Kami tak ramai tapi kami meriah.. |
Apa khabar semua? Harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah, aku sihat dan masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini. "
Hari ini 5 Syawal 1441 H bersamaan 28 Mei 2020. Baru jer habis kerja untuk hari Khamis, insyaAllah berterusan sampai ke Khamis minggu depan.
Non-stop setelah 4 hari bercuti di rumah.
It's Hari Raya Aidilfitri but with a twist, it can only be celebrated on the first day. Hari raya ke 2 and next would be like the first since kerajaan tidak membenarkan aktiviti ziarah menziarahi melainkan 1 Syawal sahaja.
So for me and most of my family, kami berkunjung hanya 3 buah rumah untuk beraya. Selebihnya makan juadah dan kuih muih di rumah serta menyambut tetamu yang hadir untuk beraya.
It's isn't as festive since we are now in the midst of overcame the C-19 outbreak. Ini satu kelonggaran dan kesyukuran bagi aku sebab boleh juga meraikan Hari Raya Aidilfitri walau dalam keadaan norma baru.
- Rumah tidak boleh melebihi 20 orang tetamu.
- Aktiviti berkunjung hanya pada 1 Syawal sahaja.
- Solat Hari Raya Aidilfitri dan bacaan khutbah hanya di rumah masing-masing.
- Solat Hari Raya Aidilfitri dan bacaan khutbah hanya di rumah masing-masing.
Ada la pros dan cons dalam menyambut Hari Raya dengan suasana sebegini. For first time dalam hidup aku, balik kampung tak hectic dengan traffic jammed which biasanya menjadi makanan bagi perantau dan mereka yang sudah tinggal di kampung.
So, bercampur aduk la diri aku. Seronok sebab jalan lengang tapi tak semeriah la.
So, bercampur aduk la diri aku. Seronok sebab jalan lengang tapi tak semeriah la.
My bro and his wife di perantauan.. |
Lepas tue the vibe of raya tue tak terasa sangat. I remembered my dad mandi lambat dan memang betul xder mood nak raya disebabkan kena duk rumah dan tak boleh pergi mana-mana.
Tak dapat beliau nak merentas sempadan negeri disebabkan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Same goes to all my aunts/uncles dan sepupu sepapat yang mostly duk di KL.
Another thing I realize is that aku x belanja sangat untuk raya tahun nie. Beli kurta dua helai je. Duit raya pun aku banyak bagi kat adik-adik aku jer. Aku langsung tak standby duit raya memandangkan aku kena kerja pada hari memasak iaitu one day before raya.
Nak tak nak memang aku tak sempat langsung tukar duit. Heck, apatah lagi nak membeli sampul. Hahaha..
Overall, for me.. Raya tahun ini tak meriah disebabkan mereka yang dirantauan tak balik beraya. Like my bro who lived in Seri Kembangan with his wife.
Video call sebagai pengubat rindu di kala berjauhan. Hahaha.. dah macam duk oversea dah. But hey, inilah norma baru dalam tempoh PKPB nie.
Hopefully for me and all, raya pada tahun depan lebih meriah. Tiada lagi penjarakan seperti mana yang kita amalkan dan wabak C-19 akan beransur hilang. Kalau tak hilang pun wabak itu, harapnya ia dalam kawalan.
Satu pengajaran yang berharga buat umat Islam dan manusia umumnya disebalik wabak yang Allah telah ciptakan ini. Supaya mereka sentiasa bersyukur dan berserah diri kepada Allah pada setiap usaha dan amal ibadah. Agar kita dapat faham bahawa wabak ini bila Allah berikan.. ianya memberi kesan tak kira bangsa, umur dan pangkat.
Kekuasaan Allah yang tiada taranya.
Thanks for reading.

No comments:
Post a Comment