orang kata dalam bulan nie la kita nak nilai diri.. Sama ada selama ini memang kita didorong oleh syaitan atau tidak..

Bila melakukan sesuatu pekerjaan.. Guess that statement is absolutely correct..

Terdorong aku menaip blog pasal sifat selalu lupa solat nie sebab...

Aku dah cuba dan cuba...


Mungkin diri aku nie penuh sangat sifat x elok..

Dulu masa kecil sememangnya umpama kain putih.. Bersih, suci.. Aku masih ingat..

Biarpun tinggal solat.. Aku cepat-cepat Qada kan..

Kalau dah buat salah.. Cepat aku maafkan.. Dan mohon maaf jika kesilapan dah dibuat..


Bila dah besar.. Sifat manusia senang berubah...

Keremajaan hakiki bukanlah suatu nikmat yang berkekalan.. Bila masa melangkah ke alam dewasa..

Apabila kita dah terbiasa buat benda jahat..

Pastinya amalan itu tidak akan berhenti.. Sehinggalah kita sendiri mendapat tauhid dariNya..

Aku masih lagi tercari-cari jalanNya yang lurus..


Solat tak khusyuk.. Solat tak terjaga.. Selepas itu samalah dengan amalan lain..

Biarpun berpuasa di bulan Ramadhan.. Namun bila tak solat.. Sama sahaja...

Namun tak bermaksud aku tak berpuasa.. Masih lagi melakukannya..

Tahun ini aku rasa amat sedih sekali...

Tidak terasa nikmat Ramadhan sama seperti waktu kecil-kecil dulu..

Bila malam menjelma.. Tadarus.. Solat sunat hajat.. Amalan zikir..


Dah besar.. Sibuk dengan pelajaran.. praktikal.. sampai lupa arah tuju sebenar dunia..

Mengejar hakiki duniawi.. Ukhrawi aku masih belum pasti mencukupi...


Jadi, aku berpesan kepada diri sendiri.. Serta sahabat yang membaca post ini..

Kita cari Nur yang abadi.. cahaya Allah yang selama ini kita peroleh..

Namun sering kali kita abai hingga tercari-cari lagi cahaya itu...

Nikmat Islam kita diwarisi tidak sama dengan nikmat Islam yang baru diperolehi oleh seorang Mualaf..

Masa yang singkat ini..

Aku beriktikad... Untuk cuba berubah perlahan namun pasti..

InsyaAllah.. Akan aku cuba ubah diriku ini..


IqbalHakim..

24 Ramadhan 1431 Hijrah...

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...