Wednesday, 3 January 2018

Peka Sekeliling.

It's 2018! Yes. I know. It's been three days already.
Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Semoga ceria selalu. 2017 melabuhkan tirai dalam 3 hari yang lepas. Nothing much for me for the upcoming year, yet. No resolution what so ever. Sebab risau diri tak tercapai azam. Hehe..

So, better play safe and carry on with life. Dalam pada masa yang sama buat perubahan sedikit demi sedikit dalam hidup. Biar ada perubahan walaupun tiada impak yang ketara. Hehehe..

Hujan di Pulau Pinang. Menyejukkan dan mendamaikan waktu petang aku hari nie. Dua roomate aku keluar makan manakala aku dengan roomate aku sorang lagi habiskan masa kat rumah. Mungkin lepas Maghrib baru nak keluar makan.

So far praktikal ok. Cuma kerja assignment as usual bertimbun dan perlu diselesaikan secepat mungkin. Aku ada juga kajian yang nak kena aku selesaikan sebelum masuk peperiksaan final aku bulan 2 nie. 30 buku prosidur dan satu modul tebal tentang klinik harus aku siapkan dalam bulan nie.

And I can still keep up to date on my blogs. Although it isn't always daily. Hahaha..

Other than that, 2018 membuka tirai dengan pelbagai kisah cerita. Let me start with this fellow. Logan Paul. Adik aku dan mungkin ramai yang lain kenal Youtuber nie. Dengan semangat energetik dan cakap tak berhenti. Buat vlog harian tentang apa yang dia buat seharian. Content dia agak banyak dan ianya tak berhenti di situ.

Aku pernah cerita dalam post lepas tentang internet dan benda yang perlu dan tak perlu diceritakan di internet atau dalam bahasa net, post. So, apparently this fellow went to Japan dan dia buat vlog tentang satu hutan di Jepun yang sememangnya terkenal dengan kejadian bunuh diri. 

Hutan itu dinamakan Aokigahara atau Suicide Forest di mana ramai rakyat Jepun cenderung untuk menamatkan nyawa mereka di sana. Hutan itu sendiri menjadi kawasan larangan bagi pelancong untuk masuk, apatah lagi untuk merakam video.

Namun, apa yang menjadi kemarahan netizen adalah apabila dia merakam hutan tersebut dan juga merakam mayat yang baru sahaja membunuh diri di hutan tersebut. Mereka ketawa dan merakam mayat itu dari jarak dekat. Tidak cukup dengan itu, mereka edit dan masukkan di Youtube untuk pengguna lihat.

Video itu telah dikeluarkan dari akaun Logan Paul dan terus terang, ianya membuatkan seluruh dunia menjadi marah dan memohon dia untuk memohon maaf kerana tidak peka dengan sensitiviti penonton dan tidak peka dengan isu yang sekarang ini menjadi satu masalah dunia iaitu gejala bunuh diri.

Logan memohon maaf namun aku rasa tak semua dapat memaafkan dia setelah apa yang dia dah lakukan. Bagi aku, seperti mana mereka yang lain. Seharusnya Logan berhenti dari merakam dan terus keluar dari hutan sekiranya terjumpa mayat atau perkara yang merbahaya. Kedua, sepatutnya setelah rakaman dibuat, dia boleh hapuskan atau delete. Ketiga, adalah menjadi satu kebodohan yang amat apabila setelah kedua perkara itu tidak dibuat dan dia mengambil keputusan untuk upload pula pada Youtube.

Dia telah minta maaf tapi bagi aku perkara ini akan kekal dalam ingatan mereka yang melihat video dia di Youtube. Terutama pada tahun baru 2018.

Korang boleh cari sendiri di Google dan Youtube. Ada yang sempat simpan video itu sebelum dipadam.

Panjang lak post aku hari nie. Haha.. but back to the point. The point is walaupun kau rasa seronok, rasa nak post something tentang diri, keseronokkan kau atau simply kau nak merasa bangga, nak bermegah dan nakkan pengikut yang ramai, pastikan kau teliti tindakan kau untuk post something dalam laman media sosial.

Kerana aku tahu internet itu baik dan juga kejam. Setelah kau ceritakan sesuatu di internet maka ia akan tersebar dan dengan pantas mereka akan tahu. Itu yang kita hadapi sekarang di era zaman teknologi ini. Begitu pantas berita tersebar.

So, beware. Dan terus terang aku cakap, bunuh diri bukan perkara main-main. Ia melibatkan masalah emosi dan perasaan, ia juga salah satu dari masalah mental. Ia memerlukan nasihat dan bimbingan dari badan-badan berwajib tak kira sektor kerajaan dan swasta. Mereka memerlukan pertolongan.

Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...