Monday, 28 July 2014

Syawal Yang Chill..

mak aih sengih! hahaha..
seperti yang tertera di atas.. sememangnya saya menyambut Syawal dengan chill, sedikit happy dan sekelumit sedih.. mixed feeling la sikit.. hehehe...

sambil pasang lagu raya di laptop kesayangan.. peneman diri di kuaters klinik.. aku duduk di bawah kipas, menaip pada masa sanak saudara saling ziarah menziarahi, bermaaf-maafan.. tapi bukan aku sorang jer.. adik lelaki aku pun tak balik jugak dari Jepun..

dia lagi sedih, exam lak tue hari raya.. nak buat macam mana, adat perantau merantau negara orang.. aku pun sama... walau dalam negara, kerja adalah kerja.. dan soal menyelamatkan orang nie bukan benda remeh temeh.. kalau takder orang standby.. ada kecemasan nanti kesian keluarga yang datang ke klinik.. so, here I am on duty..

malam raya semalam aku pulun buat video perantau untuk anak-anak bujang.. dan terus terang aku xder sedih mana pun.. x la kata air mata keluaq sikit pun ( hehehe.. ) disebabkan masa tahun lepas aku dah merasa raya haji x balik.. and in Kelantan.. raya haji kami paling meriah dengan daging dagang ( yeke kate gande aku pakai nie? hahaha.. ) dan aktiviti melapah ( biarpun aku hanya tukang tengok jer.. )

so, buat la kami video sampai pukul 10.00 malam memandangkan adik nak kena study untuk exam esok.. aku lak dah siap pasang pelita, lampu lip lap luar rumah dari hari Jumaat lagi.. hehehe.. disebabkan on call tak dapat keluar jauh sangat.. kelengkapan dan juga persiapan raya semua aku dah settle awal..

rumah pulak.. memang seharian semalam aku kemas sampai berkilat.. hehehehe.. buang sampah, sapu sampah.. basuh pinggan dengan baju.. then iron baju baru hari nie ( tue pun pakai baju melayu je.. seluar tak pakai.. tak sempat sebab ada pesakit pagi tadi.. hehehe.. ). Solat raya pertama aku di Kampung Lintang, alhamdulillah dah diselesaikan.. suasana mana mana pun sama jer.. ramah mesra dan saling salam memaafi..

then keluar la aku pergi rumah rumah pesakit dan rumah staf yang aku kenal.. mostly area sini jer.. dah pergi dua tiga rumah aku pun duk la kat rumah sekarang.. tengah hari lepak sini la menaip blog..

that sums up today's punya aktiviti..

apa-apa pun aku harap dengan Syawal ini aku boleh secara perlahan berubah ke arah lebih baik..
mula amalkan apa yang aku selalu buat masa Ramadhan dulu.. makan pun sekarang kurang.. ( iye la ko.. hehehe.. )
cuba untuk berubah sedikit demi sedikit.. tiada sebab.. hanya kepadaNya..
solat pun kena awal selalu.. nie pun dah masuk waktu zohor sepatutnya.. hehehe..

so, thanks for reading this piece of work.. although xder climax atau suspen.. ini la catatan aku..
my life..
arigatou... thanks again!

No comments:

Post a Comment

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...