Thursday, 22 November 2018

Sesejuk Stepsil Menthol..

A quick and short post harapnya. Hehehe..

Working as usual today, sambil tunggu pesakit habis dialisis. Pesakit yang mendapat rawatan di hemodialisis akan duduk di kerusi sambil mesin dialisis 'mencuci' darah pesakit selama 4 jam. Dalam tempoh itu, pemantaun 'vital sign' penting untuk memastikan pesakit berada dalam keadaan baik. Pesakit tengah berehat, jadi aku ambil masa sikit untuk taip blog.

The more you know today.. hehehe..

Baru je aku update kat last post pasal kematian pesakit dialisis aku, dah ada dua orang lagi yang telah menjadi tetamu Allah pada hari Isnin. Semoga roh kedua-dua pesakit aku berada dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah. Moga roh mereka ditempatkan di syurga. Aamiin.

Hari nie juga adalah hari terakhir budak bersekolah sebab esoknya dah start cuti akhir tahun. Betapa seronoknya mereka sebab sekolah akan bermula tahun depan. Maka pelbagailah perancangan dilakukan untuk menghabiskan cuti sekolah yang ada. Ada yang kena berkhatan, pergi kem motivasi, kelas tambahan untuk peperiksaan dan sebagainya.

Rindu zaman sekolah dulu. Tak perlu nak fikir sangat macam dewasa. Walau duit tak ada tapi kebebasan bermain serta melakukan pelbagai aktiviti tue ada. Hahaha.. Sekarang macam aku, kalau nak keluar bercuti pun kena rancang dengan baik, kena ada duit yang mencukupi serta permohonan surat cuti agar segalanya berjalan dengan lancar.

Nak bercuti kot.. bukan nak bekerja. Tapi renyuhnya macam bekerja. Hahaha..

Alhamdulillah. Bersyukur kembali. Bila difikirkan balik, tak semua bertuah seperti aku. Ada yang tak cuti sebab cari rezqi sendiri. Kalau tak keluar bekerja maka tak ada la makanan dan duit untuk keluarga di rumah. Moga Allah permudahkan setiap manusia yang bekerja tanpa lelah untuk mencari rezqi, agar Allah kurniakan rezqi seluasnya. Kerana dia MAHA KAYA.


What's on news today? Well, aku bukan jenis tengok berita di televisyen atau baca di akhbar. Kebanyakkan sekarang sedang hangat memperkatakan tentang ICERD. Iaitu satu akta yang akan menghapuskan jurang perbezaan dan menyamakan kesemua kaum atas dasar hak asasi manusia. Aku pun tak pandai nak terang mana tentang hal ini.

But apa yang aku faham ialah tiada lagi hak keistimewaan orang Melayu seperti mana yang termaktub dalam akta 153 iaitu tentang hak keistimewaan bumiputera, which include Sabah and Sarawak dengan Orang Asal yakni Orang Asli. And much more. If I got time, aku akan share balik dalam post aku. But roughly, aku tak bersetuju Malaysia menandatangani ICERD.

Lebih banyak keburukan dari kebaikkan.

Done celoteh. Mengantuk la pulak. Sambung soon. Hahaha..

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Dugaannya..

Listen right now : Hujan - Dugaannya..  Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...