Someone is missing.. Hahaha.. |
Minor headache today. Sejuk sebab baru lepas hujan lebat. And I am a bit wet. Di rumah sewa tercinta sambil menaip coretan hidup di blog tersayang. Its been a while. Apa khabar? Harap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Amin.
1st thing.. I would like to wish Malaysia, Selamat Hari Kemerdekaan ke 61 dengan slogan Sayangi Malaysia. Hampir setengah abad Malaysia merdeka dari penjajahan. Tapi, minda kita masih dijajah. Dengan hiburan dan leka mengejar keduniaan. Termasuk aku.
Sehinggakan akhirah dan diri tidak terjaga rapi. Makanan rohani semakin kurang. Dek sibuk dan leka dengan kerja maka hati sudah tiada cahaya yang menerangi, memandu diri ke arah kebenaran. Penjajahan mereka adalah untuk melekakan kita agar kita lupa semangat negara, bangsa dan paling utama.. agama iaitu Islam.
Jadi mari kita memperkemaskan diri, muhasabah dan mengambil masa untuk menerima nikmat Allah dalam cara beribadah dan beramal kepadaNya tanpa mengharapkan apa apa melainkan keredhaanNya untuk kita hidup setiap hari di bumi Allah ini. Disamping dijauhkan diri dari seksaan api neraka disebabkan dosa kita yang menggunung tinggi.
Boleh kata hampir 3 minggu aku bekerja di sini. Suasananya alhamdulillah aman sejahtera. Kerja pun alhamdulillah tidak sesibuk hospital. Mungkin berat badan semakin naik. Mohon diri kawal makan. Rumah sewa sekarang ada geng. MO baru masuk tumpang rumah aku sementara tunggu urusan kuaters selesai. At least ada geng nak sembang. Hahaha..
Cuaca sekarang panas terik waktu tengah hari dan hujan lebat waktu malam. Rumah sewa alhamdulillah ok setakat aku duduk nie. Ada rosak sikit satu dua benda, insyaAllah akan diselesaikan oleh tuan rumah.
Kerap sakit kepala lately sebab banyak traveling. Not enough sleep atau mungkin sebab makan banyak. So aku ada beli supplement untuk kuruskan badan. But not amalkan selalu. Sebab dalam pada masa yang sama aku nak cuba kawal makan. At least tak la bergantung sangat dengan ubat.
Other than that everything is OK. Hopefully life will get better after this.
Berharap agar diri semakin berubah ke arah baik. InsyaAllah..
Thanks for reading..
No comments:
Post a Comment