Saturday 16 May 2020

Pecutan Terakhir Mencari Lailatul Qadr..


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Apa khabar semua? Harapnya semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Diberikan kesempatan untuk beramal ibadah dan berjuang dalam misi melawan hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Aku macam biasa selepas habis je kerja aku spend quite some time kat tempat kerja sebelum bergerak membeli makanan dan bekalan untuk berbuka dan bersahur. 

Aku tengah tengok video Kokom bertajuk Selamat Tinggal Sahabat. Sedih sebab Kokom cerita kembali kisah macam mana dia memulakan karier sebagai seorang Youtuber yang menyampaikan mesej-mesej dakwah. Setiap permulaan mesti ada yang menjadi pembakar semangat atau inspirasi. Salah satunya adalah sahabat sejati yang sentiasa bersama tatkala susah dan senang hingga ke akhir hayat. Moga roh sahabatnya, Indra berada dalam kalangan para solehin.

Sambil dengar nasyid aku meneruskan blog ini. 

Puasa macam mana? Alhamdulillah setakat ini puasa aku ok. Walaupun banyak kali rebah dan tewas dengan nafsu. Biasanya selepas berbuka sememangnya masa itulah rasa ngantuk la, lalai dengan menonton video dan movie la, tidur la. Sedangkan puasa dan selepas berbuka, seharusnya diri lebih rajin dan produktif. Malangnya aku selalu struggle untuk melakukan kebaikkan. Aku rasa korang pun sama macam aku. Hmmm..

Nie pun dah masuk 23 Ramadhan. Sekejap jer masa berlalu. 

Aku rancang untuk habiskan masa aku berpuasa selama seminggu ini untuk memperbanyakkan ibadah dan amal kebaikkan. Mengurangkan setiap perkara yang boleh membazirkan masa aku. Tambah, minggu ini merupakan pecutan terakhir Ramadhan di mana malam Lailatul Qadr dijanjikan Allah kepada hambaNya yang taat serta ikhlas beribadah kepadaNya.

So, doakan aku menjadi semakin sabar, rajin dalam ibadah dan taat perintah Allah serta menjauhkan diri dari dosa-dosa kecil dan besar. Really need that boost of iman di minggu terakhir Ramadhan ini. Minggu nie memang aku straight kerja non-stop dan hanya akan balik ke rumah pada hari sebelum raya. Moga masa kosong itu diisi. 

Thanks sebab dengar celoteh ringkas aku. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...