Wednesday 15 July 2020

Ayuh Minasan! Kembali Ke Sekolah!!

Assalamualaikum.

Took a little bit of time to wrote this blog. Sedar tak sedar dah masuk 15th of July. Dah separuh bulan dah Julai nie. 15 days dah weh. In a blink of an eye.

So, apa khabar? Hopefully berada dalam keadaan sihat walafiat.

Me? I'm fine I guess. Gain a bit weight. 2 kg to be precise. Hahaha.. Sibuk dengan kerja especially since aku kerja bertiga dengan staf. Salah seorang staf aku cuti bersalin, so 3 months juga la baru dia masuk kerja balik seperti biasa. Mostly banyak kerja aku yang dah selesai cuma ada yang bertangguh kerana beberapa dokumen yang tak diselesaikan.

Anyway, kita masih lagi dalam PKPP. And today mostly remaja dari Form 1 until Form 4 dah mula bersekolah. As usual but dengan norma baru, thermoscan check for suhu tinggi, pemakaian mask yang wajib serta penjarakkan sosial dari kerusi meja sehinggalah ke tempat makan. Its a new norm
 yang harus dibiasakan oleh semua. Termasuklah kanak-kanak dan remaja.

Salam takziah kepada seorang cikgu yang meninggal dunia semalam semasa dalam proses mengemas sekolah untuk persediaan pelajar masuk mendaftar kembali ke sekolah. Jatuh dari bangunan setelah berdiri di kerusi plastik. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Aku dalam proses membiasakan diri untuk tidak balik ke rumah setelah minggu lepas aku tak balik dan bekerja seperti biasa. Seperti juga minggu ini kerana giliran aku belum sampai. So, agak memboringkan memandangkan rumah aku tak ada tv dan hiburan. Although aku ada laptop tapi langsung tak ada semangat nak binge watch dek kerana kena kerja Sabtu.

Aku lebih banyak habiskan masa untuk tidur dan mengemas bilik semampu mungkin. Menghantar dobi pada hari Khamis dan selebihnya mesej famili dan kawan. Adik lelaki aku pun balik minggu nie. Lama sudah tak balik katanya. Raya Haji memang tak dapat nak balik sebab risaukan jammed jalan sebab ramai yang balik ke rumah.

Jimat gak duit sebab jarang balik. Boleh la simpan duit untuk kahwin. Eh? 

Hahaha..

2 minggu nie ada la ups and downnya. Nie aku lepak kat tempat kerja pun salah satu sebabnya taknak bosan kat rumah. Kalau dah sampai rumah biasanya aku akan bersiap untuk makan, mandi etc and lastly tidur. Dah la sekarang tidur awal je kerjanya. Dah macam budak sekolah lak aku tidur awal. Hahaha.. Maybe sebab faktor usia. Aku pun dah 30. Takder la nak melepak macam dulu. 

Bercuti apatah lagi. Heck aku rasa dah 6 bulan lebih aku tak cross negeri. Sejak sebelum PKP lagi until now. Hahaha...

Banyak kerja yang belum selesai. Kereta aku pun tak selesai lagi. Entah bila la settle gamaknye. Hahaha..

Ok, dah la kot. Nanti bila free aku update balik. Hahaha.. Ciao!

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...