Saturday, 12 September 2020

Peaceful Raindrops.

Assalamualaikum..

Apa khabar hendaknya? Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Aamiin. How was your day? Harapnya baik-baik sahaja. Ada hari baik, ada hari kurang baik. Ada yang dugaannya banyak, godaan dan hasutan syaitannya benar-benar menguji keimanannya. Namun, kembali kita kepada peringatan dan perintah Allah Taála. InsyaAllah. 

Aku struggle, kamu struggle, kita semua struggle untuk menjadi baik dan mencari redha Allah di bumi sementara ini. Yup.

Sementara aku ada masa, kena lak dengan hujan lebat di petang hari.. aku nak update sikit tentang apa aku buat sekarang and what is my plan after this. Tak salah kalau merancang bukan?

So, it is almost in the middle of September. Alhamdulillah kerja tue masih ada tapi tak sebanyak dulu. Boleh da juggle sikit kerja dengan life, although after kerja biasanya aku terperap dalam bilik rumah sewa nie, sama ada rehat atau layan phone sampai Maghrib (so productive.. -_-).

Aku pun duk berdua jer dengan roomate aku yang kerja di klinik. Selalunya kalau balik, bual-bual sikit petang tue then after selesai Maghrib, masing-masing buat hal sendiri. So far ok.

Alhamdulillah.. Staf aku yang cuti bersalin bakal masuk kerja pada bulan nie, maybe around 20-21 September ini. So aku pun a bit hype sebab 3 bulan kerja dua orang and aku dah lama tak merasa cuti hari Sabtu like others. 

Finally aku berpeluang off Saturday. Aku pun dah request cuti Sabtu sebab cadangnya nak pergi ke Perak, just jalan-jalan jumpa kawan dan staf lama aku.

Last aku keluar dari Kelantan rasanya awal tahun nie untuk raikan New Year di Pulau Pinang. So yeah, lama tak jalan. Hahaha..

It's a rough plan but kalau lancar, dalam 24-25 nie aku gerak. Next month pun ke Perak teman my family untuk walimah adik iparnya di Teluk Intan. It's gonna be exciting. InsyaAllah.

At the same time, aku masih dalam mood berjaga-jaga memandangkan kes Covid-19 di Malaysia semakin meningkat terutamanya di Kedah dan Sabah. And Sabah pula dalam perancangan untuk pilihan raya umum. Angka positif tue quite frightening to be honest. Triple digit kot.

Untuk semua, jagalah kesihatan. Pakai penutup muka ketika ditempat sesak. Hand sanitizer itu adalah kewajiban. Isi maklumat setiap kali berada di kawasan premis perniagaan atau mana-mana tempat. Jaga penjarakan sosial dan berjumpa doktor sekiranya ada tanda dan gejala seperti demam, batuk dan lemah badan.

Pesanan penaja. 





Tuesday, 1 September 2020

1 Sept - Series Of Unfortunate Evening..


Assalamualaikum.

Baru perasan yang Blogger ada 'interface' baru. Ringkas dan mudah bagi aku nak edit. 

So yeah, another blog with a minor headache, ditemani dua kipas yang sentiasa bersama tika pa enas dan sejuk.

 Malam nie panas, mungkin nak hujan rasanya. Hari nie kurang bernasib baik sebab banyak benda berlaku selepas aku habis je kerja. Antaranya..

@ Kunci kereta/rumah aku tercicir. Aku ingatkan hilang ke apa. Ada la dalam 10-20 minit mencari kat dalam klinik tapi tak jumpa. Apa kan daya. Last-last aku jumpa ada dekat kerusi tempat menunggu. Duh!

@ Aku makan kat satu kedai nie, order Yong Tau Foo dengan kuah pedas campur manis. Makanannya dah sampai akan tetapi air aku belum. Aku kelaparan dan terus membaham Yong Tau Foo sambil menahan kepedasan. Air masih belum sampai, sehingga aku habis makan. Dek kerana frust menongeng sangat, aku bayar makanan jer memandangkan air belum buat lagi.

Nasib la owner minta maaf. Hahaha.. 

@ Headache until now. Frontal to be exact selepas meneguk air tin Nescafe Original. Nyut nyut sakitnya sehingga sekarang. Haih.

So aku gagahkan jua menaip benda yang berlaku hari ini agar aku boleh recap balik sambil berfikir what went down. Akhirnya conclusion aku dapat, mungkin sebab aku lengah solat Asar hari nie.

Yup. Definitely. 

Allahu.. rasa terkesan gila bila sedar benda nie. 

Actually, aku dah lama sebenarnya nak focus on this particular thing. For me and to all whom read. This is about solat. Aku perasan yang sekarang aku jadi semakin leka dengan kerja sehinggakan aku melambatkan solat. For sometime aku dahulukan kerja dulu lebih dari panggilan Ilahi untuk ke tikar sejadah dan sujud pada Yang Maha Esa.

Jadi semakin sibuk.. semakin kurang masa dengan Allah. Then what do you expect? Doa kita agaknya dimakbulkan tak kalau amalan seharian kita sebegini? 

Mungkin after typing all this, aku boleh mula amalkan untuk berkejaran solat seperti mana staf aku buat ketika setiap kali waktu solat masuk. Nampak macam simple but actually takes time to adjust and adapt to make it important.

Mengutamakan panggilan Allah lebih dari segalanya. 

InsyaAllah.

Doakan sakit kepala saya berkurangan. Maybe because of the caffein. Pfft..

Nite.






Monday, 31 August 2020

14 Jalur, Bintang Dan Bulan Sabit..


It's happening again. Procrastination.

Really hate bout it. 

August isn't being too kind for me. Kerja yang bertimbun dan banyak urusan yang tak selesai, which it comes to today's final day. 31 Ogos 2020. Its been 63 years sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. But semangat meraikan hari kemerdekaan itu semakin hambar disebabkan wabak Covid-19 dan disebabkan tiada perarakan sempena menyambut hari bersejarah ini.

Hanya lagu yang berjiwa patriotik dan ceritera drama di televisyen menemani hari kerja aku yang seperti mana biasanya. Its my second year working on Independence Day. Xder la kata sedih atau tak best but xder rasa festive sangat or semangat berkobar-kobar seperti Raya Aidilfitri or Ramadhan. 

Just admitting this feeling makes me sin, aduhai.

Work wasn't fun at all. Dengan aku nak siapkan chart pesakit lagi, jumpa pakar lagi. Aku sampaikan balik 2 minggu sekali minggu nie disebabkan banyak kerja tak siap. Tipu la kalau tak rasa stress. Sebab adik aku balik dari KL, mak sedara semua balik sebab cuti sekolah. Even raya haji pun aku cuti dua hari jer. Hahaha.. done rant pueh.

Fortunately OT bulan Ogos masyuk sebab banyak hari aku bekerja. Hari cuti am pun kerja. So, ada la pros and cons about doing OT. Which for me wasn't really wanna do it, but it's kinda necessary to do since staf aku kekurangan seorang disebabkan cuti bersalin. InsyaAllah bulan September beliau pun dah masuk kerja and I'll plan for my holiday. 

Hasn't had a holiday outside Kelantan for months now. Last aku ingat awal bulan Jan. Gosh how time flies.

Aku perasan yang kes Covid-19 pun dah ada banyak cluster baru dan peningkatan kes dari hari ke hari, which is worrying for me kalau nak travel. Keselamatan dan kesihatan rakyat pun dalam jeopardy. I mean diorang yang seharusnya kuarantin kat rumah sepatutnya kuarantin kat rumah. Jangan bergedil (maaf, lapar) sangat nak keluar buat dek jer.

Luckily our goverment mengenakan akta peraturan yang ketat dengan meningkatkan kompaun dan penangkapan salah laku PKP. Please follow the rules and try our best to decline the new cases like we use to. Tak susah pun. Kesian aku ngan front liners lain yang struggle ambil swab, check pesakit dan ambil risiko kesihatan sendiri demi kesihatan orang lain.

Capek la rant memanjang jer. Hahaha.. tapi memang lega la melepaskna segalanya kat sini. At least aku xder la lepas kat orang ke apa. For me work was always gonna be there. Time management is the key to ensure the work selesai sepatutnya.

Anyway, enough talk. Rehat sepuasnya. Esok 1 September.

Wake me up when September ends.. Cewah!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 63, Malaysia!

Wednesday, 15 July 2020

Ayuh Minasan! Kembali Ke Sekolah!!

Assalamualaikum.

Took a little bit of time to wrote this blog. Sedar tak sedar dah masuk 15th of July. Dah separuh bulan dah Julai nie. 15 days dah weh. In a blink of an eye.

So, apa khabar? Hopefully berada dalam keadaan sihat walafiat.

Me? I'm fine I guess. Gain a bit weight. 2 kg to be precise. Hahaha.. Sibuk dengan kerja especially since aku kerja bertiga dengan staf. Salah seorang staf aku cuti bersalin, so 3 months juga la baru dia masuk kerja balik seperti biasa. Mostly banyak kerja aku yang dah selesai cuma ada yang bertangguh kerana beberapa dokumen yang tak diselesaikan.

Anyway, kita masih lagi dalam PKPP. And today mostly remaja dari Form 1 until Form 4 dah mula bersekolah. As usual but dengan norma baru, thermoscan check for suhu tinggi, pemakaian mask yang wajib serta penjarakkan sosial dari kerusi meja sehinggalah ke tempat makan. Its a new norm
 yang harus dibiasakan oleh semua. Termasuklah kanak-kanak dan remaja.

Salam takziah kepada seorang cikgu yang meninggal dunia semalam semasa dalam proses mengemas sekolah untuk persediaan pelajar masuk mendaftar kembali ke sekolah. Jatuh dari bangunan setelah berdiri di kerusi plastik. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Aku dalam proses membiasakan diri untuk tidak balik ke rumah setelah minggu lepas aku tak balik dan bekerja seperti biasa. Seperti juga minggu ini kerana giliran aku belum sampai. So, agak memboringkan memandangkan rumah aku tak ada tv dan hiburan. Although aku ada laptop tapi langsung tak ada semangat nak binge watch dek kerana kena kerja Sabtu.

Aku lebih banyak habiskan masa untuk tidur dan mengemas bilik semampu mungkin. Menghantar dobi pada hari Khamis dan selebihnya mesej famili dan kawan. Adik lelaki aku pun balik minggu nie. Lama sudah tak balik katanya. Raya Haji memang tak dapat nak balik sebab risaukan jammed jalan sebab ramai yang balik ke rumah.

Jimat gak duit sebab jarang balik. Boleh la simpan duit untuk kahwin. Eh? 

Hahaha..

2 minggu nie ada la ups and downnya. Nie aku lepak kat tempat kerja pun salah satu sebabnya taknak bosan kat rumah. Kalau dah sampai rumah biasanya aku akan bersiap untuk makan, mandi etc and lastly tidur. Dah la sekarang tidur awal je kerjanya. Dah macam budak sekolah lak aku tidur awal. Hahaha.. Maybe sebab faktor usia. Aku pun dah 30. Takder la nak melepak macam dulu. 

Bercuti apatah lagi. Heck aku rasa dah 6 bulan lebih aku tak cross negeri. Sejak sebelum PKP lagi until now. Hahaha...

Banyak kerja yang belum selesai. Kereta aku pun tak selesai lagi. Entah bila la settle gamaknye. Hahaha..

Ok, dah la kot. Nanti bila free aku update balik. Hahaha.. Ciao!

Wednesday, 24 June 2020

Juna Juni June Sudah..

Elok lak landing beliau..
Assalamualaikum...

How are you peeps? Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Same goes to me. Juni nie baru la nak update blog. Nak buh post baru after so long. Lama tak kemas kini. Banyak jer masa sebenarnya akan tetapi dek kemalasan (alasan yang sama jer setiap kali..)

Spending my time here after work, ditemani lagu OST One Piece. It ease a bit keletihan kerja. 

I'm fine. Alhamdulillah..

Lot's of things happen in the past couple of weeks. I had an accident which cost my car a wreckage. Sendiri terbabas dek kerana hujan lebat dan jalan yang licin. Luckily I survived with minor injuries. Qada Qadar Allah. Aku terima seadanya.

Kereta aku teruk kemek atas depan bawah. Kalau sekali tengok memang rasanya yang bawak tue cedera teruk. Alhamdulillah, ternyata safety kereta ini betul-betul 'secure'. 


Impak tak sekuat mana masa kereta aku bergolek setelah terkena penahan kereta di hujung divider kereta. Air bag yang terbukak setelah hentakkan kereta membantu mengurangkan inertia aku dari whiplash akibat kereta yang bergolek.

Fuh! Sendiri fikir la beb. Macam mana korang tengok kereta Fast Furious bergolek, ha macam tue la aku berpusing. HAHAHA.. 


So for now kereta aku dekat bengkel. Menunggu untuk di'evaluate'. Maybe total lost. Kena standby la duit untuk tambah sekiranya ada baki yang tak boleh dicover oleh insurans. Memang jodoh aku dengan kereta nie tak lama. 

Sekarang dah masuk PKPP or Program Kawalan Pergerakan Pemulihan di mana hampir kesemua premis perniagaan dan perkhidmatan termasuk sekolah, pusat sukan, kilang dan lain-lain dibuka dan berjalan seperti biasa serta mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti:

  • Penjarakan sosial sebanyak 1 meter.
  • Menulis maklumat diri dan nombor telefon untuk dihubungi serta scan QR code bagi mereka yang mempunyai telefon pintar.
  • Melakukan hand sanitizing sebelum masuk ke premis.
Kadar kes pun semakin berkurangan semenjak saringan khusus serta pengawalan penyakit melalui screening berterusan serta penggunaan alatan canggih mempercepatkan proses untuk mengenal pasti mereka yang dijankiti penyakit C-19.(aku buat rumusan ke ape nie? HAHAHAHA)

Pendek kata sekarang kita masih perlu berjaga-jaga walaupun kes semakin berkurangan. InsyaAllah kalau amalan SOP ini dipraktikkan maka penyakit C-19 akan berkurangan dari semasa ke semasa.

Hari nie pun bermulanya sesi persekolahan bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan SPM, STPM dan lain-lain peperiksaan penting. So, good luck dan belajar rajin-rajin yer. Especially my cousin which will be sitting his SPM next year. Ganbatte ne Fikri!

Rasa stail lak buat colourful macam nie. Hahaha.. easy to read and understand. Aku pun tak la rasa bosan nak menaip. Cuma skrin komputer nie jer la kadang problem. But its just a minor glitch.

Aku sekarang kerja naik motor. Kereta dah takder so naik motor la untuk beli barang atau nak ke mana-mana. Paling jauh aku pergi dengan motor nie adalah dari KB ke Gua Musang, Speed motor nie amatlah slow jadi aku semakin berhati-hati bila menunggangnya. 

Other than that, aku dah ada dua roomate baru sebab roomate aku dah keluar masuk kuaters. And masa aku datang dari KB dengan mak aku and my bro, diorang siap buat sesi deco dan cleaning kot kat rumah aku. Sebab jujur rumah aku macam sampah, like my mom says. Hahaha..

Anaknya pemalas sangat nak mengemas. Sekarang aku cuba untuk maintain kebersihan bilik dan rumah aku yang telah dikemas oleh mak dan adik aku. Kudos for them sebab mop semua. Aku lak tolong buang sampah dan sapu lantai. Akhirnya selesai diorang pun balik.

kalau kira dah 2 minggu aku tak balik, including this week. Kalau ada kereta nie dah balik lama dah. Hahaha.. but cukuplah hari tue seminggu aku bercuti sebab kemalangan. Work seperti biasa. Nothing change much.

Ok, aku rasa cukuplah aku berceloteh. Karang curah semua nie habis ngantuk korang baca. Hahaha.. Thanks for reading.

Sunday, 17 May 2020

Norma Baru Raya PKPB



Kami tak ramai tapi kami meriah..
Assalamualaikum.. 

Apa khabar semua? Harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah, aku sihat dan masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini. "

Hari ini 5 Syawal 1441 H bersama
an 28 Mei 2020. Baru jer habis kerja untuk hari Khamis, insyaAllah berterusan sampai ke Khamis minggu depan. 

Non-stop setelah 4 hari bercuti di rumah.

It's Hari Raya Aidilfitri but with a twist, it can only be celebrated on the first day. Hari raya ke 2 and next would be like the first since kerajaan tidak membenarkan aktiviti ziarah menziarahi melainkan 1 Syawal sahaja.

So for me and most of my family, kami berkunjung hanya 3 buah rumah untuk beraya. Selebihnya makan juadah dan kuih muih di rumah serta menyambut tetamu yang hadir untuk beraya.

It's isn't as festive since we are now in the midst of overcame the C-19 o
utbreak. Ini satu kelonggaran dan kesyukuran bagi aku sebab boleh juga meraikan Hari Raya Aidilfitri walau dalam keadaan norma baru.

- Rumah tidak boleh melebihi 20 orang tetamu.
- Aktiviti berkunjung hanya pada 1 Syawal sahaja.
- Solat Hari Raya Aidilfitri dan bacaan khutbah hanya di rumah masing-masing.

Ada la pros dan cons dalam menyambut Hari Raya dengan suasana sebegini. For first time dalam hidup aku, balik kampung tak hectic dengan traffic jammed which biasanya menjadi makanan bagi perantau dan mereka yang sudah tinggal di kampung.
So, bercampur aduk la diri aku. Seronok sebab jalan lengang tapi tak semeriah la.

My bro and his wife di perantauan.. 

Lepas tue the vibe of raya tue tak terasa sangat. I remembered my dad mandi lambat dan memang betul xder mood nak raya disebabkan kena duk rumah dan tak boleh pergi mana-mana. 

Tak dapat beliau nak merentas sempadan negeri disebabkan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Same goes to all my aunts/uncles dan sepupu sepapat yang mostly duk di KL. 



Another thing I realize is that aku x belanja sangat untuk raya tahun nie. Beli kurta dua helai je. Duit raya pun aku banyak bagi kat adik-adik aku jer. Aku langsung tak standby duit raya memandangkan aku kena kerja pada hari memasak iaitu one day before raya.

Nak tak nak memang aku tak sempat langsung tukar duit. Heck, apatah lagi nak membeli sampul. Hahaha..

Overall, for me.. Raya tahun ini tak meriah disebabkan mereka yang dirantauan tak balik beraya. Like my bro who lived in Seri Kembangan with his wife. 

Video call sebagai pengubat rindu di kala berjauhan. Hahaha.. dah macam duk oversea dah. But hey, inilah norma baru dalam tempoh PKPB nie. 

Hopefully for me and all, raya pada tahun depan lebih meriah. Tiada lagi penjarakan seperti mana yang kita amalkan dan wabak C-19 akan beransur hilang. Kalau tak hilang pun wabak itu, harapnya ia dalam kawalan. 

Satu pengajaran yang berharga buat umat Islam dan manusia umumnya disebalik wabak yang Allah telah ciptakan ini. Supaya mereka sentiasa bersyukur dan berserah diri kepada Allah pada setiap usaha dan amal ibadah. Agar kita dapat faham bahawa wabak ini bila Allah berikan.. ianya memberi kesan tak kira bangsa, umur dan pangkat. 

Kekuasaan Allah yang tiada taranya.

Thanks for reading. 

Saturday, 16 May 2020

Pecutan Terakhir Mencari Lailatul Qadr..


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Apa khabar semua? Harapnya semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Diberikan kesempatan untuk beramal ibadah dan berjuang dalam misi melawan hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Aku macam biasa selepas habis je kerja aku spend quite some time kat tempat kerja sebelum bergerak membeli makanan dan bekalan untuk berbuka dan bersahur. 

Aku tengah tengok video Kokom bertajuk Selamat Tinggal Sahabat. Sedih sebab Kokom cerita kembali kisah macam mana dia memulakan karier sebagai seorang Youtuber yang menyampaikan mesej-mesej dakwah. Setiap permulaan mesti ada yang menjadi pembakar semangat atau inspirasi. Salah satunya adalah sahabat sejati yang sentiasa bersama tatkala susah dan senang hingga ke akhir hayat. Moga roh sahabatnya, Indra berada dalam kalangan para solehin.

Sambil dengar nasyid aku meneruskan blog ini. 

Puasa macam mana? Alhamdulillah setakat ini puasa aku ok. Walaupun banyak kali rebah dan tewas dengan nafsu. Biasanya selepas berbuka sememangnya masa itulah rasa ngantuk la, lalai dengan menonton video dan movie la, tidur la. Sedangkan puasa dan selepas berbuka, seharusnya diri lebih rajin dan produktif. Malangnya aku selalu struggle untuk melakukan kebaikkan. Aku rasa korang pun sama macam aku. Hmmm..

Nie pun dah masuk 23 Ramadhan. Sekejap jer masa berlalu. 

Aku rancang untuk habiskan masa aku berpuasa selama seminggu ini untuk memperbanyakkan ibadah dan amal kebaikkan. Mengurangkan setiap perkara yang boleh membazirkan masa aku. Tambah, minggu ini merupakan pecutan terakhir Ramadhan di mana malam Lailatul Qadr dijanjikan Allah kepada hambaNya yang taat serta ikhlas beribadah kepadaNya.

So, doakan aku menjadi semakin sabar, rajin dalam ibadah dan taat perintah Allah serta menjauhkan diri dari dosa-dosa kecil dan besar. Really need that boost of iman di minggu terakhir Ramadhan ini. Minggu nie memang aku straight kerja non-stop dan hanya akan balik ke rumah pada hari sebelum raya. Moga masa kosong itu diisi. 

Thanks sebab dengar celoteh ringkas aku. Assalamualaikum.

Nasi Kuning Makcik Tanjung Chat Sedap!

Makcik Nasi Kuning kembali! Assalamualaikum. Dear self, how are you? If you are reading this, it means that you have already gone through th...