Pen Monami. Nice. |
Masih lagi menghirup udara petang Sabtu di bulan Disember. 8th to be exact.
Hari nie aku kerja seperti mana biasa, bertolak dari rumah awal pagi, pergi ke universiti tempat adik aku belajar untuk hantar barang kiriman (mostly barangan peribadi macam sabun etc).
Then headed to HKK untuk hantar my lovely sis which currently work there. Shift awal pagi katanya. Safely arrived to my home here in Gua Musang. Have a 30 minute of snooze and work start at 7.10 am.
Minggu lepas dan minggu nie padat sebab pertamanya aku ke Putrajaya with my mom, dad and lil bro untuk ambil adik ipar, balik ke kampung. Kira macam short vacation jugak la sebab banyak jalan-jalan sekitar KL dan Putrajaya.
Hujan lebat dalam tempoh tue. Tapi semalam dah nampak cerah dan panas. Air pun surut sket di sesetengah kawasan berlopak. And yup, sunny day include today. Hopefully. If its rain, aku syukur. Sama jer mana-mana pun. Be thankful. Alhamdulillah.
Three friends which I seldom chat and always share opinions and laughter has now officially became husband. Dua dari kawan tue aku sememangnya tak dapat nak hadir ke walimah, which includes today. And another one just finished his akad nikah yesterday.
Which by the way for me is in absolutely shock. Senyap-senyap weh. Bukan kawin senyap ke apa. But hari nie aku buka FB tiba-tiba naik kat feed gambar berdua secocok.
And all of them were also incognito when it comes to engagement and wedding. Hahaha..
Sedih ada la gak sebab susah nak jumpa dah pasni, kecuali sorang tue (sebab dia kerja dekat je dengan tempat keje aku. Hahaha..). Lepas tue aku tak dapat lak nak hadir majlis kahwin, which is far. Clash lak dengan plan cuti aku. Jadi, aku hanya mampu ucap Barakallah. Semoga kekal hingga ke jannah. Be strong dan bimbing zaujah ke jalan Allah. Aamiin.
Now, sudden rush in my adrenaline after seeing all my fellow friends are now married. Kah kah kah..
For a moment la, but now ok. After thinking a lot and calm myself down. There's no need to rush things right? Exclaimer: Bukan ayat penyedap hati. Hahaha..
Jodoh dan ajal dalam kekuasaan Allah. Kita cuma berdoa dan berusaha agar beroleh kebaikkan dalam keduanya. Mungkin ajal sampai dulu. Who knows. Diri sendiri belum bersedia menghadap Ilahi. And definitely not ready for marriage. For now. Although I can say, the journey in finding soulmate might end. When? Moga Allah permudahkan urusan hamba yang mengharapkan rahmat dariNya. Sedang masih leka dengan dosa-dosa kecil dan besar.
It's still a long road for me to go. Obstacles to face. Knowledge and experience yet to be found. Moga hati ini sentiasa berdetik kalimah Allah dan Rasulullah dalam menelusuri kehidupan yang akan adanya pengakhiran. Sama ada baik atau buruk.
Peringatan untuk diri dalam masa yang sama.
Terima kasih sebab membaca. Assalamualaikum.
p/s : Hari ini berlangsungnya Bantahan ICERD di Kuala Lumpur oleh semua umat Islam dan rakyat Malaysia khususnya bagi membantah ICERD yang mengugat agama Islam di bumi Malaysia ini. Saya menyokong dan bersama membantah ICERD.
No comments:
Post a Comment