Monday 25 December 2017

Pedas Meggi Ayer Itam..

Fuh. Pedas. Penangan mee mamee dua paket yang aku masak kat rumah kawan aku.

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Hari ini merupakan hari Krismas iaitu 25 Disember bagi mereka beragama Kristian. So, for those who are Christian, Selamat Hari Natal.

Esok baru start praktikal di Klinik Kesihatan Seberang Jaya. Secara rasminya mengikut jadual praktikal. Bermulanya struggle pada Fasa 2 iaitu :

  • 30 assignments untuk Prosidur 8.1 sampai 8.6.
  • HSR aku untuk Bab 3 dan Bab 4. 
  • Modul 6 iaitu tentang penubuhan Diabetic Resource Centre di daerah tempat aku kerja.
Nampak tak betapa banyaknya assignment yang aku kena buat. Sememangnya tiada masa rehat. Tapi banyak je masa luang kat blog dan internet. Such a failure la bab nak kawal diri nie. Haih.

Banyak cuti jugak menjelang hujung tahun nie. Pengakhiran 2017. Macam hari nie aku cuti selama 3 hari dari Sabtu sampai Isnin. Minggu depan pun sama. Jadi, aku kena habiskan prosidur aku dalam masa terdekat agar dapat aku fokus pada Modul 6 dan HSR. Terutamanya HSR memandangkan aku ada masalah dalam pendaftaran NMRR.

Lama dah tak balik kampung. Perancangannya insyaAllah dalam minggu depan dengan member aku. Tapi konvoi la. Lebih selamat.

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...