Wednesday, 27 February 2019

Feb-Worry Me..

Cold compression 20 minutes every 2 hour

Having a headache today.. While spending my time organize stuff and work. Hectic month indeed for February as I, now having a chance to update about what's goin' on here. 

Trust me, a poor time management is to blame for. And my laziness. Hahaha..

Assalamualaikum.

Apa khabar? Harap semuanya dalam keadaan baik, sihat walafiat dari segi lahiriah, rohaniah dan jasmani. I'm fine. Sikit sakit kepala. Hari nie sibuk sikit sebab pesakit dialisis sampai petang, ada penambahan bilangan pesakit dalam bulan Februari nie. 3 orang pesakit baru. Jadi kena siapkan dokumen dan ajar sikit sebanyak mengenai dialisis dan rutin harian mereka. 

My 5th bro hari nie baru selesai menjalankan pembedahan tulang pada kawasan talus kanan yang patah akibat kemalangan baru-baru nie. Hari Khamis lepas. 

So aku ambil cuti untuk jaga adik aku kat hospital. Sambil buat demahan ais kat kawasan kaki dia yang bengkak. Teruk juga bila aku tengok X-ray kaki ngan CT Scan dia. Patah banyak. Doktor suggest screw kat kawasan patah. See how it goes.

Patah kat tulang talus. Lain-lain tak ada apa-apa. Cuma tulang yang patah tue dekat dengan saluran darah. Doktor kata berkemungkinan tulang tak dapat diselamatkan. Something like that. Aku jujur sedih sebab benda nie terjadi kepada adik aku. 

Tapi itulah Qada' Qadar Allah. Allah dah tentukan. Aku terima dengan redha ujian yang dihadapi oleh adik aku, Hopefully he will be healthy and fine. And back to work as usual. For now kena banyak berehat dan chill kat rumah. Just finish VC him. He's fine and under epidural sedation. Tak sabar nak jumpa balik nie. Hahaha..

Oh lupa, sekarang aku kat klinik update blog aku. Member aku kursus so kalau balik pun dia takder. Boring. Hahaha.. Laptop aku bagi kat adik perempuan aku untuk kerja. It's okay. Jarang pakai da sekarang. But blog aku tak boleh tinggal. Sebab banyak aku taip pasal kerja, pasal pengalaman dan etc etc. At least kalau dah lama sangat aku xbukak blog, bila ada masa lapang baca balik post lama.. aku akan gelak sorang. Knowing that I have time to spend for typing this.

Bulan Mac pun rasanya aku bakal sibuk. Dengan KiK dan juga National Medical Assistant Conference 2019 di Ulu Kinta, Perak. Guess I visit my old work place huh? Ah, the old days. Hahaha.. Other than than, LHDN aku tak selesai lagi nak register e-filling, starting to collect Converge Series of Kamen Rider (aku starting dengan KR Eternal, on the way KR Kabuto..)

Currently binge watch Kagi No Kaketta Heya dan KR Zio with Tokusatsu Gagaga. Lain-lain rasanya sama kot. Same old me. Management masa, duit dan makan memang sama. Berharap agar berubah. Sama juga dengan berat badan. Hahaha..

Ok, done la celoteh. Ada masa aku share lagi. 

Peace out.

Tuesday, 15 January 2019

Siberia Cold Temperature


Second post ek? Dahsyat bila aku post blog. Sampai dua post dalam sehari. Keh keh keh..

Assalamualaikum. A very warm Tuesday. And sometimes rain, depending on the weather. Hujan sekejap, panas sekejap. Alhamdulillah in every single thing that He creates. Mungkin aku je yang tak perasan dan kurang bersyukur. Astaghfirullah.

Pinjam kereta adik sekejap untuk seminggu nie. Saja nak try bawa untuk long distances. Nak tambahkan millage sebab tak banyak. Kalau dapat kat aku memang on the spot naik 500km dalam seminggu. Hahaha..

Perks of driving long distance.. the millage will be more than usual.. = D

This month has been quite non productive to a little active over than usual. Kerja seperti biasa, working with patients and with patience, never ending passion (ahaks.. hahaha..). Cuti bulan nie seperti biasa. Mostly Sabtu aku kerja dan staf aku pun kurang sorang sebab bersalin.



InsyaAllah semoga segalanya baik. 

Abah baru lepas elok dari kemalangan. A few bruises and chest pain. Aku kena ambil ubat tahan sakit abah hari Khamis nanti kat klinik memandangkan ubat dah habis.

 Suami kepada anak sedara dia tak berapa ok. Muka bengkak dan ada sikit concussion. Mujur tak ada apa-apa kepatahan atau kecederaan yang serius. 

Motor datang dari arah kiri masa abah baru lintas jalan dengan motor. Katanya motor Abah dah lintas separuh jalan, tiba-tiba motor meluru langgar tepi. Katanya yang pandu motor tue pun teruk juga. 


Baru je abah siap repair motor tue. Harap lepas nie kurang kejadian kemalangan dalam keluarga. Boleh kata famili aku hampir semua pernah kemalangan. Motor dan kereta. It wasn't pleasant at all. Cuma boleh berdoa agar kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga dijaga oleh Allah. Dalam pada diri berusaha juga untuk elak.


Terlebih masa lak nak punch kad. Hahaha... currently kat klinik sambil tunggu nak punch out. Sejuk sebab ada air conditioner. Baru aku boleh update blog dengan sepuasnya. Hahaha..

Currently aku tengok drama Jepun 99.9 Criminal Lawyer lakonan Matsumoto Jun. Best dan tak heavy macam previous drama yang aku habiskan. Unnatural pun sugoih! Sempoi mempoi cerita pasal forensik patologi. Aku pun kerap tido awal sekarang. Jarang tido lambat. What else?




Lately nothing interesting goin on with my life. Apparently. Just a normal day working and spending most of my time at home. Nothing else. Hahaha.. boring kan?

Mungkin kalau kahwin nanti kisahnya lebih enjoyable and interesting. Hahaha.. 
Ok done celoteh. Time to pack my things and go home. I mean my rented home. Hahaha..

adiue..


Tanjoubi Omedettou!!

Assalamualaikum. A very warm and sweaty evening today. It's already 5 days past New Year, which is 2019. Yesterday was my birthday, so Tanjoubi Omedetou!! Kali pertama sambut di rumah dengan famili secara sederhana. I am thankful for all the wishes from my family and friends especially for those who are remembered (sebab aku sorok tarikh lahir aku kat FB.. Hehehe..). Maybe nak tahu siapa yang ingat atau dah lali dengan ucapan sebab FB yang inform. Which wasn't pleasing to me.

A rocky start for me in this early January. Lots of things to be planned, works to be done and especially to find ways to ease the stress of everyday's routine. Belum dikira dengan serabut minda memikirkan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan. Rasanya tak la besar mana masalah but mungkin diri aku je yang merasakan segala urusan itu besar. Risau kalau terlupa dan etc etc. Exhausted as well.

Aku perlukan azam yang aku boleh capai dalam jangka masa cepat dan azam itu haruslah munasabah. It is important since mom asked me about my 2019 resolution which I answered 'dunno and afraid to do'. Tetapkan azam yang mudah dan insyaAllah aku akan usahakan sebaiknya. So what's my resolution? Hmmm.. It is to be active and less on eating. Always pray early and berjemaah. Always zikir kepadaNya. It's just the same as my previous aim.

Aku akan gilap betul-betul aim nie agar aku tak lagi rasa down mahupun rasa unproductive. Menaip blog nie juga tanda aku produktif walaupun sengguk dan panas ditambah dengan perut yang sarat kedepan. Not to mention kekadang rasa down teramat. For no reason. Maybe kena cari pasangan dah nie. Which actually one of my resolution for me. Aish, tadi rasa macam ada banyak je nak cakap. Hahaha..


Monday, 24 December 2018

Unspoken Goodbye..

Assalamualaikum. A very good evening to all. Hari nie hari Selasa, 24 Disember as you can see at the bottom of the blog. Around 8 pm. Update blog macam biasa. 2nd post for this month after a week or two. I'm well thank you and hopefully you too, who read this post.

Alhamdulillah. Allah masih beri peluang untuk saya menaip dalam keadaan minda saya masih menjaga diri dari melakukan khilaf. Itu satu kurniaan pada saya sebab kita selalu sahaja digoda dan jatuh dari jalan lurus yang kita lalu. Seringkali tersungkur oleh dosa. Namun bangkit mencari hidayah Allah. Mencari ketenangan dalam ibadah, dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.


Hari nie keseorangan memandangkan roomate bercuti lagi. And as a matter of fact, aku pun bercuti minggu lepas ke Kuala Terengganu dengan famili dan seluruh saudara. A little gathering for all the mak sedara and ipar with their families untuk merapatkan lagi tali persaudaraan setelah lama tidak berjumpa. Ada yang dah lama aku tak jumpa, this year baru reconnected.

Put our difference asides and let the love and cherish the moment that insyaAllah will lasted forever. Aamiiin.


A friend of mine remind me about family bonding. It's not only within families, but it beyond that. Kawan-kawan sekerja terutamanya. Aku menerima tamparan hebat hari nie dengan mesej dia yang bercerita tentang saat aku berpindah balik ke Kelantan. Aku pindah tanpa mengucapkan selamat jalan or as he said, 'a proper goodbye'.

Nampak teruk tak aku buat macam tue? Pergi tanpa ucap selamat tinggal secara umum. I think there is no reason behind my early departure. Kalau ada pun mungkin sebab terkejar dengan masa lapor diri etc etc. Or sebab aku drive sorang balik dengan barang2 penuh dalam kereta.

Aku rasa bersalah sebab tak ucap selamat tinggal. Another thing is that aku dah jarang mesej dengan diorang. So as them. Masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing. Or maybe aku jer terasa lebih dengan kenyataan kawan aku.

Ada pengajaran yang aku dapat dalam proses aku memahami situasi ini. Pertama, aku kena ambil berat dan tahu tentang perasaan orang but at the same time not terlalu menjaga sangat. Sebab perasaan kita sendiri takkan terjaga kalau sibuk nak elak dari beri hati orang terasa. Yup. 


Kedua, move on and keep moving forward. Rakan sekerja lepas tetap dalam ingatan tapi kehidupan harus diteruskan. New faces and new challenge awaits. Pada masa yang sama hubungan dengan sahabat kena selalu. Bertanya khabar dan semua. =)

Looks like its the end. No more ideas. Only fatigue. Ngantuk. Mungkin tido awal.
Nite.

Saturday, 8 December 2018

Rombongan Kahwin Kak Limah Dari Kuale Ke Aloq Staq

Pen Monami. Nice.
Assalamualaikum. How are you? Hope that all of you are in good shape and healthy. Alhamdulillah..

Masih lagi menghirup udara petang Sabtu di bulan Disember. 8th to be exact.

Hari nie aku kerja seperti mana biasa, bertolak dari rumah awal pagi, pergi ke universiti tempat adik aku belajar untuk hantar barang kiriman (mostly barangan peribadi macam sabun etc).


Then headed to HKK untuk hantar my lovely sis which currently work there. Shift awal pagi katanya. Safely arrived to my home here in Gua Musang. Have a 30 minute of snooze and work start at 7.10 am.

Minggu lepas dan minggu nie padat sebab pertamanya aku ke Putrajaya with my mom, dad and lil bro untuk ambil adik ipar, balik ke kampung. Kira macam short vacation jugak la sebab banyak jalan-jalan sekitar KL dan Putrajaya. 


Hujan lebat dalam tempoh tue. Tapi semalam dah nampak cerah dan panas. Air pun surut sket di sesetengah kawasan berlopak. And yup, sunny day include today. Hopefully. If its rain, aku syukur. Sama jer mana-mana pun. Be thankful. Alhamdulillah.

Three friends which I seldom chat and always share opinions and laughter has now officially became husband. Dua dari kawan tue aku sememangnya tak dapat nak hadir ke walimah, which includes today. And another one just finished his akad nikah yesterday. 


Which by the way for me is in absolutely shock. Senyap-senyap weh. Bukan kawin senyap ke apa. But hari nie aku buka FB tiba-tiba naik kat feed gambar berdua secocok.

And all of them were also incognito when it comes to engagement and wedding. Hahaha..
Sedih ada la gak sebab susah nak jumpa dah pasni, kecuali sorang tue (sebab dia kerja dekat je dengan tempat keje aku. Hahaha..). Lepas tue aku tak dapat lak nak hadir majlis kahwin, which is far. Clash lak dengan plan cuti aku. Jadi, aku hanya mampu ucap Barakallah. Semoga kekal hingga ke jannah. Be strong dan bimbing zaujah ke jalan Allah. Aamiin.


Now, sudden rush in my adrenaline after seeing all my fellow friends are now married. Kah kah kah..
For a moment la, but now ok. After thinking a lot and calm myself down. There's no need to rush things right? Exclaimer: Bukan ayat penyedap hati. Hahaha..

Jodoh dan ajal dalam kekuasaan Allah. Kita cuma berdoa dan berusaha agar beroleh kebaikkan dalam keduanya. Mungkin ajal sampai dulu. Who knows. Diri sendiri belum bersedia menghadap Ilahi. And definitely not ready for marriage. For now. Although I can say, the journey in finding soulmate might end. When? Moga Allah permudahkan urusan hamba yang mengharapkan rahmat dariNya. Sedang masih leka dengan dosa-dosa kecil dan besar.

It's still a long road for me to go. Obstacles to face. Knowledge and experience yet to be found. Moga hati ini sentiasa berdetik kalimah Allah dan Rasulullah dalam menelusuri kehidupan yang akan adanya pengakhiran. Sama ada baik atau buruk.

Peringatan untuk diri dalam masa yang sama. 


Terima kasih sebab membaca. Assalamualaikum.

p/s : Hari ini berlangsungnya Bantahan ICERD di Kuala Lumpur oleh semua umat Islam dan rakyat Malaysia khususnya bagi membantah ICERD yang mengugat agama Islam di bumi Malaysia ini. Saya menyokong dan bersama membantah ICERD.

Monday, 26 November 2018

Sneezing Non Stop.

shines bright..

Silau mata sebab aku dah tutup semua lampu except laman depan dan tandas. Hahaha..

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap semua dalam keadaan sihat walafiat.
Unlike me, having illness one after another. Untuk dua hari nie, mata sebelah kanan bengkak di kelopak atas. Tak tahu sama ada kena gigit serangga or binatang. Sakit tak sangat, tak selesa banyak. Sebab orang mungkin akan anggap aku mengintai orang. Heh, tipikal.

Kejap. Pasang lampu sat. Sakit mata. There we go.

A bit down for the past couple of days, ups and down. Moody tak tentu pasal. Luckily kerja dan life alhamdulillah ok. Hari nie makan malam bedal nasi lemak dua bungkus sebab lapar. There goes my diet for today. Pening dan sakit kepala kurang dah berkurangan. Habis banyak masa main apps kat telefon like Candy Crush (and yes.. aku main balik after all this years) and Dino Park (addicting..)

I forgot to mention that my sis is now back to work starting tomorrow selepas seminggu berehat akibat kemalangan. Motor masuk lubang kat bahu jalan. Luckily it wasn't worse. Ada crack sket kat kawasan muka but overall alhamdulillah, hope that she's fine and not to put a lot of strain on work. I really love my sis and all my families. Risau teramat kalau jadi apa-apa. Same for them. =)

Aku plan nak buat review tentang filem dan J-Drama. Pernah plan sebelum nie tapi masih tak buat-buat. Maybe kena buat skrip atau peta minda sebelum aku nak menaip dalam blog nie. Macam post nie aku tak rancang, main bedal je tulis apa yang aku nak cakap. So that the readers out there would understand even though aku just share pasal benda harian aku buat. Hahaha..


Antara drama yang aku dah tengok setakat nie.. meh aku listkan.
  1. Hero 1,2.
  2. Liar Game 1,2.
  3. Bloody Monday 1,2.
  4. Galileo
  5. Priceless
  6. Bambino
  7. GTO
  8. Giver
  9. Dele (sampai episod 7)
  10. Boku No Unmei No Hito
  11. Nobuta Wo Produce.
The list is quite long but kebanyakkan drama aku tengok akan ada Kimura Takuya. Why? Sebab dia pelakon yang versatile. Aku prefer juga Yamapi dengan Matsumoto Jun. But Kimura No 1. Hahaha..
Bukan kipas-susah-mati ok? Aku suka drama Jepun. Thats it. Salah satu sebab aku suka drama Jepun ialah sebab dramanya pendek. Tak lebih 10 episod. Lebih pun dalam 11-12.

Adik aku kata lakonan diorang tak real, tak ada emosi. For me it is subjective. Drama Jepun banyak bagi maklumat dan info serta satu episod tue memang full padat compact dengan plot, watak dan berbagai lagi. Drama Jepun juga lebih fokus kepada kehidupan dan pekerjaan seperti Hero kisahnya tentang pendakwa raya, Bambino tentang chef muda yang bekerja di restoran ternama. 


Malah diorang ada drama tentang sukarelawan penjagaan kebajikan kanak-kanak iaitu Don Quixote. A must watched drama. Bagaimana ketua yakuza dan sukarelawan bertukar badan. =)

Fuh, panjang lak post aku. Kalau nak cerita satu-satu drama tak habis rasanya, jadi yang aku listkan nie kalau sesiapa nak tonton dipersilakan. Sarat dengan pengajaran dan penuh dengan tangisan macam 1 Litre Of Tears. Anyways, aku akan buat review berdasarkan list yang aku sediakan.

So, expecting from me a new review on drama around. Bila?

Bila aku rajin. Hahahaha..

Assalamualaikum.


Thursday, 22 November 2018

Sesejuk Stepsil Menthol..

A quick and short post harapnya. Hehehe..

Working as usual today, sambil tunggu pesakit habis dialisis. Pesakit yang mendapat rawatan di hemodialisis akan duduk di kerusi sambil mesin dialisis 'mencuci' darah pesakit selama 4 jam. Dalam tempoh itu, pemantaun 'vital sign' penting untuk memastikan pesakit berada dalam keadaan baik. Pesakit tengah berehat, jadi aku ambil masa sikit untuk taip blog.

The more you know today.. hehehe..

Baru je aku update kat last post pasal kematian pesakit dialisis aku, dah ada dua orang lagi yang telah menjadi tetamu Allah pada hari Isnin. Semoga roh kedua-dua pesakit aku berada dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah. Moga roh mereka ditempatkan di syurga. Aamiin.

Hari nie juga adalah hari terakhir budak bersekolah sebab esoknya dah start cuti akhir tahun. Betapa seronoknya mereka sebab sekolah akan bermula tahun depan. Maka pelbagailah perancangan dilakukan untuk menghabiskan cuti sekolah yang ada. Ada yang kena berkhatan, pergi kem motivasi, kelas tambahan untuk peperiksaan dan sebagainya.

Rindu zaman sekolah dulu. Tak perlu nak fikir sangat macam dewasa. Walau duit tak ada tapi kebebasan bermain serta melakukan pelbagai aktiviti tue ada. Hahaha.. Sekarang macam aku, kalau nak keluar bercuti pun kena rancang dengan baik, kena ada duit yang mencukupi serta permohonan surat cuti agar segalanya berjalan dengan lancar.

Nak bercuti kot.. bukan nak bekerja. Tapi renyuhnya macam bekerja. Hahaha..

Alhamdulillah. Bersyukur kembali. Bila difikirkan balik, tak semua bertuah seperti aku. Ada yang tak cuti sebab cari rezqi sendiri. Kalau tak keluar bekerja maka tak ada la makanan dan duit untuk keluarga di rumah. Moga Allah permudahkan setiap manusia yang bekerja tanpa lelah untuk mencari rezqi, agar Allah kurniakan rezqi seluasnya. Kerana dia MAHA KAYA.


What's on news today? Well, aku bukan jenis tengok berita di televisyen atau baca di akhbar. Kebanyakkan sekarang sedang hangat memperkatakan tentang ICERD. Iaitu satu akta yang akan menghapuskan jurang perbezaan dan menyamakan kesemua kaum atas dasar hak asasi manusia. Aku pun tak pandai nak terang mana tentang hal ini.

But apa yang aku faham ialah tiada lagi hak keistimewaan orang Melayu seperti mana yang termaktub dalam akta 153 iaitu tentang hak keistimewaan bumiputera, which include Sabah and Sarawak dengan Orang Asal yakni Orang Asli. And much more. If I got time, aku akan share balik dalam post aku. But roughly, aku tak bersetuju Malaysia menandatangani ICERD.

Lebih banyak keburukan dari kebaikkan.

Done celoteh. Mengantuk la pulak. Sambung soon. Hahaha..

Assalamualaikum.

Nasi Kuning Makcik Tanjung Chat Sedap!

Makcik Nasi Kuning kembali! Assalamualaikum. Dear self, how are you? If you are reading this, it means that you have already gone through th...