Wednesday 21 December 2011

Celoteh Rabu : Hujan Panjang Di Rumah..

Assalamualaikum..

Setelah menaip tentang solat semalam.. Hari nie aku nak menaip tentang perkembangan terkini diriku..

Familiku dan persekitaranku.. ( So, ini adalah santai.. )

Adik aku kat Bali dan juga pak sedaraku dari Kuala Lumpur nak tahu perkembangan famili Mat Yusoff kan? Hehehe.. Meh nak citer..


Adik arifillah bakal genap 1 tahun 8 bulan nanti menjelang bulan Januari.. Dia dah banyak cakap dah sekarang..

Mulut dia tak habis-habis berzikir nama-nama Allah.. puji pujian kepada Rasulullah..

Mama kata besar nanti mesti pandai.. Sebab awal-awal lagi dah pandai ajuk cakap orang..

Kalau sebut mama dengan abah tue dah biasa.. Siap ada semangat patriotik lagi nyanyi lagu Negaraku.. ( Biarpun lirik belakang je dia ingat.. Hehehe.. )


Luqman Hakim pulak mula belajar kereta mulai Selasa, Khamis dan Ahad... Kat tempat belajar kereta...

Mengikut jejak langkah abang dan kakaknya mengisi masa cuti 3 bulan lepas SPM ( ini dah dikira tradisi adik-beradik.. Hahaha.. )

Kepenatannya dalam memandu kereta dan motor dapat dilihat dengan keadaan beliau tertiarap di atas katil dan lena dibuai mimpi indah.. = )


Mama dan abah sihat walafiat.. Semakin berseri dan bahagia.. = D Selalu menjaga makan dan minum serta mengajar erti bersederhana dalam kehidupan..

Mama biasalah.. Masakan dia pasti buat anak-anak terliur.. Hihihi..

Dan abah.. Lucu dalam tegas.. Huhuhu.. ( Kalau mama dan abah baca.. abang segan.. Hahaha.. )

Adik-adik lain semua sihat seger buger..


Rumah depan kita nie dah pasang onin tau.. Pastu jalan dah tar baru.. nampak lain sangat rumah..

Kalau tidak dulu nampak kecik jer rumah xder tempat teduh..

Nie dah pasang.. Nampak lebih cantik.. Kemas dan jalan tar tue pun selesa kalau kita bawak motor..

Tak berlubang..


OK.. Cukop la kot update pasal rumah... Pasal abang.. tanya tuan punya badan sendiri la erk..

Apa-apa pun alhamdulillah syukur nikmat Allah.. kebahagiaan rumah dalam keadaan sederhana..

Seronok sebenarnya.. = )

So, Mekasih sebab baca... = D

1 comment:

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...