Monday 26 November 2018

Sneezing Non Stop.

shines bright..

Silau mata sebab aku dah tutup semua lampu except laman depan dan tandas. Hahaha..

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap semua dalam keadaan sihat walafiat.
Unlike me, having illness one after another. Untuk dua hari nie, mata sebelah kanan bengkak di kelopak atas. Tak tahu sama ada kena gigit serangga or binatang. Sakit tak sangat, tak selesa banyak. Sebab orang mungkin akan anggap aku mengintai orang. Heh, tipikal.

Kejap. Pasang lampu sat. Sakit mata. There we go.

A bit down for the past couple of days, ups and down. Moody tak tentu pasal. Luckily kerja dan life alhamdulillah ok. Hari nie makan malam bedal nasi lemak dua bungkus sebab lapar. There goes my diet for today. Pening dan sakit kepala kurang dah berkurangan. Habis banyak masa main apps kat telefon like Candy Crush (and yes.. aku main balik after all this years) and Dino Park (addicting..)

I forgot to mention that my sis is now back to work starting tomorrow selepas seminggu berehat akibat kemalangan. Motor masuk lubang kat bahu jalan. Luckily it wasn't worse. Ada crack sket kat kawasan muka but overall alhamdulillah, hope that she's fine and not to put a lot of strain on work. I really love my sis and all my families. Risau teramat kalau jadi apa-apa. Same for them. =)

Aku plan nak buat review tentang filem dan J-Drama. Pernah plan sebelum nie tapi masih tak buat-buat. Maybe kena buat skrip atau peta minda sebelum aku nak menaip dalam blog nie. Macam post nie aku tak rancang, main bedal je tulis apa yang aku nak cakap. So that the readers out there would understand even though aku just share pasal benda harian aku buat. Hahaha..


Antara drama yang aku dah tengok setakat nie.. meh aku listkan.
  1. Hero 1,2.
  2. Liar Game 1,2.
  3. Bloody Monday 1,2.
  4. Galileo
  5. Priceless
  6. Bambino
  7. GTO
  8. Giver
  9. Dele (sampai episod 7)
  10. Boku No Unmei No Hito
  11. Nobuta Wo Produce.
The list is quite long but kebanyakkan drama aku tengok akan ada Kimura Takuya. Why? Sebab dia pelakon yang versatile. Aku prefer juga Yamapi dengan Matsumoto Jun. But Kimura No 1. Hahaha..
Bukan kipas-susah-mati ok? Aku suka drama Jepun. Thats it. Salah satu sebab aku suka drama Jepun ialah sebab dramanya pendek. Tak lebih 10 episod. Lebih pun dalam 11-12.

Adik aku kata lakonan diorang tak real, tak ada emosi. For me it is subjective. Drama Jepun banyak bagi maklumat dan info serta satu episod tue memang full padat compact dengan plot, watak dan berbagai lagi. Drama Jepun juga lebih fokus kepada kehidupan dan pekerjaan seperti Hero kisahnya tentang pendakwa raya, Bambino tentang chef muda yang bekerja di restoran ternama. 


Malah diorang ada drama tentang sukarelawan penjagaan kebajikan kanak-kanak iaitu Don Quixote. A must watched drama. Bagaimana ketua yakuza dan sukarelawan bertukar badan. =)

Fuh, panjang lak post aku. Kalau nak cerita satu-satu drama tak habis rasanya, jadi yang aku listkan nie kalau sesiapa nak tonton dipersilakan. Sarat dengan pengajaran dan penuh dengan tangisan macam 1 Litre Of Tears. Anyways, aku akan buat review berdasarkan list yang aku sediakan.

So, expecting from me a new review on drama around. Bila?

Bila aku rajin. Hahahaha..

Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...