Tuesday, 16 October 2018

Hujan dan Mee Celop Masyuuk..

Assalamualaikum. A very good evening to all of you. Sekarang pukul 8.32 pm.
Baru selesai solat Isya' di surau depan rumah sewa aku. Waktu solat sekarang awal. Maghrib masuk pukul 7.00 pm. Subuh pun 5.46 am sekarang. Kalau bulan Ramadhan, dah seronok dah nak berbuka. Hahaha..


Work was okay today. Pesakit yang sama. Rutin dialisis yang sama. Banyak berbual dan bergurau dengan pesakit. Kadang tengok chart diorang. (Lupa aku nak kena selesai satu chart pesakit hari nie..)
Batuk dan selesema sejak dua menjak nie. But semakin ok lepas makan ubat. Lidah lak sakit sebab semalam tergigit.

Even puasa aku pun semalam sekerat hari je sebab tak sihat. Hahaha.. At least aku jaga makan.

Aku dah kurang makan malam sejak dua menjak nie. Keinginan nak beli makan malam tue ada tapi aku tahan. Ditambah sekarang aku dah beli biskut Jacob Low Sodium Hi-Fibre, kalau aku kebulur je aku makan. Digest perut secara sihat. Cuma tue la, air masak masih kurang minum. Need to stop with sweet drink. 


Aku kagum dengan kawan satu pos basik aku yang dah turun berat secara banyak dalam masa around 6 month nie. Aku lak makin menambah aset perut ada la. Hahaha.. Katanya dia banyak buat senam robik. Then bab makan tue dia buat minggu untuk tahan makan.. minggu yang boleh makan makanan kegemaran (tapi bukan seminggu membalunnya.. hahaha..)

No wonder berat turun. Seluar jeans dia pun dah boleh pakai. Terbaik la member aku sorang nie. Hahaha..

Life was okay I guess. Setiap hari Khamis aku balik rumah jumpa mak ayah aku. Rest kat rumah after a week at Gua Musang. Even a day pun aku balik. Esoknya aku bertolak dalam pukul 4 pagi dari rumah. I know, its insane. But ada yang dah jadi rutin harian diorang. Besides, aku rasa jarak K.Krai ke rumah aku tak la jauh sangat.

Tak macam Gua Musang ke rumah, around 170 km and took bout 2 hours and 15 minutes to arrived. Minus the traffic jammed sebab bukan hari perayaan. Jalan sini lak berbukit dan bahaya. Salah overtake kereta boleh jadi kemalangan. It happen quite often here. Mostly meninggal dunia di tempat kejadian. Doakan aku moga selamat sepanjang perjalanan aku ulang alik rumah dan tempat kerja nie. 


Future plan? Hmm.. now aku sedang mengenali seseorang. As usual like my old post before. Kenal hati budi tanpa rushing.

Done eating with friend. Now it's 9.45 pm. Aku rasa sampai sini je post aku. Ada masa aku share balik apa kitorang bual masa makan mee celop special. Hahaha..

Nite. 

Thursday, 11 October 2018

Yawning Youth..

It shouldn't take long for me to type about what's happen..

is it?

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Semoga hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih baik, lebih positif dan produktif. Amin.

Yawning non stop today here at work. Sambil menaip post baru untuk bulan Oktober. Yup, September has ended. Miraculously. Nie pun nak masuk pertengahan bulan. Kerja seperti biasa, dengan pesakit dan cabaran setiap hari.

Like for today. Pesakit aku terpaksa balik awal sebab tempat cucuk untuk dialisis bengkak masa run mesin. Terpaksa balik awal dan datang untuk dialisis balik hari Sabtu. Hopefully bengkak kat lengan beliau akan surut selepas demah dengan ais. And I learnt a lot today.

This month has been hectic with work and traveling. Selesaikan banyak urusan di samping kenal ramai orang baru. The perk of being single is that your mom and dad, even your friend want to introduce you to someone. Dari pelbagai jenis pekerjaan, dari cikgu ke polis, jururawat mahu pun yang kerja kat farmasi.

Starting a conversation to someone new isn't really my favorite thing to do. Ada yang aku tolak dengan elok dan ada yang aku berkawan sampai sekarang. But berkawan pun tak boleh lama as berkawan adalah taaruf sementara untuk ke gerbang perkahwinan. So, it shouldn't take time.

Bulan September sahaja aku ada tiga calon. 2 dari kawan dan satu dari my lovely mom. Dari negeri sendiri ada, negeri luar pun ada. So, i just befriend with 2 of them while the third one wasn't really into me i guess, judging by the non-response i get after i texted her. Done.
I didn't want to get into detail. InsyaAllah bila dah ok, betul serasi then I can tell. For now, it is still in progress.

I am fasting today. Berharap sangat dapat bertahan sampai Maghrib nie. But sis asked me to meet her today at Krai this afternoon. Jadi, open fast la jawabnya. Hahaha.. Xper, yang penting effort ada.
Yawning again. Better stop. Hahaha..

Assalamualaikum.

Sunday, 9 September 2018

Atsui No Samui

Someone is missing.. Hahaha..
Assalamualaikum.

Minor headache today. Sejuk sebab baru lepas hujan lebat. And I am a bit wet. Di rumah sewa tercinta sambil menaip coretan hidup di blog tersayang. Its been a while. Apa khabar? Harap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Amin.

1st thing.. I would like to wish Malaysia, Selamat Hari Kemerdekaan ke 61 dengan slogan Sayangi Malaysia. Hampir setengah abad Malaysia merdeka dari penjajahan. Tapi, minda kita masih dijajah. Dengan hiburan dan leka mengejar keduniaan. Termasuk aku.

Sehinggakan akhirah dan diri tidak terjaga rapi. Makanan rohani semakin kurang. Dek sibuk dan leka dengan kerja maka hati sudah tiada cahaya yang menerangi, memandu diri ke arah kebenaran. Penjajahan mereka adalah untuk melekakan kita agar kita lupa semangat negara, bangsa dan paling utama.. agama iaitu Islam.

Jadi mari kita memperkemaskan diri, muhasabah dan mengambil masa untuk menerima nikmat Allah dalam cara beribadah dan beramal kepadaNya tanpa mengharapkan apa apa melainkan keredhaanNya untuk kita hidup setiap hari di bumi Allah ini. Disamping dijauhkan diri dari seksaan api neraka disebabkan dosa kita yang menggunung tinggi.

Boleh kata hampir 3 minggu aku bekerja di sini. Suasananya alhamdulillah aman sejahtera. Kerja pun alhamdulillah tidak sesibuk hospital. Mungkin berat badan semakin naik. Mohon diri kawal makan. Rumah sewa sekarang ada geng. MO baru masuk tumpang rumah aku sementara tunggu urusan kuaters selesai. At least ada geng nak sembang. Hahaha..


Cuaca sekarang panas terik waktu tengah hari dan hujan lebat waktu malam. Rumah sewa alhamdulillah ok setakat aku duduk nie. Ada rosak sikit satu dua benda, insyaAllah akan diselesaikan oleh tuan rumah.

Kerap sakit kepala lately sebab banyak traveling. Not enough sleep atau mungkin sebab makan banyak. So aku ada beli supplement untuk kuruskan badan. But not amalkan selalu. Sebab dalam pada masa yang sama aku nak cuba kawal makan. At least tak la bergantung sangat dengan ubat.

Other than that everything is OK. Hopefully life will get better after this.

Berharap agar diri semakin berubah ke arah baik. InsyaAllah..

Thanks for reading..


Tuesday, 14 August 2018

A Simple Gesture Of Kindness

Sorry, poor lighting. Bateri 8%. Haha..
And you must be wondering.. kenapa mamat nie update blog memalam hari... or pepagi buta dalam jam hampir pukul 12.00 pagi nie?

Well, i'm helping a friend recover her lost Facebook account. She trusted me to help her and I'll try my best with my effort. InsyaAllah, kalau kita tolong orang.. Allah akan tolong kita. As simple as that.

Which reminds me of a J-Drama I currently binge-watch for now that is Dele. Yup, as a short word for delete. Kisah tentang satu syarikat IT yang akan menghapuskan semua data pengguna atau klien sekiranya alat atau gadget mereka tidak menunjukkan tanda-tanda aktif dalam 48 jam or so.

Meaning that the client is dead or missing (for now I see more death than missing.. heh). So, tugas syarikat nie sebenarnya untuk delete data dan akaun user @ klien diorang. Tapi pada masa yang sama menjadi satu misteri kenapa diorang nak delete data selepas diorang mati. Sebab data diorang dalam ada macam-macam.

And not all are pretty little secrets. Some are just bad enough that it will burden those who know it. For the rest of their life. Agak menarik drama nie, lebih kepada 'hacking', misteri dan rahsia disebalik setiap data yang ingin dipadam. Nanti aku akan review balik dalam post berikutnya.


There. Done. Selesai dalam sejam lebih aku tolong dia dapatkan balik akaun. At the same time aku suruh dia reset balik phone kepada factory setting. Mungkin phone dia kena hack. Sebab bila buka kat phone Encik Somi (Suami) no problem. Akhirnya beliau boleh membuka dengan hati gembira tanpa perlu sakit kepala.

Serius, benda nie efek kot kat diri. I mean aku pernah hilang gambar zaman matrik aku. Almost all of it kat USB. Nasib baik aku ada upload sikit dalam Myspace. Kebanyakkan time zaman matrik aku, aku upload kat Friendster, which is now dead btw. Buka je page Friendster dah jadi page gaming community. Hahaha..

Anyway.. mata dah rabak sangat. Nite. Oh and butt still hurts. 

Sunday, 12 August 2018

Strepsil Purple Peneman Lara..

Song accompanied my blog today - Hikayat Ben Laden - Ben Laden

Assalamualaikum. Ambil peluang yang ada untuk menaip. Sambil layan lagu nie. Kejap. Aku tukar kain dengan seluar. Selesa sikit. Heh.

Seminggu nie penat memandangkan aku keje double shift semalam dan shift pagi hari ini. Kerja banyak. Rehat tak menentu. Kerja shift, sekejap pagi sekejap petang. Mujur minggu nie minggu last aku kerja sini. Mula hari Sabtu nie aku akan kerja di Felda Chiku 3. Ada unit dialisis sana. Moga perjalanan perpindahan dengan kerja berjalan lancar.

Dua tiga hari nie pun aku tak berapa sihat mana. Hari nie rasa panas sikit badan. Batuk dengan kahak hijau nie dah lama. Then punggung aku pun sakit. Mungkin bisul. Hahaha.. nampak benor tak jaga kesihatan brader nie, walaupun staf kesihatan. InsyaAllah moga aku kembali sihat dan aktif seperti sedia kala. Doa sakit punggung nie hilang.

Kerja dengan macam-macam individu nie mengajar aku banyak perkara. Tak semua leh ngam tapi tekad diri untuk bertahan dengan sikap serta personaliti setiap individu itu penting. Tak semua se'skema' macam aku. Hahaha.. serius aku skema beb. Keje datang awal. Nak kejar berkat gaji tue.

Sebulan lebih aku kerja sini, macam-macam perangai aku jumpa. Baik dan buruk. Ambil nafas kejap nak menaip. Semput duduk bersila. Hahaha.

Ok. Aku dah duduk kat meja dan kerusi. Minggu last baru nak pakai. 'Thor'baek la. Cheit. Hahaha..
Tak sangka selesa lak menaip lagu nie. Dah macam student lak pakai kerusi dengan meja nie. Untuk pengetahuan semua, aku still duk kat asrama hospital. Bilik dia sememangnya macam bilik student universiti. Ada tilam dan katil, almari dan sebagainya.

Promote asrama lak. Hehe..


So, aku kena hadap dengan pelbagai perangai staf baru. Kesabaran tue sememangnya diuji sebab aku senang marah cuma tak pandai nak lepaskan kemarahan tue. Mungkin leh masuk Anger Management kot. Haha.. Kematangan staf tue jelas boleh nampak sorang-sorang. Yang boleh terima, yang tak boleh. Untuk aku? Aku boleh tolerate as long as kerja aku tak terganggu.

Buat la perangai macam mana pun. Ingat. Kena balik nanti. Aku dah berapa kali kena disebabkan perkara nie. So, aku beringat sangat. Hehehe..

Fuh, panas beb malam nie.

Aku baru lepas habis tengok drama Aimu Homu (2015) lakonan Kimura Takuya. Terbaik tapi tak sebagus drama drama dia yang lain seperti Priceless, Hero dan Mr Brain. Drama nie lebih bersifat kekeluargaan dan misteri. Kalau minat silalah tonton. Ada masa aku review panjang kat blog.

KALAU AKU ADA MASA. Hehehe..

Done. Aku nak luang masa malam keluar kejap memandangkan esok aku kerja petang. Mungkin layan blues kat cafe. Hahaha.. ala-ala hipster. Pui.

Thanks for reading.


Tuesday, 31 July 2018

Musim Buah Weh!!

Almost forgot. Musim buah sekarang. Here is a Durian.
Assalamualaikum WBT. Apa khabar semua? Harap semuanya dalam keadaan baik, sihat walafiat. It's the end of July which means tak lama lagi masuk bulan Ogos. Bulan kemerdekaan. Bet next post after this will be more patriotic. Hahaha.. Kalau aku sempat la nak menaip. Memandangkan kemalasan ini adalah satu rintangan besar aku dalam menyiapkan satu simple post blog. Ergh..

I'm fine here at Gua Musang. Life here is alhamdulillah. Although makanan is a bit expensive here. Mungkin sebab jauh dari main city I guess? Sebab dari rumah aku saja dah dekat 170 km. Dua jam lebih perjalanan kalau jalan clear. Kalau kereta banyak? Maka ber'hihihi' lah aku dalam kereta. Kerja so far ok. Dah biasa dah dengan mesin dialisis which I mention last post. Hopefully aku makin cekap dalam mengendali mesin dan menguruskan pesakit.

Semalam merupakan jamuan perpisahan bagi in-charged aku yang akan ke Kuala Krai, bekerja di unit HDU sana. Sedih dan pada masa sama gembira sebab dia dapat tukar. Berapa lama dia request baru dapat. Hopefully dekat la sikit beliau untuk balik bertemu isteri dan anak-anak setelah jauh berulang alik seminggu sekali. Better than here which is far. Good luck En. Z.

As for me, aku akan kerja last pada 16 Ogos di unit dialisis hospital. And 17 Ogos aku akan ke Chiku 3, which is 40 km from my hospital. Aku akan mula bekerja di sana. Campur aduk perasaan sebab takut tak ready. Pesakit sini semua aku dah biasa. Dah ada bonding even though sekejap. Paling kurang pesakit pun dah trust kat aku bila nak masukkan catheter IV kat lengan diorang. Walaupun aku tak cekap mana. at least aku usaha. Right?


Other than that, dalam dua bulan nie memang aku short of money. Banyak habiskan untuk beli barang dan bayar roadtax kereta. Aku pun dah mula jual balik barang-barang aku. Salah satunya adalah Ps4 aku yang berharga. Sebab aku mudah bosan dan lama dah tak main, aku jual kat adik aku. Dia janji nak bayar bulan-bulan dan Ps4 tue kiranya dah jadi hak milik dia bila habis bayar. Duit tue lak mak aku simpan.

Now my mother will save more money. Kalau aku ada duit lebih atau elaun, aku akan beri kat mak aku. Sebab aku dalam perancangan nak kahwin. Really? Am I dreaming? Hahaha.. Or kalau tak kahwin, at least duit tue boleh guna untuk bayar roadtax next year, memandangkan aku dah pinjam duit dari makcik aku untuk bayar roadtax tahun nie. Thehehe... Senang cerita aku mula balik menyimpan after all this years. Banyak sangat membazir. Especially bila dah utamakan kemahuan dari kehendak. Ish ish ish..

So, thats about it. Agak panjang dari biasa. Lots of thing happen in this month. Esok masuk bulan 8 dan aku balik kampung untuk kemas barang. Bakal masuk ke rumah baru about pertengahan bulan Ogos with monthly rent payment which is by far mahal dari biasa aku sewa. So Yippe? Nak tak nak terima dengan redha. Hahahaha..

Thanks for reading guys. Hopefully tangan nie makin rajin menaip dan tidak semalas dulu.

Budak Gemuk Nak Kurus,

Iqbal Hakim



Wednesday, 11 July 2018

Hargai Renal Anda..

Assalamualaikum. Whoa, it's almost a month since I last updated my blog. Lots of things happen in my life. Yang baik dan yang kurang baik. It turns my life around a bit. But I'm still who I am.

Mungkin sedikit kemalasan melanda. Hahaha..

Sekarang aku bekerja di unit dialisis. Benda baru bagi aku. Mesin dialyzer, filter dan air RO atau Reverse-Osmosis adalah antara peralatan baru yang aku belajar. Lebih banyak mengetahui tentang proses membersihkan darah dari kekotoran dan kuman serta bahan toksik. Kebanyakkan yang datang ke unit dialisis mengalami masalah dengan ginjal atau buah pinggang mereka.

Aku paling tak suka bila nak update blog bagai, mengantuk dan hilang idea. Please jangan hilang passion tue wahai diri. Hahaha..

Jadi pesakit akan datang selang sehari untuk buat dialisis di unit ini. Jumlah air yang mereka harus minum juga dicatu agar ianya tidak membebankan jantung dan badan. Sebab bila ginjal rosak atau tidak dapat lagi menapis darah seperti biasa, lebihan air dan elemen lain dalam darah yang sepatutnya dikeluarkan akan berkumpul dalam badan.

Memberi kesan kepada pernafasan, pergerakan dan degupan jantung. Pesakit akan sesak nafas, pening kepala dan sebagainya. Secara umumnya. Jadi mesin dialisis adalah satu keperluan bagi mereka untuk mengekalkan jumlah air dalam badan dan pada masa yang sama mengeluarkan bahan kumuh dalam darah agar darah yang dialirkan ke dalam tubuh dapat memberi fungsi sepenuhnya kepada badan.

Dah jadi cikgu biologi lak aku taip panjang nie.. Hahaha. But itulah prosesnya.

Thanks for reading. Although it was a short one. Hahaha..


Nasi Kuning Makcik Tanjung Chat Sedap!

Makcik Nasi Kuning kembali! Assalamualaikum. Dear self, how are you? If you are reading this, it means that you have already gone through th...