Wednesday 23 March 2011

Penggali Kubor Berjaya..

Assalamualaikum..

Mesti korang pelik apesal title post nie agak pelik...

Dan korang akan agak.. Nie nak bagi post nampak catchy ar sangat...

Poyo la.. Hehehe.. Well, x kisah...

Sebab aku punye blog.. Aku punye suke la.. Hahaha.. ( Sowi.. over-excited sangat.. )


Gelak sakan sangat sampai lupe tanya khabar.. ape khabar semua?

Diharap agar anda sihat walafiat... Masih hidup dan mensyukuri nikmatNya...

Hari nie aku nak bercerita tentang komitmen dan amanah...


Amender tue? Makanan ke? ( Jangan jadi biol sangat.. Hahaha.. ) Komitmen ada apabila anda meletakkan kerja sebagai priority utama...

Sebagai mata pencarian dan anda tidak curi tulang dalam kerja...

Amanah pula adalah satu perkara yang dipertanggungjawabkan kepada anda apabila melakukan sesuatu kerja dengan penuh komitmen.. 

 
Kenape aku mempersoalkan dua aspek nie? Hm.. maybe aku xder benda nak cakap...

Maybe aku xder idea dah nak cakap... Well, you are wrong peeps.. Huhuhu...

This quality are valuable and hardly seen by our Malaysian citizen nowdays...

Ada kaitannya dengan title yang aku cakapkan nie...


Penggali kubur bagi aku adalah seorang pekerja yang teramat komited dan amanah....

Biarpun gaji rendah.. atau nampak hina... atau apa-apa yang korang cakap...

Sebab apa?

Mereka tak merungut, bersyukur dengan rezeki yang diberi atau upah yang ditawarkan.. dan amanah dalam menjaga maruah keluarga...

Amanah dari sini maksud aku.. kalau jenazah mati dalam keadaan pelik atau apa-apa keadaan sekali pun..

Mereka pegang amanah dengan tidak memberitahu kepada orang lain..

Ada yang bercerita pun.. bukan dengan niat meng'aib'kan keluarga si mati...

Cuma untuk berpesan pesanan.. agar tidak kita lakukan kesalahan yang sama...
Dari DIA Kita Datang... KepadaNYA Kita Kembali...



From a high-executive companies to a low-payment workers... susah sekali kita nak nampak komitmen dalam kerja yang mereka lakukan... 

Xder niat nak memperkecilkan ape kerja yang anda buat atau pun memaki.. apatah lagi mencaci...

Tapi kualiti kerja ini semakin sukar dilihat... 

Kerja sambil lewa... Tuang dalam kerja ( PONTENG ).. Tak amanah dalam kerja ( DUIT KOPI ) dan lain-lain lagi.. yang sama waktu dengannya..

This are the things that weaken one's heart dari terus berbakti kepada negara...

Menjadi nanah dalam negara... Komitmen dalam kerja adalah WAJIB bagi setiap pekerja dan juga pelajar..

Sebab tanpa komitmen kita tiada daya saing.. Kita sukar maju kehadapan ( perhatian... bukan perut ke depan.. Huhuhu.. )

Komitmen dalam kerja seperti rajin, berdisiplin dan semangat bersaing yang sihat meningkatkan usaha kita..

Untuk maju dalam ape jua kerja kita buat... bukannye komitmen dalam ponteng kerja dan sebagainya...


Amanah pula.. kalau untuk Muslim.. pecah amanah berdosa besar.. kan?

Amanah dalam kerja bukan bermaksud anda hanya memegang title kerja itu sahaja... dalam setiap perilaku..

Dan tanggungjawab.. anda harus peka dan tidak mudah tergoda dengan hasutan duit...

Juga hanya iktikad dalam diri untuk meneruskan kerja dan amanah yang diberi....

Dengan hati yang ikhlas...

Dengan itu.. Segala kerja kita buat akan dirahmati.. Dan maybe anda juga akan rasa tenang bila buat kerja tersebut...

Sebab itu adalah mata pencarian kita.. rezeki yang kita cari untuk famili...

Anda juga rasa puas kan kalau kerja anda buat dengan penuh berdedikasi? Fikir-fikirkanlah....


AHMAD.IQBAL.HAKIM

P/s : terasa macam pakar motivasi lak hari nie.. hehehe...











No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...