Saturday 20 January 2024

Saturday Slumberland...

Assalamualaikum. Aku pun tak tahu berapa kali draft aku dah buat kat post nie. Mungkin dua atau tiga kali. Banyak perkara yang sering terlintas di fikiran selepas aku taip beberapa baris ayat di post ini.

 Mungkin aku susah nak teruskan berblogging seperti mana biasa aku buat, mungkin aku dah hilang sentuhan atau idea untuk dikembangkan. Namun yang pasti minat aku untuk berblogging dan menulis tak akan padam. Mungkin ianya ambil masa untuk dihasilkan. 

Mungkin ianya terhasil dari keikhlasan hati sang penulis/penaip dan bukan dipaksa. Maybe.

Mukadimah dah nampak menarik. Hopefully boleh teruskan berblogging. Hahaha..

Hari ini Sabtu, 20 Januari 2024. Sudah masuk tahun baru ya. Sekejap sahaja dah masuk 24 kat belakang. Masih lagi diri terkial nak tulis 23 di setiap tarikh yang diisi hingga terasa ganjil dengan angka baru. Banyak habiskan masa di rumah dan hari ini juga aku mula kembali bertugas on call selama seminggu. Aku baru perasan setiap post aku buat adalah pada waktu on call.

Masa tue jer kot aku lapang nak menaip. Hahaha.. 
Kerja seperti biasa aku di klinik pakar. Pesakit seperti biasa ramai, perubahan ada satu dua perkara. Ada yang berubah tapi rasanya flow masih sama. Pesakit ramai juga walaupun dah ada orang yang uruskan temu janji pesakit. Oh dan sekarang pesakit lepas buat ujian mata terus ke tempat titik mata sebelum berjumpa doktor.


Tapi bilangan pesakit masih ramai. Hahaha..

Alhamdulillah famili aku dan isteri berada dalam keadaan sihat walafiat. Abah mama sihat dan ceria, especially abah yang semakin hari semakin lucu. Mama seperti biasa sentiasa memberi nasihat dan peringatan kepada anak-anaknya. Umi dan abah juga alhamdulillah sihat. Umi dengan video-video lucu dan abah dengan pengalaman kerjanya di balai bomba.

Alhamdulillah.

Isteri aku alhamdulillah sihat walafiat. Kerjanya masih di sana. Dengan melayan karenah pelanggan jalur lebar yang bermacam-macam. Sentiasa positif dan selalu mendambakan kasih sayang suaminya. Hehehe..

Rasanya dah tak ada apa-apa yang berubah melainkan sudah masuk tahun baru. Banyak perancangan baru dan cabaran pada masa akan datang. Doakan aku dan isteri kuat semangat untuk menempuhi setiap cabaran yang mendatang di masa hadapan. InsyaAllah. 

Thanks for reading this.



No comments:

Post a Comment

Movie Review : Animal

Assalamualaikum. Memandangkan ada setengah jam lagi sebelum aku balik, jadi aku nak review sikit filem yang aku dah tengok dalam dua tiga ha...