Song accompanied my blog today - Hikayat Ben Laden - Ben Laden
Assalamualaikum. Ambil peluang yang ada untuk menaip. Sambil layan lagu nie. Kejap. Aku tukar kain dengan seluar. Selesa sikit. Heh.
Seminggu nie penat memandangkan aku keje double shift semalam dan shift pagi hari ini. Kerja banyak. Rehat tak menentu. Kerja shift, sekejap pagi sekejap petang. Mujur minggu nie minggu last aku kerja sini. Mula hari Sabtu nie aku akan kerja di Felda Chiku 3. Ada unit dialisis sana. Moga perjalanan perpindahan dengan kerja berjalan lancar.
Dua tiga hari nie pun aku tak berapa sihat mana. Hari nie rasa panas sikit badan. Batuk dengan kahak hijau nie dah lama. Then punggung aku pun sakit. Mungkin bisul. Hahaha.. nampak benor tak jaga kesihatan brader nie, walaupun staf kesihatan. InsyaAllah moga aku kembali sihat dan aktif seperti sedia kala. Doa sakit punggung nie hilang.
Kerja dengan macam-macam individu nie mengajar aku banyak perkara. Tak semua leh ngam tapi tekad diri untuk bertahan dengan sikap serta personaliti setiap individu itu penting. Tak semua se'skema' macam aku. Hahaha.. serius aku skema beb. Keje datang awal. Nak kejar berkat gaji tue.
Sebulan lebih aku kerja sini, macam-macam perangai aku jumpa. Baik dan buruk. Ambil nafas kejap nak menaip. Semput duduk bersila. Hahaha.
Ok. Aku dah duduk kat meja dan kerusi. Minggu last baru nak pakai. 'Thor'baek la. Cheit. Hahaha..
Tak sangka selesa lak menaip lagu nie. Dah macam student lak pakai kerusi dengan meja nie. Untuk pengetahuan semua, aku still duk kat asrama hospital. Bilik dia sememangnya macam bilik student universiti. Ada tilam dan katil, almari dan sebagainya.
Promote asrama lak. Hehe..
So, aku kena hadap dengan pelbagai perangai staf baru. Kesabaran tue sememangnya diuji sebab aku senang marah cuma tak pandai nak lepaskan kemarahan tue. Mungkin leh masuk Anger Management kot. Haha.. Kematangan staf tue jelas boleh nampak sorang-sorang. Yang boleh terima, yang tak boleh. Untuk aku? Aku boleh tolerate as long as kerja aku tak terganggu.
Buat la perangai macam mana pun. Ingat. Kena balik nanti. Aku dah berapa kali kena disebabkan perkara nie. So, aku beringat sangat. Hehehe..
Fuh, panas beb malam nie.
Aku baru lepas habis tengok drama Aimu Homu (2015) lakonan Kimura Takuya. Terbaik tapi tak sebagus drama drama dia yang lain seperti Priceless, Hero dan Mr Brain. Drama nie lebih bersifat kekeluargaan dan misteri. Kalau minat silalah tonton. Ada masa aku review panjang kat blog.
KALAU AKU ADA MASA. Hehehe..
Done. Aku nak luang masa malam keluar kejap memandangkan esok aku kerja petang. Mungkin layan blues kat cafe. Hahaha.. ala-ala hipster. Pui.
Thanks for reading.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dugaannya..
Listen right now : Hujan - Dugaannya.. Assalamualaikum. Selamat petang dan semoga kalian sihat walafiat selalu. Alhamdulillah, aku dan iste...
-
Assalamualaikum. A very good afternoon kepada aku dan yang lain yang membaca. It's 3rd Ramadhan 1445 Hijriah bersamaan 14 April 2023, ha...
-
It's really tiring this week. Kerja straight 3 hari 12 jam dengan bagi talk hari ini. Not to mention rumah dan depan rumah yang kotor. B...
-
mak aih sengih! hahaha.. seperti yang tertera di atas.. sememangnya saya menyambut Syawal dengan chill, sedikit happy dan sekelumit sedi...
No comments:
Post a Comment