Friday, 20 December 2013

Small Continous Deed..

Menaip pada malam Jumaat dengan mood yang kurang elok.. Dilema seorang anak muda yang sering kali tersungkur bangkit berulang kali..

Hati sang pemuda terisi dengan menaip setiap pengalamannya.. bagaimana rasa malas untuk bersolat, mendengar ceramah agama.. namun dalam hatinya kerap kali berusaha berubah..

Sering kali dia hanyut namun syukur belum terus terkapai dalam lautan duniawi yang rakus membaham manusia yang fasik..

Detik masa yang berlalu tidak terasa sang pendosa.. Apabila langkah demi langkah beliau mengorak..

Andai Allah dedah betapa banyak dosa sang manusia itu.. Tentu dia terduduk kaku meratap..

Memohon diberi peluang taubat.. Itulah insani..


Aku berada dalam keadaan dilema sebegini setiap kali.. Namun hari nie bila aku buka televisyen..

Satu nasihat yang memang sentap dengan segera..

Perubahan anak muda itu tidak boleh secara mendadak.. Ianya harus diselaraskan mengikut kemampuan.. perlahan demi perlahan membina rumah dengan setiap bata-bata amalan..

Agar cantik iman tidak goyah..

Anak muda seperti aku apabila disedarkan dengan keagamaan.. Mula beramal.. Dan mulut kerap kali berzikir.. Bersolat dan mengerjakan amalan dengan banyak..

Pesanan pengacara itu.. Anak muda yang menjalankan terlalu banyak amal akan tiba waktunya apabila dia tidak boleh lagi membendung..

Terasa berat melakukan pahala sehingga.. sedikit demi sedikit dia kembali menjadi sediakala..

Amal yang dilakukannya tidak bertahan.. Paling lama dua hingga tiga minggu..

Memang... Sememangnya terkena pada jiwa aku.. Kerana minggu lepas..

Sememangnya aku merasakan banyak amal aku telah lakukan...


Sehinggalah satu masa.. Tertinggal amalan tersebut.. Kemudian tanpa dijangka kita menjadi seorang yang berdosa di sisi Allah..

Amal yang berkualiti kita jaga menjadi amal yang sekadar memenuhi syariat...

Sedangkan solat.. zikir adalah hubungan diri dengan Allah..

Yang Maha Pencipta..

Kesedaran aku ini ku harap menjadi satu titik istiqamah.. Memperbaiki diri dengan menetapkan amal yang akan dilakukan secara berperingkat...

Seperti setiap hari 1 helai muka surat al-Quran..

Solat sekhusyuk mungkin.. Mengambil masa dalam 5-10 minit di hamparan sejadah berdoa keampunan diri dan ibu bapa..

Menahan diri dengan senyap dan tidak berkata sia-sia..

Selemah-lemah manusia dalam menjauhi maksiat.. adalah membenci dengan hati...

Qalbi yang dipupuk selembut dan seelok-elok mungkin.. Seperti mana telitinya Sang Pencipta menciptakan manusia dari daging.. dari air mani yang hina..

Begitu juga aku.. Memperhalusi setiap perbuatan..

InsyaALLAH...

Doakan kekuatanku dalam menempuh dunia yang tak lama.. akhirat yang menanti...

Kubur yang sudah lama menunggu... Padang mahsyar yang menjadi saksi..


Doakan aku sahabat....

Thursday, 12 December 2013

Droplet From Above..

Hujan lebat kat luar tak menjejaskan program petang aku.. Iaitu tidur.. Hehehe...
Setelah kepenatan dari satu meeting simple pada tengah hari tadi, aku balik terus ke rumah dah tidur..
Tak larat lagi nak attend klinik.. Nak ke pejabat kesihatan daerah pun pakai kenderaan sendiri..
Dugaan Allah beri pada hambaNya..
Driver lak cuti hari nie.. Rehat rasanya.. Hehehe.. ( Positive thinking.. )

Assalamualaikum.. Kaifa ha luka ya antum? Sehat belake?
Alhamdulillah.. semoga Allah merahmati dan meredhai setiap pembaca yang setia..
Penghujung tahun adalah waktu di mana semua bersiap sedia, jiwa dan raga untuk menyambut tahun baru dengan azam yang baru.. Menyelesaikan segala permasalahan yang ada pada bulan ini..
Yang tinggal di kawasan pantai timur.. bersiap siaga dengan persiapan banjir..
Dan sebagaimana setiap tahun.. Hujan tak berhenti di Pahang, Kelantan dan Terengganu..
Termasuk juga Johor dan Melaka..

Yang terjejas teruk pastinya Pahang dan Terengganu.. Terutamanya di kawasan Kemaman dan Kuantan.. Dulu aku praktikal kat Hospital Tengku Ampuan Afzan selama 4 bulan dan sememangnya bandar Kuantan dekat dengan pantai dan paya.. memang kawasan yang agak rendah..
Dan berita yang kita dapat dengar dan tahu dari FB serta TV menyaksikan bagaimana hampir seluruh bandar Kuantan ditenggelami air..
Sememangnya kuasa Allah Yang Maha Besar.. Dia boleh memberi dan menarik nikmat hanya dalam sekelip mata..

Namun apa yang menjadi iktibar bagi kejadian ini adalah bagaimana kita harus bersyukur dan sentiasa mengingati Allah dalam setiap apa jua kejadian ciptaanNya...
Terselit begitu banyak hikmah dalam setiap kejadian dan penciptaanNya..
Manusia yang sering kali sibuk dan tiada masa bersama keluarga kini setiap masa menjaga dan melindungi keluarganya..
Sifat bongkak dan takabur berubah kepada baik hati dan saling bantu membantu..
Ukhuwah yang selama ini terputus.. Kini bertaut kembali sesama jiran dan saudara...
Hikmah banjir itu terlalu besar dari pandanganku..

Kita yang berada satu negara saling bantu membantu.. melalui apa jua cara..
Yang sms dengan sms bantuannya.. Menderma sebanyak mungkin..
Yang punyai kepakaran kedoktoran, askar dan polis turun sama memastikan rakyat selamat..
Yang punya kuasa dan pangkat tidak mengira darjat bersinsing tangan membantu..
Atas nilai persaudaraan Islam dan kemanusiaan..
Yang berat sama dipikul.. yang ringan sama dijinjing..

Setiap bencana.. malapetaka.. Kehilangan ada hikmah yang harus kita cari sebagai seorang hamba yang sentiasa diuji Allah..
Bukan aku berbicara kerana aku tidak pernah merasa.. TIDAK..
SETIAP MANUSIA PUNYA MASALAH..
Dan keyakinan aku pasti bahawa kesabaran.. keikhlasan penerimaan Qada' Qadar..
Keutuhan iman hanya kepada Allah sahaja penguat diri..
Meletakkan Dia hanya tempat bergantung.. Dan berusaha hanya padaNya..
Setiap perkara dapat diselesaikan..
Bersyukur atas nikmat diberi.. Bertasbih memuji Illahi.. Bertakbir atas setiap kekuasaanNya..

Kuatkan semangat dan iman wahai hamba Allah..

#prayforPahang #prayforKelantan #prayforTerengganu


Thursday, 5 December 2013

Simple Word..

Berbekalkan semangat untuk membaca balik blog-post aku yang lama..

Gather balik keberanian untuk berblogging dan menumpukan seluruh fokus hanya kepada kerja aku seharian.. serta dihiasi dengan slice of life seorang dressar biasa...

Aku menaip dengan penuh semangat.. keletuk keletak tangan menekan setiap abjad di keyboard umpama keyboard warrior yang tak pernah goyah...

Sentiasa penuh pengalaman hidup yang hendak dikongsi.. Yang perlu diperhalusi setiap inci perkara remeh temeh..

Agar tidak diulang kembali.. InsyaAllah..

So..

ASSALAMUALAIKUM..

Apa khabar semua? Harap sihat walafiat semua.. Eden sehat jo eh.. Hahaha..

Menaip pada hari Khamis sambil menonton Bersamamu.. mengisi masa lapang yang ada untuk menilai diri.. Malam Jumaat nie memang sempoi..

Kes hari nie boleh tahan... Banyak kes refer memandangkan aku on-call hari nie..

Apa itu on call? Well, on call ialah waktu kerja bagi seorang medical assistant untuk bekerja di luar waktu pejabat HANYA apabila terdapatnya kes kecemasan..

KE.. CE.. MA.. SAN..

Hehehe.. Fokus sikit perkataan tue.. Tapi, kebanyakkan orang salah faham.. Bagi mereka..

Demam hari nie.. Sakit hari nie.. Di luar waktu pejabat lebih cepat..

Sedangkan sudah ditetapkan bahawa kes-kes kecemasan yang melibatkan nyawa ataupun kemerosotan kesihatan yang mengejut sahaja perlu dirawat..

Mungkin mereka tak faham... InsyaAllah aku bagi dah penerangan sikit nie..

Harap yang baca tahu... Apabila kami lambat attend on call bukan kerana kami tak mahu rawat..

Priority itu penting.. Kalau betul-betul kecemasan.. Kami attend...

Kalau tak... Budi bicara menjadi salah satu choice..

Dapat minggu aku on-call.. Aku tak kering hati.. Malah kesian..

Attend juga pesakit walau demam.. sedangkan esok dia boleh datang..

Inilah cabaran seorang M.A.. Moga aku lebih sabar.. Dan lebih matang..


Enough celoteh... Sambung balik rehat.. Hehehe..

See Ya...

Saturday, 16 November 2013

Juggling Mind..

Life is short.. It's even shorter when you thinking about it..

Misery and sins.. They kept haunting you..

You try to avoid it.. Nevertheless these words i kept saying..

Are always repetitive.. It always does..

As dear human being that was created by Him.. showing how weak our hearts are..

When we try to stand still and accept His gift.. His attention..

You stumble back in that black hole.. Gone deeper and even deeper then before..

Realizing that.. It weakened you soul.. Your body to dig your feet to the ground..

Try finding ways to overcome.. The route which absolutely sins-free..

It isn't simple..

A life does have a simple and easy way dear soul.. dear body that being borrowed from Him..

Letters you type.. Thoughts of down sadness..

He knows how suffer you are to fight that passion..

The eager of a youth trying so hard to avoid it.. Yet it happen.. Oftenly..

So.. Dear ALLAH..

I pray not to be weakened.. to stay strong with my iman..

I've been totally immersed with the wrong doings.. Now it's time for me to do good things..

Thinking only you.. Doing things you prefer...

InsyaALLAH.. this paragraph of heartbroken can be ease by Your only wisdom..

AL-Quran.. Show me the way...

Monday, 14 October 2013

Moo Moo Moody Monday..


Menonton televisyen yang agak 'malap' ditemani bunyi cengkerik dan laptop yang sedia menyala menemani diri suram dan tenang di waktu on-call.. Syahdu beb bila dengar laungan takbir walaupun hanya di tv..
Penangan kerja di perantauan.. = D

Assalamualaikum.. Aku ambil mood untuk menaip blog pada hari nie.. Isnin di mana di Mekah dijalankan wukuf di Arafah..

Dan digalakkan untuk berpuasa.. Aku on the other hand dapat bertahan hanya sampai tengah hari.. Hihihi.. Teruk sangat diri nie sampai puasa sehari pun tak boleh...

Memang tak menggunakan peluang keemasan yang diberikan setahun sekali.. = (
Kebanyakkan rakan sekerja semua balik kampung.. Ada yang tak balik.. Termasuk aku yang standby..
Memula tue moody bangat kot.. Lame-kelamaan boleh terima dengan redha..

Aku nak feeling lebih pun sebab apa.. Kebanyakkan polis.. Askar dan lain-lain pekerjaan pun bekerja pada waktu raya.. Aku dikira beruntung sebab dapat cuti raya puasa hari tue..
Perasaan tue jugaklah telah memadamkan rasa moody aku.. Hehehe..

Aku pun terus ambil laptop.. Buka FB then chat serta webcam keluarga dan adik-adik aku..
Seriously worth it.. Hehehe.. Alhamdulillah.. terubat rindu walau seketika..
Work-load yang banyak pun terasa ringan.. Biarpun esok cuti terpaksa buka klinik sekejap..

Takpe.. Demi pesakit.. dan orang kampung.. Aku ikhlaskan diri.. Untuk terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik sebagai seorang dressar.. Kerana aku sendiri telah berjanji awal untuk terus berkhidmat walau di mana berada.. keadaan dan masa..

Itu ikrar seorang ahli perubatan.. InsyaAllah..
Dan aku akan pastikan setiap amal dan pekerjaan aku lakukan dengan penuh kepuasan dan rela hati..
Baru keikhlasan itu hadir.. Tidak dari hanya lafaz perkataan..

Berceloteh pun agak panjang.. Tapi itulah Zulhijjah.. Bulan penuh pengorbanan.. Bulan haji.. Yang mengajar aku lebih dari sekadar berkorban..
Melihat pekerjaan dan amalan diri dari sudut perspektif akhirah..
Yang pasti.. Lubang kegelapan yang kerap aku jatuh akan sentiasa aku panjat..

Keluar untuk mencari cahaya taubat.. =)

Tuesday, 8 October 2013

Yawning Syncromy...

Cop aku.. Yey!
How do I start my blog? Like usual 'words of wisdom' or a 'slice of life' kinda paragraph?

Hehehe.. My post are now hardly to be updated like usual..

Works.. Works and more works.. Mostly regarding my work and course-crashes ( when i said crashes.. i mean it.. )

A whole 3 weeks with certain days need to be fulfill with courses..

Sakit kepala aku dengan kursus pelbagai nie..

Masa menaip nie pun aku tengah duk fikir nak kemas barang apa untuk kursus BLS di Heritage Hotel di Ipoh esok..

Again..


Assalamualaikum.. Hola peeps!

Apa khabar? Hopefully you are well-eaten and healthy..

Me? Fine here.. Well, most of my main problems are solved..

Barang-barang dari Penang aku dah bawa balik kat Perak.. ( Tiring day.. )

Kereta pun dah baiki as well as money goes tata to me.. ( banyak bebenor duit abis untuk top overhaul aku kena.. )

Rumah a bit messy... Walau aku duk sorang tapi kekusutan dan ketidak-kemasan macam 10 orang duduk..


Life aku mostly bangun pagi awal.. Then gosok gigi.. Kalau tak solat isya' maka aku dahulukan solat isya'..

Then mandi.. Solat subuh.. Breakfast lak terpulang.. Kalau aku ada roti dengan telor..

Fusion!! Roti telor for breakfast.. Nyum.. Nyum..

Kalau tak.. Breakfast kat kedai-kedai berhampiran.. Pekena nasi lemak..

Sini menu tak begitu banyak.. But i'm grateful semua halal.. Huhuhu...


Then masuk kerja.. Tengok kad-kad pesakit.. Mostly pesakit akan mengadu sakit demam dan selesema.. Tipikal community health problem..

Prescribing.. Kalau nak continue ubat aku sambungkan dosage ubat..

Senang citer mostly pesakit yang akan datang klinik sama ada mengadu sakit baru baru nie..

Sakit dah lama dah.. M.C wanna-grab.. TCA people dan emergency cases...

Bebanan kerja tak seberat macam duduk kat kecemasan hospital...

Tapi aku serabut sikit dengan reten klinik.. Walaupun sikit.. Tapi banyak keje dan data nak kena isi..

Tahukah anda.. Nombor dan abjad menjadikan saya mengantuk.. Even sekarang nie menaip..

Fighting gila nak menaip.. Hahaha...


On call lak masa Eidul Adha.. marks the history for my first time working in Eidul Adha..

Minggu depan jugak la plan nak balik.. By hook or by crooks..

Terlalu banyak kerja membebankan kepala den..

Messy right now.. Hahaha... But still got the chill..


Ok.. Fin.. Malas nak menaip dah.. Hahaha..

P/S - Lately suka dengar ceramah dan talks especially from Nouman Ali Khan... why? Dunno.. = D


Saturday, 21 September 2013

Overheat Man Sweat... Saturday Sizzling..

Mechanic time.. TT_TT
Menaip blog nie dengan sedikit rasa keletihan.. Melayan jiwa mendengar lagu Sufi karya Bagio Damasutra.. Feeling habis malam nie..

Hari yang agak letih.. terkejut.. stress dan exciting... Hehehe..

Officially aku ada kereta dan secara terus terang hari nie dah takde kereta..

Apa sudah jadi? Kereta rasmi aku pergi mana?


Rosak sudah.. Huk.. Huk.. Huk..

Sebenarnya aku rancang untuk pergi ke Pulau Pinang hari nie.. Nak ambil la barang-barang yang aku tinggal kat rumah sedara.. kat Bukit Gelugur..

Dah ada kereta.. Kunci pun ada.. Ingat terus pergi jer..

Satu anda kena paham apabila kita nak gerak ke tempat jauh...

PASTIKAN!

- Minyak hitam.. Air telah di'check' agar tidak kurang atau terlebih..

- Servis kereta sebelum memulakan perjalanan.. Better kalau cari kedai kereta yang takkan bahan anda denga caj servis yang agak tinggi.. Senang kate bawak member expert yang leh rekemen tempat servis yang terbaik...

- Jangan hentam keromo macam aku drive terus ke Penang tanpa semak kereta.. tekanan tayar.. enjin dan sebagainya...

Atau anda akan mengalami kerosakan seperti mana saya... Overheat di tol Bandar Baharu pada 10.30 pagi di waktu Sabtu yang panas terik...

Dan pekerja-pekerja Plus yang kureng memberi kerja-sama.. kecuali abang peronda PLUS yang bagi no tepon pomen ( terime kasih! ) dan uncle india yang suggest aku tepon 1 800 88 000..  No telefon emergency PLUS..

dahaga dan panas yang membuatkan aku kering.. hampir dehydrate kot...

tetap jua aku menunggu.. akhirnya kereta den ditarik dan dibawa ke workshop..

buka enjin tengok.. terbaik.. piston lak masuk air..

aku jujur dan terus terang tak tahu pasal kereta.. Nasib baik pomen yang baiki nie baik..

Siap tolong hantar aku naik bas balik Ipoh kot.. Huhuhu..

Tapi kos membaiki mahal... AGAK MAHAL..

Dan lama lagi aku nak tunggu baru siap...


Alahai... What A Day.. = )


Sunday, 8 September 2013

Settling In.. Comforting Myself..

Free Egypt!
I'm stare at the white peculiar space.. Waiting for that feeling and ideas to come..

Tipikal diri aku.. Hehehe..

Hampir 2 minggu di tempat kerja baru.. Suasana baru.. Kena biasakan diri dengan sekeliling..

Belum dikira menguap lagi disebabkan sekarang masuk tengah hari..

Dan aku baru selesai buat dressing untuk kaki pesakit dari pukul 8.30 pagi sampai 12.00 tengah hari..

Hari nie lak hari Ahad... Jadi klinik tutup kecuali kes kecemasan yang memerlukan khidmat M.A..


Bercampur aduk mood aku kat sini.. Mula-mula cuak memandangkan awal kerja dah kena buat On Call.. Pengalaman dengan pesakit kecemasan aku tahu la...

Clerking case memang dah lama tinggal.. Tapi takpe, senior kat sini ada jugak tolong ajar sikit-sikit..|

Then boring memandangkan klinik aku nie 20 km untuk sampai ke bandar paling dekat iaitu Sg. Siput. Nak kata ceruk tak jugak sebab ada kemudahan internet dan rangkaian telefon ok jer..

Tapi nak beli barang keperluan tue.. Atau nak berhibur tengok wayang.. Jalan-jalan dengan kawan agak jauh.. Dengan Ipoh pun lebih kurang 50 km..

Slow-slow iqbal.. Belajar untuk menerima setiap kepayahan.. Mungkin aku belum nampak lagi hikmah tue..


Then mess up diri nie.. Tak terurus sangat.. Jadi, aku kena keep track balik apa yang kurang dalam diri...

Cuba buat jadual sikit-sikit.. Belajar untuk memahami orang kampung dan menghormati budaya serta pergaulan mereka..

Aku dah terlalu lama berada di metropolitan.. Kini bertapak di kampung untuk kembali memperhalusi budaya diri..

Mendekatkan diri dengan Dia walau aku tahu sekarang dugaan syaitan itu kembali segar dari kurungan Ramadhan..

Walau dia berdendam menjatuhkan aku.. Aku harap aku tak tersungkur rebah ke bumi..

Biar wajah mencium lantai.. Tapi dalam keadaan bersujud.. = )



Rumah kuaters pun dah dapat.. Kemas dan kosong.. Masih belum ada barang-barang..

Iri hati jugak aku tengok rumah-rumah dah ada perabut semua.. Tapi bila berbual.. Baru aku tahu betapa susah nak beli satu-satu perabot.. Barang-barang asas..

Aku pun kena usaha lebih lagi la..

Yang tak terkemas dari sudut rumah dan diri harus dipercantikkan...

Iman yang tak tersemai akibat tiada siraman istiqamah aku harus cari mana lubang permasalahannya..

Allah itu sentiasa ada.. DugaanNya pun sama.. Dia Maha Melihat..

Cuma aku tidak perasan.. Leka dibuai kepayahan dunia.. Sedangkan ianya kemudahan di akhirat..


Dah le kot.. Hehehe.. Nak makan... Keluar beli jer la.. Barang dapur takder..

As salam..

p/s : jangan dilupa saudara kita di Palestine.. Di Syria.. Di Mesir.. Di Iraq dan Iran.. Bismillah.. berdoa agar mujahid sana beroleh kemenangan dalam mempertahankan agama..
aku yakin kemenangan itu pasti datang..
biar dibayar dengan darah para syuhada...

doa kita adalah kekuatan mereka.. Allah.. Lindungi dan perkuatkan semangat dan jihad dalam menegakkan Islam..

Sunday, 25 August 2013

Crashed.. Burnt.. And Souly Save.. Ipoh!

Last day packing
Bismillah... Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Aku mulakan post nie dengan pesanan dari penaja..

Kelajuan membunuh.. Ingatlah orang tersayang.. Malang tak berbau.. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna ( tak masuk langsung pesanan last tue.. hahaha.. )

Semua benda di atas berkait rapat dengan satu benda jer..

Dalam minda semua mesti dah fikir satu benda jer.. Kemalangan...

Yep, sekali lagi Ahmad Iqbal Hakim mengalami kemalangan dan tanpa segan dan silu post pengalamannya dalam blog..

Untuk memperingati semua agar tak guna kau speeding sampai 100km/j semata-mata nak cepat sampai..

Biar lambat asal selamat.. Hehehe..


Jadi aku dah pun habis program PPW di penang setelah hampir 10 bulan berkhidmat di kecemasan..

Banyak pengalaman yang aku timba.. Ilmu yang aku peroleh.. Memori manis dan pahit sepanjang kerja kat sana..
Staff kecemasan pun dah macam adik beradik dah... Jadi, majlis makan-makan untuk perpisahan dah buat.. Surat cuti serta surat lapor diri pun dah dapat...

Bilik kat rumah sewa pun aku dah kemas serta barang-barang aku tinggal kat rumah sedara aku..
Tinggal satu benda jer.. Balik ke Ipoh.. Dalam fikiran aku jarak tak jauh dah..

Then mungkin keyakinan tinggi sangat kot.. Expectation bahawa aku boleh pergi sorang diri..
Sedangkan member aku yang duduk Ipoh ajak pergi sekali...
Dan juga nie kali pertama aku bawak motor jarak jauh.. Jadi aku yakinkan diri saje untuk pergi.. Berjaga-jaga untuk pasti kemungkinan eksiden? Semestinya..

Jujur aku masa bawa motor nak ke Ipoh agak laju.. Dengan barang yang banyak..
Sepatutnya speed aku tak lebih 80km/j dan duduk di lane kiri..
Nie le akibat nak potong kereta then masuk fast lane sebelah kanan... BAM!!

Motor dengan aku terbabas.. Terseret agak dalam 50 meter gak la... Berasap habis...


YA ALLAH.. Ingat dah mati dah.. Nyawa aku masih panjang..
Serius memang terkejut dan still leh calm lagi.. Allah itu Maha Penyayang.. Yang tolong aku Chinese dan Indian masa aku eksiden semalam..

Memang supportive dan menolong atas dasar manusia.. Chinese tue langgar aku..
Kereta dia calar sket tapi dia lebih risaukan nyawa aku.. Berhenti untuk tolong angkat beg aku dan jugak motor aku..

Lepas tue ada lori hantar barang berhenti semata-mata nak tolong aku hantar motor ke bengkel motor kat Ipoh TANPA SEBARANG BAYARAN... He's an Indian, a good Christian fellow which on his way to Silibin and rest assured me that he will sent me and my bike to the best workshop in Ipoh..

Both are non muslim and both are good Samaritan..

Humanity restored...

Dari sudut tue aku mula lihat yang kita ini adalah manusia, lain warna kulit dan bangsa tapi punya kemanusiaan. Punya timbang rasa dan juga tolong menolong. Kita adalah rakyat Malaysia yang hidup dalam suasana harmoni.

Terima kasih atas pertolongan dan juga cakna mereka dengan keadaan aku lepas kemalangan. Yang paling terkejut Chinese yang langgar tue tak charge aku apa pun. Sama dengan Indian yang susah payah angkat motor dengan Chinese masuk lori dia dan tolong hantarkan aku sampai ke Ipoh. Hanya Allah mampu balas.

Moga diberi rahmat dan hidayah. = )

So, Ipoh mengalu-alukan kehadiran aku di sini dengan cara paling unik.. sakit ( probably? ) dan indah dari pelbagai sudut pandangan..

Ouch.


Sunday, 18 August 2013

Barakallah My Friend..


Barakallah Yammaq dan Farhana.. Mini reunion
Berbekalkan keazaman dan juga kekuatan dalam diri ini.. Aku berusaha jugak..
Tersengguk letih itu tolak ketepi.. Akhirnya sampai aku jua..

Ipoh, Perak.. Tempat di mana kenangan tercipta..


Hehehe.. Assalamualaikum semua.. Apa khabar? Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir dan batin.

Ada juga kesempatan yang diberi oleh Allah untuk aku menaip dengan pantas.. tuntas tentang apa yang berlaku sepanjang Ogos ini.. Lots of things happen..

And i'm quite thankful to Him for giving chances and opportunity for me...

After all the hardship and the struggle i had during my work days at Penang.. Juggling with emotions and also work-loads..

Aku bersyukur.. Dan harap agar tidak terleka lagi.. Kerana pemberian Allah itu amat-amat besar..

Yakni ukhuwah fi sabilillah..


Alhamdulillah aku dah dapat tahu keputusan posting aku.. Bergerak ke Perak Darul Ridzuan demi kerjaku sebagai ahli perubatan..

Syukur sangat-sangat sebab dapat dekat dengan rumah.. Perak jugak 2nd home aku dulu dari zaman sekolah menengah..

But still banyak barang tak berkemas lagi.. Dari almari baju hingga ke kemas rumah sewa untuk diserah kembali kepada owner.. Sure miss a lot sebab banyak kenangan kat rumah nie..

Lots of things to be said.. But lets face it.. I'm too speechless to tell all of it.. Huhuhu..


Semalam lak berusaha aku menaiki bas ke Ipoh.. Untuk menghadiri perkahwinan salah seorang warga Nilam dan juga member sekolah aku..

Muamar Iskandar dan Farhana Sani dalam majlis resepsi yang dihadiri ramai kawan-kawan sekolah..

Catch up balik ngan semua kawan-kawan aku.. Best weh! Ada yang dah kerja.. Ada yang dah ada anak.. Ada nak habis study, bertunang.. Macam-macam lagi..

Quite a gathering i guess.. Hehehe..

Dari kawan satu kelas.. Kawan satu dorm hingga ke member rapat semua berkumpul..

Dah macam reunion sekolah aku tengok..

But anyway barakallah kepada pasangan Yammaq dan Ana.. Semoga berbahagia ke anak cucu..

Aku bila lagi? Lambat lagi kot.. Hahaha..



Monday, 12 August 2013

Syawal Groove..


Tema tahun nie ialah Cokelat Comel!
Melaram bagai nak rak.. Hahaha..

Assalamualaikum.. Yep, it's syawal dan dah masuk hari ke-empat...

Kebanyakkan dari sanak-saudara pulang ke kampung dan boleh dikatakan setiap jalan utama jem..

Nasib baik jem tue x disapu dengan roti.. Hahaha.. ( OK, x berapa lawak sangat.. )


Tahun nie raya tak berapa meriah sangat memandangkan my sis tak balik beraya...

Dan ada beberapa sepupu dan sedara tak pulang.. Kena bekerja pada hari raya..

The truth is aku pun kena keje masa raya jugak kalau nak diikutkan...

Tapi disebabkan kerja aku bagi orang buat... aku dapat bercuti lama sikit..

Ok la.. kire berpatutan la.. But of course cuti tahunan aku bakal menyusut..

Hahaha.. ( Mana la aku nak cari cuti lagi.. )


Persiapan raya tue amatlah minimum.. Berjimat cermat..

Baru aku rasa penat sebab tahun nie mengemas rumah aku yang buat.. Daripada kipas siling.. sampai ke lantai.. Semua aku buat..

Yang no. 3 xberapa nak buat memandangkan adik aku nie alergik pada habuk..

Jadi balik je dari Penang, 1st thing aku tengok mengemas rumah..

Boleh la tahan penat.. Sweating sehat.. Tapi hasilnya cukup aku berpuas hati..

Al-maklumlah.. darah pembersih rumah mengalir dari ibu dan ayah.. Hahaha..

Aku terbang tinggi!!

Belum dikira lagi betapa kekoknya aku nak naik flight buat kali pertama..
Malam sebelum naik flight tue pun aku tak kemas sangat...

Cuak? Tak jugak.. Tapi dok fikir la macam mana sampai flight.. Check in.. Masuk kat departure dan berapa lama sebelum departure kena gerak..

Selama nie kalau naik bas senang jer.. Sampai je bas.. Aku letak bag kat tempat simpan bag dan duduk kat seat..

Tunggu bas 'berlepas'.. Ini lain.. Sampai je kat airport, kena check-in..

Then pergi kat balai berlepas.. Beg aku yang besar tue memang diorang hantar sendiri masuk kargo..

Tiket aku pun mahal kot.. RM 334 pergi sahaja.. Tue la iqbal.. Last minit punya beli..

Sampai kat kapal terbang mulut aku ternganga.. Kecik jer Firefly nie..

Seat pun agak sempit la.. Tapi sebelah aku ada dak perempuan.. Manis..

Terpaksa lak jaga kelakuan... Huhuhu..

Berlepas aje.. Sekali lagi aku terlopong... WAAAAHHH!!!!

Best sangat sangat terbang nie.. Aku tengok benda kat bawah kecik jer semua..

Rasa macam berlari ke langit.. Hahaha...

Again aku kena cover keterujaan aku memandangkan sebelah aku nie perempuan..

Takkan nak tunjuk yang aku 1st time naik? Tapi rasanya dia tahu gak kot..

Sebab aku banyak kali snap gambar luar cermin kapal terbang.. Hihihi..


Ramadhan dah meninggalkan aku... Sad actually.. But never fear as aku akan cuba puasa 6 pada bulan Syawal nie..

Ada jugak beberapa plan pada bulan nie yang aku nak buat..

Azam toksah cakap la.. Naik cemuh berazam azam nie.. I didn't want to burden myself with it..

Rather i focus on one thing at a time.. Senang..

Macam hari nie.. Kita baiki dari segi percakapan dengan orang.. Jangan kasar sangat.. Jangan kuat sangat.. Macam-macam lagi la..



Apa-apa pun.... celoteh dah tamat.. Kuih raya dah makan.. Sedara dah lawat... Barang aku dah beli..

Back to reality.. Working time is almost near..

Better make use of my free time.. = )

As salam...


P.S - buat Nursyafiqah Bt Mat Yusoff.. abe doakan kejayaan awak dan moga blog nie dapat mengubat rindu di hati anda.. ok?
Stay strong!

Tuesday, 6 August 2013

Pemergian Sebuah Keamanan Diri..

Ramadhan.. Aku pasti merinduimu..
Ramadhan membentuk diri manusia menjadi lebih baik.. Memperbaiki segala kekurangan serta mempertingkatkan amalan..

Bulan di mana nafsu merupakan musuh utama.. Sejauh mana 'tarbiah' sang syaitan selama 11 bulan berkesan.. Sama ada kita menjadi seorang Muslim dan Mukmin bertakwa..

Ataupun tertewas dengan malu dan pilu..

Aku mahu letak diri aku pada aras di mana aku rasa ada nikmat sedikit dan ada banyak keburukan..
Aku tahu Ramadhan pun akan pergi.. Entah bila boleh ketemu bulan yang penuh barakah nie..

Kalau dikirakan bilangan terawikh.. Semakin berkurangan..

Amalan pembaziran.. Pertengahan Ramadhan teruk sekali ( masyaALLAH.. ) namun aku semakin kurang membazir di penghujung..

Al-Quran? Jangan ditanya.. Segan diri... Selak pun tidak apatah lagi baca..

Hangat-hangat tahi ayam.. ( Yup, memang aku kena cakap benda nie.. )


Self-motivation aku hanyalah pabila aku menaip kembali setiap ungkapan kata-kata yang sebenarnya hadir dari lubuk minda tulus dan hati yang bercahaya..

Mungkin pahitnya kebenaran dan hakikat diri aku dapat simpulkan dari setiap abjad aku taip di komputer nie..

Tak perlu kata diri baik.. Kita sendiri tahu menilai diri..

Jujur aku katakan aku tak puas hati dengan diri aku pada bulan Ramadhan ini..

Lebih teruk, aku balik je dari makan terus tido.. No active program...

Yang terlebih aktif buka FB dan Twitter.. Sampai tak tido..

Just like now.. ( *Sigh* )


Guess i need to seek guidance from Him.. as always..

Rindu aku untuk iman kembali membuak-buak di dalam dada.. Di mana setiap perkara dibuat penuh kejujuran dan ketekunan...

Tiada rasa resah dan gelisah.. Tiada penipuan hanyalah amanah dan adil..

Segenap ruang waktu dan tempat aku isi dengan mahmudah.. Sebanyak mana cara aku cari untuk menjauhi mazmumah..

Al-Quran kalam itu... AyatNya yang aku rasa wajib aku hayati..

Serta setiap zikir kepadaNya yang bukan sahaja basah di bibir... Malah tersemat makna dan keagunganNya..

Moga setiap bait ayat aku taip bukan sekadar semangat...

Tapi satu iltizam..

InsyaAllah..


Andai sebiji beras kau kutip apabila terjumpa dan kau simpan setiap waktu.. Di mana kau berada..

Pabila sampai waktu kau susah.. sebiji beras itulah yang akan membantu kau..

Yang mungkin tidak tersangka oleh kau telah menjadi seguni beras..

Itulah kualiti amalan yang penuh kesabaran dan kekhusyukkan.. Niat hanya berlandaskan ALLAH..

Jadilah kau sang pengutip yang menghargai setiap nikmatNya..

= )


Saturday, 20 July 2013

Ramadhan Blues..

Malu seyh kite.. Rasulullah berperang dalam pose kot.. = '(

Assalamualaikum..

Menaip blog dengan berat hati umpama ada batu kat dada.. ( Pergh, berat sangat tue.. )

Dengan keadaan suasana yang agak tidak membantu.. Aku usaha menggerakkan jari-jemari yang belum tentu tetaip perkataan yang bernas dan indah...

Sudah pasti aku tak merancang ( Oh yes! Sememangnya.. ) Namun oleh sebab post aku yang semakin lama semakin berkurangan..

Aku kerah tenaga memerah otak mencari ide ( bak kata Indonesia.. )

Harap yang membaca dapat tahu kepedihan hati ini ( bukan pedih ulu hati ok? )

Hehehe..


Ok, perenggan atas emo lebih.. Sebenarnya aku malas je nak menaip.. Tak serajin dulu dalam blogging..

Apatah lagi blog walking.. Ini kerana aku gemar menghabiskan masa di MukaBuku dan juga Pencicit..

Tidak terupdate di blog.. Mungkin juga aku tak sekerap dulu dalam menaip..

Walaupun skil menaip masih tak hilang.. Namun kepantasannya semakin lembab..

Aku tidak berbangga dengannya.. Hahaha.. ( Pemalas cakap je la pemalas.. Haih! )


Masuk sudah Ramadhan.. ikut kiraan Hijrah dah masuk 11 Ramadhan dah..

Terus terang aku 10 Ramadhan pertama nie bersemangat bagai nak rak.. Terawikh langsung tak tinggal kecuali kalau aku kerja petang dan malam..

Al-Quran lak.. Tak miss baca dan update satu juzuk ke satu juzuk..

Hari nie masuk hari kedua aku cuti dari kerja.. Selepas penat kerja malam selama tiga hari..

Day off aku ditambah dengan cuti-cuti yang aku tak terdapat cam cuti TYT dan cuti Penang Heritage ( untung aku banyak cuti.. Kekeke.. )

Hari nie merupakan hari paling malas aku dalam Ramadhan.. Serius habaq ang..

Semalam sampai rumah ada kederat jugak nak pergi terawikh.. Tapi hari nie.. Isk.. Isk.. Isk..

Rase aku dah macam kapal selam dah.. Makan belambak sangat..

Tak membazir tapi.. Ikut nafsu.. Macam nie la.. Start dah sindrom malas solat terawikh aku..

Al-Quran baca gak.. Cuma makin berkurangan muka surat.. Sepatutnya dah masuk juzuk 11..

Still sangkut juzuk 7..

Ape cer Iqbal oii.. Azam sangat nie..


Well, aku kena cermin balik diri nie.. Berkemungkinan downnya diri aku dan iman ini.. Disebabkan aku tidak bersedia apabila turunnya iman.. Istiqamah itu penting dalam ibadah..

Sebanyak mana amalan kita jika dilakukan tanpa ikhlas.. Ianya sia-sia..

Jika dilakukan riak dan takabur pun SIA-SIA..

Dilakukan dan pada masa yang sama mengutuk dan cakap belakang.. PAHALA AMALAN dapat kat orang yang kita kutuk...

So, pengajarannya. Istiqamah dalam ibadah.. Dan fokus..

Jangan lari fokus dalam amalan.. 1st dalam solat..

Setan semua dah kena rantai dah.. Still lagi dalam solat dok pikir bukak pose ngan ape..

Ape plan lepas berbuka.. Cam aku, pikir nak keje da pasnie..

Unhealthy weh.. Ubah.. Beribadah kena tenang dan take time.. Jangan rushing..

Peringatan untuk diri ini jugak..

Biar Ramadhan yang aku nantikan selama ini takkan jadi lebur semata-mata... Kekenyangan dan pembesaran badan sahaja...

Akan ada perubahan dan peningkatan dalam ibadah.. Dan pengurangan dalam setiap perkara sia-sia..

InsyaAllah..


Peh! Mate dah layu la.. Hahaha.. As salam..

Thanks for reading..

Tuesday, 18 June 2013

Dilema Extenders...

Peneman setiaku.. DCE 5933
Assalamualaikum..

Looks like my day just got better.. In more sarcastic meaning..

Others are now packing and ready to be posted outside of Penang.. While i'm struggling with my log book that isn't finish..


Perasaan dalam hati nie hanya Allah and the ones around me knows..

Sad? Of course la.. Mana tak sedih.. Sebab kawan-kawan seperjuangan bakal meninggalkan bumi Penang akhirnya..

While i'm still stuck here.. No offenses.. Penang ok, as well as the hospital itself..

Tapi terasa juga nak explore tempat lain.. Nak gain knowledge.. Doakan aku lepas extend nie dapat kecemasan juga..

InsyaAllah.. I won't be sad anymore thanks to support and moral values from my mom and dad..

They know me well.. Hahaha..

Biarpun stay lame sikit sini.. ( Upcoming lak bulan Ramadhan.. Mencabar tue.. )

Mungkin ada hikmahnya..

And i felt a lil bit better.. After typing all this nonsense.. Hahaha..

DOAKAN AKU.. = )

* latest update 18/6/2017 : currently working at the best place in the world. Alhamdulillah.. KSM Sg Siput. =). On the way on having a post-basic on diabetic.


Sunday, 2 June 2013

Nukilan Diri

Bismillahi Rahmani Rahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Aku menulis pada malam yang sunyi.. Ditemani lampu dan kipas yang sayu membawa kegelapan dunia..
Jariku menaip kerana aku belum pasti.. Apakah ini jalannya.. Bagiku untuk meneruskan bait-bait hidup yang terselindungnya keperitan hati..
Kekurangan ruhani dan ukhrawi.. Dalam benak hati ini sering kali menyapa setiap kata keinsafan..
Setiap hari.. Masa dan detik..
Namun hati ini masih mengingkari rasa nurani dan naluri..
Masih hanyut dek nafsu yang hakikinya memakan diri..

Terkadang aku bertanya.. Apa perlu aku luahkan segalanya..
Permasalahan.. Dan mahu menyelesaikan setiap satu halangan dan nodaan dunia ini..

Jiwa sang anak muda lebur pabila hidup dunia ini menjanjikan segalanya..
Sedangkan ruh dan spiritualnya merasa amat-amat kering..
Seperti keringnya Sahara menantikan sang hujan pembawa rahmat..
Yang mengalirkan air sungai menyubur setiap hidupan dan kehidupan..
Dan alirannya tidak kemana.. Hanya satu..
Terus menuju ke pantai yang tiada penghujung..

Bagiku abjad dan perkataan aku singkap biar penuh rahsia tidak terungkap..
Berbatu-batu jauh pemahaman sang pembaca dan berselirat jalan pengetahuannya..
Tinggi dan utuh dinding yang menyembunyi setiap persoalan pembacanya...
Apa yang disimpannya? Apa permasalahannya? Apa penyelesaiannya?
Tiada siapa untuk dibicara? Mengapa menyimpan sendiri..
Aku sendiri tidak pasti siapa dan dimana aku mahu menzahirkan segala kekusutan...


Allah menciptakan setiap hambaNya keperitan dan kenikmatan di dunia...
Untuk mendidik mereka tentang kehebatan kekuasaanNya..  Sang Maha Mengasihi..
Maha Adil dan Maha Pengampun..
Tika mana hati itu penuh dengan kehitaman yang tidak pasti..
Cahaya yang pernah aku gapai kian malap.. Dan fikiran serta hati itu bagai tidak tenang..
Bagai ada kekurangan..
Sang Pencipta mentadbir alam dan memerhatikan ciptaanNya..
Dan sang hamba yang naif dan fasiq terus berfikiran... Namun tidak dengan kesucian hatinya terhadap agama..
Kabus hasut syaitan terus menyelubungi setiap inci ruang untuk insan tertunduk rebah melayari keseronokan yang bukan hak diri..

Terbit ungkapan dari setiap percaturan.. setiap pertemuan.. setiap detik keinsafan..
Bila mana kau fikirkannya.. Kau akan mula menyedarinya..
Masa itu belum terlambat kerana hidayah Allah itu sangat indah..
Ia hadir jika kau cari.. Ia hilang bila kau jauh..
Kosong hati dan jiwa setelah bebanan dosa kau tanggungkan.. Dan kesesatan yang pasti itu yang Iblis mahukan..
Kuatkan semangat duhai manusia.. Khalifah tidak pernah berundur..
Jangan dibiar dosa menghantui dirimu.. Bukankah Allah itu Maha Penyayang..
Saat kau rebah berkali-kali.. Dosa yang kau pikul jatuh ke bumi..
Dosa yang lampau kau jirus dengan air mata syahdu pilu..
Kuatkan hati dan istiqamah yang perlu kau ungguli.. Kerana manusia itu NA-SA-HA..
Lupa.. LUPA SEGALANYA..
Aku memperingati.. Dan juga kau diperingatkan..
Agar syurga yang kau idami itu SENTIASA MENANTI.. langkah kananmu menuju firdausi..

= )

Monday, 27 May 2013

A Jerk For A Day..

'The wound will heal but the scars remains'

That would be a good word for me to self-reflect things that i've done..

For today, lots of thing happen so recklessly without thinking of consequences..

Not to mention lazy all the time when it comes to a long holiday..

What a day..

Sunday, 28 April 2013

Gi Ngoji.. Gi Ngoji

Alif... Lam... Mim..
Alif... Ba... Ta...
Dengan setiap huruf jawi ini terukir sebuah nukilan indah dari ayatNya..
Yang penuh berhikmah dan penuh dengan nasihat dan iktibar..
Yup, itulah Al-Quran..
Malangnya aku sebagai seorang muslim jarang sangat nak membacanya..
Apatah lagi nak menghayati setiap ayat-ayat yang Allah turunkan untuk hambaNya supaya sentiasa ingat mengingati...
Malu kekadang kalau fikir..

Bismillah...
Hari nie aku ada idea sesangat.. Dan memandangkan masa free aku yang banyak setelah habis keje malam..
Aku pun menukilkan penulisan ini.. ( Hehehe.. Pergh ayat xleh blah.. )
Korang semua pernah mengaji tak? Alah, baca Al-Quran atau Muqaddam ( dulu orang panggil Al-Quran kecik.. ) dengan tok guru masing-masing...
Aku pernah dan sekarang aku nak citer pengalaman aku masa aku mengaji dalam 13 tahun yang lalu..
Dengan arwah tok guru aku.. Mok Aji..

Seharian aku melakukan aktiviti biasa budak sekolah.. Lepas habis sekolah rendah petangnya ada sesi fardhu ain.. Boleh kata setiap hari aku akan melakukan semua aktiviti nie..
Budak sekolah sekarang dengan dulu pun kalau nak diikutkan tak banyak beza..
Dah macam orang kerja lak.. Hehehe.. Start je sekolah pagi pukul 7.00 sampai pukul 5.00 petang kalau ada fardu ain atau kokurikulum ( orang trend sekarang panggil Ko-K.. Cam pelik je aku nak sebut.. Hahaha.. )

Setiap hari kecuali hari Jumaat dalam pukul 4.00 sampai pukul 6.30 ( kalau siapa last la.. ) aku ngan adik-adik aku diwajibkan.. YERP.. DIWAJIBKAN untuk pergi mengaji..
Kalau tak mak ngan ayah aku marah.. Termasuk arwah tok ngan nenek aku...
Aku pun memula tak faham mengapa nak kena pergi mengaji nie..
Biasa la budak-budak.. Pemikiran lebih kepada main dan juga tengok tv..
Dan selalunya timing mengaji aku amatlah menganggu waktu aku nak tengok tv pukul 5.30 petang..
Hohoho...

Masuk je rumah tok guru mengaji aku.. Setiap sorang kena baca Al-Quran sendiri yang dah diletakkan di almari masing-masing..
Masing-masing ada rahal masing-masing ( bagi yang tak tahu... rehal tue adalah pemegang Al-Quran dibuat dari kayu untuk mereka yang tak mahu pegang.. Dan mudah bagi aku untuk baca.. )
Kekadang ada design masing-masing.. kalau lawa jer diorang terus sebat.. Serius aku tak bohong..
Ditambah zaman tue pelekat Digimon amat feymes termasuk pelekat-pelekat Dragon Ball..
So, dah macam trendy da rehal masa tue.. Then kitorang baca page Al-Quran yang kitorang sangkut..
Sebab tak semua boleh baca lancar.. Kena ada guidance dari Mok Aji atau senior yang boleh baca..
Kebanyakkan yang baca sekali ngan aku x baper lancar dan ada sesetengah jer yang memang benar-benar cekap baca.. Sampai berlagu pun ada..
Itu bonus.. Hehehe..

Dan untuk baca ngan Tok Guru.. Mok Aji adalah benda paling tidak enak atau menakutkan memandangkan baca dengan dia lebih lama dari senior-senior yang nak mengkhatam al-Quran..
Dia ajar lak.. Ketuk jari aku setiap kali aku salah baca..
Baca lak kena ada lenggok.. Selepas baca lak kena salam ngan dia.. Walaupun dia perempuan tapi salam tue salam beralas ( Dia lapik kain la kat tangan dia.. )
Setiap perkataan dan bacaan kena betul dan lancar baru dia leh cakap teruskan baca page lain..
Dan kalau ko sangkut lak page tue.. Bermakna esok pula kita revise sampai ko benar-benar lancar..
Aku baca dengan dia hampir separuh Al-Quran..
Alhamdulillah... Tapi sampai darjah 4 hujung tahun lak aku berpindah..
Tak sempat nak habiskan Al-Quran..

Tapi Allah itu Maha Mengasihani.. lepas je aku habis matrik aku baca balik dengan arwah atuk..
Alhamdulillah lancar dan lebih fasih.. Alhamdulillah juga sebab aku dapat khatam al-Quran walaupun sekali..
Dan berkat ajaran dari Mok Aji dan juga arwah atuk.. dengan tok guru mengaji aku yang lain..
Aku semakin mudah baca al-Quran..

Apa aku nak fokuskan sebenarnya? Sekarang nie aku nampak jarang dah anak anak muda kita dekat dengan Al-Quran.. Sahkan menghayati Al-Quran.. 


Baca pun belum tentu betul tajwid dan hukum..
Aku bukan nak berbangga dengan bacaaan Al-Quran aku... Aku sendiri banyak silap..
Tapi aku bersyukur sebab berkat marah, teriak tok guru aku..
Akhirnya aku boleh baca dan also menghayati setiap ayat Al-Quran walaupun tak sempurna..
Dan kalau diberi peluang aku nak baca lagi sampai habis..
Cuma bila dah dewasa.. Ruang masa kau akan rasa sempit.. Penuh dengan kerja-kerja yang tak berkesudahan..
Sedangkan masa membaca punyalah banyak..
Dan untuk yang muda-mudi.. Yang remaja... Aku rasa elok didikan dengan paksaan seperti aku terima masa aku belajar agama dulu.. Macam kena rotan tak solat.. Kena rotan tak baca ngan betul..
Sebab benda tue benar-benar akan melekat dalam kepala kau...
Akan sebati dengan jiwa dan diri kau...
Dan akan secara langsung menjadi cara hidup kau.. insyaAllah...


Ehem.. Takkan kita nak Islam hanya pada I/C sahaja? ( Islam Kartepe.. )

Thanks!!

Wednesday, 24 April 2013

Melankolik Diri..

masa graduate.. banyak suke duke hari tue.. = )
sudah 2 hari dari tarikh keluar rumah sewa dan frankly my friend buat contract for another 6 months renting this home..
of course semua sudah malas cari rumah.. termasuklah aku..
setelah kegagalan mencari rumah sewa baru.. so, accepting la surrounding nie.. huk.. huk..


yet i feel comfort enough to say because it is safe and almost like home..
aceceh.. nak sedapkah hati la tue...
buku log aku? ketawa besar la jawabnya..

huk.. huk... x siap lagi kot..
tersadai tidak bersiap lagi..
dan sudah 2 hari rasanya aku x sentuh.. walaupun aku tahu ianya memerlukan effort yang tinggi untuk mengisinya.. ( semangat... semangat.. perlu semangat kot.. hahaha.. )

setiap hari cuti aku akan spend atas katil.. golek sana dan sini kerana itulah kehidupan budak bujang bekerja di hospital..
cuti aku nak dapat? masyaAllah.. susah sekali.. kena request tak pun kalau aku kerja malam 3 hari..

then baru dapat cuti lama sket..
bersorak macam Malaysia gol bola lawan Manchester United.. ( WHOOOAAA!!! )
padahal cuti jer.. kah.. kah.. kah.. ( yer saya tahu saya sedih.. )
Pulau Pinang jujur aku cakap kalau tempat nak lepak kebanyakkannya di area-area pantai..
sebagai contoh.. Padang Kota Lama.. Gurney Drive.. dan Batu Feringgi..
but sebagai seorang citizen sementara yang mencari rezeki halal di pulau mutiara ini..
amatlah aku rasa x berpatutan kerana makanan dan kos hidup ini..
EXTREMELY HIGH! rent sewa saja udah rm 750..
makanan dan minuman? konfem2 rm 5 lebih.. berbeza benar dengan negeri kelahiranku..
dan nak mencari makanan yang benar-benar sedap dan berkualiti..
you have to seek it dear food lovers..
yup.. kena la mencari di mana makanan yang benar-benar mengugat air liurku..
Hahaha.. ( Mamat ini terlalu obses dengan makanan dan jalan-jalan cari makan.. Kikiki.. )

Hari nie lak keje malam straight hingga Jumaat.. so, aku nak prepare ape lagi ek?
Keje je la..
Mesti korang fikir  macam mana kerja malam.. Tak boleh nak tido.. Kena bekerja macam kerja siang..
Pressure.. Ramai pesakit.. Komentar.. Komen... Membebel pesakit..
Dan ETC.. Ok, Fullstop.. Aku cakap jujur... dulu memang serabut gak bila kena kerja shif malam..
memandangkan masa siang aku akan diisi dengan tido umpama pokemon Snorlax..
MUAAAGHHHHH!! ( snorlax.. hahaha.. )
Other than that.. Kena siap mental dan fizikal untuk kerja malam.. Tapi sebenarnya kerja malam best ape..
aku dah terbiasa keje malam.. kekadang seronok sangat.. Busy memang busy.. tapi tengok timing gak..
Akhir2 nak sampai subuh tue pesakit akan slow down.. Tak ramai datang..
Waris pesakit yang tunggu kami punya treatment ada tertido kat kecemasan.. Kat ruang menunggu..
Ada yang tak boleh tido.. Menunngu result darah dan x-ray...
Aku faham.. Aku tahu betapa risaunya mereka..
So, aku akan bagi nasihat dan tenangkan diorang.. That's a part of our job.. Bukan sekadar merawat luaran.. tapi hati dan dalaman juga..
Kita bagi kepercayaan kepada waris dan relatives agar jangan risau.. He/She is in good hands..
Walaupun berjela-jela menguap depan relatives.. Dan bateri hanset yang terang2 sama tiada tenaga seperti tuannya..
Hehehe..

Dan aku pun sudah beli tiket untuk balik! YUHUUU!! Seronok sakan balik cuti lama sket..
Orait.. Nanti update lak sal perkembangan diri ini..
See Ya! Wassalam..


Thursday, 18 April 2013

Tangan Keletuk Keletak Keyboard..

Yes.. Saya semakin chubby.. Hahaha..
when there is a will there is a way.. kinda reminds me how hardworking i was during my primary school..
my aim is of course to be a doctor.. i don't know why.. or how i was inspired to be one..
it might be from my parents who relentlessly keep asking me to be one someday..
or from my own interest.. what i know is time flies by..
and know i might not be the one who can treat patient or giving meds to cure diseases..

but now i'm what i am.. a person who kept assisting and helping others in need..
in the name of Medical assistant..

hahaha.. kinda classy statement i say..

Salam semua.. sama ada aku malas menaip.. sibuk kerja tak berhenti.. takder idea nak menaip atau tiada keazaman untuk meneruskan blogging..

Dalam 4 hari lagi genaplah 6 bulan aku berada di Pulau Pinang... bekerja di sini..
Walaupun sementara tapi banyak benda aku belajar kat sini..
Susah senang kehidupan nie.. Masalah dan juga persahabatan...
Mengenali jalan-jalan dan kehidupan orang di sini.. di mana sememangnya lain dari negeri aku..
Yup, dalam tempoh 6 bulan banyak benda aku belajar..
Banyak perkara buat aku sedar.. Banyak makanan aku rasai.. ( Nyum.. Nyum.. )
Sarat naik berat.. ( Bahgie kot.. )
Dan lain-lain..

Previous post aku banyak tulis tentang kehidupan.. Kebanyakkan untuk motivated aku balik kembali...
Some are working.. While others.. So-so.. Macam cara gak aku taip.. Selang sebaris la..
Buat paragraphing la.. padahal yang sebenarnya lebih ok adalah isi..
Aku lacking betul bab isi nie.. ( Hahaha.. Blog lame dah.. Pengisian xberapa cantik susun.. bak kata member aku.. )
Ouh Kay.. Jauh menyimpang dah nie.. Hahaha..
Rumah sewa aku duduk nie pun terpaksa wish selamat tinggal la jawabnye memandangkan habis kontrak..
Tapi dapat duit deposit balik.. ( Yey! )
Aku ingat lagi memula nak cari rumah sewa sini.. Penang..
Salah satu negeri yang bagi aku SUSAH SANGAT NAK CARI RUMAH SEWA..
Asal ada jer.. ko tak cop cepat je dah ada orang masuk rumah...
Biasa la... Siapa tak nak cari rezeki sini.. Peluang kerja aku nampak banyak..
Untuk aku pun.. Senang memandangkan aku boleh buat LOCUM kat sini..
Hakikatnya aku terlampau malas untuk buat.. HAHAHA.. ( dan ianya bukan sesuatu yang membanggakan.. )

Ok, berkenaan dengan life sebagai PPW.. ( PPP sepatutunya sebab PPW tue nama program.. )
Agak letih memandangkan kerja ko x berhenti.. Aku bersyukur kalau takder pesakit..
Bukan sebab aku tak nak pesakit.. Itu memang kerja kitorang..
Kekadang serabut dengan relatives yang tak tahu bebanan kerja kitorang..
Bila ambil blood atau buat x-ray seharusnya mereka tahu benda tue ambil masa untuk proses..
Dan waiting time untuk mana-mana pesakit sememangnya lama.. Hakikat bila anda ke hospital kerajaan..
Jadi, harap bagi yang baca.. Kalau nak cepat sila ke swasta..
Kami tahu anda lebih sayangkan nyawa keluarga anda.. Kami juga berfikiran begitu..
Tapi dengan kemudahan kita berkongsi bersama.. Seharusnya anda faham bahawa kami bukan mesin boleh buat kerja sepantas kilat..
Kakitangan hospital berusaha sedaya upaya untuk memulihkan penyakit.. ( bukan menyembuh.. sebab itu kerja Allah.. )
So, bersabar dan berdoa.. Ada yang faham dengan situasi tue..
Buat yang tak faham tue susah.. Nak menerangkan lagi.. Dan bila dah settle pesakit.. Komitmen mereka dan relatives dalam proses penyembuhan kekadang teruk..
Tak memberi galakan untuk sembuh.. Skip makan ubat ETC.. ETC..
Apa yang aku boleh buat hanya berdoa.. Moga-moga dia tak datang lagi hospital.. Sihat walafiat hendaknya..

Kan? Kerana sakit itu salah satu perkara dari 5 yang harus kita peringatkan..
Masa sihat sebelum sakit kan? Ingat semua..

Cukup ar kot celoteh aku pagi Khamis nie.. Isi ruang masa sket untuk menaip..
Lebih baik dari terbungkang tido.. Hahaha..

Wish me all the best untuk posting kerja kekal.. Dan doakan saya rajin membaca buku.. Hahaha..

See Ya!

Thursday, 31 January 2013

Re-Think.. Re-Evaluate..

berjalan waktu bergerak tanpa sebarang bunyi.. tapak-tapak nan kuat menghentak membenam bumi..

benak kesusahan dan kepayahan kehidupan.. tekanan dan resah gelisah masalah..

serba salah dalam melakukan kerja yang selalu dipraktikkan..

amarah dan tipu daya untuk jauh dari segala kesulitan..

belum dikira sembang sana sini keburukan dan kejahilan seseorang..

iri dengan semua perkara.. semua benda.. semua agenda..

itulah kehidupan.. namun bukankah kita punya iman untuk bertanya..

adakah aku ada pada landasan itu?



coret-coret sebulan aku kerja dalam bulan nie.. huhuhu..

aku simpulkan segala perkara aku alami sepanjang Januari ini.. yang sememangnya sibuk..

dan tertekan sehinggakan rasa perit di dalam jiwa..

sedangkan lari mana kau dari masalah.. Dia sedia mendengar..

aku sendiri tidak tenang dahulu untuk menghadapi apa-apa jua perkara..

mungkin sebab tue Allah beri kesusahan.. agar aku ketahui.. dosa-dosa aku..

telah diuji dengan pelbagai perkara bulan nie..


work-load yang aku rasa bertimbun macam bukit.. buku log jer sebenarnya yang belum diisi..

dan tekanan kerja serta pesakit marah-marah.. sebenarnya itulah sifat manusia..

itu membezakan manusia dengar robot.. bukan?

hehehe.. masa aku solat.. aku habisi doa dan berfikir lama..

bagi aku.. jika aku mudah melakukan dosa.. itu bermakna ada tidak kena dengan rohani aku..


jujur hari nie aku tinggal solat Zohor.. dan masa solat Asar tadi..

tergerak hati nak solat qada'.. padahal syaitan dah bisik macam-macam..

- weh, tak payah buat la.. sedangkan bertimbun lagi solat ko tinggal.. nie ko nak qada' lak..

- tak payah la weh wat.. nanti tinggal balik solat lain.. nak qada' gak?


jahatkan syaitan? itu tugas dia la.. berbisik menyesatkan anak Adam untuk kembali kufur kepada Allah..

sedangkan Allah kurniakan mata hati untu aku menilai apa baik dan apa buruk..

bukankah dalam masa kita sendiri membuat keputusan..

ada baik dan ada buruk? dan sememangnya la yang buruk tue yang menyenangkan..

manakala yang baik selalunya leceh.. lama.. dan tidak memberi faedah..

macam duit peroleh dengan kerja dengan duit jumpa tepi jalan.. dalam dompet orang..

mana nak buat? yang berfikir cetek mungkin akan ambil duit tue..

yang fikirkan ALLAH akan cuba sedaya upaya pergi ke mana-mana balai polis..

untuk pulangkan duit itu..

tapi, itu contoh... hakikatnya.. tipu daya walaupun sikit sudah menjadi asam garam..

mungkar itu sudah dilihat sebati dalam diri kita...


tunduk sekejap.. renung kembali.. dan nilai diri... kerana apa kita dicipta?

= )

Thursday, 17 January 2013

Refreshing Iman Di Dada

Stress among people.. At work and in life should be manage with decency.. With positive attitude and a great patience.. Everyone has a problem..

Deal with it nicely.. Not run from it or confront it with anger..

It is just another way of telling you are weak in accepting fate and difficulties..

Rather than just received.. Might as well pray and find solution..

Doesn't mean you have a great problem.. It is the END OF THE WORLD..

HE doesn't give difficulties hardly.. HE give it suitable with you own life..

SO, say ALHAMDULILLAH and ASTAGHFIRULLAH.. so that you may know when it's ok.. and when it's not.. HE IS STILL HERE for YOUR DUA..


Benefit of five before five



Assalamualaikum.. Sedikit reminder diri tentang apa berlaku disekeliling kita..

Dan juga apa yang berlaku dalam life aku semenjak dua menjak nie..

Unexpected things happened for a reason.. We are lacking of thankfulness towards Him..

Bila masalah datang memang kita terima tapi kita tak pandai nak tackle..

Sentiasa ingat yang bila ada masalah.. Mesti tak boleh duduk senang...

Padahal ada je jalan penyelesaian..


Kerja aku bertimbun ditambah dengan kurang kemesraan antara sesama comrades..

Sedikit sebanyak down aku punya semangat nak kerja..

Belum dikira dengan buku log yang sememangnya menjadi nightmare bagi PPW macam kitorang..

Alasan tak siap.. ( Memang tak sempat.. ) ngan sindiran tue dah jadi makanan ruji aku..

For those yang hati dia x boleh tahan.. Aku rasa mungkin dah menangis kot..

Yang lebih teruk.. Telan racun.. Makan besi.. Cuba kerat nadi.. And ETC.. ETC..


Tapi apa yang dikurniakan kepada aku.. dan kawan-kawan seagama aku ialah nikmat SOLAH dan DOA kepada ALLAH..

Yup, apesal kita takbur sangat nak cium sejadah.. Semestinya alasannya sibuk dengan kerja..

Aku akui.. Berapa kali aku tertinggal solat sebab kerja.. Memang aku rasa bersalah..

Dan tinggal secara sengaja.. langsung tak rasa salah..

Mungkin ALLAH nak tunjukkan aku HATI itu sudah terlalu KOTOR dan HITAM..

Perlu ROHANI yang banyak dalam hidup.. Benar jugak..


Fokus kerja.. Tengok jadual kerja lebih dari tanya waktu solat..

Bayangkanlah duniawi nie mengkhayalkan setiap manusia yang ALASANNYA nak cari rezeki..

HALAL HARAM udah tidak dipeduli.. Bila waktu solat jer..

Berapa kerat pergi? Aku MALU dengan DIA sebab selalu terkejar-kejar waktu untuk solat masa kerja..

Tak tenang bai solat pastu ingat timing kerja.. Hilang terus fokus kat ALLAH..

That's why ALLAH bagi dugaan berat... supaya kita tak terus lupa DIA..


Kerdil aku di sisi ALLAH..

So, lepas nie aku cuba untuk memenuhi kehendak agama.. Walau seteruk dan secerca mana makian..

At least ALLAH jua aku boleh mengadu.. KAN?

= D


Thanks for READING!!

Wednesday, 2 January 2013

2013.. Wait, What?

Kitew Nak Colat Penuh! Yuk!
" I'm not celebrating it.. Neither i had any new resolution this year since my old resolution aren't accomplish..

But still i feel quite happy for the new year.. No parties for me.. Nu-uh..

I just make my dua's hoping this Madani's year giving me a good start.. And i already had my resolution that is on Muharram..

So, i didn't feel like making another one.. Hehehe.. "

Assalamualaikum.. Pa Habaq Semua?

Sehat kah anda-anda? Hopefully your mind and health are well-cared and manageable..

Yup, as we all know.. We are in 2013! But it's nothing to celebrate about it..

It's just a year.. Right?

No SIR YOU WRONG! said urban people who kept twittering congratulations and celebration of 2013..

You are quite a kampung person.. Celebrate lah this year.. We start a whole new thing!


What? Nak raikan dengan togokan arak dan pesta ke pagi? Berbaloi ke bunga api di langit dan muzik berdentum di bumi?

As a silent and peaceful person like me.. I tend to spend my time on the laptop..

But not because i'm a geek or a nerd spending on games or gadgets or stuff..

I rather listening to the music and embrace myself.. Thinking what i done wrong..

Tak semua sukakan kedamaian.. Ada yang akan kata.. Tak rock la tak keluar berpesta..

Sosial sket..

Oh tidak encik, itu SO-SIAL namenye.. takder masa la nak bergesel-gesel dengan orang ramai..

Bukan budaya saya..


Azam tahun nie memang takder.. Lebih baik cuba improved diri setiap hari.. That is my resolution masa Muharram..

Better than follow tahun Madani nie..  Kan ada saying.. ' Hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari nie '

Rasanya ini adalah azam paling baik agama kita anjurkan..

Kita tak tahu apa yang mendatang tapi kita sedaya upaya menjadikan hari ini lebih baik dari semalam..

Kurang melakukan dosa, banyak melakukan amal jariah..

Zipkan mulut dari keaiban dan menyebarkan kebaikkan orang..

Diamkan diri dari sombong dan takabur serta basahkan lidah menyebut Allah..

Mungkin juga aku akan pertingkatkan baca Al-Quran... Tipu kalau aku cakap tak ada masa..

Memandangkan Facebook boleh je online dalam 2 jam..

Takkan Al-Quran pun tak leh.. Or at least i can do is to hear Al-Quran recitation by imam..

Belambak je kat Youtube.. Usaha cari..

Kurang-kurang sket dengar Kari-Pop tue.. Hehehe.. ( Berpesan dengan diri nie.. )


Last year was a lot of hardship i encounter.. Semua itu untuk mematangkan diri..

Menjadikan aku lebih dewasa dan lebih peka dengan sekeliling..

Face the problem and let it smash you to pieces.. Bila masalah dah selesai..

Bersyukur sujud kepada Allah.. Sebab rintangan tue telah kau atasi..

Bila masalah muncul.. Kembali kepadaNya.. rayu padaNya.. berdoa padaNya..

Apa guna jalankan wajib dan lipat terus tikar sejadah.. Bila masa tika kau habis tahiyat akhir..

Ruang masa bersila di tikar sejadah itu kau manfaatkan dengan menceritakan masalah kepadaNya..

Itu aku selalu buat.. Biarpun tak di setiap waktu..

Akan ada satu dua waktu lapang kau ingin diamkan diri.. Mencari sebab kehidupan ini..

Dan bila masa kau peroleh saat tersebut..

DOALAH DENGAN PENUH KHUSYUK DAN IKHLAS MENCERITAKAN SEGALANYA..


Hehehe.. Dah kot?

Fin.

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...